Bagi kita rakyat marhean tak de istilah PM kita PM awak, Ketua Pembangkang kita, Ketua Pembangkang awak. Dua-dua ketua itu pemimpin kita. Pemimpin rakyat. Pelindung kita, wakil kita. Bila wakil Ketua Pembangkang kita berhadapan dengan skandal yang memalukan satu persatu, memang orang kata wajarlah kita semua rasa tak seronok.
Itulah kita ni kenapa kita pilih juga pemimpin yang populis. Kita tak nak dengar, kita marah kalu ada yang sebut yang sebut/ingatkan yang ketua pembangkang kita ini pernah gagal dalam bidang pelajaran semasa di university dulu. Kita letak orang macam ini di tempat yang tinggi. Sekarang kita juga diamuk resah yang ntah apa-apa tah, bergaduh saling tuduh menuduh, saling bersyak-wasangka sesama kita.
Memang ada jenis student yang berbakat bercerita sebab mereka tak menyerah dalam pengajian. Sama ada kita nak layan atau tidak ajelah. Sepanjang saya berada di MMU saya tak pilih kawan. Mereka ini kita tingok skali macam sibuk, macam mereka ada tugasan lain, selain tugas hakiki mereka iaitu belajar. Ntah apa tugasnya idaklah kita nak periksa. Saya kata mereka ni macam ada tugas lain, sebab nak pergi lecture pun tak sempat, tutorial ikut donelah. Assignment, tutorial submission, tok sah cakaplah memang mereka hilang malu dah agaknya nak meminjam-minjam kerja rumah makcik macam saya ni. Kalau makcik ini yang pinjam kat dia, memang patutlah, makcik dah tua, makcik ni ada kerja lain, ada fikiran lain, ada 1001 macam masalah/kemelut yang orang-orang sebaya makcik terpaksa hadapi dan tangani. Dia orang tu baru menetas, apa masalah, apa kemelut, apa kerja yang banyak sangat, sibuk sangat tu, memang kita tak kuasa nak memikionya.
Lepas tu ko, makcik nak cerita pasal anak-anak ni, ada ka patut kalu sembang dengan makcik ni, asyik cerita pasal lecturer tak tau mengajar. Lecturer tak focus, lecturer emosi, lecturer macam budak-budak berat sebelah, mengamal favoritism, lecturer merajuk, mengada-ngada. Ada aje benda yang mereka tak puas hati pasal lecturer. Lecturer itulah, inilah. Rasanya university ambil lecturer, assistant lecturer, tutor semua yang bagus-bagus, baik-baik. Pada saya bila kita dah belajar peringkat tinggi, lecturer tu datang on time, tak pernah skip kelas, kalau skip diganti, itu you alls anak-anak sudah patut bersyukur dah tu.
Orang dulu-dulu nak blajar, cikgu dia buat kekwat suruh itu inilah baru dia nak bagi ilmu dia, ko tak tau. Imam ntah saya tak ingat, pasal Imam sama Imamlah ni. Sebab saya dah lupa kita bubuh aje Immam A(IA), Immam B(IB). IA masa tu mudalah dan IB memang dah femes, jadi IA nak belajar dengan IB. IA pergi ke rumah IB nak belajar, tunggu-tunggu IB lama, bila dah jumpa IB kata “ko balik dulu buat ini, buat itu dulu”. IA akur, tak banyak songeh sebab dia focus mau berguru dengan IB. Itulah macam mana susahnya orang dulu nak blajar. Tak dek pula IA balik rumah mengadu, IB saja berkonspirasi tak nak tumpahkan ilmu pada dia sebab apa-apa sebablahkan.
Ok berbalik kepada ketua pembangkang kita, kalu dia tak lulus ekonomi, mungkin betullah masa dia blajar ekonomi dulu tu ada lecturer jahat yang saja berkonspirasi dengki taknak luluskan dia. Dan Tun M yang baik hati tu percaya, Tun dah bagi jawatan Menteri Kewangan. Tapi apa yang dia dah buat semasa dia di Kementerian Kewangan. Tanya Ummi Hafildalah eh. Ummi lagi tau. Ko nak kata Ummi pembohong, Ummi pemfitna, saya tengok Ummi sampai hari ini steady aje.
Beribu-ribu orang sembahyang solat hajat minta dicelakakan Ummi, Ummi OK. Petunjuk apa lagilah yang kita mau lihat agaknya. Apa lagilah yang kita tak puas hati. Kalu anak-anak kita nanti celaka, malap, tak de sapa sebenarnya yang kita nak salah. Kita sendirilah yang salah, sebab setelah bertahun kita minta petunjuk, minta pertolongan Allah, Allah dah tunjuk, tapi kita masih tak mau-mau lihat, tak mau pandang.
Kita asyik juga mau percaya nanti ketua Pembangkang kita akan hapus semua rahsuah, hapus semua salahlaku dan penyelewengan yang berlaku, maka rahmat pun turun, harga barang barang semua turun, gaji semua boleh naik, produktiviti, KDNK semua boleh naik. Pelabur berpusu-pusu nak melabur di sini. Kita semua aman makmur dan bahagia. Suka hati kolah kalu saya tulis panjang-panjang karang, ada pulak yang kecik ati, saya tulis secara general/umum, terlebih-lebih lagi saya mengata sendiri saya sendiri yang dulu pun pentaksub Anwar dan percaya dengan cerita konspirasi itu. Ada orang tu cepat-cepat masuk kedai kraf bila nampak polis langsung terbeli bunga tempurung kat Lot 10, semasa join perarakan reformasi dulu-dulu zaman 90an dulu. Jadi kerja tau. Ntah apa-apa tah. Ada orang tu plak terpaksa turun naik balai polis nak lepaskan anak buah dia yang dah kena tangkap pun ada.
Dah tua-tua baru nak pegi skolah, baru nak sibuk-sibuk blajar, nak sibuk merenung dah memikir cabaran Wawasan 2020. Setelah saya sedar saya hanya punya otak anugerah tuhan untuk menjawab 9 cabaran itu, tak mananya Anwar Ibrahim ada nak tolong susah senang saya, ditahun 2020 nanti. Kalulah ada kan senang. Patutnya macam itu tau. Kita orang perempuan ni duduk-duduk goyang kaki, pergi SPA, pergi facial, pegi shopping, duduk diam-diam duduk lawa-lawa, cantik-cantik aje tau. Patutnyalah kan. Tapi sapa saya nak berangan sampai ke situ, Saloma, Marion Caunter, Daphne Iking??? Siti Nurhaliza yang cantik lagi berbakat tu pun Datuk K “dera” dia business kosmetik.
No comments:
Post a Comment