Thursday, September 8, 2011

Aduh, gilanya cinta Abang Mat


Kawan saya cakap ada officer yang kini telah ke sekolah semula sebab naik pangkat jadi GuruBesar  gembira yang saya dah sihat dan berkerja semula.

My initial reaction,
“eh bila pula aku sakit”

Then saya cerita pasal insiden “rebut mikrofon” yang pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan saya. Biasalah masing-masing nak tunjuk jaguh nak pengang mic dan rasa saya ini tidak cukup bagus untuk beri briefing. Dulu masa tak dek orang bule bercakap, sayalah yang bagi briefingnya, tapi bila dah ada orang berstatus JU, ambiklah mic tu. Saya pun tak kisah.

Cuma saya terkilanlah sikit cara mengambil tu macam as if macam mereka dan expect saya tak mau bagi mic tu dan mic terpaksa dirampas dengan cara konspirasi??? Ko cakap ajelah 

“Mar aku JU, ko bukan JU, jadi akulah patut pegang mic, dan briefing nanti ko jaga opis”

Tak denya saya nak gaduh-gaduhlah pasal mic ni. Ko rasa ko pandai ko hambiklah dan tak deknya nanti dia pegang mic, saya dok blakang tanya soklan2 cepumas yang bikin dia terkedu. Tak payahlah nak kunci-kunci unit dan pergi briefing senyap2 macam itu aje.

Lepas tu saya balik saya fikir balik…

Maybe they think that I am really sick. Sakitlah, apa tak sakitnya bersembang dengan mamat yang mengaku komunis sosialis online pakai roulter yang disewa Kementerian Pelajaran Malaysia gituh...he he he….pada mereka itu satu penyakitlah. Manalah kita tau yang perkataan komunis tu sensitippp…bebeno, haram bebeno, sampai orang takut bebeno, cakap dengan komunis lama-lama bule kena karma, bule jadi gila.

Lepas tu saya senyum sengsorang dalam hati,

kalau itulah sebabnya yang mereka rasa saya sakit, rasa sampai hari ini pun aku masih sakit lagi, belum baik lagi, cuma hari ini mereka tak rasa saya sakit, sebab hari ni mereka pun ramai-ramai dah ada yang tersampuk sama dengan penyakit Abang Mat yang gila bayangkan Komunis…

Cuba ko bayangkan kalau Abang Mat jadi PM, Cheng Peng akan dianugerahi dengan gelaran Tun agaknya. Nauzubillah minta simpang malaikat 44.

Itulah orang tua-tua pesan

“Paku dulung paku serpih”

Sekarang ni sapa yang lebih teruk angaunya??? Angaukan Negara Komunis Sosialis. Dulu komunis duduk dalam utan, nak makan pun kena rompak, kena samun orang kampung….Hari ini komunis bagi utang kat Amerika, kalu tak bagi, ada plak orang Amerika yang kebulur, mati tak makan…

Guys, dude it really about moneylah, who got money, orang itulah raja. Sakit pun dikata tak sakit. Kalu ko tak de duit, tak sakit pun orang kata sakiiiiiiiittttttt…

…****….

Dulu korang kata-kata aku, kawen (apa ke bodohnya korang, komunis mana ada kawen)  komunis, pagi-pagi tak larat nak bangkit solat subuh sebab kena hempap dengan selimut, hari ni apa cerita nih? Komunis nak ko angkat jadi herolah pulak. Benci dah bertukar cintalah pulak sampai nak mengintrapetasikan semula sejarah… Aduhai, Aduhai.

Tak de sapa sihir ko benci jadi cintanya, sikap ekstream korang dalam membenci itulah yang bikin hati terbalik jadi sayang. Itu pasal orang tua-tua pesan kalau benci janganlah benci sangat, takut benci bertukar cinta, hah kan dah jadi tu.

Eh korang tak takut ka,  hah! nanti General Komunis ajak anak dara korang 'main' dalam Masjid, kat atas mimbar tempat imam bagi khutbah????

No comments: