Saturday, September 17, 2011

N3 mengada-ngada


Sebenarnya kita agak risau, tapi dek kerana asyik risau nanti kita bule gila, eh kitalah pula, sayalah, sayalah bule masuk ward lagi. Saya tak mau masuk ward. Kadang tu kita, saya risau benda yang saya tak patut risau.

Contohnya eh, dulu saya risau, kalau Negara huru-hara, nanti kita boleh berperang sesama kita dan kita akan mati. Kita takut mati, tapi hakikatnya semua yang hidup itu akan mati, cuma kita berdoa siang malam agar mati dalam keadaan aman damai, dan sempurna. Maksud saya, mayat kita boleh disempurnakan secepat mungkin, tanpa sebarang kekecohan dan kontroversi. Kita mati sebagai seorang Islam dan jenazah kita disampurnakan mengikut syarak.

Hari ini rasa risau masih ada, namun kesibukan bikin kita jadi kurang risau. Kejayaan dalam menghabiskan kursus peringkat diploma tempoh hari juga sedikit sebanyak mengurangkan rasa risau. Kini dah macam tak ada benda yang nak dirisaukan sangat.

Oh pasal politik? Pasal kegagalan pemimpin Melayu hari ini menyelesaikan masalah rakyat. Iya memang sikit ada risau jika pemimpin bangsa Melayu ini terus gagal dan mereka akan diganti dengan pemimpin bukan Melayu. Tapi ntahlah, saya percaya kalu kita rajin berkerja, bersungguh-sungguh, kat mana, siapa pun bos kita, kita boleh bahagia. Buat kata Allahyarham P. Ramlee pun “kalau baik hati, nanti orang pun sayang.”


…****

Bila melihat dedaun gugur satu, satu
Biar ia gugur
Usah ditahan, usah ditangis
Kerna sifat alam
Tiap yang mula
Pasti berakhir
Tiada yang kekal



Friday, September 9, 2011

Marah tu biar berimbang.


Membaca input untuk menulis. Boleh juga mengembara, aktiviti bersosial, semua-semua boleh dijadikan bahan untuk menulis. Dan memanglah saya rasa pelik kalau ada blogger mengeluh yang dia kehabisan idea bahan untuk diuploadkan dalam sesawang mereka.

Sejak-dua-menjak ini memang saya ada banyak benda nak tulis, sebab ada cerita/topic kegemaran saya…he he he…Abang Mat & Komunis.

So sapa yang follow saya, tahan ajelah ye dengan cerita politik gila gaban saya.

Tak ada orang pun tanya saya adakah PAS bule lead pakatan, atau Pakatan bule ganti BN dalam PRU akan datang. Tak de orang tanya pun saya sendiri akan menagak-agak, sapa yang menang, sapa yang ntah apa-apa tah. Benda macam-macam ini kita orang tak tanya pun memang kita suka teka-teka.

Dalam bab ini saya akan ambil rujukan A Kadir Jasin. A Kadir bila ditanya soalan yang sama dia jawab berlapik, jawab orang tua yang banyak makan garamlah katakan. Kalu sayalah, saya jawab straight aje, eish kalu Abang Mat dan Kak Teresa Koklah ai mintak maaf, lebih baik kena pancung komunis, dari undi PR.

Namun harus diingat yang generasi Melayu pada hari ini bukanlah jenis yang taksub sangat yang percaya akidah kawan kita adalah tanggungjawab kita. Saya sendiri lebih senang dengan pendekata lakun dinukum waliyadin. Lantak kolah nak agama apapun. Saya juga tidak akan termakan momokan yang kalu Abang Mat dan Kak Teresa jadi PM dan timbalan PM, kita semua tak boleh sembahyang, tak boleh kawen. Sebab komunis yang ada hari ini komunis yang bagi loan kat Amerika itu memberi kebabasan kepada rakyatnya bersembahyang dan beragama.

Dan bila ditengok sebelah BN pula, bila diberikan talian hayat untuk sambung-nyawa dalam PRU lalu, cara gayanya tetap macam itu juga. Kalau zaman Pak Lah dulu ada sikitol, zaman Najib pula ada “he ain’t heavy, cause he is my brother”

Apakah BN akan tumbang pada PRU akan datang, bergantung kepada mood marah kita, sama ada kita nak marah Abang Mat atau kita nak marahkan “he ain’t heavy”. Satu yang pasti undi non-Malay akan kekal solid dibelakang DAP.

Kalau Najib pandai dan sayangkan Melayu dia akan ikut nasihat mufti negeri Perak, iaitu satukan Melayu, tapi kalu kita amat-amati, Najib lebih mabuk-khayalkan nak meng“carry he ain’t heavy” dan pelan-pelan “fast track”. Be the youngest CEO, the youngest KSU, SU, SU ntah apa-apa tah.

Dan gelagat-gelagat fast-fast tracker yang ada dalam FB saya tu, tak ramai 2, 3 empat kerat  aje, memanglah memualkan. GEDIK, GETEK ntah apa-apatah. Lebih nak tunjuk kayu golf, padang golf dan gambar-gambar pakai kot tebal-tebal aje.

Ada blogger kata, perpendapat mungkin Najib tak minat bantu Melayu, ada yang kata Najib memagarkan diri beliau dengan budak-budak penjilat, yes men yang ntah-apa-apa, sehingga nasihat orang tua yang berilmu dan warak macam mufti Kerajaan Negeri Perak berlalu macam itu aje.

Memanglah kita masih sayangkan Raja-raja kita, dan kalu buleh memang tak moh kerajaan Republik, tapi ntahlah Allah saja yang maha mengetahui. Kita hanya boleh berharap agar PRU akan datang orang tak marah sangat akan Abang Mat sehingga memberikan landslide victory pada BN. Biar merosot lagi, biar Najib cepat-cepat berundur macam Pak Lah yang terpaksa berundur dek kerana Kitol yang gedik lagi getek itu. Dan moga PM yang seterusnya, iaitu TPM kita boleh makan nasihat. Namun kalau the next PM pun macam Pak Lah & Najib…alamatlah memang Negara kita nak bertuankan Komunis.

Thursday, September 8, 2011

Aduh, gilanya cinta Abang Mat


Kawan saya cakap ada officer yang kini telah ke sekolah semula sebab naik pangkat jadi GuruBesar  gembira yang saya dah sihat dan berkerja semula.

My initial reaction,
“eh bila pula aku sakit”

Then saya cerita pasal insiden “rebut mikrofon” yang pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan saya. Biasalah masing-masing nak tunjuk jaguh nak pengang mic dan rasa saya ini tidak cukup bagus untuk beri briefing. Dulu masa tak dek orang bule bercakap, sayalah yang bagi briefingnya, tapi bila dah ada orang berstatus JU, ambiklah mic tu. Saya pun tak kisah.

Cuma saya terkilanlah sikit cara mengambil tu macam as if macam mereka dan expect saya tak mau bagi mic tu dan mic terpaksa dirampas dengan cara konspirasi??? Ko cakap ajelah 

“Mar aku JU, ko bukan JU, jadi akulah patut pegang mic, dan briefing nanti ko jaga opis”

Tak denya saya nak gaduh-gaduhlah pasal mic ni. Ko rasa ko pandai ko hambiklah dan tak deknya nanti dia pegang mic, saya dok blakang tanya soklan2 cepumas yang bikin dia terkedu. Tak payahlah nak kunci-kunci unit dan pergi briefing senyap2 macam itu aje.

Lepas tu saya balik saya fikir balik…

Maybe they think that I am really sick. Sakitlah, apa tak sakitnya bersembang dengan mamat yang mengaku komunis sosialis online pakai roulter yang disewa Kementerian Pelajaran Malaysia gituh...he he he….pada mereka itu satu penyakitlah. Manalah kita tau yang perkataan komunis tu sensitippp…bebeno, haram bebeno, sampai orang takut bebeno, cakap dengan komunis lama-lama bule kena karma, bule jadi gila.

Lepas tu saya senyum sengsorang dalam hati,

kalau itulah sebabnya yang mereka rasa saya sakit, rasa sampai hari ini pun aku masih sakit lagi, belum baik lagi, cuma hari ini mereka tak rasa saya sakit, sebab hari ni mereka pun ramai-ramai dah ada yang tersampuk sama dengan penyakit Abang Mat yang gila bayangkan Komunis…

Cuba ko bayangkan kalau Abang Mat jadi PM, Cheng Peng akan dianugerahi dengan gelaran Tun agaknya. Nauzubillah minta simpang malaikat 44.

Itulah orang tua-tua pesan

“Paku dulung paku serpih”

Sekarang ni sapa yang lebih teruk angaunya??? Angaukan Negara Komunis Sosialis. Dulu komunis duduk dalam utan, nak makan pun kena rompak, kena samun orang kampung….Hari ini komunis bagi utang kat Amerika, kalu tak bagi, ada plak orang Amerika yang kebulur, mati tak makan…

Guys, dude it really about moneylah, who got money, orang itulah raja. Sakit pun dikata tak sakit. Kalu ko tak de duit, tak sakit pun orang kata sakiiiiiiiittttttt…

…****….

Dulu korang kata-kata aku, kawen (apa ke bodohnya korang, komunis mana ada kawen)  komunis, pagi-pagi tak larat nak bangkit solat subuh sebab kena hempap dengan selimut, hari ni apa cerita nih? Komunis nak ko angkat jadi herolah pulak. Benci dah bertukar cintalah pulak sampai nak mengintrapetasikan semula sejarah… Aduhai, Aduhai.

Tak de sapa sihir ko benci jadi cintanya, sikap ekstream korang dalam membenci itulah yang bikin hati terbalik jadi sayang. Itu pasal orang tua-tua pesan kalau benci janganlah benci sangat, takut benci bertukar cinta, hah kan dah jadi tu.

Eh korang tak takut ka,  hah! nanti General Komunis ajak anak dara korang 'main' dalam Masjid, kat atas mimbar tempat imam bagi khutbah????

Wednesday, September 7, 2011

Selamat hari raya &Thankyou


Sebagaimana tajuk blog ni “I’m talking to myself” memang purely blogging/writing for pleasure. Dulu saya  tuleh kat kertas, lepas tu sepah-sepah. Bila ada orang cadangkan saya blogging, kira lagi ok, tak bersepah. Impian dan harapan pasal blog ni memang tak adalah. I don’t expect to generate money out of blogging walau pun semasa di MMU dulu memang ada belajar kaedah-keadah, langkah-langkah untuk membuat duit melalui aktiviti blogging.

Sebenarnya saya tak perasan pun blog ini ada pengkomen. Cuma bila baru-baru ini blogspot cadang saya cuba interface baru, saya terkejut bila tengok ada pengkomen. Dan yang lebih mengejut/mengujakan Jamil Kuching pun ada meninggalkan komennya di sini. Iya terima kasih Jamil, saya tak sangka tulisan saya menarik perhatian saudara.

Dan saya memang menghargai cadangan positif agar menggabungkan diri dengan groupie blogger pro-establishment. Saya sangat teruja, dan memang niat hati tu satu hari memang saya, memanglah ada rasa juga nak berjumpa dengan blogger-blogger yang korang cadangkan. Niat hati kalu diizin tuhan.

Tapi orang kata tengoklah dulu, saya ni bukannya rajin sangatpun. The main obstacle, I don’t feel good jumpa orang ramai. Malu, segan, macam-macam rasa ada. Memang saya minat politik tapi orang kata saya kerja dengan kerajaan, memang tak de masalah pun kalau saya nak join politik pun, tapi orang kata politik ni bukan benda main-main, dan bukan juga hobi.

Lagi satu untuk pemerhati yang mencadangkan saya “mintak tolong” geng blogger lain, memang saya sangat suka dan sangaaaatttlah teruja bangeeet, tapi saya nak bagi tau saya ni berkerja makan gaji, Ada juga rakan sekerja saya yang penyokong kuat PAS, PKR. Jangan kamu fikir kita semua penjawat awam ini penjilat, pencacai UMNO. Ayah (Pak Long) saya penyokong kuat PAS. Saya dah cuba sehabis baik untuk tidak menyinggung kawan-kawan pro-pembangkang.

Menerima cadangan pemerhati yang memberikan komen positif terhadap tulisan saya memang orang itu  one step towards menggapai impianlah. Penulis mana yang tak bermimpi ada pengikut, ada peminatkan. Penulis kalu ada pengikut barulah boleh dipanggil penulis, kalu macam saya ni, bulelah juga digelar penulis, penulis siok sndri he he he…

Namun dengan penggabungan/linking to blog-pro-BN, belum tentu rating blog ini naik mencanak, itu satu kaedah yang boleh diguna pakai aje, tapi yang pasti kalu saya buat macam itu, yang pasti, aduh saya, sungguh, saya keberatan, yang pasti saya akan bikin kerja saya makin susah, saya ni kalu bule tak mau berkonflik dengan rakan sekerja yang sehaluan dengan Jamil Kuching. Dan saya juga tidak mau bikin ayah saya makin kecewa dengan saya.

Saya sebenarnya agak-agak aje yang ayah akan kecewa, walau sebenarnya saya rasa ayah tak kisah kalu saya nak masuk terus jadi ahli UMNO pun…Namun amaran, kata-kata “kakak” saya lewat kami makan-makan berbuka Ramadhan yang lepas agak mengilukan.

Kakak cakap “ko kalu ikut Datin, pasti ayah tak ngaku ko anak”

Dalam dunia ini silaturrahim tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit. Tak pelah kalu stakat blogging suka-suka siok sendri tak de orang kenal pun, yang penting saya tidak menyinggung/mengecewakan hati ayah(pak long) yang banyak bersusah-payah menjaga, mendidik dan membersarkan saya.

So for those who read this blog, memang saya gembira dengan kunjung korang semua dan terima kasih banyak-banyak saya ucapkan dan Selamat Hari Raya

Tuesday, September 6, 2011

Abang Mat oh Abang Mat


Kita semua tau yang jadi kecoh pasal komunis ni bukan pasal sangat betul atau tidak kita menafikan sumbangan puak haluan kiri dalam usaha membebaskan Negara dari cengkaman penjajah. Dalam bab sejarah ni saya rasa semua orang tau puak kiri ada sumbangannya yang tersendiri dalam menghalau British keluar dari Tanah Melayu.

Motifnya, sama ada heroic atau tidak, atau saja-saja kerna dendam amarah, emosi tak habis (dulu ekau candu nenek den kek tana bosa sana, hari ini den pancung ekau, tak dapek ekau, kuli ekau dalam Rejimen Askar Melayu, Polis Melayu pun jadi lerrr) tak usahlah kita poning-poning kepalo, menilik renung dalam makrifat. Yang penting, tidakan brutel tak berperikemanusiaan komunis menyedarkan kapitalis British mengubah cara mereka dari direct memiliki dan menguruskan kepentingan asset perniagaan di sini, kepada cara mewakilkan saja syarikat-syarikat yang di”incorporated”kan di sini untuk tujuan yang sama.

Namun kita pun tau melalui kebijaksanaan kepimpinan Melayu yang terdahulu, memang hari ini semua kebayakkan syarikat-syarikat besar perladangan sudah jadi milik rakyat sini. Milik khazanah Nasional. Cuma kita, saya tak rasa khazanah tu milik bangsa saya.

Oklah berbalik pasal abang Mat & komunis, kita generasi kini, eh saya. Saya, saya, sayalah…orang lain saya tak tau. Saya memang tak kisahkan sapa hero, sapa pengkhianat, sapa penjahat. Saya rasa mereka (askar-askar) kedua pihak ada masa nak rasa mereka hero pun…di dalam hutan sana ianya adalah soal hidup atau mati. Tapi kenyataan abang Mat itu yang kita faham hari ini, dalam usaha dia nak bagi kita sedar yang akan sumbangan puak haluan kiri, dah jadi macam dia kata dah askar, polis Melayu ni talibarut British, penjahat. Manusia paling jahat, sejahat-jahat manusia yang mengkhianati bangsa demi sesuap nasi.

Kita pun tau sensitivity masyarakat kita pasal komunis ni. Sekali imbas aik macam ler komunis ni agamanya nak membunuh, merogol anak-anak orang yang punya agama. Anti Agama. Tak dek satu sen pun yang baiknya pasal komunis niiihhh. Abang Mat mungkin cuba nak beri tau ada amalan komunisme itu boleh menjadi ubat kepada penyakit-penyakit yang kita tanggung hari ni akibat menganut sistem kapitalis warisan penjajah British.

Bahkan jika kita terlalu taksub dengan sistem ini, tak mustahillah satu hari nanti kita akan sikit-sikit merana juga. Meranalah, macam Obama kat Amerika tu…banyak hutang, pas tu korang tak tau ka sapa yang bagi hutang kat Amerika…hai bawak2 google lah eh…maleh den nak naipnyeerrrr.

Saya bukan pemuja abang Mat, tapi saya tau idaklah abang Mat itu jahat, pembenci sangat orangnya sampai nak ntah apa tah, nak bawa masuk, atau nak hidupkan semula fahaman komunis Rusia yang dah berkubur tu…tapi cuma kita cuak aje kut kalau geng abang Mat dapat tawan Putrajaya, kita semua tak buleh sembahyang dan segala masjid serta rumah ibadat kita bertukar jadi tempat Komunis buat anak. Seriously masa I kecik memang I percaya kalu kita komunis kita bukan jah tak buleh sembahyang, kawen pun tak buleh! Buat anak buleh, lepas buat anak, anak kita kerajaan ambik untuk latih dia mengikut darjah kepandaian anak tersebut.

Jadi itulah antara persepsi-persepsi asas yang Abang Mat perlu perjelaskan pada awam kalu abang Mat masih percaya apa yang tak betul pada hari ini akan jadi betul, sebetul Ayatollah Iran dan Ahmadeenijad Iran yang berjaya menggulingkan Syah Iran dengan kombinasi formula gabungan keturunan suci Fatimah dan Ali dengan bantuan well who??? Saya memang tak berani nak tulis, tapi memang itulah yang saya pernah baca, Ayatollah tak akan berjaya mengusir Syah Iran tanpa bantuan whooo???. Cari sendirilah, saya tak brani nak tulis sebab mungkin apa yang saya baca tu tak betul. Propaganda komunis yang dah mampus tu, nak idup baleekkkk.

Ini bukan kerja sikit-sikit senang punya kerja. Kerja berat. Pada saya haluan kiri di sini cuma cebisan itu dan ini dan tidak teratur sifatnya sebagaimana kumpulan haluan kanan yang diterajui UMNO. Adakah PAS mampu memikul tanggungjawab ini. Memang kita tau dalam PAS ramai orang pandai, ramai genius. Tapi Albert Einstain kata “Genius itu buek habis boreh, pemusnah idea, Intelektual itu yang menyelesaikan masalah”

Orang tua-tua kata, ukur baju pada badan sendiri. Yang berhak mengukur hanya orang PAS. Bukan saya. Saya tengok aje telatah dan gelagat orang-orang PAS bagi menentukan mana lambang nak pangkah pada PRU yang akan datang, dan PRU-PRU yang seterusnya.

Monday, September 5, 2011

IMPIAN SAYA

Semakin usia bertambah, semakin rasa macam ntah-apa-apa-tah. Diburu rasa berdosa??? Ya risau. Risau kalu nanti mati masuk neraka. Yang paling merisaukan ialah masuk neraka sebab bangkrap, pahala semua dah diagih-agih kat orang lain.

Ah malas nak fikir,

Mari fikir pasal satu filem dulu-dulu yang saya tonton bersama-sama pak cik, mak cik dan mak saya semasa beraya di Kota Singa yang lepas…Cerita “Berakhirnya Sebuah Impian”

Saya ini kalu tengok TV ramai-ramai dan saya tau ada dikalangan penonton dah tonton cerita tu dulu, saya akan jadi sangat lorat, tahap annoying pun ada. Saya mau tau apa penghabisan cerita. Tapi Pak Lang, Busu dan mak saya "malas" nak layan saya yang sangat kepoh, bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali

“apa impian dia (Yanti)”
“dia ke Jakarta mau jadi penyanyi ka?”
“nanti dia jadi penyanyi ka?”

Ya ya ya I sakit hati u bila mereka-mereka langsung tak nak layan, Lalu saya senyap sendiri, lepas habis cerita tu saya tak puas hati, sakit hati bengkek ntah macam-macam rasa yang saya rasa…saya rasa betul-betul macam orang bodoh tau! Tapi saya senyap aje dan cakap, “hai patutlah depa2 tak layan satu habuk pun soalan haku”

Iyalah judul cerita pun berakhir sebuah impian, memang mimpi ajelah. Ok kalu koranglah kan, kalu cerita itu bermula dengan Yanti yang mempunyai suara yang sangat bagus berhijrah ke kota besar, tentu ko fikir dia nak jadi penyanyikan…

Rupa-rupanya tidak, bila Irwan tanya sama Yanti, apakah impian dia…off courselah dia tak jawab direct, tapi keluarlah mamat D’lyods nyanyi

Lagu ntah Kasih sayang…Saya masih bengap lagi dan masih tak buleh terima yang Yanti ke Jakarta hanya untuk mencari (dalam bahasa mencarutnya) %^&&())@ yang ditopengkan dengan kalimah CINTA dan Kasih Sayang huk huk huk…Tak masuk akal langsungkan.

Saya tak PUAS HATIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!dengan cerita yang sangat simplistic sifatnya itu. Impian sepatutnya dijustifikasikan dengan gagasan yang besar-besar, selaras dengan bakat besar yang dimiliki Yanti, dan takdir yang menemukan Yanti dengan Irwan yang punya “networking” dalam industry menyanyi-nyayi. Anyways ada anak dara yang mai berhijarah ke bandar nak cari Jodoh ka? Simplistic betul hidup/pemikiran YANTI. Betapa saya mencemburui dia.

Kalu sebagai pengiat seni, memang simplistic betul formula “berakhirnya sebuah impian” ambil penyanyi/pelakon yang memang dah ada follower, buat cerita yang ada lagu-lagu merdu… wallah “BOX OFFICE” I bet sure filem tersebut hit giler pada zamannya dulu.

Walau macam mana lekeh dan simple pun jalan cerita felem tersebut, saya tak malu nak cakap yang saya keberatan menontonya semula, sebab saya memang terpukau dengan keunikan suara Emilia Contessa. Lain dari yang lain. Itu pasal sebenarnya saya frust sangat tu, kenapalah pembikin felem tu tak bikin Yanti tu jadi penyanyi top gituhhhh…

Namun saya sedar bahawa rasa frust saya adalah berpunca dari saya juga. Jangkaan (ekspektasi) saya tak selaras dengan jangkaan, cita rasa orang perempuan zaman 70 an dulu. Zaman mak-mak kita…zaman "belajar tinggi mana pun terceruk bawah dapur gaakkk," zaman-zaman,,,,"Impian saya iayalah mau jadi surirumah/suritani misali…"