Thursday, September 11, 2025

In Denial----

Masuk minggu ke-2 Inquest Zara, ramai orang tak puas hati dan menuduh bukan-bukan. Marah benar mereka sampai ada dah kena tangkap polis sebab mengugut, mengancam keselamatan saksi. Kenapa yang tak puas hati sangat tu. Derang tak terbuka yang Zara tu bunuh diri. Di pihak Gomen pulak bukti awal dah tunjuk budak tu bunuh diri. Lepas tu ni sekolah agama, sebolehnya gomen nak tutup kes, kan. kalau bukak-bukak tersingkap kisah lesbian, buli, broken family, sekolah tak selamat, macam-macam hal boleh tersongket keluar.

POV Gomen/Kementerian/Bahagian dalam KPM/JPN/PPD/Sekolah, tentulah tak nak serabutkan kepala dengan hal-hal sebeginian. Kalau aku jadi menteri pun aku cebik gini. Hai ibu, hang tu dahlah anak komplen tulis dalam diari mau pergi mati sebab tak puas hati dengan kau. Gi skolah kena buli, hati tisu pastu lompat tembok asrama. Hang dendiam udahlah.

Tapi takdirnya Allah tak mau perkara ini disenyapkan. Allah mau satu Malaysia, sampai Negara ASEAN, Sampai Australia sana orang dah tau dah cerita ini. Allah mahu kita tahu dalam Asrama sekolah Agama saana ada budak lesbian, ada Pengetua yang katanya tak rasional, tak pandai jaga keselamatan penghuni Asrama, ada kaunselor yang tak pandai takel isu anak-anak berhati tisu, bla bla bla. 

Allah juga nak tunjuk, netizen yang dah macam orang gila, ugut sana-ugut sini. Memang nak tunjuk Sapa yang bentang bukti, kaedah saintifik habis dibakul sampahkan. Dektektif internet, lebih dipercayai. Mob Justice bermaharaja lela. Mob Justice vs Real Justice. Mob Justice menang, sangat garang dan ganas mencederakan emosi those yang bawa fakta mengikut bidang disiplin masing-masing. Pakar Patologi diserang, Pakar Kimia, dimaki-hamun, pendek cerita semua saksi diserang/disiber buli. Yang nak pembuli dihukum bertukar jadi pembuli yang ganas. Orang kata paku-dulang-paku-serpih. Mengata orang dia yang lebih.

Begitulah huru-haranya disosial-media sana. Bagi aku, secara peribadi, MOB-Justice tu idaklah mengerikan sangat, setakat ugut-ugut dalam internet bukan boleh mati, pun. Tapi itu hari ini, esok-lusa, mungkin boleh bertukar ganas, sampai betul dari internet, keluar ke alam nyata. Benda ni tak mustahil berlaku. Mula-mula ugut dalam internet, lama-lama besok terus ke alam nyata.

Benda ini kalau tak dibendung boleh jadi tambah parah. Yang menyerang itu sudah tahap paranoid kunun pejuang kebenaran. Langkahnya langkah syahid. Dia dah tak takut mati, dah. Sebab dia yakin tentang perjuangan dia. Tapi aku tak katalah kes Zara ni akan jadi sampai begini, Aki yang ugut pakar Patalogi tu akan betul-betul keluar dan lenyek Pakar tu. Tapi bayangkan keadaan 10, 20 tahun akan datang, zaman-zaman bebudak Gen-Z, Gen Alfa ni besok macam mana pulak mereka tu.

Ngeri. Siap sedialah.----Nasib baiklah nanti saya sudah pencen. he he he----Lagi pulak level-level saya ni tak de sampai kena naik kandang saksi wakil gomen. Kalau masuk kandang Gomen, pun bos-bos kita ajelah. Sian, kan bos. Bentang fakta, kalau tak kena dengan selara pejuang Mob Justice mampus kena buli.

Begitulah------ seadanya, bila masyarakat dah makin brutel. 


No comments: