Friday, February 22, 2013

Melayu oh Melayu


Tak sabar betul nak tunggu PM announce bubar Parlimen. Bila dah bubar baru tau betul ka itu, betul ka ini.  Sok sek kata DAP nak tanding 150 kerusi Parlimen sedangkan jumlah keseluruhan kerusi hanya 222 aje.

Saya sukalah kalau betul-betul benda ini terjadi…he he he padan muka PAS? Memang padan. Saya suka, sangat. Apsal yang saya benci sangat dengan PAS tu? Saya tak benci PAS tapi perangai sesetengah orang PAS yang bikin saya suka kalau mereka diaibkan Cina DAP sampai ke tahap itu.

..***

Dulu saya sering sakit hati kalau balik Muar sembang pasal Melayu, rakan sembang saya akan kutuk anak orang UMNO, anak POLIS dahsyat-dahsyat.  Aku ni Melayu dan hanya orang Melayu aje boleh masuk UMNO, aku ni Melayu dan yang banyak kerja POLIS tu orang Melayu.  Aku ni Melayu yang kerja gomen. Aku pernah kerja KDN,  uruskan benda-benda hal polis. Polis kawan aku. Eish, kalau engkau dah tak suka tak seronok jadi Melayu janganlah ko anggap semua orang macam ko.

Memanglah banyak pahala berzikir berselawat, masa dengar dia menceceh, tapi orang kata tak berbaloi, sebab saya akan mengalami sindrom patah-hati-murung-sedih berhari-hari selepas itu. Oohh kesiannya saya kenapalah ALLah jadikan saya Melayu, tidak Arab, tidak Inggeris, Jepun atau la ni yang paling ngetop Korea??? Kesian orang Melayu, orang Melayu sendiri benci bangsanya sendiri dan macam tak sabar nak bagi kuasa kat orang lain

Lama-lama saya terfikir sendiri, kalau aku tak pakai tudung labuh, aku pakai biasa-biasa macam perempuan Melayu biasa, pakai kebaya, blouse dan skirt labuh, aku rasa lawan bicaraku mesti tak akan berghairah mengutuk Melayu. So now  I only pakai baju kurung dan kerudung labuh waktu official pejabat 7.30 to 4.30 dan kenduri kahwen atau kenduri/kendara yang lain.

Sekarang ni alhamdullillah kurang sikit rasa sakit hati aku.

…****

Kawan saya sudah rasa cuak bila saya mula bercakap dalam bahasa Inggeris. Dia tau itu tandanya saya sedang sangat sakit hati dan dia takut bila saya sudah terlalu sakit, saya nekad tinggalkan dia sendiri buat kerja yang deadlinenya dah tak sampai 24 jam dah.

Saya bagi tau kawan, tika saya marah, saya rasa saya tak layak jadi Melayu dan tak layak berbahasa Melayu. Saya kata true Malay ialah seperti mereka berdua yang tak pernah marah atau meninggikan suara walau macam mana teruk pun orang bikin kita. Saya menuding kepada kawan yang ketiga dan berkata “hah ko itu sudah luntur Melayu ko”.

Kawan menjawab darah Melayunya memang dah cair sebab dia campuran Cina.

“Hah itu pasal aku tak nak kawen dengan  Melayu” balas saya

“ko nak kawen dengan Iban?”

“ya, Iban lagi bagus, besok kalau anak aku marah anak aku boleh cakap ko bitaskan ko, korang semua bangun pagi,  tempat kencing  dah beralih kat dahi”

So cam ner tu??? Dia sendiri tak nak kawen dengan Melayu….hmmmm kesiannya jadi Melayu tuhhhh…

Thursday, February 21, 2013

Aya-ayat SMS


Kehebatan kita berbahasa akan mencairkan banyak hati. Kecualilah orang itu jenis yang berhati batu.  Saya bercerita pasal seorang professor yang saya add sebagai friend dalam FB. Tak pernah jumpa dia, pun. Cuma sekadar baca-baca statusnya yang terpampang di wall saya.

Semalam professor menegur dan mengajar macam mana nak mengayat kekasih hati nan jauh di mata. Saya cerita pada kawan. Saya kata professor tu dah tua dan bercucu. Kawan saya kata, “takkanlah professor mudalah pula”. Kawan saya panas hati dan cakap macam ini “itulah dia orang lelaki dah tua-tua pun masih boleh nak tulis-tulis macam tu dalam facebook”

Kami memancing, “CC, antarlah massage macam itu kat che abang”
“dah buang tebiat apa?!”

  “Biasa massage saya macam nih. Hah, kul berapa nak balik ni?”
                    
Hah! Itu macam ka? Tak naklah macam tuuuuu.

Kawan saya yang sebaya saya pula berkata “cuba ko tanya professor tu, sepatutnya kita nak massage macam mana?”

Dalam hati saya, tanyalah sendiri. Karang aku tanya2 karang marah pula orang rumah dia. Gedik aje, tanya-tanya macam tu. Memang mulanya saya rasa macam nak tanya, tapi bila teringatkan kawan saya yang panas hati tu, kata, kalau dia, suami dia tulis-tulis macam itu,  dia sedih dan rasa jauh hati, tak jadilah saya nak tanya. Saya hanya boleh berdoa moga-moga satu hari nanti ada orang nak tulis buku pasal ayat-ayat sms yang kalau kita yang dapat memang rasa panas hati kita,kan. 

Tuesday, February 19, 2013

Keputusan


Minggu lepas masa saya pergi tutorial, benda yang paling saya ingat adalah pasal membuat keputusan dalam organisasi, secara formal. Namun bolehlah juga kita gunakan dalam kehidupan seharian. Yang menariknya tutor telah membuat saya sedar yang selama ini bila buat keputusan kita selalu bersandarkan kepada gerak hati dan pengalaman-pengalaman lepas.

Elemen yang terakhir, jarang sekali orang pandang. Elemen itu ialah rasionalisasi. Tutor kata lagi sebabkan kita selalu ambil 2 yang dalam para pertama itu sahaja, maka keputusan kita selalunya berbentuk “self interest”. Buat keputusan adalah sesuatu yang penting dan topik ini sangat luas dan akan bersambung nanti, kata tutor saya.

Topik ini sangat mengujakan, walau sebagai muslim sebenarnya kita tak perlupun belajar macam mana nak buat keputusan, sebab ustaz-ustazah ada ajar keadah yang lebih simple iaitu melalui solat istikhorah.

Dan mesti ada yang mencebik ni agaknya “mesti PAS dah buat istikhorah tika nak bergabung dengan DAP” ya saya yakin mereka buat yang itu. Dan kita tengok keadaan jadi macam teruk sangat. Ikut rasional akal, kita sendiri pun akan cakap, PAS lebih mulia sendirian dari bergabung tapi kenapa Allah dorongkan mereka untuk bersama dan nampak teruk? Jawabnya, itulah yang Allah mau.

Anda mungkin bertanya lagi, kalau ada istikhorah, kenapa buang-masa-buang-duit pergi belajar pengurusan dan cara-cara orang kafir buat pengurusan? Jawaban saya kepada yang ini ialah Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya agar mengambil tahu dan mencintai ilmu.

Jawaban sebenar saya ialah bila umur saya dah semakin meningkat, saya sudah cepat mengatuk jika pegang jarum crochet.  Saya dah tak boleh duduk berjam-jam mengait seperti zaman-zaman remaja saya. Itu pasal saya pergi belajar, jumpa kawan-kawan, berfikir, menulis dan membuat assignment dari terlelap depan benang dan jarum crochet. Saja nak buang duit dan nak buang rasa mengantuk.

Satu hal lagi....tunggu next entri....makcik dah mengantuklah pula ni.

Sunday, February 17, 2013

Don't underestimate... Final part


Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.

Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.

Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.

Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.

Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya

- Ustaz Azhar Idrus



Tetiba jah hari ni bila buka FB terbaca benda alah ni di wall saya. Saya pun berkata-kata dalam hati, same it goes with womenlah, kan.

Saya pun rasa saya dah tak nak ayat lagi mamat pembawa fail kat opis tu. Hik hik hik hik…

So end of my love story…alah kontotnya. Saya ingatkan bolehlah buat Novel tadi.

Saturday, February 16, 2013

Don't underestimate (part 2)


Sambungan…

Hari Khamis saya tak masuk offis, saya cuti sebab pegi ambil BR1M 2.0. Orang lain semua kata ambil BR1M ok, cepat, ambil time-off, tak payah cuti pun ok, tapi itu tidak berlaku di tempat saya, di DUN, saya di JEPERUN saya. Saya mai 8.00 pagi, 12.45 baru dapat duitnya. Itu pun sebab saya terbernasib baik, nasib saya.  tengah orang berebut, datang polis bantu kawal keadaan dan usher saya kebarisan yang sepatutnya, terus saya masuk barisan dan lepas lebih kurang 45 minit saya pun boleh pulang. Semasa saya pulang, saya nampak orang yang beratur lebih hadapan dari saya, pun masih berbaris untuk ambil cash pula.

Dah 12.45, ambil cuti hajeleh…dah letih beratur, lenguh kaki, rasa macam tak larat nak drive jauh-jauh, masuk Bandar Melaka, so pergi Bandar Alor Gajah, bayar cukai, balik rumah. Baring-baring, baca-baca apa-apa nota yang patut, tengok TV. Hai, tak masak? Masak-masak ni rugi. Beli nasi bungkus lebih ekonomikal.

Rupanya tuan penasihat pun tak sihat, MC pada hari itu. Kami masuk ofis hari Jumaat. Kedua-dua penasihat saya ada. He he he… Kerja memang banyak mau disiapkan. Tapi sempat juga tengok kalau budak slenge tu mai. Saya dengar CC kecoh-kecoh dengan intonasi suaranya yang nyaring “muka ko, muka ko bla-bla-bla…pergi specialistlah” apa kena muka dia? Ntah jerawatnya sangat teruk. Merah sangat.
Saya bisik-bisik pada tuan penasihat. “eish muka dia buruk sangat, takkan aku nak kata dia hensem, tak sanggup aku. Nanti nampak tak real”

Tuan penasihat kata “tak pe, walau hati bohong, mulut teruskan cakap”

Memandangkan saya, teramat sibuk, saya biarkan dia berlalu pergi macam itu sahaja. Alah dia, masuk opis saya satu hari bukannya sekali, kadang tu berkali-kali hantar fail. Petang dia turun lagi. Petang mungkin cuaca sudah agak redup, mukanya kurang menyala.Saya sedang menampal-nampal apa yang patut di sudut tempat kami makan-makan. Kebetulan ada orang belanja Pizza Hut, bertingkat kotak Pizza atas meja, di sisi saya. Saya yang sedang menampal-nampal kertas, berkata “Makan???”

Dia balas balik “hah, tak pe terima kasih”

Mesti dalam hati dia kata….kuatnya makan, tak cukup gaji aku nak kasi dia makan Pizza banyak macam itu.

Wednesday, February 13, 2013

Don't underestimate perempuan tua yang tak cantik ini, ok


Saya tak berapa ambil port sangat pasal apa orang, especially orang lelaki bujang nak fikir pasal saya. To me, I believe mereka fikir saya annoying.  Saya sarkastik, mulut saya jahat bikin mereka sangat sakit hati sama saya. I think mereka pula annoying, tak ada apa-apa sudah pandai-pandai menegur itu dan ini. Teguran yang paling buat saya marah ialah pasal suara saya dan pasal selera makan saya.

Saya rasa sangat tersinggung as if saya ni sangat rakus, serakah dan teruk, until one day ada kakak tu mai khabaq kat saya pelan2 next time, kalu ada lelaki macam itu, watch outla beb, dia mungkin ada hati kat saya, katanya. Hmmm…biar benar beb. Next time, sebab that time, I’ve already hurt him badly, that things pun jadi sangat tidak enak untuk dikenang.

Dan sudah bertahun dia berbisik, baru hari ini ada mamat bujang slenge yang berani menegur saya semacam itu lagi. Dan seperti biasa, saya buat dia marah. Marah sungguh dia. Tipikal orang bujang, baik yang sekolah pandai, inikan pula yang sekolah tak berapa pandai. Bila marah dia akan menyerang peribadi saya. Ego, tak boleh kena kritik. Psiko. Yup psiko, tikaman yang dia rasa paling tajamlah yang boleh ditikamnya.

“ai itu aje ka bom yang paling kuat, yang ko ada” he he he…”psiko-psiko aku pun, pegi blajar dapat dean list, ko ada” itu sekarang. Kalau dulu “psiko-psiko aku pun, hukum nun mati, tanwin, min-mati dalam otak aku, ko ada? Makhraj pun ntah-ntah berterabur”

Hari ini saya pun mengadu eh ceh…mementang ada orang nak layan aduanku.

Saya cakap, saya mau ajar budak tu bercakap. Saya tanya dia apa ayat perlu saya cakap agar mamat tu rasa happy. Dia kata “eh hensem ko hari ni”

Tak lama lepas tu budak tu turun semula menghantar fail. Saya tanya kawan “if I can ayat him now” kawan kata, “eh nanti dulu, tunggu esok”

He he he….
Saya hanya ingin mengajar dia. Kalau dia concern pasal hal makan saya, saya pun concern pasal cara dia bercakap yang sangat teruk. Perempuan manalah yang tahan dengan jantan macam itu,kan. Harap muka aje lawa, muda, tapi desperate sangat, sampai orang tua pun nak diayatnya. Kan, kat mahkamah ni ramai sungguh budak-budak peguam yang cantik-cantik, boleh dicuba. Tapi kalu macam itulah cara dia bercakap….memang susah, nak dapat date pertama memang dia tak ada masalah, tapi nak mengekalkan orang itu sanggup keluar date untuk kali-ke2, payahlah. Kirim salam.

Dulu, zaman-zaman saya dulu. Ya kami perempuan rasa macam terpaksa kahwin, tak kisahlah dengan sapa saja, tapi hari ini, bila stigma masyarakat terhadap andartu, Andalusia, tidaklah lagi seteruk dulu, kita pun ada pilihan juga. 

Mana satu yang patut diuruskan sebenarnya?


“sumber adalah terhad. Nafsu, kehendak manusia tiada batasnya, maka sumber mestilah diurus dengan sebaiknya”

Ungkapan di atas bukanlah satu benda yang baru saya terjumpa.  Masa A-level lagi dah jumpa dalam subjek ekonomi. SRP, atau kini PMR pun rasa dah ada terjumpa dah dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan.

Kali terakhir jumpa masa belajar ekonomi untuk diploma beberapa tahun yang lepas. Tapi tu cikgu/pensyarah ajar, saya masuk, saya ingat, saya muntahkan kembali jika ada keluar exam, seolah itulah sebenar-benar fakta yang sudah tidak boleh disanggah-sanggah lagi.

Pun begitu tika masuk e-forum masa buat degree ni, ntah macam mana tah saya teringat orang-orang tua, nenek-nenek cakap yang “setiap anak ada rezkinya” bila orang-orang muda mencebik saudara, jiran, kenalan yang giat beranak tiap-tiap tahun, walau mereka taklah kaya mana, pun.

Dan seperti macam betul aje cakap nenek-nenek ni, biasanya, lazimnya orang anak ramai, semua berjaya. Orang anak tak ramai, macam-macam masalah. Buat kata mak pun, ko sorang, umpama 10 anak. Susahnya mak saya nak menjadikan saya orang, sama aje susahnya macam orang anak ramai nak menjadikan anak mereka, orang.

Berbalik semula pada sumber yang dipercayai oleh pakar-pakar sebagai terhad ini, adakah ia benar-benar terhad?

Oklah saya mau rephrase ayat di atas:-

Sumber memang terhad, tapi cukup untuk semua, jika manusia pandai mengurus kehendak/nafsu mereka

Note:-
Dalam blog aku, suka akulah apa aku nak tuleh, tapi dalam e-forum aku senyap aje, dalam exam nanti, saya akan ikut jawaban dalam modulelah….. 

Tuesday, February 5, 2013

Low Class, low classlah, janji hati suka


Bulan lepas saya pergi Lab atau kalau biasa-biasa kita kata kursus aje. Apapasal nak tukar Lab-lablah pula, tak taulah. Tapi input yang didapat dari segi kemahiran pembentang taklimat, disokong pula oleh data dan seni  visual IT yang digabungkan dengan harmoni sekali,(siap dengan grafik-grafik, graf-graf yang ber warna-warni  yang menarik perhatian, memang macam professional asuk rencana Wallstreet journal,  jah ), jadi memang tak salahlah, taklimat/kursus bajet tempoh hari dipanggil LAB.

Bukan saya sahaja, tapi saya kira semua orang terpaku dengan kepetahan pembentang taklimat yang merupakan Penolong Ketua Pengarah  pada hari itu. Wow memang memukau. World class he he he…ke aku aje yang prasan.

Ntahlah sepanjang saya kerja dalam gomen ni, saya lebih slot taklimat/kursus yang penceramah-penceramah yang memukau. Memang ada gak penceramah-penceramah yang asal boleh aje, tapi orang kata yang memukau itu memadamkan yang biasa-biasa, asal boleh sahaja itu. Jadi di situlah persepsi saya tentang pemerintah yang ada, dibentuk dan sukar diubah.

Ko bawalah cerita dari Jerman, Turki, Mesir, apa-apalah yang ko rasa lebih baik dari Malaysia, saya tetap akan kata so far apa yang depan mata aku taklah seteruk mana, pun. So, apa aku gatal garit yang menyahut ko punya seruan,kan? Apa aku nak sakit-sakit hati, jelous dengan cerita ko. Aku rasa ko yang jeles, meluat dan sakit hati dengan kami tuh…he he he.

Memang pengalaman saya belajar di university yang majoritinya bukan Melayu, saya dapat tengok budak-budak bangsa lain memang lagi hebat, lagi keras kerjanya dari Malay. Memang kalau ikut merit, kami orang Melayu ni tak layak dapat peranan, jawatan, tugasan seperti yang kami dapat pada hari ini. Kadang-kadang saya tertanya juga. Apalah istimewanya kami ini, ya Allah hingga orang yang lebih bijak, lebih berdisiplin, lebih rajin, tak dapat perintah Negara ni, tapi ko beri limpah kurnia amanah pada kami yang orang kata sebagai bangsa yang  bodoh,lembab,  pemalas, banyak penyakit hati, tikam-menikam dari belakang, cantas-mencantas, kaki makan rahsuah ini? Low class??? Tak ada kelas???

Tuhan tak akan jawab pertanyaan saya, tapi saya fikir, despite segala usaha, kerajinan, kaum, bangsa lain, ketinggian darjah IQ mereka, keindahan, kekacakan, kecomelan  rupa-paras fizikal, mereka. Allah memilih kami yang biasa-biasa aje ni kerana itulah yang terbaik untuk kita semua buat masa ini. Jadi pada kamu yang masih belum terpilih-pilih lagi tu, selagi belum terpilih, redho, dan sabar sahaja dengan segala benda tindak-tanduk, gelagat, cara urustadbir kami yang kamu rasa sangat geram, lagi bako darah itu  ye. 

Janganlah mengugut-ugut nak bakar-bakar itu, bakar ini. Tentu kamu tak mau pada masa hadapan nanti anak cucu kamu malu nak ngaku kamu tu moyang mereka sebab sikap ganas lagi tak bertamadun kamu itu.
Apa?Ugut see you in court? Pun rasanya kalu asyik ngugut aje, tapi akhlak, pencapaian akademik kamu tidak sehebat/setinggi mana pun, lelama orang akan naik meluat juga.

Kita tak suka diugut-ugut, dipsiko-psiko, walau ugutan, psikowan itu is for our own benefit, untuk bangsa kamu juga agar lebih gemilang cemerlang terbilang di masa hadapan. Tak terpandang, tak terbilang, tak terkenal pun tak apa, asal hati rasa senang dan tenang. Please ignore ayat kedua dalam para ini. Ini hanya khas untuk bujangan senang macam saya. For you guys yang sudah berpunya, beranak-pinak...anggaplah ugutan itu sebahagian dari buah kasih/cinta dari yang tersayang. 

Monday, February 4, 2013

Sekadar mengupdate

Dah lama tak buka FB, sibuk memanjang. Sibuk dengan sambutan Birthday adik sepupu, lepas tu dah dapat tempahan buat baju kurung si anak dara sunti yang dapat offer (setelah merayu) masuk asrama, belajar aliran agama. Nak masuk asrama kena pakai baju kurung banyak-banyak. Dia memang tak ada baju kurung yang jenis bahasan. Yang pun baju raya yang lip-lap-lip-lap, penuh labuci dan manik, tak sesuai nak bawa ke asrama. Jadi off computer, on mesin jahit, on periuk belanga, kuali serba mak nenek dia.

Sekadar nak cerita bila buka-buka aje berjuju invitation dari adik-adik MMU ajak main game. Game bahasa Cina tuh, pun ada. nak tergelak pun ada. Ya ya ya...budak2 comel ni selalu syak yang saya tahu bahasa Cina dan Tamil ha ha ha...Hai memang rindu kat bebudak tu semua.

Okla bebs and boys, nanti kakak ko kalu senang pi masuk kelas bahasa Mandrin. bior benar betul bule faham bahasa korang.