Tuesday, December 30, 2025

1MDB

Lepas katanya 7 tahun, dalam minggu ni barulah kes Najib ni diputuskan. Katanya kena jail 165 tahun. Denda 11.38 billion. Maka bersorak-soraklah puak-puak Najib haters ni. Orang kampung, orang beshe-beshe macam saya or personally saya sendiri, tak excited, tak rasa pun nak melompat-lompat bintang, katak bagai menjulang selogan "justice is served". 

Saya personally rasa, ah ko tak suka orang tu, orang rase orang tu mengancam ko, ko hukumleee---- hat lain-lain lepas le pulak. Itu Tun Kuntilanak dengan besti yang dah masuk kubur tu tak berani pulak kau sentuh. Tun Kuntilanak siap declare diri dia 10% prime minister. Ok je dia.

Rahsuah kat Malaysia sangat sinonim  dengan menjana "political war chest" pemimpin tertentu. Kalau betul nak perang rahsuah, kes-kes dulu pun awat senyap je. Perwaja Steel, skandal Bank Bumiputera, terowong ajaib Penang, senyap pulak

Jadi personally saya rasa tak de sebab pun kau nak berselebrate macam yang diteriak-teriak, konon katanya bawah era engkaulah Kuasa kehakiman benar-benar telah dikembalikan. Keadilan telah benar-benar terlaksana di bumi Malaysia bla bla bla. Bos bukan Imam Mahadi pun. Pada akulah. Tapi aku tahu ada, bahkan katanya ramai gak percaya PMX tu imam Mahadi. Cubalah bagi sepenggal lagi tadbir Malaysia ni, tunggu sampai kota Madani terlaksana, barule nampak nanti IOI Mall duduk kat mana he he, kan? Paku Dulang Paku Serpih tu juga tu nanti.

Percayalah----



 

Sunday, December 28, 2025

Watsap Guysss----

Itu trade mark influencer media sosial yang paling ramai orang Melayu minatlah, kan. Sapa tak kenal Khairul Aming orang Terengganu tu, kan. Saya minta maaf cakaplah memula dia whats-up-whats-up guys tu suka gak tengok. Tapi bila start sambal nyet, tunjuk dia ada pekerja, bagi duit raya, bawa staff pi bercuti, la ni bukak restaurant, kalau content pasal bisness dia, sambal nyet dia, staff dia, memang saya scroll laju-laju. Meluat ha ha.  

Jadi meluat sebab sambal nyet, rendang, dendeng dia bukannya sedap, pun. Sedap lagi yang saya bikin. Rasa macam---alamak, tertipu gitu. Ingatkan sedap, tapi hurrmmm hareee---- Dahlah tu nak dapat product dia punyalah payah, kan berbattle-battle kat online saaaana. Orang beli bukan sangat pasal rasa pun. La ni dia bukak restaurant kat KL, mintak maaflah sure level bese beshe je macam sambal, rendang dan dendeng dia juak tu. Air tangan KA tu beshe-beshe je tapi orang nak dapatkan masakan dia dah macam luar biasa, taksubnya, seolah dapat makan sambal/rendang/dendeng KA, IQ dan status estime diri mereka meroket naik setinggi puncak Himalaya saaaanaa.

Itu le dia semangat bangsa saya yang menakutkan sebenarnya. Keterbergantungan bangsa ini terhadap brand, jenama, pengaruh individu or product sangat tidak sihat. Kadang tu takut terlampau sangat bergantung kepada bebenda ni semua boleh bikin manusia hilang arah, depress, kecewa dan hilang erti/nikmat hidup. Kecewa, murung, bersedih, sampai boleh melupakan benda-benda simple lain yang lebih berharga. Contohnya seorang anak tak dapat makan sambal nyet KA marah-marah/mengamuk pada parents atau 2 orang sahabat bergaduh putus kawan sebab kawan dia terlupa book makan di kedai makan KA. Padahal anak beranak, sahabat karib tu boleh je happy dengan aktiviti lain, atau makan kat kedai lain. Tapi sebab KA punya pasal mereka sanggup ber tak happy seseama sendiri. Tak ke macam ko rasa eee kesiannya mereka?

Kadang tu saya fikir kenapa ea kita tak boleh persetankan aje dengan benda-benda trend, bla bla bla ni? Buat bodo ajelah, kan. Ini tidak, punyalah nak makan, nak minum benda yang KA buat, sampai kalau yang dah kencing manis darah tinggi tu, kolestrol tinggi tu, KA punya pasal nak follow, nak makan juga. Sampai ada satu masa kecoh satu mayalah bila ada tegur makanan KA tu tak berapa sihat, banyak minyak, manis-manis yang tak sesuai untuk golongan macam saya ni.

Saya bukan nak suruh orang puja pulak makan sihat, tidak begitu. Maksud saya gini, bila dah umur-umur macam saya ini kalau boleh janganlah taksub sangat dengan si KA tu. Banyak bahaya dari baiknya. Nak makan kat kedai KA tu bukannya murah, awal-awal lagi dia dah kasi warning, harga bukan harga kedai tomyam bla bla bla--pastu parking payah. Ko nak makan kedai KA kalau tak nak pening pasal parking, naik MRT LRT saaaana-- dari ko buang masa naik MRT/LRT baik ko pegi petik jangung, petik manggis, rambutan kat ladang UPM sini. Pada saya,lah. Dah level-level 50 an ni baik tengok video masak-masak kampung je. Kampung yang balik-balik Indon, Kalimantan sana buat. Yang makan sayur-sayur dok petik-petik keliling kebun. Itu suka sayalah. Dah tua-tua ni baik kita berkebun sikit-sikit sihatkan badan dari dok ngadap hp membattlekan sambal nyet KA. Pada sayalah. 

Yang suka tengok KA watsup-watsup, masak-masak tu lepas tengok, tu bukan dia masak pun. Nasib baiklah KA tak ada chain fast food restaurant macam McD, kalau tak gerenti hari-hari lepas tengok KA masak dia bukak apps order rendang/sambal/dendeng/goreng-gorengan super deepfry KA/atau dessert, air minuman KA yang tinggi kadar gula lagi berlemak itu.  

Wednesday, December 17, 2025

AGENDA BESAR

Saya terpaksa berenti baca FB seketika, sebab masuk-masuk dalam situ ramai beno tak puas hati pasal kabinet baru PMX. Sebelum ni dalam feed FB memang banyak tak puas itu, tak puas ini, tapi kali ini saya blok kejap FB sebab takut terjangkit sama membenci. Kita ni kije gomen, apa rakyat pilih kita ok je. Dulu tu pun berjejeh orang tak suka Kak Fadh. Tapi kita ok je.

Hari ni kak Fadh dah orang tak bising, orang dok bisingkan Adam Adli. Bebulu je mereka dengan dak Adam tu. Kata dak Adam tak habis belajar. Orang yang kije kat KPT tu aku rasa ok jak dengan dak Adam, orang luar pulak risau, itu ini, begitu begini. Risau beno betul takut pasal dak Adam, anak/bangsa dia rosak, kena buli.

Aku bukan nak cerita sangat pasal dak Adam, aku nak cerita pasal kak Fadh dan agenda di Kementerian yang dia terajui. Kak Fadh kena duduk situ, bukan pasal dia bodek PMX ka, tapi hanya kak Fadh dengan kegarangan, kedegilan, some said kebodohan, itu barulah dasar pendidikan tak berteraskan exam yang tengah kita giat buat ini tidak akan terganggu-gugat.

Kalau letak orang lain takut nanti menteri termakan cakap-cakap mak bapak kat luar sana untuk patah balik kepada cara lama. Exam based/oriented education. Aku tak de anak, aku tak kisah jadah apa pun sekolah nak buat aku ok je. Yang rapat dengan dunia pendidikan ini lah komplen, risau bebudak ni bila tak de exam derang jadi kacang hantu. Kacang hantu lagu mana aku malas nak tulehlah.

Tapi aku nak komen satu je, katalah benar sebab tak de exam bubudak Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban la ni tak de kualiti, ko tak payah le antar anak ko belajar sekolah gomen. Antar anak sekolah swasta macam anak Alif Syukri, anak Era Fazira, anak Bunga Citra Lestari. Bebudak tu semua sekolah private. Umur belas-belas tahun dah masuk Oxford.

Bukan Oxford sangat kita banggakan, tapi kalau tengok cara bebudak tu dalam media sosial, sopan je, rope derang. Erra memanglah semua tau lepas dia dapat dan Aleysia, dia sangat profesional tak gegedik itu tu dak Bunga tu atau orang panggil BCL, punyalah gedik yaaa ampuuuunnnn---- Anak dia ok je, sama je rope macam anak dak Era. Itule tu sebab sekolah sama. Memang sorang skola kat Indo, sorang kat Malaysia, tapi kurikulum dia sama, koko pun sama, rupa budak dia sikit lebih kurang je gitu-gitu. Sejuk mata memandang.

Dah ada yang elok wat pe antar pi skolah yang teruk sampai boleh terbunuh anak kat sekolah. Ada sekolah selamat wat apa antar sekolah yang ada risiko anak ko mati, tak jatuh bangunan, mati kena buli, tikam dengan peminat sendiri di dalam kawasan sekolah.

Hah itu pasal le aku tak kawen tau, sebab kalau aku nak kawen, aku nak kawen dengan orang kaya yang mampu antar anak aku belajar sekolah swasta je. Tapi lelaki yang biasa nganto anak sekolah swasta tak pandangnya muka macam aku ni--- he he he. 

Ok berbalik pasal kak Fadh dan non-exam-oriented educationnya, betul ka pasal itu budak sekolah gomen huru-hara? Ntah, personally, aku kalau sikit je ada risiko, dah ada berbunuh dan dah ada yang mati. Kenapa mau ambil risiko, kan?

Monday, September 22, 2025

SUBJUDIS---

Masih tak move dengan kes Zara nampaknya----kes ni memanglah tak sattle lagi. Panjang lagi, ntah makan bertahun dah. Kat opis kengkawan kata malas nak follow dah sebab perkembangan terbaru ni, nampak kes tak menyebelahi Zara. Dah give-up dah. Atau lebih kepada tak mau ambil tahu sebab dah tahu keputusan akan tak mengembirakan.

Atau dah boleh terima hakikat Zara ni mati sebab perbuatan sendiri, maksud tertekan, hilang pertimbangan, bla bla bla---Itu sayalah. Saya tak katalah arwah bunuh diri tapi apa ek dibuli secara mental sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

Lebih-lebih pedih pada peminat Zara, cerita pasal seksual tu, bukan Zara yang kena ganggu, tapi Zara yang menganggu. Menurut saksi, ada salah faham pasal orientasi seksual Zara. Katanya si Zara ni songsang. Bahkan Zara terpaksa pula buat pengakuan bertulis yang dia tidak songsang. Gila ke apa, kan namanya tu. Kalau betul arwah tu lurus, means pembenci Arwah sangat tak tau nak cakap apalah. Lebih baiklah betul yang si Zara tu songsang, bunuh diri sebab rasa teruk berdosa bla bla bla. Mati suda seekor iblis gitu. 

What if Zara innocent. Sudahlah dituduh songsang, dituduh mencuri, ko rasa? Tapi peguam Datuk Ram Singh sudah membayangkan beliau bakal menang. Iyalah si Zara dah mati.  Yang hidup pembenci dia. Pemfitna tu. Sekarang ni semua atas saksi hidup yang ada. Pihak mereka sudah putar cerita dia tertekan dibuli begitu-begini selepas Zara meninggal. Ibu dia pun sama naik kata mereka dibuli.

Tak tahulah aku, tapi lepas Ketua Warden beri keterangan, memang aku cakap dalam hati habisla Zara, Pelajar A ni licik dan dia boleh memang tu. Aduiiii. Aku syak gini je Pelajar A tulah kawan baik Zara yang punyalah baik sampai depa dua ada kongsi tulis diari. Ini syak aku, berdasarkan kelaku Pelajar ni, Kelaku mak budak ni jugak. Ntah-ntah budak ni yang songsang dan ada "feeling" terhadap Zara. Budak ni mental yang tak nampak mental.

Itu aku cakap jangan terlalu obses kaji si Zara ni sangat, kaji jugak budak yang buli dia. Apa makanan dia, sapa mak bapak dia, apa dah diberi makan kat budak ni sampai jahat sangat, kan? Aku dengar bapak budak ni kije Lembaga Air Sabah, Lembaga yang teruk kena Sakau tu, sampai bekalan Air bersih Sabah banyak isu tu. hah kan.

Ini aku punya teorilah---- si Zara pada malam kejadian tu, baru dia tahu yang selama ni komplen dia songsang, dan malam tu dia dituduh mencuri pulak, semua itu kerja kawan baik dia. Mana tak hancur hati dia,kan. Kau cubalah bayangkan. Mana tak meong kawan tu. Tu syak aku.

Dah memang tak de bendalah aku nak cakap, sebab dari mula lagi aku dah percaya Zara ni dibuli mental bukan fizikal. Sebab pembulian mental memang boleh bawa maut. Cuma undang-undang aje la ni susah pendakwa raya dalam kes Zara ni memang payah nak menang kalau beginilah cara saksi-saksi menyampai cerita mereka. Zara dah tak de, cuma ada saksi mata je. Kat sini aku memang dah subjudis cakap, susah nak buktikan Zara dibuli mental sehingga mengambil nyawanya sendiri.

Tapi aku memang harap sangatlah ada orang suka korek-korek rahsia sekolah ni, harap ada pegawai dekat BPG, ka Bahagian Kurikulum, yang tengah gigih mengubah kurikulum ni buat kajian kat bebudak yang ada potensi membuli, punya orientasi seksual songsang ni, sila la sila kaji kelaku anak-anak ni. Korang tak minat nak kaji ka? Eish kalau akula jadi deme memang aku dah amik cuti gaji penuh ni kaji deme, kalau aku dah memang sesedia dah ada gelar Dr Falsafah, aku cuti tanpa gaji pulak buat Ijazah kedoktoran, ke-2. 3, 4, 5,6 sampai aku pencen. he he.

Thursday, September 11, 2025

In Denial----

Masuk minggu ke-2 Inquest Zara, ramai orang tak puas hati dan menuduh bukan-bukan. Marah benar mereka sampai ada dah kena tangkap polis sebab mengugut, mengancam keselamatan saksi. Kenapa yang tak puas hati sangat tu. Derang tak terbuka yang Zara tu bunuh diri. Di pihak Gomen pulak bukti awal dah tunjuk budak tu bunuh diri. Lepas tu ni sekolah agama, sebolehnya gomen nak tutup kes, kan. kalau bukak-bukak tersingkap kisah lesbian, buli, broken family, sekolah tak selamat, macam-macam hal boleh tersongket keluar.

POV Gomen/Kementerian/Bahagian dalam KPM/JPN/PPD/Sekolah, tentulah tak nak serabutkan kepala dengan hal-hal sebeginian. Kalau aku jadi menteri pun aku cebik gini. Hai ibu, hang tu dahlah anak komplen tulis dalam diari mau pergi mati sebab tak puas hati dengan kau. Gi skolah kena buli, hati tisu pastu lompat tembok asrama. Hang dendiam udahlah.

Tapi takdirnya Allah tak mau perkara ini disenyapkan. Allah mau satu Malaysia, sampai Negara ASEAN, Sampai Australia sana orang dah tau dah cerita ini. Allah mahu kita tahu dalam Asrama sekolah Agama saana ada budak lesbian, ada Pengetua yang katanya tak rasional, tak pandai jaga keselamatan penghuni Asrama, ada kaunselor yang tak pandai takel isu anak-anak berhati tisu, bla bla bla. 

Allah juga nak tunjuk, netizen yang dah macam orang gila, ugut sana-ugut sini. Memang nak tunjuk Sapa yang bentang bukti, kaedah saintifik habis dibakul sampahkan. Dektektif internet, lebih dipercayai. Mob Justice bermaharaja lela. Mob Justice vs Real Justice. Mob Justice menang, sangat garang dan ganas mencederakan emosi those yang bawa fakta mengikut bidang disiplin masing-masing. Pakar Patologi diserang, Pakar Kimia, dimaki-hamun, pendek cerita semua saksi diserang/disiber buli. Yang nak pembuli dihukum bertukar jadi pembuli yang ganas. Orang kata paku-dulang-paku-serpih. Mengata orang dia yang lebih.

Begitulah huru-haranya disosial-media sana. Bagi aku, secara peribadi, MOB-Justice tu idaklah mengerikan sangat, setakat ugut-ugut dalam internet bukan boleh mati, pun. Tapi itu hari ini, esok-lusa, mungkin boleh bertukar ganas, sampai betul dari internet, keluar ke alam nyata. Benda ni tak mustahil berlaku. Mula-mula ugut dalam internet, lama-lama besok terus ke alam nyata.

Benda ini kalau tak dibendung boleh jadi tambah parah. Yang menyerang itu sudah tahap paranoid kunun pejuang kebenaran. Langkahnya langkah syahid. Dia dah tak takut mati, dah. Sebab dia yakin tentang perjuangan dia. Tapi aku tak katalah kes Zara ni akan jadi sampai begini, Aki yang ugut pakar Patalogi tu akan betul-betul keluar dan lenyek Pakar tu. Tapi bayangkan keadaan 10, 20 tahun akan datang, zaman-zaman bebudak Gen-Z, Gen Alfa ni besok macam mana pulak mereka tu.

Ngeri. Siap sedialah.----Nasib baiklah nanti saya sudah pencen. he he he----Lagi pulak level-level saya ni tak de sampai kena naik kandang saksi wakil gomen. Kalau masuk kandang Gomen, pun bos-bos kita ajelah. Sian, kan bos. Bentang fakta, kalau tak kena dengan selara pejuang Mob Justice mampus kena buli.

Begitulah------ seadanya, bila masyarakat dah makin brutel. 


Monday, September 8, 2025

DOUBLE TROUBLE___Triple

 Cerita masih terkait cerita Zara dan Nurtizen. 

Semalam hari ke-3. Emosi deme aku tak berapa pasti, tapi ada influencer yang menganjing dia tak berani sesebut nama saksi no 2, sebab takut Nurtizen pi ugut saksi no 2 pulak. Saksi no 1 dah kena kecam katanya. Aki yang dah kena tahan tu sorang, yang tak tertahan guna nama samaran bagai tak tahu berapa ramai. Teruk juga katanya saksi no 1 tu kena buli siber.

Apa yang derang nak ni? Mereka mau apa ke nama budak pembuli tu dihukum. Aku start mula berminat kes ni bila klip-tiktiok Menteri Dalam Negeri (Dak Pudin Poka) naik FYP aku cakap pasal diari-diari-diari. Ada unsur buli, seksual dan pengabaian.

Maknanya dalam kes ni, buli, seksual, pengabaian penyebab Zara took her own life. Bunuh diri. Fullstop. Tapi masyarakat kita terlebih emo, tak percaya benda ini. Apatah lagi yang cakap benda ni si Pudin Poka yang memang terkenal kaki kencing. Poka cakap benda ini tentula berdasarkan fakta yang disediakan pegawai dia, orang KDN, Polis, Poka jaga KDN. Sumbernya tentulah KDN. Berdasarkan diari, rakaman percakapan yang telah di buat polis, rumusnya 3 benda ni.

Tapi aku rasa rumus bunuh diri tu sumber utama Poka, aku rasa diari le. Sebab Poka ulang kali sebut diari-diari-diari. Lepas tu teruk Poka kena serang. Susah Poka nak yakinkan benda ni sebab status Poka sendiri memang teruk. Poka diasak pula Din Miang dalam sana, lagila Nurtizen jadi miang seluruh badan, terencat-rencat memaki hamun, menyebar fitna di alam siber.

Tapi kalau kau waras, kau mau justice, kau mau pembuli, pencabul Zara disumbatkan dalam Penjara, memang susah juga tu. Sebab satu diari mungkin ada tunjuk Zara tak stabil mental. Jika stabil, diari catat dia dibuli bla bla bla, sukar pulak sebab katanya pembuli, pencabul ni anak sedara Menteri Pendidikan.

Now katakanlah, tak ada apa nak dilindungi, tak de kepentingan nak dijaga. Masih sukar mau diheret pembuli/pencabul ni kemuka pengadilan dunia, sebab diari yang ditulis Zara nampak dia ni ada masalah mental. Kalaulah diari penuh dengan cerita buli, senanglah kerja polis. Trust me, I have a diari, aku tahu. Kalau aku selak baca balik benda yang aku tulis, aku sendiri cakap eh orang gila mana yang tulis diari ni. Percayalah. he he---


Sebenarnya kita patut fokus pada pembuli/pencabul ni. Macam mana polis boleh tangkap budak 5 orang tu? Macam mana Poka boleh cakap buli dan seksual? Kalau tak ada tulis dalam diari, mungkin rakaman percakapan dengan 65 orang murid ada catat situ Zara kena cela, Zara kena cabul. Pengabaian? Ni aku tak pasti sapa yang mengabai ni. Mungkin pihak sekolah, mungkin mak Zara. Tapi sebab kejadian kat Asrama, aku rasa lebih kepada sekolah. Pukul 11, budak bergaduh warden buat apa? Tidur ka? Aku tak pasti ada mungkin dalam SOP sekolah ada cakap Warden kena pastikan budak-budak tidur jam sekian-sekian, lampu asrama kena padam ka gitu-gitu---kalau ada rakaman percakapan kata 11 lebih budak 5 ketul tu giat mencela Zara, sudah tentulah itu langgar SOP. Itu elemen abai. Lagi satu abai, gurd asrama umur mungkin lebih dari yang ditetapkan dalam kontrak keselamatan KPM. Orang dah lebih umur ko bagi kije, pukul 3 pagi ada budak dah nyawa-nyawa ikan terbante tepi longkang dekat bilik Dobi, pun guard tak sedar. Itu abai lagi. Asrama tak de CCTV, abai jugak tu---abai lebih kepada menjurus pada pengurusan Keselamatan Asrama. Bukan ibu Zara.

Ok berbalik kepada 5 orang budak pembuli pencabul. Pendek cerita mereka ni lesbian. Lesbianla kalau dah pempuan cabul perempuan, kan? Patut disiasat fokus pada si 5 ketul ni. Sekolah tak tau ke ada kelaku lesbian dalam sekolah? Lagi satu, buli. Dah ada rakaman suara Zara pasal buli-buli ni, kenapa tak siasat je. Tak de dibuat. Kenapa tak nak buat. Aku syak (bawa fitna) satu benda je Pengetua is in denial. Mak Zara dah datang jumpa Pengetua nak keluarkan anak dia, suruh tunggu akhir tahun bla bla bla---memang nampak sangatla something wrong dengan Pengetua ni. Dah berapa lama agaknya sekolah bela pembuli, pencabul ni, kan. Ntah dah berapa ramai budak lain buli, diraba, dicabulnya budak-budak 5 ketul ni. Guru Kaunseling buat apa? SOP sekolah pasal budak lesbian ni kata apa? Nasib la aku dah pindan Audit Luar, kalau aku masih di opis lama, ada jugak aku calling-calling DASAR dan tanya "KPM ada tak SOP budak-budak luar tabie?" mesti jawabnya tak ada. he he---

Banyak kelemahan sana sini. Kelemahan-kelemahan inilah sukar untuk mahkamah beri keadilan sepatutnya pada Zara.  Kita patutnya berlaku adil juga pada diri. Jangan mengharap yang bukan-bukan, yang tidak boleh diberikan oleh sistem hari ini yang berpunca kepada banyak sebab, mungkin alpa/ego insan itu sendiri. Adil juga pada yang menjalankan tugas, menyatakan kebenaran yang tak selari dengan kehendak kita.

Sunday, September 7, 2025

AKTIF-2

 N3 sebelum ni aku merapik tahap memfitna kunun begitu-beginikan hal si Zara tu.....

Hari ni aku dah tak benci, aku ginila tulis gini jerrr.....

Aku pasal hal Zara ni bila keluar cerita dia mati terjun tingkat 3, aku ok jer. So what budak bunuh diri. Tapi macam aku cakap ada orang sudah spin dan bina neratif budak tu begitu-begini, sampai jadi sensasi, bukan Malaysia je malah dah rentas negara ASEAN, dan katanya dah sampai ke Australia sana.

Jadi kau cakaplah apa pun people tetap percaya si Zara ni mati dibunuh/buli. Pihak sekolah, JPN, bahkan KPM pula berperanan mendiamkan kes sebab pembuli/pembunuh ada kaitan dengan golongan VVIP. Sampai ke hari ni lepas kubur digali semula, pakar pun dah cakap Zara mati sebab jatuh tempat tinggi tapi orang masih mau percaya yang dia dibunuh/dibuli. Lebih teruk lagi ada yang percaya pembunuh/pembuli masukkan Zara dalam mesin basuh kununnya untuk menghilangkan kesan cap jari, DNA, pada tubuh Zara.

Punyala dramtik lagi tak masuk akal naratif yang dibina, tapi tak kisahlah apa naratifnya, ia  sudah berjaya ditanamkan dan disebar-luaskan. Kau hidangla apa bentuk fakta, mereka masih mau percaya yang itu-itu juga.

Faktanya Zara mati jatuh tempat tinggi. Pakar cakap dengan keadaan tembok dan ketinggian Zara, mustahil dia terjatuh atau ditolak. Pakar sambung lagi, kemungkinan Zara panjat tembok dan jatuh. Peguam keluarga Zara minta pakar lain untuk mengesahkan perkara ini. So, kena tunggulah apa analisis lanjutnya dari pakar ini. Adakah bukti lain dapat menyokong ada orang lain yang menjatuhkan Zara  dari tembok. 

Personally memang aku harap ada bukti tersebut. Tapi pada masa yang sama aku sendiri dah siang-siang ajar diri what if tak de bukti yang diharapkan? Aku kenalah percaya Zara mati sebab dibuli secara verbal.  Verbal yang sangat jahat itu bikin dia hilang pertimbangan akal waras yang akhirnya menyebabkan dia terlantar di tepi longkang berhampiran bilik dobi. Melalui rakaman percakapan yang dilakukan polis, katanya pukul 11 malam Zara dicemuh beramai-ramai (5 orang) budak lain. Selanjutnya itu ada saksi nampak Zara menangis dalam toilet. Jam 3 pagi ada student jumpa Si Zara ni dah terlentang jatuh tinggal nyawa-nyawa ikan di kawasan asrama berdekatan dengan bilik dobi Asrama.

Ada juga influencer mempertikaikan, "kuat nau kata cemuhan dia, sampai mati orang dibuatnya" Eh kawan, macam kau tak pernah dengar orang bijak pandai ada cakap "lidah sepanjang 3 inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki", kah? 

Kalau kau susah nau nak percaya Lindah itu memang boleh membunuh kau percaya ajelah, lidah jahat itu arahkan khadam menjatuhkan Zara dari tempat tinggi. Kalau dah khadam ghaib yang humban Zara diri tempat tinggi, macam mana nak buktikan benda-benda ghaib ni, kan?


*****
Tetiber je aku teringat pernah pergi satu krusus yang aku rasa, ntah apa-apalah kursus ni. Kursus tu ok, tapi penceramah dia, content dia yang aku rasa ntah apa-apa tah. Aku rasa gitu sebab aku gi kursus pun sebab temankan kawan, kawan tulah yang beriya nak pergi tapi dia malu. Kursus apa? Ada kait dengan pengurusan emosi, stresslah gitu.----

Content tu tak semua merapik, pun tapi ada sikitlah slot tu yang aku bercakap dalam hati "Apa benda yang kau merapik ni Dol?"

Dia gini si penceramah atau si Dol dia tetiber bukan cerita kita ni boleh gilakan orang yang waras. Atau Orang yang waras boleh jadi gila kalau kita buat sesuatu pada dia. Apa benda yang dibuatnya sampai orang boleh jadi gila? Ntah aku pun tak ingat, sikit lebih kurang, kau pakat ramai-ramai nak kenakan orang ni. Orang tu ok je, tapi sejurus dia masuk opis kau atur orang tegur mamat or minah (target) tu yang dia tak ok. Satu hari tulah kau atur orang berlainan cakap kat target yang dia tak ok, at the end of the day target bule jadi gila/hilang pertimbangan. Tika itu kalau kau bilang "baik kau pergi mampus" target akan pergi mampus. Kalau kau bagi dia pisau, dia akan kelar urat nadi dia atau tikam jantungnya sendiri,  kalau kau suruh terjun dia akan terjun.  Itu dia cakaplah, betul ke idak, ntah. Mungkin betul, mungkin tidak. Yang pergi-pergi mampus ni, DOL tak cakap, aku yang tokok tambah.

Ilmu apa kah ini? Si Dol tak cakap ilmu apa, tapi kita boleh fahamlah ini ilmu psikokan orang. Ilmu psikologi biasa je. Tapi kalau kau suka cerita illuminati, kau boleh je cakap opkosla ini semua ilmu setan, atau kau dah bikin janji dengan setan. Atau kalau kau percaya leluhur/ saka. Leluhur kau tu memang terkait rapat dengan janji setan. Kalau omputeh derang cakap demonic. Itu pasal kau punya kebolehan luar-biasa psiko orang sampai orang tu boleh mati.

Tulah aku rasa dari kau merapik-meraban, marah-marah, ugut-ugut orang dalam media sosial, ada baiknya kau tulis novel psiko-thriller demonic pasal Zara ni, mana tau nasib baik boleh best seller, kan? Aku kalau pandai menulis, memang aku tulis. Tapi tulah macam yang aku cerita dulu aku ni bukan boleh tulis pun, hari ni orang tu nama Zara, besok nama dia Nina, pulak. Hari tu dia anak tunggal besok dia anak bongsu 11 beradiklah pulak. Kalau dah gitu macam mana nak tulis novel, kan. Baru satu bab, masuk bab 2 dah masuk cerita lain, pulak dah---- haru-biru novel tu, belum pembaca pening, penulis dah pening dulu. Bila penulis pun dah pening, mana jadinya novel tu, kan?


Wednesday, September 3, 2025

AKTIF

 Kononla tak nak memblog lagi, tapi tibeerrr tulis balik. Ceritanya gini, bulan 7 2025, saya kena tukar ke Audit luar. Audit la ni dah jadi macam pusat sarkas. Semua tu pasal Ketua Audit Negara yang dilantik PMX ni, la. Ketua Audit yang penuh kontroversi, ni. Saat dilantik pun orang di Audit tu sendiri, macam semua benci sama dia. Tak pernah berlaku rasanya dalam gomen ni ketuanya semua orang bukan tak suka, tapi benci.

Tak tahu kenapa benci. Ramai je ketua-ketua jabatan gomen ni orang tak berkenan, tapi rasanya yang ini tak berkenannya sungguh laen machieeemmm. Pendek cerita, tempat yang aku kena tukar ni, memang haru-biru. Dari satu jabatan yang disegani sebab hasil auditan yang berjaya menggegar Parlimen, dah jadi suram. Mai opis gegoyang kaki jak. Nape jadi gitu? Tak kose aku nak analisa. Aku memang tak de masalah pun pasal ni. Lagi sukapun ada sebab ko datang kije, ko tak buat kije sikit-sikit, lepas tu cukup bulan ko dapat gaji penuh. Sapa tak, suka, kan?

Tapi tu boring le pulak. Aku ni bukanlah jenis kaki tengok drama. Kawan sebelah aku ni dah berapa banyak drama dia tengok dan ulang tengok. Aku ni kalau nak ikut contoh dia, alamat, bukan aku tengok drama, drama tengok aku membuta. So, nak ilangkan aku tersenggut-senggut depan PC, bulan pertama, aku tanya Chat-gpt macam-macam. Aku tanya pasal kesihatan, pemakanan sampai aku rasa aku dah boleh jadi pakar pemakanan kut. Tapi pakar untuk orang pre-pra-menopause le, lenlain aku malas tak amik tau.

Memula dok sini tu memang aku tak de rasa nak aktifkan balik blog ni, sebab aku ok je tengok chat-gpt, lepas tu tengok resepi cadangan chat-gpt. Tapi bila cerita dak Zara jadi sensasi tetiba je aku jadi gatal tangan nak tulis balik pulak.

Memula tu tak dele gatal sangat, sebab bila mak Zara berjaya exhume dak Zara, katanya tubuhnya molek, aku rasa okla tu. Walau katanya tak de justice for Zara, pada aku keadaan tubuhnya yang utuh itu tanda budak tu baik-baik saja. Pasal pembuli, pergi mampusla sama dia, kan? Merangkaklah besok kau kat akhirat minta maaf sama si Zara dan keluarganya.

Lagi satu, sebab kes Dak Zara ini ada elemen buli, seksual, pengabaian, dan dah masuk parlimen, memang aku malas nak ulas sebab aku percaya ni semua kes boleh viral, sebab, pegawai gomen yang kendali kes ni kerja sambil lewa. Itu yang bikin orang marah. Aku ada bestie kat Sabah sana. Situ kalau dalam gomen ni banyak kroni, dan bila dah kroni derang ni kerja sambil lewa, je. 

Kesan kerja sambil lewa melampau ni punca orang marah. Lepas tu adalah ahli parlimen kekwat yang tuduh macam-macam dalam parlimen sana. Jadi kecohlah satu Negara. Aku memula malas nak komen pasal ahli parlimen yang bikin kecoh tu, sebab memang standard, level dia memang begitu. Gila viral, gila glemer, perasan pejuang, tapi dia sendiri skandal sama bini retis masa PKP-buat muka tak malu. Aku memang menyampah jenis orang tua miang keladi feeling hero, ni.

Cuma bila hari ni aku bukak tik-tok, dalam sana kata pembunuh Zara bukan orang Sabah seperti yang dituduh Situa Miang Keladi tu, tapi hah amik kau orang satu negeri dengan si Miang Keladi tu. Ko tak heran ka Negeri Si Miang Keladi ni dijolok sebagai serambi Mekah. Dah duduk kat Serambi, apalah pasal orang Negeri Serambi hantar anak belajar Agama kat Sabah saaaaanaaa yang derang selalu tuduh sebagai negeri orang tak tau agama?

Pelik, kan! hah gitu. Aku pun mula merapik-meraban teori konspirasi level fitna yang bakal aku tabur di sini. Aku kena tabur kat sini, sebab kalau aku tak membuang di sini, takut berterabur masa aku bercakap-cakap dengan kawan-kawan dan sedara di offline saaanaaa-----kalau betul ok, kalau fitna, khalayan aku semata, tak ke naya, kan. Tak pasal-pasal terfitna penduduk serambi. Aku ni dahla bebulu je dengan budak-budak serambi ni. Tak pasal berdosa gitu. 

Ok apa teori fitna aku yang bersandarkan benci semata-mata ni? Teori aku budak yang bunuh Zara tu budak YB Miang Keladi. Dia ada special mission di Sabah untuk menghuru-harakan keadaan di sana. Memang misi dia bunuh dak Zara, lepas tu create story kunun yang bunuh tu cucu TYT Sabah, so that semua marah dan memandangkan pilihan raya negeri Sabah akan berlaku tak lama lagi, Rakyat Sabah pun tumbangkan kerajaan TYT masa memilihan nanti. 

Sekian, cerita merapik aku.