Minggu lepas saya bercakap-cakap,(lebih kepada minta nasihat) dengan seorang pegawai di Pejabat saya. Saya belum mau lagi memperincikan isi percakapan kami, sebab belum pasti ia menjadi. Cuma baru peringat merancang. Saya sedang merancang sesuatu dan saya minta pendapat dia, mana satu nak pilih. Saya ini mengalami keadaan yang macam inilah, selalu berhadapan dengan dua pilihan yang sama best sama seronok, sampai tak tau mana satu nak pilih. Saya masih belum menetapkan pendirian, atau memang saya tidak pernah menetapkan apa-apa pendirian tentang kerjaya masa depan agaknya. Apa-apa pun buleh, janji RM masyuukkk….
Saya nak tulis kat sini tentang dia, dia pegawai tadi, tentang perjalanan kerjaya dia. Dia kata tiada istilah tua dalam mencapai kecemerlangan akademik. Dia dapat Ijazah pun umur 41, sambung masters. Adakah akan terhenti di situ? Kawan dia pula dah pencen baru VIVA. Hmmm. Cerita juga pasal apa yang memotivasikan dia untuk mengejar Ijazah pada usia lewat.
Ceritanya begini dia asalnya cikgu tak berijazah, dan pernah suatu waktu rasa tercabar dengan perangai cikgu lain yang ada Ijazah, saya congak kejadian itu berlaku agaknya dalam zaman-zaman 80’an, awal 90’anlah gitu kut. Sesuatu yang tak masuk akal bagi kami, hanya kerana kita tak de Ijazah kita dihadkan itu dan ini, kita tak buleh kawan dengan dia. Tapi itulah ceritanya. Pelik tapi memang ada manusia jenis ini.
Cerita saya pula lagi pelik. Ceritanya pulak macam ini. Masa dulu kira baru-baru PPD naik taraf hanya ada kita-kita aje. Pegawai ada Ijazah, staff sokongan tak de Ijazah macam saya sama aje. Sebenarnya naik segan pun ada makan sama-sama pegawai ini, ada bukan setakat Ijazah, masters pun ada. Tuan PPD dan Pegawainya anggap kami staff sokongan yang muda-muda ini macam anak-anak. Namun sekitar tahun 2005/6/7, PPD mula aggrasif mengambil lebih ramai staff.
Ha pada masa itulah kelas-kelas kasta-kasta ni pun wujud. Saya rasa serba salah dengan kawan saya sendiri. Memang kami pernah dinasihatkan yang gitu-gitulah. Tapi dah Allah nak takdirkan persahabat yang terjalin memang tak buleh putus. Saya mengambil pendekatan mudah, untuk mengurangkan rasa serba-salah yang bersarang di dada dek nasihat orang yang kunun katanyalah nak memperkasakan imej PPD. Ntahlah tak faham saya pasal perkasa-perkasa ni. Saya belajar lagi demi dapat kedudukan yang lebih perkasa???
I do have to let go my most valuable asset which until today pun my mom tak tahu. I dunnolah macam mana keadaannya bila one day nanti dia tau juga. But hopefully bila dia tau, saya sudah dapat menggantikan apa yang telah saya let go itu. Phewww!!! Allah help me. I really pray that Allah help me in this account. Tapi itulah ceritanya, terkadang itu kita buat kerja yang ntah-apa-apa-tah kerana ntah apa-apa-tah. Just kerana kita tak tahan telinga dengan cakap-cakap orang.
No comments:
Post a Comment