Itu trade mark influencer media sosial yang paling ramai orang Melayu minatlah, kan. Sapa tak kenal Khairul Aming orang Terengganu tu, kan. Saya minta maaf cakaplah memula dia whats-up-whats-up guys tu suka gak tengok. Tapi bila start sambal nyet, tunjuk dia ada pekerja, bagi duit raya, bawa staff pi bercuti, la ni bukak restaurant, kalau content pasal bisness dia, sambal nyet dia, staff dia, memang saya scroll laju-laju. Meluat ha ha.
Jadi meluat sebab sambal nyet, rendang, dendeng dia bukannya sedap, pun. Sedap lagi yang saya bikin. Rasa macam---alamak, tertipu gitu. Ingatkan sedap, tapi hurrmmm hareee---- Dahlah tu nak dapat product dia punyalah payah, kan berbattle-battle kat online saaaana. Orang beli bukan sangat pasal rasa pun. La ni dia bukak restaurant kat KL, mintak maaflah sure level bese beshe je macam sambal, rendang dan dendeng dia juak tu. Air tangan KA tu beshe-beshe je tapi orang nak dapatkan masakan dia dah macam luar biasa, taksubnya, seolah dapat makan sambal/rendang/dendeng KA, IQ dan status estime diri mereka meroket naik setinggi puncak Himalaya saaaanaa.
Itu le dia semangat bangsa saya yang menakutkan sebenarnya. Keterbergantungan bangsa ini terhadap brand, jenama, pengaruh individu or product sangat tidak sihat. Kadang tu takut terlampau sangat bergantung kepada bebenda ni semua boleh bikin manusia hilang arah, depress, kecewa dan hilang erti/nikmat hidup. Kecewa, murung, bersedih, sampai boleh melupakan benda-benda simple lain yang lebih berharga. Contohnya seorang anak tak dapat makan sambal nyet KA marah-marah/mengamuk pada parents atau 2 orang sahabat bergaduh putus kawan sebab kawan dia terlupa book makan di kedai makan KA. Padahal anak beranak, sahabat karib tu boleh je happy dengan aktiviti lain, atau makan kat kedai lain. Tapi sebab KA punya pasal mereka sanggup ber tak happy seseama sendiri. Tak ke macam ko rasa eee kesiannya mereka?
Kadang tu saya fikir kenapa ea kita tak boleh persetankan aje dengan benda-benda trend, bla bla bla ni? Buat bodo ajelah, kan. Ini tidak, punyalah nak makan, nak minum benda yang KA buat, sampai kalau yang dah kencing manis darah tinggi tu, kolestrol tinggi tu, KA punya pasal nak follow, nak makan juga. Sampai ada satu masa kecoh satu mayalah bila ada tegur makanan KA tu tak berapa sihat, banyak minyak, manis-manis yang tak sesuai untuk golongan macam saya ni.
Saya bukan nak suruh orang puja pulak makan sihat, tidak begitu. Maksud saya gini, bila dah umur-umur macam saya ini kalau boleh janganlah taksub sangat dengan si KA tu. Banyak bahaya dari baiknya. Nak makan kat kedai KA tu bukannya murah, awal-awal lagi dia dah kasi warning, harga bukan harga kedai tomyam bla bla bla--pastu parking payah. Ko nak makan kedai KA kalau tak nak pening pasal parking, naik MRT LRT saaaana-- dari ko buang masa naik MRT/LRT baik ko pegi petik jangung, petik manggis, rambutan kat ladang UPM sini. Pada saya,lah. Dah level-level 50 an ni baik tengok video masak-masak kampung je. Kampung yang balik-balik Indon, Kalimantan sana buat. Yang makan sayur-sayur dok petik-petik keliling kebun. Itu suka sayalah. Dah tua-tua ni baik kita berkebun sikit-sikit sihatkan badan dari dok ngadap hp membattlekan sambal nyet KA. Pada sayalah.
Yang suka tengok KA watsup-watsup, masak-masak tu lepas tengok, tu bukan dia masak pun. Nasib baiklah KA tak ada chain fast food restaurant macam McD, kalau tak gerenti hari-hari lepas tengok KA masak dia bukak apps order rendang/sambal/dendeng/goreng-gorengan super deepfry KA/atau dessert, air minuman KA yang tinggi kadar gula lagi berlemak itu.
No comments:
Post a Comment