Tuesday, May 24, 2011

Picasso

Adakah kita pilih minat, atau minat itu menang dah ada dalam diri. Kadang kala saya terfikir ke situ. Bayangkanlah kalu anak anda minat melukis, melukis potret tak kiralah manusia ka, haiwan ka, bunga ka, semua habis nak dilukiskan dan anda seorang yang sangat percaya melukis makhluk bernyawa itu haram. Nanti di akhirat lukisan itu akan minta nyawa.

Thank god my mother never larang me melukis, galak pun tak pernah. Tapi bila kamu pergi sekolah, kawan-kawan, cakap itu macam, ia menjadi satu ketakutan. Lama-lama saya percaya melukis itu lebih banyak tak baik dari baik. Yang tak baiknya jadi terlalu asyik sampai lupa tuhan. Lantas saya berazam yang satu hari nanti aku akan berhenti buat dosa nih. Tapi itu tidak mematikan saya dari menyukai apa-apa bentuk lukisan yang boleh menyentuh hati dan perasaan saya. Itu juga tidak pernah memadamkan rasa suka naik angau pun ada pada pelukis-pelukis yang ternama dan terkenal.

Selalunya yang saya sukai ialah pelukis-pelukis barat. Pelukis tempatan saya tak berapa kenal. Tak tau kenapa jadi macam itu tah, saya pun naik hairan pun ada. Salah seorang pelukis yang saya suka ialah Picasso. Saya tidaklah sangat suka lukisan dia, tapi lebih kepada pemikiran yang dicetuskan melalui karya beliau. Saya kagum bagaimana hanya dengan melukis (satu perbuatan keji pada sesetengah kita) boleh membawa cetusan gelombang yang mengubah dunia. Lebih baik atau lebih buruk itu wallahuallam. Kita slalu fikir yang dari barat semua buruk.

Lebih-lebih lagi Picasso inilah. Saya tidak malu untuk mengaku bahawa Picasso adalah satu orang syaitan illuminiti kalu itu yang kamu mau bagi nama pada dia, banyak mempengaruhi daya fikir saya. Saya mengenali Picasso lama sebelum saya kenal ntah sapa-sapa orang seni tempatan. Bagaimana Picasso datang menyerap dan merosak pemikiran saya, saya pun ntah tak taulah ye. Nak kata TV, orang macam Picasso mana ada dapat tempat dalam stesen TV tempatan kitakan.

Mungkin majalah fesyen kot. anak dialah tu yang nama Paloma Picasso tu dengan gaya fesyen yang kalu korang tengok korang akan kata fesyen orang gila tu lah yang saya suka sangat, justeru bikin saya terminat dengan bapak dialah pula.

No comments: