Saturday, September 17, 2011

N3 mengada-ngada


Sebenarnya kita agak risau, tapi dek kerana asyik risau nanti kita bule gila, eh kitalah pula, sayalah, sayalah bule masuk ward lagi. Saya tak mau masuk ward. Kadang tu kita, saya risau benda yang saya tak patut risau.

Contohnya eh, dulu saya risau, kalau Negara huru-hara, nanti kita boleh berperang sesama kita dan kita akan mati. Kita takut mati, tapi hakikatnya semua yang hidup itu akan mati, cuma kita berdoa siang malam agar mati dalam keadaan aman damai, dan sempurna. Maksud saya, mayat kita boleh disempurnakan secepat mungkin, tanpa sebarang kekecohan dan kontroversi. Kita mati sebagai seorang Islam dan jenazah kita disampurnakan mengikut syarak.

Hari ini rasa risau masih ada, namun kesibukan bikin kita jadi kurang risau. Kejayaan dalam menghabiskan kursus peringkat diploma tempoh hari juga sedikit sebanyak mengurangkan rasa risau. Kini dah macam tak ada benda yang nak dirisaukan sangat.

Oh pasal politik? Pasal kegagalan pemimpin Melayu hari ini menyelesaikan masalah rakyat. Iya memang sikit ada risau jika pemimpin bangsa Melayu ini terus gagal dan mereka akan diganti dengan pemimpin bukan Melayu. Tapi ntahlah, saya percaya kalu kita rajin berkerja, bersungguh-sungguh, kat mana, siapa pun bos kita, kita boleh bahagia. Buat kata Allahyarham P. Ramlee pun “kalau baik hati, nanti orang pun sayang.”


…****

Bila melihat dedaun gugur satu, satu
Biar ia gugur
Usah ditahan, usah ditangis
Kerna sifat alam
Tiap yang mula
Pasti berakhir
Tiada yang kekal



No comments: