Monday, September 22, 2025

SUBJUDIS---

Masih tak move dengan kes Zara nampaknya----kes ni memanglah tak sattle lagi. Panjang lagi, ntah makan bertahun dah. Kat opis kengkawan kata malas nak follow dah sebab perkembangan terbaru ni, nampak kes tak menyebelahi Zara. Dah give-up dah. Atau lebih kepada tak mau ambil tahu sebab dah tahu keputusan akan tak mengembirakan.

Atau dah boleh terima hakikat Zara ni mati sebab perbuatan sendiri, maksud tertekan, hilang pertimbangan, bla bla bla---Itu sayalah. Saya tak katalah arwah bunuh diri tapi apa ek dibuli secara mental sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

Lebih-lebih pedih pada peminat Zara, cerita pasal seksual tu, bukan Zara yang kena ganggu, tapi Zara yang menganggu. Menurut saksi, ada salah faham pasal orientasi seksual Zara. Katanya si Zara ni songsang. Bahkan Zara terpaksa pula buat pengakuan bertulis yang dia tidak songsang. Gila ke apa, kan namanya tu. Kalau betul arwah tu lurus, means pembenci Arwah sangat tak tau nak cakap apalah. Lebih baiklah betul yang si Zara tu songsang, bunuh diri sebab rasa teruk berdosa bla bla bla. Mati suda seekor iblis gitu. 

What if Zara innocent. Sudahlah dituduh songsang, dituduh mencuri, ko rasa? Tapi peguam Datuk Ram Singh sudah membayangkan beliau bakal menang. Iyalah si Zara dah mati.  Yang hidup pembenci dia. Pemfitna tu. Sekarang ni semua atas saksi hidup yang ada. Pihak mereka sudah putar cerita dia tertekan dibuli begitu-begini selepas Zara meninggal. Ibu dia pun sama naik kata mereka dibuli.

Tak tahulah aku, tapi lepas Ketua Warden beri keterangan, memang aku cakap dalam hati habisla Zara, Pelajar A ni licik dan dia boleh memang tu. Aduiiii. Aku syak gini je Pelajar A tulah kawan baik Zara yang punyalah baik sampai depa dua ada kongsi tulis diari. Ini syak aku, berdasarkan kelaku Pelajar ni, Kelaku mak budak ni jugak. Ntah-ntah budak ni yang songsang dan ada "feeling" terhadap Zara. Budak ni mental yang tak nampak mental.

Itu aku cakap jangan terlalu obses kaji si Zara ni sangat, kaji jugak budak yang buli dia. Apa makanan dia, sapa mak bapak dia, apa dah diberi makan kat budak ni sampai jahat sangat, kan? Aku dengar bapak budak ni kije Lembaga Air Sabah, Lembaga yang teruk kena Sakau tu, sampai bekalan Air bersih Sabah banyak isu tu. hah kan.

Ini aku punya teorilah---- si Zara pada malam kejadian tu, baru dia tahu yang selama ni komplen dia songsang, dan malam tu dia dituduh mencuri pulak, semua itu kerja kawan baik dia. Mana tak hancur hati dia,kan. Kau cubalah bayangkan. Mana tak meong kawan tu. Tu syak aku.

Dah memang tak de bendalah aku nak cakap, sebab dari mula lagi aku dah percaya Zara ni dibuli mental bukan fizikal. Sebab pembulian mental memang boleh bawa maut. Cuma undang-undang aje la ni susah pendakwa raya dalam kes Zara ni memang payah nak menang kalau beginilah cara saksi-saksi menyampai cerita mereka. Zara dah tak de, cuma ada saksi mata je. Kat sini aku memang dah subjudis cakap, susah nak buktikan Zara dibuli mental sehingga mengambil nyawanya sendiri.

Tapi aku memang harap sangatlah ada orang suka korek-korek rahsia sekolah ni, harap ada pegawai dekat BPG, ka Bahagian Kurikulum, yang tengah gigih mengubah kurikulum ni buat kajian kat bebudak yang ada potensi membuli, punya orientasi seksual songsang ni, sila la sila kaji kelaku anak-anak ni. Korang tak minat nak kaji ka? Eish kalau akula jadi deme memang aku dah amik cuti gaji penuh ni kaji deme, kalau aku dah memang sesedia dah ada gelar Dr Falsafah, aku cuti tanpa gaji pulak buat Ijazah kedoktoran, ke-2. 3, 4, 5,6 sampai aku pencen. he he.

No comments: