Sebagaimana tajuk blog ni “I’m talking to myself” memang
purely blogging/writing for pleasure. Dulu saya tuleh kat kertas, lepas tu sepah-sepah. Bila
ada orang cadangkan saya blogging, kira lagi ok, tak bersepah. Impian dan
harapan pasal blog ni memang tak adalah. I don’t expect to generate money out
of blogging walau pun semasa di MMU dulu memang ada belajar kaedah-keadah,
langkah-langkah untuk membuat duit melalui aktiviti blogging.
Sebenarnya saya tak perasan pun blog ini ada pengkomen. Cuma
bila baru-baru ini blogspot cadang saya cuba interface baru, saya terkejut bila
tengok ada pengkomen. Dan yang lebih mengejut/mengujakan Jamil Kuching pun ada
meninggalkan komennya di sini. Iya terima kasih Jamil, saya tak sangka tulisan
saya menarik perhatian saudara.
Dan saya memang menghargai cadangan positif agar menggabungkan
diri dengan groupie blogger pro-establishment. Saya sangat teruja, dan memang
niat hati tu satu hari memang saya, memanglah ada rasa juga nak berjumpa dengan
blogger-blogger yang korang cadangkan. Niat hati kalu diizin tuhan.
Tapi orang kata tengoklah dulu, saya ni bukannya rajin
sangatpun. The main obstacle, I don’t feel good jumpa orang ramai. Malu, segan,
macam-macam rasa ada. Memang saya minat politik tapi orang kata saya kerja
dengan kerajaan, memang tak de masalah pun kalau saya nak join politik pun,
tapi orang kata politik ni bukan benda main-main, dan bukan juga hobi.
Lagi satu untuk pemerhati yang mencadangkan saya “mintak
tolong” geng blogger lain, memang saya sangat suka dan sangaaaatttlah teruja
bangeeet, tapi saya nak bagi tau saya ni berkerja makan gaji, Ada juga rakan
sekerja saya yang penyokong kuat PAS, PKR. Jangan kamu fikir kita semua
penjawat awam ini penjilat, pencacai UMNO. Ayah (Pak Long) saya penyokong kuat
PAS. Saya dah cuba sehabis baik untuk tidak menyinggung kawan-kawan
pro-pembangkang.
Menerima cadangan pemerhati yang memberikan komen positif
terhadap tulisan saya memang orang itu
one step towards menggapai impianlah. Penulis mana yang tak bermimpi ada
pengikut, ada peminatkan. Penulis kalu ada pengikut barulah boleh dipanggil
penulis, kalu macam saya ni, bulelah juga digelar penulis, penulis siok sndri
he he he…
Namun dengan penggabungan/linking to blog-pro-BN, belum
tentu rating blog ini naik mencanak, itu satu kaedah yang boleh diguna pakai
aje, tapi yang pasti kalu saya buat macam itu, yang pasti, aduh saya, sungguh,
saya keberatan, yang pasti saya akan bikin kerja saya makin susah, saya ni kalu
bule tak mau berkonflik dengan rakan sekerja yang sehaluan dengan Jamil Kuching.
Dan saya juga tidak mau bikin ayah saya makin kecewa dengan saya.
Saya sebenarnya agak-agak aje yang ayah akan kecewa, walau
sebenarnya saya rasa ayah tak kisah kalu saya nak masuk terus jadi ahli UMNO
pun…Namun amaran, kata-kata “kakak” saya lewat kami makan-makan berbuka
Ramadhan yang lepas agak mengilukan.
Kakak cakap “ko kalu ikut Datin, pasti ayah tak ngaku ko
anak”
Dalam dunia ini silaturrahim tidak boleh ditukar ganti dengan
wang ringgit. Tak pelah kalu stakat blogging suka-suka siok sendri tak de orang
kenal pun, yang penting saya tidak menyinggung/mengecewakan hati ayah(pak long)
yang banyak bersusah-payah menjaga, mendidik dan membersarkan saya.
So for those who read this blog, memang saya gembira dengan
kunjung korang semua dan terima kasih banyak-banyak saya ucapkan dan Selamat Hari Raya
No comments:
Post a Comment