Membaca input untuk menulis. Boleh juga mengembara, aktiviti
bersosial, semua-semua boleh dijadikan bahan untuk menulis. Dan memanglah saya
rasa pelik kalau ada blogger mengeluh yang dia kehabisan idea bahan untuk
diuploadkan dalam sesawang mereka.
Sejak-dua-menjak ini memang saya ada banyak benda nak tulis,
sebab ada cerita/topic kegemaran saya…he he he…Abang Mat & Komunis.
So sapa yang follow saya, tahan ajelah ye dengan cerita
politik gila gaban saya.
Tak ada orang pun tanya saya adakah PAS bule lead pakatan, atau
Pakatan bule ganti BN dalam PRU akan datang. Tak de orang tanya pun saya
sendiri akan menagak-agak, sapa yang menang, sapa yang ntah apa-apa tah. Benda
macam-macam ini kita orang tak tanya pun memang kita suka teka-teka.
Dalam bab ini saya akan ambil rujukan A Kadir Jasin. A Kadir
bila ditanya soalan yang sama dia jawab berlapik, jawab orang tua yang banyak
makan garamlah katakan. Kalu sayalah, saya jawab straight aje, eish kalu Abang
Mat dan Kak Teresa Koklah ai mintak maaf, lebih baik kena pancung komunis, dari
undi PR.
Namun harus diingat yang generasi Melayu pada hari ini
bukanlah jenis yang taksub sangat yang percaya akidah kawan kita adalah
tanggungjawab kita. Saya sendiri lebih senang dengan pendekata lakun dinukum
waliyadin. Lantak kolah nak agama apapun. Saya juga tidak akan termakan momokan
yang kalu Abang Mat dan Kak Teresa jadi PM dan timbalan PM, kita semua tak
boleh sembahyang, tak boleh kawen. Sebab komunis yang ada hari ini komunis yang
bagi loan kat Amerika itu memberi kebabasan kepada rakyatnya bersembahyang dan
beragama.
Dan bila ditengok sebelah BN pula, bila diberikan talian
hayat untuk sambung-nyawa dalam PRU lalu, cara gayanya tetap macam itu juga. Kalau
zaman Pak Lah dulu ada sikitol, zaman Najib pula ada “he ain’t heavy, cause he
is my brother”
Apakah BN akan tumbang pada PRU akan datang, bergantung
kepada mood marah kita, sama ada kita nak marah Abang Mat atau kita nak marahkan
“he ain’t heavy”. Satu yang pasti undi non-Malay akan kekal solid dibelakang
DAP.
Kalau Najib pandai dan sayangkan Melayu dia akan ikut
nasihat mufti negeri Perak, iaitu satukan Melayu, tapi kalu kita amat-amati,
Najib lebih mabuk-khayalkan nak meng“carry he ain’t heavy” dan pelan-pelan “fast track”.
Be the youngest CEO, the youngest KSU, SU, SU ntah apa-apa tah.
Dan gelagat-gelagat fast-fast tracker yang ada dalam FB saya
tu, tak ramai 2, 3 empat kerat aje,
memanglah memualkan. GEDIK, GETEK ntah apa-apatah. Lebih nak tunjuk kayu golf,
padang golf dan gambar-gambar pakai kot tebal-tebal aje.
Ada blogger kata, perpendapat mungkin Najib tak minat bantu
Melayu, ada yang kata Najib memagarkan diri beliau dengan budak-budak penjilat,
yes men yang ntah-apa-apa, sehingga nasihat orang tua yang berilmu dan warak
macam mufti Kerajaan Negeri Perak berlalu macam itu aje.
Memanglah kita masih sayangkan Raja-raja kita, dan kalu
buleh memang tak moh kerajaan Republik, tapi ntahlah Allah saja yang maha mengetahui.
Kita hanya boleh berharap agar PRU akan datang orang tak marah sangat akan
Abang Mat sehingga memberikan landslide victory pada BN. Biar merosot lagi,
biar Najib cepat-cepat berundur macam Pak Lah yang terpaksa berundur dek kerana
Kitol yang gedik lagi getek itu. Dan moga PM yang seterusnya, iaitu TPM kita
boleh makan nasihat. Namun kalau the next PM pun macam Pak Lah & Najib…alamatlah
memang Negara kita nak bertuankan Komunis.
No comments:
Post a Comment