Saturday, July 6, 2024

BERSAWANG

Rasa macam dah lama tak update sini. Sebona ea idaklah sibuk mana pun, tapi macam dah tak de benda nak tulis, tak isu, macam dah tak de galau yang mendesak untuk diluahkan aje. Macam tenang. Kita tulis ni kan nak waraskan fikiran. Bila kita dah keluarkan benbenda kotor, toxic dari fikiran, kita akan waras. Pada akulah----

Bukan setakat waras, bila kau dah komplen kat sini kat tempat kije kau dah tak banyak komplen dah. So nampak kau cool. Iyalah bagi penjawat awam yang umur dah nak pencen ni, kalau banyak komplen, tak ke pelik, kan? Tak sesuai tu. Dah bertahun kije tak tak matang. Benda sikit nak komplen. Jadi bila kau cool, semua jadi cool, dan ok-ok aje. 

Aku pun tak tahulah sejak dua menjak ni memang aku rasa happy je. Mungkin sakit aku dah makin menyembuh. Atau aku boleh percaya yang kawan-kawan aku tak kisah aku bipolar pun. Aku dah tak malu cerita pengalaman aku bipolar, disorder, tak sedarkan diri, dan macam-macam benda mengarutlah, lah kan. Termasuk cerita aku berebut jodoh online ha ha ha----

Aku rasa kelakarpun ada, rasa macam kena scam pun ada. Barang dah lepas. Tengok barang lepas tak de rasa nak marah pun. Tapi kalau ada yang masih marah dengan aku, tersakiti dengan perbuatan, tingkah-lakuku, aku harap pihak yang tak puas hati dengan aku tu berlapang dada dan boleh maafkan aku.

Tempat kije sini baik-baik aje dan aku harap kekal baik-baik saja. Aku rasa dah tak de benda nak celoteh dah. Tapi kalau ada sambung-sambung tu nanti aku tak tahulah pulak. tetiber rasa nak bercerita, kan?

ok lah itu aje. TA TA 

Thursday, May 23, 2024

DELULU

Delulu? Macam nama cartoon kan? LULU, sedap pulak bunyinya. Delulu tu apa? Tulah vocab gen-x for delusional. Bahasa mudah "psiko kuat branganla" --- Pada aku manusia Delulu ni tak de masalah kalau dia tak kacau orang. Lantak dialah nak berangan apa pun, kan? 

Dia jadi masalah kalau kerja team dia DELULU dia bla bla tapi dia tak boleh buat kerja tu. Contoh macam ko rasa kalau laki kau jadi PM negara ni bla bla bla, tapi lepas dah nak dekat 2 tahun perintah negara, orang luar kata gomen ni sammmaaaa je macam yang dulu tu. Bahkan semalam lalu kat FYP aku kata orang dah semakin meluat dengan gomen hari ini. Kau DELULU le tu. Untuk kekal DELULU laki kau pegi sana pegi sini nak naikkan ekonomi negara, tapi kan baru tak sampai dua tahun, mana nak nampak hasil, kau layan DELULU kau, sedangkan dulu laki kau janji, the moment dia jadi PM dia bla bla bla---

CONTOH---- itu contoh kau,

Ni lagi satu contoh, kau punya orang kanan laki kau siRaja FORMULA kau. FORMULA macam-macam tapi masih tapi masih macam gitu gak. Tak tercapai pun apa janji-janjinya dulu. So DELULU---tibeeee aku berkreatip plak----

____KREATIP DELULU______

"Eh Cik Jah, laki kau tak nak ke betanding Presiden Kelab GELAMA dalam pemilihan AJK Kelab bulan depan? Aku tengok laki si Eton tu macam tak function je" tanya Janda Milah Lawa (JML)

"Laki aku? Wat make u think laki aku will make better Presiden?" tanya Tijah Tembun.

"Ala, laki kau kan masa sekolah dulu Iman Sekolah. Lepas tu aku tengok laki kaulah paling baik, paling berdisiplin, pandai buat kerja' dalam kelab ni, tak reti kuar malam, duduk ontok-ontok kat rumah. Senyap sunyi je rumah kamurang" idak ada bising-bising macam rumah orang lain. Rumah kau pun aku tengok sangat zuhud lagi sederhana"

 "rumah Eton pun sikit lebih kurang macam aku jugak. si ETOn, tu lagi tasbih tak lekang di tangan, tapi bila jadi Presiden sama je macam laki Si Ema Ronggeng jugak, lepas tu asyik dok recycle idea laki si EMA, what make u think laki aku akan lagi baik dari laki Ema dan ETOn? Dulu kau kata laki EMa tak bagus sebab Ema suka berlebih-lebihan menghias rumah, sampai pau duit kelab, la ni rumah si ETon yang zuhud, sikit lebih kurang macam rumah aku, mana pegi duit kelab yang dijimatkan dari tukar perbut Ema tu?"

"tula masala laki si Eton tu tak reti jana ekonomi kelab, dulu si Ema boros belanja, laki pandai main ekonomi, lebih-lebih Ema beli perabot, masih juga banyak baki untuk kita at least buat BBQ tahunan dan makan-makan ujung tahun, tapi Laki si ETON ni dengar khabar, tahun ni memang akan ada BBQ, tapi BBQ sosej, daging buger ramli jelah, tak de ayam seafood, kambing golek jauh sekali"

"abeh, kalau laki aku jadi Presiden, akan ada BBQ Unta Golek ka? BBQ Magie bolehlah"

"alah kau ni Jah skeptikal sangat dengan kebolehan laki kau"

"aku tak pernah skeptikal dengan laki aku tu, tak sekali pernah pun, aku skeptikal dengan harapan/expectition kau aje. Besok kalau tak dapat BBQ unta golek, mesti kau tuduh aku makan duit kelab belanja kat beg kuning kan?!!!!" marah Tijah Tembun.


Wednesday, May 1, 2024

AUDIT COMMITTEE

Semalam bila aku cerita pasal Agensi Mandat Bumiputera (AMB) tu more on aku nak cerita aku punya skeptikal dengan Tadbir Urus dia. Bila tadbir urus tak kukuh itulah tu, bertahun dah merdeka masih lagi kita bercerita pasal sosioekonomi yang tidak inklusif. Aku rasa dah berbillion duit keluar tak masih tak menjadi sebabnya AMB ni sarang cari makan kroni, anak-pinak orang politik.

Ok sekarang kita tengok gomen pulak. Kementerian, Jabatan, dan agensi di bawahnya. Samalah tu jugak katanya, penuh dengan kroni. Kalau dah kroni, susah yang buang yang berpenyakit ni. Tapi macam aku cakap aku sendiri tak rasa penuh kroni, tapi sebagai contoh macam kementerian aku je. Ada satu kes besar tu, yang memang dah sohihlah benda ni berlaku. Pasal projek solar hidbrid Sabah Sarawak yang dapat kat kompani JEPAK. Yang itu memang macam aku cakap dulu, audit dalam dah nampak dah benda ni, tapi masa tu laki dia PM, so, tutup macam gitu.

Jadi letup semula, sebab laki dia kalah pilihan raya. Jadi musuh politik cecepat gali balik JEPAK untuk bunuh kasi mampus terus laki-bini ini. Jadinya laporan-laporan audit ni dah jadi senjati bunuh musuh politiklah pulak. Kalau tak bunuh musuh, jadi nak tamatkan kontrak lama, sebab nak naikkan kontraktor baru.

Aku cakap kementerian aku je tau, sebab lain aku tak tahu. Ni pasal ada satu kompeni yang aku tengah audit ni nama dia Awantech--- si Awan ni dah saman dah gomen bila gomen tamatkan kontrak dia dengan Imigresn. Hat KPM ni aku tak tau. Apa Awan bekal pada KPM? owh dia bekal lesen pembelajaran, pengajaran Digitallah. Satu lesen dia charge RM75, sebulan. Isu dia yang aku nampaklah dia bagi lesen, tapi dia tak guide end-user apa kejadah fungsi lesen-lesen itu. Lagi satu dia main akuluhum, semua sekolah 10 lesen di baginya. Jadi kelako cerita sekolah tu ada 8 cikgu je. Ko rasa---punyalah kelako, dapat pulak GB yang memang pelucu, kelako orangnya, hurm dia tanya balik audit, "ni - ni, na puan, sekolah sa 8 sja guru, lagi 2 lesen sa bagilah sama security dengan kontraktor jaga laman sekolah" 

Punyala dah sakit perut kami gelak sebab kebetulan ada satu lesen content Manager (CM) laman, Dia buat lucu-lucu je tu, memang kita dah brief pun kita tengok bebenda tu, sekolah 8 guru, lesen ada lapan, so, sorang guru akan tapau more the on lesen. Perluka sekolah kekecik ni maintain banyak lesen, or ok ka kalau kita kurangkan lesen, dan apa lesen yang perlu kekal, apa perlu buang.

Benda macam ni kalau audit raise masa Awantech itu "buah" hati orang politik, ko rasa? Bakul sampahlah jawabnya kau punya findings, so kau pergi menyubuk lesen sampai kesempadan Ranau sana jadi aktiviti kau healing-healing kat ladang nenas dilereng bukit di daerah pendalaman P3 saaaana. Iya aku dah masuk samapi P3 tau! kau hadooo?

Lagi satu cerita, hah pasal telco yang sedia internet ciput. Hai kalau kau masuk P3 sana, memang tak de line- adalah line, tapi tempat-tempat tertentu saja. Yang sekolah P3 aku lawat tu, katanya ada line di pos gurd. So masa PKP hari tu, ibu/bapa murid teman anak mereka masuk google class-room, duduk berkumpul di post gurd. Hah memang sajaklahkan, kau bagi satu lesen kat pak/mak gurd situ. 

Cerita pasal telco ni team kawan aku ada bikin audit pun, masa tu belum ada rangcangan nak tukar TELCo, pergh lunyai gitu je mereka "kerja"kan audit findings tu. Masa tu aku tak masuk pun mesyuarat audit commiittee tu. Aku bercuti di Kundasang. Masa tu aku baru jak join team ICT ni. kawa aku masuk, Kawan aku pun baru. Jadi macam team audit yang nampak bodoh, tak reti ngaudit. Sampai chair person sendiri, kena masuk campur leraikan perbalahan.

Kawan aku masuk masa tu, pun kata macam team lagi satu salah audit pulak. Salah pilih sampel. Tu rasanya aku kena masuk team tu,, sebab aku ada master, so bebenda pasal sampel ni aku memang faham. Aku baca report audit tu, aku baca-aku baca, aku. Baca ulang-ulang. memang dari segi penulisan tu beshe-beshe je. Tapi kalau pemilihan sampel aku rasa tak de salah apa-apa. Tapi macam aku cakap pihak yang kena audit tu pandai putar, dan aku macam ada syak dia ada share dalam TELCO tu pun ada. Aku syak aje. Tapi aku rasa tak de kut, aku rasa mungkin crush dia CEO syarikat TELCO tu. he he---- GOmen memang tak de plan nak tukar telco pun, so jadi gulai jelah report tu.

Berlainan dengan audit aku kali ni, isu sama aku bangkit, ni baru bangkit, interim ya, belum final. Tekrjet aku bila tak ada bangkangan dari mereka. Eh mengaku dia internet siput, dan dengan bangga cakap nak bawak masuk starlink ke tempat-tempat yang ada masalah internet ni. Ko rasa?

Korasa, aku rasa, ko fikir sendiri ko imagine sendiri. Soalnya kini, Starlink tu ok ka tidak? Jangan tak ok udahlah sian member kat Pi, P2, P3 sana. Baru nak berangan buat live streaming dengan Ketua-ketua Jabatan, dengan Menteri masa hari merdeka ka, hari guru, ka kan? Aku harap starlink ni oklah.

Isu kau kata starlink ni nak ngintip kita, itu aku malas nak fikir. Kalau ikut geng-geng teori anti vaksin, bumi leper ni, hurm memang semua orang nak intip dia, rosakkan keturunan dia. Hurm kalau si DELIMa ni lagilah derang takut. Kau tak napa takut? Encik Azahan yang bikin DELIMa ni, dia nak bikin sampai DELIMa ni ada feature costomise uset tau. Means, bahasa mudah kalah anak kau guna DELIMa, intimdengan DELIMa, selalu masuk sana, main/bukak apa aplikasi yang ada dalam situ. Resal pekse sekolah simpan situ. DELIMa bole kasi nasihat apa kursus sesuai, kerjaya sesuai dengan minat anak kau. Apa benda, lalauan akademik/kerjaya boleh dipilih berdasarkan kebolehan dan minat anak kau.

DELIMa ni dia follow budak sampai Matrikulasi. So memang dia boleh ramal anak kau besok sesuai kerja apa lepas habis skolah. Power? hurm. bukan tu aje kalau anak ko stress, mental pun dia boleh tahu. Encik Azahan ada masukkan satu apps yang dibangunkan kementerian Kesihatan Malaysia saaanna---tak payah ko pepening arah bebudak jawab soal-selidik DASS selalu-selalu nak skodeng budak kau mental ka idak, DUduk masuk situ tekan apps tu hah dah tau dah. Kata dia orang BSTPlah. BSTP stand for Bahagian SUmber Tekonologi Pendidikan.

Mujurlah BSTP ni satu Bahagian dlm KPM yang tak glemer, bukan lubuk duit. Kalau glemer harus anak-anak, suku-sakan menterii, setiausaha politik, peribadi, akhbar Menteri sudah tapau situ kasi anak-anak dia duduk situ. Kalau begitu Hancus BSTP sehancus AMD yang sampai hari ni gagal deliver sosio ekonomi yang inklusif,

Berbalik pasal geng-buni leper tu, abaikanlah apa derang nak cakap pasal intip mengintip ni. nak psiko anak kau jadi gila, hah lantaklah. Anak kau gile sebab masuk DELIMa ka? Masuk pun indak, macam mana boleh kata DELIMa kasi gila budak-budak? 

Berbalik pasal Audit Committee ni apa fungsi dia? hehe h e he---bila nak ambil, bila tak nak buang, kan? gitu. Terpilih-pilih gitu. Jadi senjata nak bunuh lawan, nak tamatkan janji lama sebab dah merenyam nak berjanji baru.

Tuesday, April 30, 2024

Aku dan ChatGPT

Bulan lepas-lepas-lepas, ada banner iklan pertandingan tulis essei pasal ekonomi bumiputeralah. So rasa macam nak masuk, kut-kut boleh menang. Kalau tak menang, boleh masuk "sumbangan" dalam HRMIS untuk markah LNPT. Aku yang tertarik tu sebab ada hadiah blender dengan oven. Oven kat rumah dah kemain gedabak, lagi mau oven? Biasalah orang yang suka masak ni dia memang senang sangat terpancing dengan gambar-gambar peralatan masak-memasak.

Aku pun tanya ChatGPT.   Aku amik tajuk governance. Sebab itu tajuk yang paaaaaaling aku suka masa bikin Sarjana dulu. Lagi pulak tajuknya pasal memperkasa Tadbir Urus Agensi Mandat Bumiputera (AMB). Kenapa/apa salahnya dengan AMB ni? Uiiish, banyak dosa-dosa derang ni. Dah berpuluh tahun merdekapun Gomen masih pot-pet-pot-pet pasal pelan, rancangan nak melonjakkan sosio-ekonomi Bumiputera.

Apa masalah derang ni. Ada feedback cakap AMB ni dipenuhi sesedara/cucu-cicit/suku-sakat orang politik. So suku-suku keluarga ni, kalau pandai tak de masalah, tapi nak kata bodoh, ada yang belajar tinggi gak, pandailah, kan. Tapi jenis pandai macam menteri Formula kita tu aje. Pandai buat formula je, tapi bila buat kije, sama je. Dulu kata nak hapus PTPTN, hapus tol bagai, bila dah naik menteri, itulah jugala kena bayar jugak.

Samalah cerita dia pasal nak lonjak-lonjak ni, nak perkasa itu ini, ko tunggula---ada perkasa ka tidak. Orang macam Menteri formula ni, cara dia nak melonjak, buat program lompat-lompat he he he---Dia buat programla, program itu, program ini, bagi suntikan dana itu, dana ini. Tapi sebab yang pegang AMB ni dia level kerja dia level-level menteri tu tadilah, jadi kebarangkalian, masuk penggal lain, gomen masih lagi memperkatakan pasal sosioekonomi ni.

Ok berbalik pada ChatGPT, kita masuk ajelah pertanyaan, "bagaimana nak perkasa tadbir urus negara" dia pun jawablah, buat program itu-buat program ni. Lepas tu aku tanya dia lagi tau, apa pasal dah banyak program pun masih tak berjaya---

Kau tau dia jawab apa? Dia jawab nak berjaya kau kena telus, kena perkasakan beberapa perkara yang antaranya, Jawatankuasa itu ini, termasuk Jawatankuasa Audit. Hah dia kata audit tu, kembang semangkuk rasa hati bila ChatGPT mention Audit. Review polisi Tadbir Urus dari masa kesemasa. Dan satu yang paling aku rasa AMB tak mampu nak bikin ialah semarak  dan lindung "whistle blower (WB)" Tang bela/jaga WB ni memang AMB sampai bila pun tak akan mampu bikin.

Sebab apa, sebab yang ada dalam situ yang tak function tu semua, semua tu ada connection dengan ahli politik. beranilah kau nak bising-bising pasal mereka. Silap hari bulan kau yang kena tendang. Itula cerita dia. Yang lain-lain aku tak nak komen ek, tapi nak komen pasal audit committee sebab aku kije audit. Aku tak katalah aku tak function, uina, team aku yang terpaling kat opis tu. Bos memang tabik spring kat kami. Bukan team aku je, banyak lagi team yang function. 

Tapi adalah satu dua tu yang memang tak fuction pun. Apa function dia, pegi turun padang outstation, update gambar hotel cantik, makan-makan tempat hipster ajelah kijenya. Paper work semua tumpang team orang lain. Ada jugak auditor yang gila meroyan, kalau jumpa auditee asyik mengugut nak surcajkan orang. Auditor yang begini hanya ada 2, 3 ketul je. Tapi manusia ni memanglah tabiatnya, satu buat salah, habis semua salah. Seketul dua pegi outstation mengalah pi healing, me time, habis semua auditor lain pun dibakul-sampahkan sebagai me time, healing bila outstation. Samalah satu dua yang suka ugut nak surcajkan orang, habis semua dianggap sebagai gila kuasa nak surcaj orang. 

Nak buang ke satu dua ketul ni, patut buang aje,kan? Tapi tulah exit polisi perkhidmatan awam, mana ada nak buang orang macam ni. Pulak tu yang buat perangai ni, kalau tak suku-sakat menteri, jenis pandai bodek bos, pandai "tembak" orang lain untuk selamatkan diri, Orang macam ni satu dua ketul pun, boleh ganggu emosi rakan sekerja yang lain. Mujurlah orang macam gini "jauh" dari saya.

So gitula cerita kita. One more thing, audit dengan WB ni bolehlah kau anggap macam laki-bini. Kalau bini dia(WB) pot-pet-pot-pet tak puas hati sama laki (audit), tapi laki dia sendiri pun malas nak amik tindakan, lebih suka me time, healing selpeselpe---kau bayangkan ajelah yang selebihnya? Apa? laki tak function pi cari skandal? ha ha ha----iayal tu kut, itu yang satu penggal, kau undi satu PM, tapi kau dapat 3, 4 PM. Banyak nau skandal, mencirit kau dapat PM, huru-hara negara dibikinnya.

Gitula cerita AMB ni, walau kau tukar PM semacam kau tukar baju, tapi PM kau tak ble perkasakan siLaki itu untuk lindung bini dia, sampai kesudahlah GOmen akan ulang-ulang bicara pasal sosio-ekonomi inklusif. 

So, apa cerita aku nak masuk betanding tu? Memang tak kosela aku masuk sebab yang anjur betanding tu koncu-koncu Menteri Formula, blender, oven tu mesti dah ada pemenangnya. Abeh tu, kata kalau x memang boleh masuk sumbangan untuk markah LNPT? Tetiba berat otak nak ngolah ayat essei nak cerita pasal masalah AMB pulak. Lebih senang santai-santai je tulis sini.


Sunday, April 28, 2024

DELIMa

La ni aku tengah sibuk mengodit DELIMa, apa benda alahlah DELIMa/ hah nak tau tontonla klip di bawah:-


Audit ikut sample je. Sampel tu bos aku yang pilih. Dia pilih Putrajaya, Sabah dan Kelantan. Yang dah dibuat pengesahan secara fizikal tu Putrajaya dan Sabah. DELIMa ni memang kena di"lawat" sebab lepas PKP ni trend penggunaannya dah jatuh merudum. Al maklumlah murid dah jumpa cikgu dia face to face. Google classroom pun dah bersawang. Tak aktif.

DELIMa ni ada drawback dia. Yang buat dia ni ada Encik kat PADU. PADU yang dulu. Nama dia Azahan. Encik Azahan ni dia GENIUS. Biasalah orang GENIUS ni dia kreatip-kreatip ni sama ada kurang, atau terlebih. So kalau kau masuk tengok interface DELIMa ni memang kalau kau level-level, nak masuk tingkatan 4 setakat lepas masuk aliran sastera atau vokasional jak, Sains matematik kau hancus. Kau akan give-up melayan DELIMa. Aku yang dulu sekolah Sains pun jenuh jugaklah aku nak biasakan diri dengan DELIMa disebabkan faktor umur. Mata dah rabun, tapi aku terpaksa gak hadap icon DELIMa yang kecik-kecik dan berselirat bila aku nak skodeng DELIMa.

Pendek cerita audit aku di Putrajaya result dia memang kalau biar tak buat apa-apa pogram memang DELIMa ni akan menerima nasib yang sama dengan FROG-VLE. Maksud aku kalau tak di mekapkan DELIMa seindah APPLE bakal "arwah"lah DELIMa ni. Bebudak Putrajaya dia orang dah selesa dengan APPLE, katanya APPLE lebih appealing dari DELIMa. Ni yang cakap ni bukan bebudak, tapi reponden dari pengurusan tertinggi sekolah. Siap dipesan-pesannya kat Jemaah Auditor ni suruh bilang sama Datuk Indera begitu, begini. Napa kau sendiri jak tak calling-calling Datuk, kan?

Lantakle--- melayan orang yang dah kepayangkan APPLe ni tak payahla beriya-iya sangat, sebut sepatah dua jak kata dalam report udah, la. Tak payahlah kita ni lebih kuah dari sudu, nak paksa-paksa Datuk Indera dengar jugak cakap Pengetua Sekolah yang belum lagi naik TURUS, baru JUSA je tu.

Next aku dengan team bergerak ke Sabah. Terkejut aku bila bebudak Sabah ni derang terujalah pulak dengan DELIMa. Terujanya budak memang tahap gaban, tapi itulah peralatan tak cukup, internet ciput. Bila aku tengok persen aktif dia tu kadang mengalahkan Putrajaya dengan Internet siput dia tu, aku tanyalah macam mana sekolah tu bikin?--- Ada yang cakap cikgu berkorban bukak hotspot. Ada yang kreatip dialih-alihkan modem tu ke sana sini, dikumpulkanlah bebudak duduk ditempat yang signal internet kuat bagi membolehkan budak tengok DELIMa--- 

Alahaiiii---macam tulah orang belum tengok APPLE, tengok DELIMa pun dah suka dah bebudak tu. Lain macam budak bandar. Memacam komplen dia. Tak ingat IDlah, tak ingat kata laluan, dah dapat masuk situ bosanlah lembablah, kena klik sana-sini, key-in kata laluan sana sini, tak macam watsap. telegram, sekali klik dah sampai lokasi dituju. Ibaratnya kalau nak pergi Cyberjaya naik grab Apple, sekali grab terus maju sampai gitu, tanpa ada trafic-light/roadblock, berbanding taksi DELIMa yang banyak sekatan jalan, disenjang jalan menuju Cyberjaya. Itu kata dia, belum lagi rupa DELIMa yang serabut macam rambut EINstain yang tercacak-cacak, mencacak, berbanding dengan APPLe yang sehensem OPPA KOREA.

Itu kata mereka. Aku personally memang tak pernah tengok/pakai APPLe, waima kau cantik pun, kalau tak diberi upah tengok, haram aku tak mau tengok, sebab dah cemuih tengok DELIMa.Aku jugak rasa tak payahlah aku nak layan peminat-APPLe ni sesangat nak berbanding itu ini. Karang kalau aku sendiri dah terpesona APPLe, naaaa aku pulak lelebih mintak gomen beli APPLe, gomen hari ni cakap je besar macam kaya sangat,, gaji aku pun dah bertahun gomen tak buat pelarasan. Kata nak naik, tapi tak naik-naik. Ini plak nak melayan satu dua Pegetua perasan Jauhari, yang kepayangkan APPLe, kan?

Orang Sabah ok jak dengan DELIMa, kau kat sini pulak yang lorat-lorat nak APPLe. Hah next week aku ke Kelantan, jangan ustaz KELANTAn ban terus DELIMa sebab  cikgu sekolah dah tua ganyut sama berjoget lambak dah ALAMAK raya dalam DELIMa udahla, ya---



Wednesday, April 17, 2024

Lagu RAYa---KUEH Siput Kak Mar

Selain Alamak Raya, lagu Ketipak-ketipung Raya gabungan Aisha Retno dan Aziz Haron pun meletop juga tahun ni. Meletop pasal sedap di dengar, bahasanya pun sopan, semua happy tu, tak payahlah saya nak tulis, kan. Saya ni,kan auditor, kita mata lalat, benda baik bunga cantik wangi, kita tak kupas, kita cari taik busuk untuk ditulis, tak gitu?

So, apa masalah dengan lagu ni? Lagu ni ok je, semua orang happy berjoget-joget, yang tak happynya bila Leona anak bang Har tukar lagu tu jadi ketiak busuk, ketiak bawang. Wah ramai yang marah-marah. Ironi pencipta lagu tu boleh pulak berterima kasih kat Leona sebab "rosakkan" lagu dia  Such an inspiration kata Aisha. Begitulah pun saya rasa, bahawa orang yang berbakat besar, berhati seni, dia ok je kalau orang nak rosak ka, ubah ka hapa ka lagu-lagu dia. 

Orang berjiwa besar ni dia faham, the author is dead lepas karyanya tersiar. Lantak engkaulah nak interprate apa, pun. Yang jiwa-jiwa kecik ni yang lorat-lorat ntah apa-apa tah, kan? ok bercerita pasal "the author is dead", ni. Kau ada pernah dengar tak cerita pasal ada sorang poet tu, dia tulis warkah "membara" untuk wife dia, lepas tu, geng-geng reformasi baca warkah tu dah jadi pulak kunun warkah membara untuk tentang penjajah. Sudahnya Poet tu kena penjara dek penjajah. Ko rasa? Apa ko rasa? kan. Tapi aku percaya pengarangnya cool aje dalam situ, kan?

____

Tadi aku sebenarnya nak cerita pasal ada satu insiden masa pose baru-baru ni. Biasala bila pose kita akan ada orang jual kueh raya, kan? So adalah satu minah tu jual/promote kueh dalam group. Dalam situ dia bahasakan diri dia sebagai Kak Mar. Nama dia Mardiana. Nak dijadikan cerita, lepas aje dia post iklan kueh tu, berjuju-juju orang tempah kueh dia, sampai ada satu kueh, nama kueh siput, tu, dia terpaksa close orderlah sebab dah banyak sangat tempahan. Bila dia close order aku dengar ada orang merayu, PM PM tepi sebab nak juga kueh siput Kak Mar. Aku dengar je.

Lepas tu ada kawan aku tanya, "akk dah siap ka kueh raya?" Aku ni, tercenganglah sebab aku belum lagi buat kueh, awal benaunya buat kueh kan? Lepas tu kueh siput pulak. Aish tak pernah sehidup aku buat kueh raya goreng-goreng, kueh aku kueh bakar-bakar je. Terkejut aku, bila orang kata aku buat jual kueh raya goreng-goreng. Kueh siput dengan kueah popia gemuk, pulak tu. Kau rasa kalau aku gentel siput dengan si gemuk, tu tak sampai separuh aku dah terlelap dah bikin kueh kecik-kecik tu.

Pendek cerita, rupanya yang berdezupdezup masuk order sampai PM PM tepi tu rupanya derang ingat aku yang jual kueh tu. Kak Mar tu aku. Rupanya orang lain. Aku ok je. kau yang salah faham, tak apalah. Aku bukan ada paternkan nama tu, pun. Sesapa pun bebas guna nama tu. Kawan aku ok jugaklah sebab dia yang salah faham, tapi dia cakap hati dia dah ada semacam kesal/bimbang gitu. Bimbang kueh tu tak seperti yang mereka sangkakan. Firasat dialah. Orang pempuan ni kan firasat dia kuat.

Nak jadi cerita lagi, apa yang mereka bimbangkan bebenar jadi nyata. Riuhlah berceritanya kat opis. eh tak raya lagi macam mana pulak dah tahu tak sedap? Ceritanya gini, ada one of them, beli kueh siput tu memang untuk hubby dia kudap-kudap, bukan untuk raya, pun, so memang tak raya lagi hubby dia dah makan. Hubby dia punyalah suka kueh tu. Bila dia nampak jak wife beli kueh tu, memang hari tu, lepas capai kurma, dia capai kueh tu masa buka puasa. Tapi kali ni wife heran, sebab makan sebutir dua je, lepas tu terus makan nasi. 

So, wife yang sejak dari minggu lepas bimbang kueh tu tak seberapa, dah reda dah tu--- tapi tanya gak, "kenapa?" Hubby jawap lemah je, "kueh ni nampak ok, tak keras, tapi tak ada apa rasa. Rasa dia tu tak sampai. Awak beli kat mana? Nanti tak usahlah beli lagi." Jawab si Suami.

So, biasalah mulut pempuan, kan, besok nya hurm dia "bersiaran" le kat opis. Bising ko, lepas tu yang membeli aku agak semua pakat test kueh deme, lepas tu, dekat seminggu gak lah bercerita tak puas hati bukan pasal kueh tak sedap, tapi kecewa sebab mereka ingat mereka beli kueh aku rupanya kueh orang lain. 

Aku fikir balik, apa kalau aku yang buat gerenti ke kueh tu sedap. Aku jujur cakap memang aku tak reti, bukan tak reti, tak pernah buat kueh goreng-goreng, dan aku juga tak akan bikin kueh gitu untuk jualan. Tak larat weh dah tetua ni nak niaga kueh, tapi bila aku tengok orang macam kerasukan mengoder kueh bila mereka fikir itu kueh aku, mulalah aku terfikir begini "eh next year kalau aku buat jual kueh raya, boleh masyyuuuuk ni!"

Tapi itula aku boleh berangan ajelah. Tak larat aku nak bikin eh. Tak sangka pulak eh, tiberrr aku rasa aku macam dah ada "nama" dalam bidang masak-masak ni. Tapi macam aku cakap, kalau nak tukar bidang, dari dulu lagi aku dah masuk F&B, tapi rezeki aku takat makan gaji je. Cukup bulan cukup gaji. Bukan tak nak kaya raya, tapi apa yang ada syukur saja. Rezeki aku mengulit Data, bukan ulit kueh siput. 

Yang penting kita enjoy apa kita bikin. Kije gomen ni imbalannya tak seberapa, orang tak kenal, kau pun, melukut tepi gantang bak kata pepatah Melayu, tapi tu semua tak penting, sebab, melukut-lukut aku pun aku happy, cool dan tak kalut-kalut. Orang pulak yang kalut, tengok aku cool-cool/ take it easy-easy aje.




Saturday, April 6, 2024

Alamak Raya!!!

Murid kelas 2 Utarid menjerit keriangan bila Teacher Aswadina Jauhari Digital SK Muara Jauh cakap gini "gurlz and boyz, today let's have fun, we gonna buat tik toks Alamak Raya_Defame" Mia Sabrina ratu drama kelas agak muram, "ala teache, why teacher don't tell us early-early, i wanna pakai baju raya. takkan alamak raya with baju koko jak!" bentak dia.Anak-anak yang lain ikut membentak sama ramai-ramai cakap "ala teacher wat Fun Alamak Raya without baju raya!!!"

Teacher pun terdiam, ah sudah, nanti marah plak parents jika cikgu suruh anak dia pakai baju raya just nak buat konten raya---Teacher fikir ok ajelah kut dia nak suruh bebudak tu gelek-gelek gitu-gitu aje dengan baju koko. Okla today we practise dulu ea. Nanti raya kita buat full content, ok!"  "OKEY" Jawab murid_semua. Lepas bergelek-gelek petangnya sebelum berbuka teacher upload content dengan caption "alamak raya challage in the making" 

Esok pagi FYP teacher dihujani dengan ceramah-ceramah agama menegur tindakan sebilangan guru dan murid yang galak mengupload content Alamak Raya. Ada seorang kanak-kanak kata dia dipaksa bergelek, cikgu miang tergedik-gedik bergelek. Fuh Teacher cakap dalam hati mujurlah anak-anak murid teacher semua suka berjoget. Teacher termenung sekejap laku teacher tanya roomate cikgu Fatehah suruh tengok FYP yang baru lalu di hp teacher.

Cikgu Fatehah cakap, "oew tu tu murid Sekolah di Sebulat Bulan mangkali tu, kat sini, kat komen ni kan ada tulis ni, budak tu dari Tadika Bulat"--- "tu na, Aswad, kalau kau, manalah tau kena tukar di Pulau tu, jangan kau suka-suka upload-upload tak tentu hala, nanti kena kecam" Aish, selisih malaikat 44, minta dijauhkan dari berkhidmat di situ." Ameen balas cikgu Fatehah. 

Sekian certot hari ini

Monday, March 25, 2024

SEMBANG KARI BABI TERbang

Kita kat dalam sini panggil MADANI, tapi orang luar yang banyak sakit hati tu ramai jugak yang panggil gomen MAHALDAHNI. hari tulah MAHALDAHNI, bila beras tempatan hilang dari pasaran tempatan, barang banyak naik harga. Menteri Keterjaminan makanan gagal kawal harga barang di pasaran. Hari ni orang panggil MADANON. MAD dan dak NON. Mahaldahni tu macam ntah tak berapa best nak sebut, sebab macam susah jak, tapi kalau MADANON tu eh macam kena jak, kan?

Tulah bila ko pilih kau junjung PM yang sekolah dulu kaki demo, lulus universiti pun kelas asal boleh diberikan sijil jak. Itu pun patut tak boleh bagi pun. Memang tak lulus tu. Tak lulus pekse tak pe, tak pandai belajar tak pe, tapi belajarnya tak seberapa, sembangnya babi pun boleh terbang tau! Itu yang susahnya.

Contoh macam saya ni memangla pandai buat kek coklat, saya sembang kari, raya ni saya open order coklat kek tornado harga marhaen. Itu pun bila kau pilih saya jadi presiden Coklat Putrajaya. Ko rasa, Kek coklat tornado tu, hah yang ada cheese, bagai tu. Orang pun tau, mana mungkin saya boleh kasi kau harga B40? Memang taklah. Tapi saya pandai spin, kau percaya. Sebenarnya yang saya bagi makan kat kau tu bukan tornado pun, ntah apa tah aku bikin, kan, putih-putih tu aku campur susu dengan tapung jak, bubuh perisa gitu gini, dah jadi. Sembang kari kemain, kunun tornado premium, mentega, keju dari tenusu premium bagai, grass fed cowlah itulah, ini lah. Coklat pun dari bijik cocoa oraganik bagai, kan? Memang pembohonglah tu---

Tapi kau percaya, sebab aku pandai spin itu ini. Kau guna aura agamawan, orang alim, bermukjizat, kunun kalau kau terpilih jadi pemimpin, semua lellembu kat putrajaya ni boleh melembu dan keluarkan susu melimpah ruah, Biji-biji cocoa pun tumbuh begugus-gugus, bebuntil-buntil. Aceh gitewww, dek Non.

---- so itulah citer MADANON---

Dah Mad dah ni. So kau jangan heran sangatlah kalau gomen sini suka pakai perkataan-perkataan  bombastik kelangit tujuh, kebintang kejora gitu. Jauharilah, GENIUSla. Dah elok-elok Permata, pi tukar GENIUS, Dah la orang ingat PERMATA KURNIA tu budak kekecik yang GENIUS, tak padahal ianya budak kecik yang kelainan upaya. Dia dilahirkan dengan kelainan upaya, dialah permata di hati bonda, thus, she or he or even khunsa is a PERMATA KURNIA, kan. Kan orang selalu ckp budak OKU, ni suci bersih dosa, tuhan sayang, kan. Kau pernah dengar tak gitu? Ni kau taruk GENIUS! ko rasa?

Berbalik pada aku yang GENIUS ni. Betul ka aku GENIUS? Mana ada? Dia gini ceritanya. Masa aku masuk KPP dulu, ni program persediaan budak nak pegi blaja ke luar Negara sana. Ceritanya gini, 3-6 bulan pertama kita akan blajar bahasa inggeris, tapi ketua program aku kata dia takut budak bosan, so assingn cikgu Maths ajar Matematik asas asas je. Aku ni masuk kelas budak sains sosial. Budak Melayu, kan derang memang lembab sikit Maths ni, Bebudak ni mostly dari sekolah asrama penuh, sekolah MRSM yang memang jenis budak sekolah all Malays, BUMI schoollah.

Aku asal sekolah bandar form 1 to 3 aku sekolah bandar, campur CIna India, cikgu Maths aku memang cikgu cina. So cikgu cina ni bhai, dia memang tibai kau dengan latih tubi yang kaw-kaw punya banyak. Cuti sekolah pun dia tibai bekal kau homework yang betengkek-tengkek. Kalau dalam teks book tu ada sepuluh soklan latih tubi, hah! sepuluh-sepuluh lah kau kena pulun habiskan masa cuti. Kau sekolah asrama Melayu, sekolah MRSM, aku tau cikgu Maths engkau, tick-tick tanda-tanda soklan terpilih yang mirip-mirip soklan pekse sebenar je kan, untuk ko bikin homework.

Aku taulah, sebab form 4 form 5 aku sekolah asrama Majoritu Melayu. Nasib baiklah cikgu Maths aku cikgu cina. So budaya kena buat homework banyak tu berterusan gitu. So bila aku campur dengan budak sekolah Asrama Melayu/MRSM ni, so bila first test kami testnya Matematik asas je, pun, Maths derang sekatak lulus aje,lah. Kita orang kalau setakat Kalkulus asas tu, tak dapat markah penuh, tu memang satu kegagalan yang maha besar tau. So, aku dapat markah penuh ka? Idaklah aku dapat 24 out of 25 marks aje, pun. Tapi cikgu aku agegerate, dia tukar jadi peratusan, dan tulis besar-besar situ 96% lepas tu bulat besar-besar situ.

So, bila dia agih-agih paper tu, dari jauh orang dah nampak dah. Dengan muka ceria dia pass kertas jawaban tu kat aku. Aku pulak, Nasib baik kau bagi aku 25 soklan jak, buatnya kau bagi 100 soklah, makin banyak soklan aku buat, makin banyaklah salah aku he he---aku beshebeshe je, salah satu oklah bolehlah, kan. Tapi classmate aku tak rasa gitu, derang rasa aku genius. Hah situlah bermulanya genius itu.

Pada aku GENIUS tu macam Good WILL HUNTING ka, yang ada fotografik memori, atau ntah sapa tu yang cerita industan 3 apa tu, yang Amer Khan belakun, tu yang selalu mengucap ALL IS WELL tu. Hah tu baru GENIUS, tapi dah kawan situ KPP situ kata aku GENIUS so GENIUSlah aku, kan. Hah lagi satu insiden, masa test kertas Ekonomi. Owh cikgu Matematik aku yang bulat markah maths aku besar-besar itu cikgu cina. Biasalah budak Sekolah Melayu yang jarang dapat cikgu cina, kan. So bila si Cikgu Cina tadi cakap congrates kat aku, deme rasa aik dah GENIUS bebenolah  budak tu. 

So, cerita balik pasa kertas Ekonomi, kertas apa tah, aku dah lupa. Cikgu aku Cikgu bangsa Omputeh. Markah tu aku tak ingatlah, tapi aku jawab ntah apa jawab pun, tapi yang aku ingat, Cikgu aku cakap "What a distinguish mark!" Biasalah Matsalleh, kan, derangkan suka tulis-tulis ceconteng, exellent lah distinguishlah gitu kat paper kita,kan? So, yang ini ceritanya gini, Kawan aku dia ingat paper aku, paper dia. Dia terus amik, simpan gitu, Aku nak mintak ke dia aku segan, so aku pulang balik paper dia kat cikgu aku, So Cikgu aku yang mintakkan paper yang tertukar tadi, jadi masa dia pulangkan paper aku dia cakaplah kuat-kuat "what a distinguish Mark for an apa tah aku pun tak ingat. Aku ingat distinguish aje.

Last encounter masa aku buat kursus audit masa diploma, Aku ni tadi, kan aku kata aku belajar maths dari cikgu cina, kan. Cikgu cina ni bila kau jawab kau kena buat jawaban kau macam essei tau, ada cerita sikit-sikit, given bla bla, x=20, b=10, c=bla bla, so, in order to find z, bla bla----last sekali thus, therofore, the answer is bla bla bla-----nombor nomborlah hah gitulah.

Kau buat Maths pun macam karangan, kau buat paper audit lagilah kau mengarang. So, pensyarah aku pun cakaplah pi tengok jawab paper aku. Macam karangan. Saya suka. Gitulah ceritanya. Last insiden masa aku buat paper risk management, memang aku mengaranglah. So, lagi sekali Prof aku cakap, class pegi tengok paper dia. Nak dijadikan citer, CFO karang kraf punya paper pun ntah apa-apa tah. Dia pun tengok paper aku, dia cakap, ini machem punya paper pun boleh dapat markah penuh! dia lempau paper aku noookkk---- pensyarah bodoh! kalau in real worid tulis risk assement macam gini, mati katak dah orang dalam oraganisasi tu terbakooo before kau find a solution.

So, nak cakap sini, aku idaklah GENIUS pun. Bodoh bongok jer kalau kije kat Karangkraf ka, Dewan Bahasa dan Pustaka, ka, even kalau kat Pejabat Ketua SETIAUSAHA, pun. GENIUS ni aku saja-saja reka, sebab nak melawan MADANON ni tadi, sebab bolehlah dek, akak buat gitu. Kalau PMnya kencingnya terbang, konco-konconya kencing apa ek, mencirit?

Sunday, March 24, 2024

KLIK KLIK TERPALING

Kan aku cerite tibeer lelepas cobit hari tu tibeeerrr termasuk dalam group terpaling terpaling ni. Sapa dia disebalik terpaling tu, atau tunjang terpaling? Ada bini CEO, dia kata dia bini CEO, tapi laki dia lom jadi CEO pun bari in senoir management position. Bakal CEOlah. Ada bini ENgineer, bini chargeman, bini kije offshore, bini katerer....hah gitu, laki deme hebat-hebat boh!!!

Itu yang dah kawen, yang single, macam aku ni GENIUS ulat buku. Lagi satu yang hat slalu sponser bahan mentah acara masak-masak opis kami tu, genius gak. GENIUS kaki travel. Minah ni, kau cakap je mana negeri dia tak pegi, semua dah pegi. Pegi dengan familylah. Tetiap tahun keluarga besar dia akan melancong ke luar negara.

Pendek citer klik ada kelazzz la gitu. Tapi yang terpaling tunjang kami punya SU kelab yang aku kata aku lega dia dah kuar sebab sambung belajar tu---hah dia ni memang cantik dan lucu. Dia tu bentuk tubih pun dah macam model, gaya dia, cara jalan dia memang macam model muslimah yang dok gayakan tudung, baju kurung, abaya, jubah dalam tik-tik sana. Cantik dia ni.Fotoginic oangnya. Tapi yang penting buka rupa dia, tapi pengalaman dia yang luas tika berada dijabatan lama, Dia ni penyelaras LKAN(laporan Ketua AUdit Negara) yang bentang kat parlimen tuuuu----hah Parlimen tu, kau hadoooo---Bila sebut parlimen tu, paham-paham ajelahkan? Sapa orang yang dia dok berurusan, bukan macam aku ni, takat cikgu-cikgu Jauhari digital, yang orang dok pertikaikan keJauharian mereka tu, kheeen? Iyalah orang pertikaile, kau device pun ratio 1:10, kau jauhari apa? Jauhari apa, celik digital apa kau boleh bikin, dah le lain internet banyak semput, device ratio macam sampah, tu belum divice yang rosak, usang, kan? Macam macam masalah. Kau bacale kajian Baseline yang Bahagian Pengurusan Maklumat KPM upah PW bikin. Bacalah---betapa daifnya infra/infostruktur KPM ni, hah! 

okok enuf bebel pasal JAUHARI ni, kan.

Citer pasal klik terpaling, kan? Atas pemergian RATU terpaling kerana melanjutkan pengajian pasca siswazah dia, gantilah yang terpaling lain pulak. Yang ni memang hauukkk aku kata. Dahlah tak cantik, kalau cakap tu, uuiii mak aiii sebatu dah dengo soree dia, cakap tu nak meninggi je. Dia tau kan dia tak cantik, tapi dia nak cantik jugak. Dia terlalu obsess dengan bentuk badan dia. Pegi gym kau, nak bentuk Tek dan punggung. Dia megah betul dengan punggung dia yang dah sedia lentik tu. Suara dia memang kuat, masuk-masuk tak de citer lain, anak dia, punggung dia. 

Itua aku memang tak kisah, tapi yang bikin jadi cemuhan/cebikan kawan-kawan aku, ialah dia ada benda dia bikinlah, katanya, aku tak pernah saksikan insiden tu, kata kawan-kawan aku yang pernah tengok, dia buat aksi lentik bontot, suara manja dengan bos no 1 aku. Katanya.

Enuf about that. So, atas faktor itu dan ada faktor lenlain, ada kawan aku sorang ni dah tak nak join, dah macam nak buat klik lain jak. Ni pestiwa majlis akan datang ni, hat sambutan buka pose, dengan khatam quran ni, deme pakat boikot sebab tak larat nak join sebab ngodit. Tak padahal, sebelum tu dia ada hasut SV aku agar tak join sama---sebab meluat silentik bontot dengan koncu-koncu dia. Silentik tu ada konconya.

Kawan aku ni tadi idakle dia ngasut aku tak join, dia hasut SV aku le, SV aku hasut aku. So, aku nasihat le SV aku agar lupakan perbezaan, fokus pada "goal" malam tu kita nak buat Majlis Khatam Quran, berbuka. Jangan berkira sangat penat tu, lah. Setahun sekali jak, kan? Itu pun ntah-ntah ini kali kali terakhir kita sambut Ramadah bersama-sama. Dialah tu, SV aku mungkin akan ditukarkan, sebab dah terlalu lama di KPM nih. Aku plak nak gi mana, dah lagi 9 tahun nak pencen, orang tak kose nak tukarkan aku.

So, kira oklatu, hari Jumaat lepas kami dah berjaya pun berkumpul, bikin rewang karbonara. Nanti nak rewang apa kite? Pasal suka cakap besar, suka menunjuk tu, dia mungkin tak perasan, dari kita tarik diri, buat klik lain, mengumpat lagilah teruk jadinya, kan? Baik kita buat beshe-beshe, buat tak tau jak. Hati tak sakit, hidup jadi tenang. Belajar untuk terima perbezaan. Bukankah dalam Quran pun ada saran, Allah jadikan kami berbeza-beza bersuku-suku untuk kami saling kenal-mengenal? Jadi Nikmat Tuhan Yang Manakah Yang Ingin Engkau DUSTAKAN?


Thursday, March 21, 2024

RAMADAN (KLIK-KLIK)

Selalu aku eja Ramadan sebagai Ramadhan, sebab eje jawinya ro- mim -dhod- alif- nun. Itu ejaan masa aku sekolah-sekolah dululah, Jawi hari ini aku tak tahulah pulak. Kalau ada huruf dhod, jadi dh la. Macam nama aku mim-ro-dhod-ya-hah--- tu yang ada dh for D. Tapi dah dewan bahasa kata yang betulnya D aje, kita follow je lah ya.

Tapi hari ni aku bukan nak citer sangat pasal keberkatan ramadan ka, bla bla bla ramadan, tapi nak citer pasal FYP dan Feed aku kat sosial media yang berkaitan ramadan. Sebelum-sebelum ni cuma ada kuar citer pasal makan, kueh raya, lagu raya, baju raya, buffet ramadan, bazar ramadan, resepi sahor, iftar yang lalu lalang situ masa dalam bulan pose ni. Cerita pasal tarawih, kalau ada lalu pun aku tak ingat. Tak signifikan sangat, aku tak terbeliak mata, berhenti scroll.

Tahun ni first time la durjana yang berlaku semasa tarawih lalu lalang kat sosial media aku. Bukanlah aku kata bebenda durjana budak memekak buat hal masa orang taraweh tak pernah berlaku, tapi tak de orang nak rakam dan upload dalam sosial media. Orang sembahyang kut, mana ada masa nak rakam bebenda tu semua, walau dalam hati dok geram, kecik besau je memasing tengok/dengor gelagat buas sesetengah kanak-kanak yang diheret mak ayah bertaraweh. 

Itu pasal budak, pasal mak budak, tak pernah kita tahu selama saf mak budak berlompong-lompong tak rapat. Iyalah memasing sembahyang kut, mana perasan hat lompong, kalau ada perasan pun, bila masa pulak nak merakam yang lompong-lompong tu, kan?

Personal experience bertaraweh kat masjid, kat surau aku, memang tak banyak. Aku takkan taraweh di surau/masjid kalau tak berteman. Dan berdasarkan pengalaman aku yang sedikit tu, kalau pasal bebudak berteromba di perkarangan masjid tu memang aku pernah lalui, tapi kalau saf lompong tu memang idaklah pernah aku rasa. Semua rapat-rapat. Ada sekali tu je aku perasan baris belakang tu, nak kata lompong idaklah juga tak ciput-ciput, tak lurus sebab ada jemaah solat berkerusi, dan deme ni ditemani ahli keluarga yang muda-remaja. Rasa hat belakang lompong---memang ada kut, aku je tak perasan. Lagi pun aku pegi solat pun sekali sekala je. 

Orang yang hari-hari solat tu, agaknya dah lama perasan dan dah lama pendam rasa sampai mereka nekad, tak pelah kali ni aku tak solat sama, aku rakam bebenda durjana yang berlaku sekian lama ni, aku upload dalam sosial media, biar kecoh satu Malaya. 

Memang kecohlah beb bila benda ni disiarkan. Viral gitu. hurm kan? Tapi sungguhlan bila benda ni viral mendatangkan rasa hidung-kembang-kuncup pulak pada orang-orang yang tak ke surau/masjid ni. Sambil dalam hati mencebik "eleh kalau macam tu baik ko sembahyang kat rumah je" solat kat tempat awam bikin kacau orang, nak buat apa?

Pasal solat pempuan lompong-lompong pulak ada ramai yang mengomen itu ini sampai ada sorang selebriti motivasi sosial media mengomen mengkaitkan pempuan ni gitu-gini, berklik gitu-gitu. hah! Aku yang introvert ni macam tak berapa perasan/terkesan sangat pasal klik-klik ni, Orang tak de klik ni dia apa kesah. Tapi hodoh weh kalau medonia tau kelaku ko lagu tu. Nak solat pun berklik-klik. 

Tak kisahlah,kan. Tapi bila berklik-klik ni banyak masalah. Hurmmm dalam opis ni macam aku cakap aku klik geng tingkat5 yang terpaling. Geng lain, ntah apa terpalingnya. Jangan sampai kita berklik-klik buli orang udahle ya.



Tuesday, March 19, 2024

YANG TERPALING

Aku ingat tahun lepas, group aku yang aku namakan group tingkat 5, dah terpaling dah, rupanya tahun ni lagi terpaling rupanya. Biasalah kita gomen ni pegawai staff bertukar ganti, aku je kut yang akan jadi tukun di sini sebab servis aku lagi 9 tahun je. Lagi satu aku unit IT, satu unit yang dah lama ada, tapi bila kuang-kuang-kuang pasal digital,lah, big datalah, cloud storagelah, dia jadi bagai lama pun aku kat unit ni aku tetap tiap-tiap hari aku orang baru, yang zero pengetahuan. he he he---tiap hari ada je benda baru kena belajar, so pendek cerita aku akan jadi setiasa orang baru tiap hari. tak de istilah owww dia ni dah lama. Lagi satu IT ni kecik. Once you dah masuk situ, pusing-pusing u kat situ jugak. Aku like ai said lagi 9 tahun je aku nak berkhidmat, might as well aku fokus satu bidang je.

So pendek citer, aku akan jumpa macam-macam kejutan baru. Macam tahun lepas aku dah terkejut budaya berkumpulan dengan staff yang sentiasa mau menonjol kehadapan. Extrovert. Kalau majilis tu, budak tukang amik gambo tak amik gambo, kami panggil budak tu datang amik. Begambo sana sini, haish lemas jugak tu. Tapi bila dan terkelompok dalam situ, ai is have to foooollloooo je le.

Itu stakat pakai baju senada, baju tudung berbling-bling. Ini tahun, aku ingat yang kaki bergambo, kaki "free style, kaki ikut trend tik-tok- dah peigi sambung belajar bolehlah aku tarik nafas lega. Rooopenya yang dok nganti dia ropenya lagi terpaling. Puhhhhh!!!!--- tok sah cakaplah level terpaling dia tu. Kalau makan ayam gepuk mungkin level pedas dia tu level yang terpaling pedas, lah tu.

Aku yang introvert ni rasa 'hadoooiii. that it la, malas aku nak join dah" Tapi tetiba bukan bos aku, tapi bos orang lain yang selalu sweet kat aku dah cakap dia dah beli kulit popia, dan dah berusaha cari carbonara "Khairul Aming" Ala carbo nara pregola--- hah nak bikin projek carbonara. Aku akcelinya dah malas nak kekumpul dah, bebuat aktiviti dengan derang-derang ni,  Tapi aku fikir balik----

Allah ni asyik temukan aku dengan orang-orang extrovert je tentu ada sebab. Takkanlah each time aku tak suka orang aku nak lari. Aku boleh je lari, tapi aku selalu ingat mak aku kata hah "larilah, jadi kera sumbang, besok mati tak de orang nak mandi, kafankan, sembahyangkan dan tanam kau" uish ingat mati, takutlah pulak.

Kita ni dahla sebatang kara. Kesian kat aku besok, mati, dah tinggal tulang pun orang tak sedooo, kan. Atau kalau mati orang tahu, pun, sendu aje bilangan orang yang nak sembahyangkan aku. So, pasal projek carbonara aku memang wajib on. Tapi projek buka puasa yang siang-siang aku dah cadang tak nak join, aku rasa aku kena jugalah "tunjuk muka"


Thursday, March 14, 2024

MENTERI KITE-----

Bebulan teruk KAN kita orang kena tibai dengan bloger Otai dak Kelembai, Bebulan pose pulak Menteri Kementerian kita yang comel tu plak kena tibai dengan kawan aku kat FB. Aku ni tercuit gak rasa geram. Geram aku, kalau so call panglima pilih pempuan untuk mereka serang. Itu hari KAN aku pempuan, menteri aku pempuan. Tu tak termasuk lagi depa serang anak YDPA kita yang satu-satunya pempuan sebab dilantik jadi orang besar projek keretapi HSR.

Tapi rasa geram tu secuit jak. Memang kan aku la ni feefeling JAUHARI DiGITAL dengan 5 juta data aku tu, so ko rasa aku ada masa nak geram lelebih ka? Tetiberrr masa aku dengan team member periksa dokumen kat tempat auditi, (ni nak bagi tau auditi ni memang JAUHAri Digital. FYI JAuhari DIGITAL ni ada macam-macam, ada pakar bab awan, ada pakar bab kontrak, bab sistem, DATA, Programing dan macam-macam sungguh dan mereka ni memang sangat friendly dan kita tak segan nak bertanya itu ini)--tetiber bos aku bukak cerita pasal kantin skola dibuka di bulan ramadhan.

Kami sembang tu sementara tunggu Puan JAUHARI ni ada nak dok semak info yang kami minta. Agak lama gak sebab dia dah ada info tu, tapi masa itu kami kena tunggu sekejap sebab dia ada meeting dengan ntah sapa tah, meeting dengan JAUHARI yang lain jugaklah tu. 

OOOh aku pun cakap dalam hati tu la tu dok berjuju FB Feed aku Menteri kena serang, meluatlah itu la inilah gedikla, menyampah la---kata mereka. Aku sejujurnya bila dah beberapa kali tengok speech menteri aku dah tak heran, menteri ni dia passionate. Dia kalau bercakap memang dari hati dan empati. Kalau orang tak biasa deme kata mengada-ngada. Aku ok jak. Tapi takkanlah fasal kau marah menteri bukak kantin masa pose kau hina dia, kan?

Aku pun sejujurnya tidak setuju kantin dibuka di bulan Ramadhan. Tapi bos aku pulak bla-bla-bla pasal anak-anak bla bla bla, budak tak kuat pose bla bla bla----aku cecebik gak alah lembik!!!! baru tak makan sikit dah lembik! Lepas tu aku teringat pulak pasal bestie aku yang dah tetua bangka pernah pengsan sebab tak sahur. Lepas tu aku teringat lagi yang aku ni lemak bertepek, tak makan seminggu pun tak melepek aku.

Iyalah tu bagi badan kita tak sama. Ada orang metabolisma dia tinggi. Dia perlu makan selalu. Macam aku metabolisma rendah tak makan pun tak mengapa. Pendeknya kita jangan cepat mencebik. Manusia ni lain-lain, dia cepat lembik sebab tak makan, tapi stamina dia tinggi. Aku tengok jak orang yang kuat makan tapi tak gemuk ni, derang fuuuuhhhh kalau kije laju gilerrr----tak le macam aku ni terkemut-kemut-kemut, kan. Mak aku metabolisma memang tinggi. Memang buat kije laju gilerrr---lepas tu tak reti nak penat. Masa dia muda-muda dululah. La ni especially lepas dia operate ganti tulang pinggul dia yang patah, memang dia ada slow sikit. Tapi still la lagi ligat gak tu di dapur. Tak macam aku, kalau hari tak kije aku boleh tidur berjam-jam. ha ha ha.

So, aku rasa menteri tu dia mesti jenis yang cepat lapar dan bla bla bla, thus, dia lebih berempati dengan kanak-kanak yang masih tidak berpuasa sungguh pun sudah bersekolah. Sebenarnya tak ada isu pun nak bukak ka tutup ka kantin tu kalau betul ko pandai didik anak kau, kan?  Semua bermula dari dalam diri.Tapi kita ni manusia begitulah kita, lebih mudah tuding jari ke pihak luar. Kan lebih enak kalau berkata begini "hah tu, lah anak aku tak pose sebab meteri bukak kantin. Dula masa tak bukak elok je dia pose" dari memikir solusi bagaimana nak ajar anak kau agar tak terpengaruh dengan kawan-kawan yang tak pose dan makan-makan di kantin.

Akceli aku nak cakap pada diri ini, bulan puasa ni bukan pasal anak sapa pose, anak sapa tak pose. Kalau pose pun tapi berbangga diri sebab wah, hebatnya aku. Aku berpose hari ni. Eh tak guna jugak. tu. Bahkan kalau kita rujuk JAUHARI agama, JAUHARI kejiwaan, perasan bagus sebab kuat berpose, pun tu dah dikira penyakit tu. Sakit jiwa. Bahkan kalau Agamawan yang tegar akan kata, sakit perasan diri kau tu bagus itu lebih besar sakitnya dari orang tak berpose. Perasan bagus, takjub pada diri ini sifat tercela.

Takutlah kita jika dijangkiti penyakit ini. Takut nanti tak cium bau syurga. hehe baru semalam perasan GENIUS. Yalah itu good to be A GENIUS and thank you ALLAH sebab bagi otak aku yang masih berfungsi dengan baik, walau pernah diserang penyakit mental berulang-ulang. 



 

Wednesday, March 13, 2024

JAUHARI DIGITAL

Bestie aku tu sat sat ni riuhlah dia mecebik-cebik Kementerian tempat aku kije, isu pasal Cikgu Jauhari DIGITAL aspirasi Negara Madani. Yang dia cebikkan tu Jauhari itulah tu. Dia jeles tu tu sebab kata dia sendiri dia denga citer Kementerian tampat aku kije akan labur banyak wang untuk menjauhari digitalkan cikgu-cikgu ni kata dia. Heh kalau dah gitu baguslahkan? Tapi kata dia nanti stresskan cikgu-cikgu tu nanti.

Adalah tu kut girlfren-girlfren dia yang dah komplen tu stress pasal benda alah tu. Aku pada aku iyalahkan aku ni kalau itu hari tak dapat sakin gila, kalau kursus programning, data analitik tu alahai piece of cake je. Itu kita yang ada telent akademik tu, akceki kursus-kursus IT ni not a big deal for uslah kan. Tapi kalau IQ tahap girlfren-gilfren bestie aku yang kunkunun jauhari sastera tu, yang tak lepas nak masuk sains stream dari tingkat darjah mengah rendah nak masuk atas sebab fail matematik, kalau di bagi kursus jauhari digital, opkos le deme stress. Dah nak masuk sains stream tingkat 4 pun deme fail,kan.

Itula tu zaman tu tak de TVET, fail matematik, masuk sastera, jadi cikgu bahasa. Jadi cikgu gaji ciput. Cer dodulu girlfen-girlfren ni masuk TVET, amik kursu kimpalan, gi mengimpal pipe-pipe dasar laut saaaaanaaa, or amik kursus betul-betul lampu, pegi betul lampu atas menara tinggi saaaannnaa----gaji beso, tak de orang bukan pakse pun, taawr je pun kursus jauhari digital, kan. Orang tawar je, bukan pakse pun. Kalau rasa stress, usahlah amik kursus tu, kan? Lainla kalau kena pakse. Itu tu, aku kata girfren dia stress sebab risau orang ejek-ejek tak menang hadiah biasiswa jauhari digital. Mau tak stress, tetiap tahun dah menang hadiah unduk ngadau, baca puisi sana sini sampai keluar-luar negara sana sini, aleh-aleh tak lulus entry level biasiswa jauhari, kan? Itu yang bofren dia meroyan-royan kata Kementerian, dera cigku-cikgu semua tu.----

Tengok mak ni, umur dah 5 series, mata dah rabun, awal tahun hari tu bos mak kata dia serahkan  5 juta data untuk mak analisa, mak ko jak, walau mak sepatah haram tak reti, deekkkk, tak reti banggg bab-bab data ni. Mak pegi blaja sana nama jak blaja akaun/pasal kewangan tapi mak khusus bidang behavior orang-orang yang suka tipu-tipu, seleweng kewangan dan juga kelaku orang nak tangkap orang yang suka menipu ni, bukan pasal dara kewangan, pun. Bos aku mana dia tau. Dia ingat ni master forensik, ni, hah master bedah-bedah data kewangan leeee dia ni. ko rasa? Ko rasa? hah!  Sapa yang patut stress ni? Kan, Mak ke gepren cikgu Unduk -Ngadau Sasterawati besti mak tu?  

Dear, bakat matematik itu penting, kalau setakat bakat bermekap je, berpesen, tapi matematik tingkat 3 pun fail, patutnya kau tak payah stress pun, kau tak pandai matematik, kau pandai berlakon, berdrama, kau bikin ajelah konten bebanyak dalam DELIMa tu sana, ajar pantun, ajar menari ka, hah, silap hari bulan kau lagi nampak jauhari digital dari cikgu-cikgu pandai matematik yang berjaya dapat tawaran program jauhari digital itu nanti.

Tak payahlah nak stress-stress sangat pasal isu jauhari-jauhari ni. Yang patut stress ni aku, udahlah kena analisa 5 juta data, langsung satu sen pun Kementerian aku tak tawarkan apa-apa kursus jauhari-jauhari ni. Orang lain aku tengok dalam fail, pegi Jepunlah, pigi kursus kat hotel atas air kat Port Dikson sanaa--- syarikat taja puluh-puluh ribu blajar macam-macam, Big_Query, Power BIlah memacam benda depa blajar, kita baca je laporan, tu, idaklah nak rasa stress ka, jeles ka, tak de masa NOOOKkk. Mana nak ada masanya 5Juta data sedang memanggil-manggil ni, mak masih lagi sedap nak tidur-tidur. Tapi tu bagus jugakla si bestie tu memekak pasal jauhari digital ni, kan> Sekurang-kurangnya, sedar jugak aku yang ada ada lima juta data yang kena aku bedah siasat. haish---hadoiii--- Semalam sifu IT dah duduk sebolah iyo den, den, idak bukak bicara nak berguru pun, hadoiii --- apolah mak ni. Tapi tak pe aku GENIUS, sekejap je tu aku ble master BIG_QUERY tu, kacang je tu. Tak payah pi Jepun, tak payah pi kursus hotel atas air pun ok jak tu. Janji lulus matematik tingkat 4 dan ngam sama pakar IT dalam team kita.

Ni ni, kalau matematik tingkat 4 pun fail, memang sungguhlah Jauhari DIGITAL tu, memang jauh panggang dari api, lah,kan? Berangan tak tentu arah-tuju. TAPIIII   ---- Like Ai said before, in DELIMa, all you have to do is genarate creative content jak. Kalau kau cikgu bahasa tak lulus matematik, like Ai is said, kau buatlah kontent tentang bahasa, sastera dan seni yang menarik. Bubuh dalam DELIMa sana. Tingkatkan viewership engkau, kau tu mengajar guna IT. Kau Celik IT. Pasti kau lagi jauhar dari mereka yang ada sijil bergulung-gulung dalam bidang IT.

Tuesday, March 5, 2024

REALITINYA?

Semalam aku nak kata terkejut idaklah terkejut mana, pun, tapi quite terkejutlah bila lalu kat FYP aku pasal YDPA pulak. Katanya YDPA telah cemarkan Istana Negara dengan berpesta arak mahal dan pempuan cantik di saaaana. Katanya yang supply bekalan arak dan gegadis ni Si Razak Baginda.

Gitulah dia. Teruk sangatlah dah Malaysia ni, kan. Dapat PM bodoh, raja pulak gatal. Hah bakal lingkuplah negara, tak lama lagi. Itu naratif yang sedang dimainkan di media buat masa ini. Tapi aku mana ada risau sangat, pun. kalau dan main lagu ni hari-hari, YDPA cukup 5 tahun balik Johor. Ganti besok si Nazrin tu. Raja yang ini imejnya bersih. Imej Intelek. Pasal PM bodoh, nanti pandai-pandailah rakyat jatuhkan dia. Buat kata satu cerita dalam felem industan tu pun ALL is WELL, kan?

Tapi aku rasa yang patut kamurang semua risaukan kesihatan kamurang, baik mental dan fizikal. Benda cerita pasal PM bodoh, YDPA playboy ghanyut tu, semua itu ada distraction. Gangguan. Iya aku cakap gangguan. Gangguan kita fokuskan pada kesihatan dan kesejahteraan diri. Dah masuk 50'an ni yang penting ialah kesihatan kita. Cerita orang lain tu tak payahlah gigih nak amik tau,kan?

Aku tak de benda nak cakaplah, cuma aku bila tengok cerita-cerita negetip tentang pemimpin tertinggi negara lalu lalang ni aku kadang tu, sedih jugalah kita ni. Punyalah ramai orang Malaysia, ni yang pandai, boleh kita ni dapat pemimpin yang buruk. Apalah dosa kita, kan? Kita ni Islam, sebaik umat. Patut dapat pemimpin yang best-best, kan? Tapi tu gini dapatnya.

Tapi fikir balik, apa ada kisah, kalau buruk nanti ada gantinya, kan? Cumanya jangan besok yang mengganti tu lagi teruk dari yang hari ini. he he he---


tapi sepekara je---

susah gak aku nak percaya cerita pasal Razak Baginda bekal daging mentah ke Istana ni. Rasa macam tak logik je. Tak logik, sebab aku rasa selama ni cerita-cerita pasal pembesar kita gitu gini, tu ntah betul-ntah tidaklah tu. Tak logiklah bini dia cantik gile, dahlah cantik, bijak pulak tu. Tu satu hal. YDPA tu Islam, kalau dia nak buat durjana pun aku rasa dia masih waras. Takkan dia buat benda mengarut tu dalam Istana. Kalau kat kelab ke kat mana ke logiklah jugak. Ini Istana Negara. Kau biar betik, kan? Kalau betul macam aku kata 5 tahun lagi dia balik Johor. Kalau tak betul. Gila bapaklah sapa yang buat konten lagu tu. 

 

Monday, March 4, 2024

DI ALAM FANTASI?

Duduk sendiri single-minggle kat Putrajaya ni, memang saya tak amik port sangatlah pasal ekonomi, politik ka apa, ka kan. Cuma hari tu rimas sikit le bila geng-langkah-melangkah-tebuk-menebuk ni sibuk nak acah amik gomen katanya. Hari ni dispite katanya gitu gini, dah agong sndri kata tunggu PRU, saya pun ok idakle rasa rimas sangat. 

Cumanya minggu ni aleh-aleh FYP tik-tok saya dilanda angin politik konon akan ada 4, ke 5 PRK berikutan orang BERSATU kuar parti. Abeh tu, lalule dah Isham Jalil kat FYP saya-berkali-kali dengan isu itu ini. Lalu sekali dok predict akan ada PRKlah, lalu lagi dia dok kupas bawang putih sambil kondem PMX pasal ringgit jatuhlah itula inilah  

Hat yang duit ringgit jatuh tu, saya termenung sat, eh dah tenat naw ke Malaysia ni. Honestly saya memang tak terasa, balik kampung pun langsung tak terasa sebab jiran saya kiri-kanan, asyik buat makan-makan. Pendek cerita, kita kalau balik kampun ujung minggu, tak yah masaklah, gantung kuali, gi je umah jiran makan kat situ, makan anak dia bertunangla, birthday cucu dialah, kenduri arwah dialah, kenduri kawen tak kira lagi tu. Pendek cerita makan free memanjang ajelah saya sejak dari awal tahun hari tu.

Tapi tu bila dah Isham bebel pasal ekonomi, saya fikir hah kalau ringgit kukuh, agaknya kalau selama ni pegi kenduri makan ayam je, kalau ringgit kukuh ada yang tetiap minggu kenduri makan kambing golek, aku ni he he he---

Ok according tu dak Isham, aku dapat makan ayam je sebab dak Bang NON tak pandai ekonomi. Kuat pembohong, tak pandai tarik pelabur asing. Pelaburan menjunam dari 70 billlion jadi 30 billion je. Lagi gebang tipu-sana sini kata ada pelabur tapi sebenarnya tak de. Tipu je. Bang NON kijenya menipu je. Satu faktanya ringgi jatuh ke 4.8 dulu pun Bang NON gak menteri kewangan. Kira kita dah boleh panggil Bang NON Menteri kewangan 4.8le he he---

Aku terfikir satu je, kalau menterinya gebang ringgitnya 4.8. Menteri sebelum ni walau korupt derang memang geniuslah. back-ground paling rendah pun ekonomi, ada yang doktor perubatan pun ada yang jadi menteri kewangan. Nak kata sini menteri-menteri kita semua geniuslah. Abang Non semua tahu, dia tak pandai mana, pun. katanya lulus general degree je, asal cukup-cukup makan.

So aku tak heranlah kalau Isham Jalil kata Bang NON ni ntah apa le dia tu. Pendek cerita Isham "pening" dengan perangai Bang NON. Dari cakap-cakap Isham tu dah bayangkan betapa rakyat dah tak sabar nak tumbangkan PMX dalam PRU. Tapi tu tunggulah ya pun penggal dia berakhir. Nak dia jatuh pun tunggula sampai dia finalisekan kenaikan gaji orang gomen ni dulu, kan? he he

Berbalik kepada tajuk aku ni tadi, saja aku terfikir, adakah sekarang ni aku sedang berada di alam fantasi? Orang kat luar sana tu susah hilang peluang pekerjaan, ngemis-ngemis mereka sebab ringgit jatuh? ntahlah---


Sunday, March 3, 2024

PROMOTER

Jumaat lepas ceh aku siap feeling-feeling promoter lagi di Ekspo Buku. Cerita dia gini. Aku gi ngodit ada satu program KPM ni. Masa ngodit tu auditi tu ceritalah pasal derang kena hadir ekspo sana-sini nak promote program derang ni.Weekend derang kena pegi tapak ekspo bagai. Memang kesianlah, kan sebab auditi aku ni bukanlah single-mingle bebudak muda belia lagi, tapi dah macam aku jugak lagi tak berapa tahun dah nak pencen dah.

Ko tahula kalau umur saing-saing aku ni, sebut promoter aje, itulah jawatan yang kita kalau boleh elak, kita akan elak. Aku cakap ni jenis introvert macam akulah. Promoter ni macam orang jual ubat gitu, kan? Tapi kita tau ade aje orang yang minat bidang ni ada sangat berjaya dalam kerjaya. Tapi kalau jenis macam-macam aku inilah, hai memang tak minat le kije gitu. Tapi tu derang kena buat jugak benda tu sebab dah tertulis dalam kajian baseline terdahulu cakap kerelevenan program ini dipersoalkan bla bla bla---bila dah muncul dipersoalkan, hurmmm kenalah buat sesuatu untuk counter balik dapatan dalam kajian tersebut.

Jawaban senang bila isu releven-releven ni kena kat sesatu program ialah promosi---hah kenalah pegawai tetua-yang dah nak pencen macam aku ni buat promosi. Yang kelakarnya siap tuan pegarah deme sekali nak turun padang bertik-tok nak mempromosikan progam ini. Aku memang nak tergelak bila deme kata pengarah dema nak bertik-tok.

Aik amikla icon memuda yang melambak-lambak ada dalam KPM ni, kan? Tuan Pengarah tu, baik pencen ajelah. Tapi pengarah derang ni memang masa muda dulu memang dia level selebritilah. Pengulas sukan RTM. hah orang macam ini aku rasa memang suka ekspose diri. Tapi still aku rasa lagi ramai pegawai muda KPM yang aku rasa lagi segaklah bertiktok ni, kan. Ni acik-acik macam aku, aku takut kena gelak aje. Iya aku tahu ada je acik tiktok tetua yang view mereka tinggi gile, tapi aku rasa kalau kat KPM tu ramai orang memuda segak, apa kata kasi kat deme ajelah bertiktoknya,

Tapi tak kisahlah ya. Cuma aku rasa dalam zaman moden ni dah bolehlah kita samakan promosi ni macam jihad gitu. Jihad mencari pengaruh. COntoh yang program KPM ni kan, dah gomen yang bikinm tentulah program ini akan memandu kanak-kanak, remaja bersekolah, mau pun yang sedang menuntut di Matrikulasi, atau pun Universiti Perguruan ke arah kebaikan. Program macam gini sudah tentulah dicabar oleh program yang ntah-apa-apa-tah yang banyak di luar sana tu. 

Jadinya dah macam jihad jugalah sapa yang duduk promosi program KPM ni agar mendapat perhatian remaja. Kau ingat letakkan tik-tok achik tua veteran RTM sebelah dak Kak KM, ko rasa gimana rasanya he he he---ya? Tapi aku memang tabik spring pada mereka yang tak jejemu mempromosikan sesuatu yang sihat dan mengarah kepada kesejahteraan hidup kepada semua.

Wednesday, February 21, 2024

Aduhai Sang Kelembai

Dak Kelembai tu tak sudah-sudah dia hari-hari serang KAN kami. Aku idakla kenal KAN, pun. tapi aku rasa peliklah pulak kenapa KAN yang dia serang bagai nak gila. Bila aku berangan kunun tak makan ubat, aku rasa ni salah satu strategi yang sebenarnya bukan nak bunuh KAN, pun tapi nak bunuh "MELAYU" penjawat-penjawat awam Melayu yang beragama Islam.

Bila kita link pulak, Kelembai ni dengan geng-geng atuk boleh fahamlah kut Geng ATUK marah kena "serang" dengan SPRM, habis semua Melayu nak di bunuhnya tu teori aku. Tapi ada pulak yang tak boleh terima benda ni. Kata mereka Kelembai orang PMX. Aku tak nak gaduhlah pasal tu sebab Kelembai ini paid blogger, sapa bayar tinggi orang tulah dia follow. Kalau PMX nak marah, nak bunuh Melayu pun ada nak kata ada logik tu, logiklah kalau bagi puak-puak yang kata PMX ni barua IMF, FBI bagai semua.

Lantak kaulah tapi kau Melayu kena sedar dirilah ramai cemburu dengan MELAYU ni apa pasal, memula bila aku tengok diri aku, aku rasa aku/MELAYU ni paranoid la tu. Iyalah kan ada MELAYU yang fefeeling dia susur galur Katurah bini Nabi Ibrahim, yang tak tercatat dalam Quran tu. So, dia rasa akhir zaman nanti dialah orang Kuat Mehdi hah gitu. Tapi bila aku tengok Anak-anak Sultan Pahang yang dulu YDPA tu, aku rasa ada logik MELAYU ni memang boleh pimpin Dunia nanti. Gabung pulak dengan Anak Sultan Berunai hah memang kita tengok memang well plan betul mereka ni. Nampak hah kalau gitu gaya nak takluk dunia memang boleh kalah opa-opa Korea tu.

Oklah tu, tak kisahlah dema cantik, tampan, cerdik sebab darah campur Eropah. Pan Asian. Tapi se Pan-PA ASian bini dak Marten pengeran Brunei hari tu, kawen ada gak adat khatam Quran. Idak le macam engkau kawen buat majlis berinai yang ntah-apa-apa tah, kan.

So, kalau tengok MELAYU lagu tu hah memang patutlah orang-orang benci Islam ni beriya-iya serang orang Melayu, kan? So kau yang Melayu ni pepandailah bawa diri. Beradap sikitlah. Walau kita ni cabuk-cabuk je.

Pasal dak Kelembai tu, biarlah dia. Pasal Dak KAN pula, sedo-sedolah diri tu, kalau dah terpalit dengan macam-macam benda, eloklah ko undur diri je. Ada ramai lagi Melayu hebat yang boleh ganti kau. Tapi tak tahula kalau teori kunun Kelembai ni orang PMX, KAN pun orang PMX jugak. PMX orang FBI/IMF yang tugasnya hancurkan MELAYU, (aim dia lepas ni lantik KSU, KAN, KSN orang bukan Melayu) sebab MELAYU tak guna. tu aku tak taule. Dosa je menuduh. Tapi logik/plot penuduh gini:-

PMX, KAN, KELEMBAI itu semua pupet IMF/FBI/Amerika:-

PMX lantik KAN yang lakinya lebih sudu dari kuah tu, supaya senang KELEMBAI serang KAN. KAN buat-buat keras hati, buat lagi perangai jelek-jelek agar KELEMBAI banyak benda nak BAHAN KAN/MELAYU. Last-last satu persepsi bahawa pegawai MELAYA tak guna akan terbentuk dan lepas ni tak payahlah ambik bebudak MELAYU kije gomen ramai-ramai. amik jak CINA, India masuk gomen. Kalau CINA, INDIA tak mau sebab kije gomen gaji kecik, ko amik Bumi Sabah Sarawak yang Non-Muslim kije gomen.

Tu plot-twist dia.

Lantak korang le. Ko yang Melayu harap sedo diri. Yang buat plot twist ni pun jenis MELAYU haram jadah jugak 2x5 KAN, cuma haram jadahnya beza. Jika KAN suka/love laki yang lebih sudu dari kuah, haram jadah jenis ni, nak masuk politik dia takut tapi gemar ya amat menganalisa politik, yang kadang-kadang ntah apa-apa tah hasih analisa dia/kije malas/perangai berangin-panaz baran bla bla bla....Sapa orang tu? Orang gila sama macam aku jugak agaknya----he he he.

Cuma beza, aku gila makan ubat dia gila tak makan ubat, duduk umah berangan bukan-bukan. Kalau dah macam gini pandai dia mereka plot-twist itu ini, kalau takut masuk politik, jadi penulis tele-novel politik pun bagus, juga kan? Tapi biasalah Melayu jenis macam ini lebih suka gebang dulu di kedai kopi, kini di cafe net dan pelbagai. Plot tak de lain melainkan, itulah dia semua jeles MELAYU nak bunuh MELAYU. 


Monday, February 19, 2024

Kisah Dak Mentot

Yang lalu dekat FB Feed aku memang memacam, tapi ada satu feed tu buat kau tertarik dan nak ngomenle sikit. Hah pasal feed dak Mentot. Ala si Mentot bekas bos Kementerian aku yang kena pecat dengan Atok Saka tu. Hah nak pendek cerita tekojot la den tengok (memula tak tekojut sangat) tokojut tengok Dak Mentot dengan Dak Amy Search. Semalam kuar gambo je. Tak tekojut lai, hari ni kuar certot. hah certot tu yang bikin se tekojut. certot, dak Amy ajak dak Mentot nyanyi.

Tapi akhir certot dak Mentot tak nak nyanyi dan percaya dia memang tak de bakat menyanyi. Sebab tekojut tu, kan, se pun idak le scroll-scroll melainkan baca dengan tengok content tu agak lama juga. Bila tengok tu, se terfikir, nape ek bebudak agama ni la ni kemain makin tuo, makin tak nak deme pakai imej usrah/tarbiah masa skola-skola dulu. Bangga bona dapat begambo dengan retis. Retis je pun,  bangga sangat begamba dengan retis,?!!! Se, lah dah nak masuk kubo ni nak fotobomb kalau tak menteri, pendeta, profesor, Asc Prof, Mufti, ustaz/ustazah selebriti pun jadilah. Apa barang begamba dengan retis? Lainle retis macam Alip Satar tu, yang bawa kempen Solat Subuh macam/seramai Solat Jumaat, ok la jugak kan?

kengkawan se hat lelaki baik se konal dari zaman skola, mau pun melalui internet, yang mana dulu geng-geng tok imam skola, la ni semua tak nak dah pakai kepiah, serban, jubah bagai dah, semua dalam content media sosial, berlomba-lomba nak tunjuk imej baik ranggi, pakai jeans, jeket, pendek cereta imej penjajah yang satu ketika dolu-dolu amat dibenci masa zaman skola dulu,

Dulu tu masa zaman skola hakak sibuk pasal anasir jahat dari pembinaan terusan suez, kat ntah antara benua afrika dan tanah arab sana tu, kunun kata deme, jadikan orang belah mesir sana dah tak nak pakai jubah dah, dah pakai macam omputeh. So, kami yang kat sini kat Malaysia ni pun (hat lelaki kepala usrah/kepala tazkirah) ni pun sibuk la pegi pakai baju melayu, kain pelekat, kepiah waima waktu pi kelas prep malam pun. Iyalah ringkas kan, lepas solat Isyak terus pi kelas berkain pelikat dan baju Melayu, kan. Tak payah susah nak sarung pants bagai.

Saya rasa itu pasal kut dulu zaman sekolah dulu boys ni kalau tak pakai baju sekolah atau baju sukan (track bott and t-shirt), deme pakai baju Melayu dengan kain pelekat. Zaman skola dulu memang tak de lagi baju korporat ni. Habis glemer pun baju batik je. Denim kau tak usah cakap lah KPM, memang tak benarkan kami pakai denim. Rock-rock kapak ni memang "haram" tak boleh. Cikgu Biologi pulak sibuk takutkan budak boys gini "hah sapa pakai jeans ketat/seluar ketat macam Bon Jovi, nanti mandul" Cikgu Bio kita belajar obersea, manalah dia kena dak Amy, dak Awie tu semua, dia kenal rock metal je omputeh je.  So option yang ada siang pakai baju skola, petang baju sukan, malam baju Melayu, kain pelekat, pergi outing, kalau nak kerek-kerek boleh pakai baju batik, kalau tak baju skola itu lah jugak kami pakai, beza kasut orang kasut putih, kita orang pakai kasut kulit warna hitam. Kasut kulit ea, bukan kasut canbes tau. So, option berkepiah bagai tu idakla sangat rasanya pasal menjiwai sangat gerakan-gerakan ntah-apa-apa tah dari sebelah timur tengah sana. Cikgu deme jak yang beriya-iya semangat. Saya rasalah gitu. Itu pasal la hari ni memasing pakai biasa-biasa je, pakai jeans, kemeja bagai, mana senang nak capai. Tapi ada gak yang sorang dua yang kini berjubah bagai. Itu sebab betul-betul jiwalah tu, kije pun katanya mudir sekolah tahfiz gitu.  

Tapi satu jak aku nak komen, memang tak sesuai langsunglah pakai baju koperat dengan jeans. Hodoh. Tak caya? ko tengokla sndri gambo ni. Segak lagi dak Amy yang umurnya jauh lebih tua dari dak Mentot tu. Iya kalau nak pakai jean yang bergaya kenalah ikut cara dak Amy. Ini ntah sapa dah tu ngajo dia berfesen tu aku pun tak tahulah. 


 Akcelikan dalam gomen ni adaje baju/style denim yang tak nampak akward yang dah terbiasa mata aku tengok kalau digayakan dalam kekonten media sosial korang. Aku idaklah kata fesen tu cantik bebeno, tapi kalau kau nak berdenim, idaklah aku tekojut dan meroyan mengomen memacam bila konten kau lalu kat feed aku. Nama baju tu baju denim korporat. Pakai cengginile bila jumpa lagenda rock negara, kan. Baru le dak Amy kata owh orang gomen ropenye dah lama pandai pakai denim.


Eh btw, kita cerita pasal baju dak Mentot, sedangkan tadi cakap kontent pasal certot,kan? Patutnya komen pasal certot instead of baju. Tu le kita ni aje le memang bias, kite ni. Lebih tengok cover dari dalaman. Macam mana le kan,  nak nyuruh-nyuruh orang "don't judge the book by it's cover",kan? Munafik je bunyinye bila berkokok-kokok "Don't judge the book by it's cover", kan?.


ok meh komen pasal Kontent Mentot, yang buat jari aku tak jadi nak scroll-scroll ke bawah tu. hah! kontent dia beshe-beshe je. tapi terenti gak jari aku dari menyekrol sebab, template konten dia macam beshe aku tengok. Tapi tu, kan nasib baik semalam malam, tadi pagi makan ubat, kalau tak harus dah aku paranoid, perasan dak Mentot guna template certot aku he he he. Dulu tu aku memang suka buat certot ada dialog-dialog gitu. Tak caya, sudah. Malaslah nak bongkau FB nak screenshot-screeen shot bagai, benda cerita dolu-dolu. Dah lama berkurun aku pun dah tak ingat dah tahun bila masa tah aku suka bikin dialog certot dalam FB tu.  

Thursday, February 15, 2024

Kisah Nyamuk dan Kelembai

Minggu ni heboh cerita bos besar aku keteguran dengan Sang Kelembai. Adakah bos akan jadi batu tak lama lagi? Beriya-iya dia menyerang bos kita. Bos tu pun satu memang itule perangainya. Nama je asal dari Integriti tapi langsung tak berintegriti. Kalau dulu heboh bini lebih sudu dari suami, tapi kali ni terbalik pula. Tok laki pulak yang over-over.

Aku tak kisahlah benda tu, tapi aku heran kenapa Kelembai atuk beriya-iya serang bos aku disaat gomen bagi award telco ke Vincent Tan. Hah tu Vincent yang kena pancung dengan Dak Mentot tu. Lagi satu aku nak luah rasa tak puas hati aku kat sini, kenapa baik si Kelembai, si Raja Putar, bloger-bloger ganyut yang ghumah kata pegi, kubur kata mari ni suka serang orang Melayu jeeerrr----

Tetiber pagi ni aku sengaja tak makan ubat biar aku gila sikit. So otak aku yang mereng ini mengata bahawa serangan ini adalah atas arahan Atuk. Atuk kau kalau dia arah je nak serang so and so, orang kaya kat Malaya sekeliling dia, akan ada je titik bengek yang boleh dia bongkar-jadi tunggang terbalik, mesti terbalik punyalah, kan. Tapi dia pilih buka aib orang Melayu je. Tak pernah pun blogger upahan dia kacau Tony Frenandez ka, Vincent Tan ka, Goh Tong ka, tak, kan?

Kenapalah nyamuk Audit tu juga yang mereka beriya-iya serang tatkala (aku ulang lagi sekali) tatkala Vincent Tan melalui Redtone Digital dapat project berjuta ringgit. Redtone tu bagus sangat ka? Mazli Mentot dah cantas YES, naik pulak Redtone. Ntah apa jenama cap ayam Redtone ni pun kita pun tak nak pakai aiihhhh Redtone, gomen pulak sibuk nak pakai. Tak nak pakai tu bukan le sebab Redtone tu apa ke, tapi sebab Redtone berkait dengan Vincent, dia jadi macam Vincent tukan kroni, syarikat kroni meniaga mana ada kualiti barang derang. Dah ada bad repo tau orang kroni-kroni. Sebab apa, layaknya orang macam dia ni jadi banduan je, duduk dalam jel sana, tapi bebas jadi peniaga, banduan jel, kalau meniaga, manalah tau apa itu makna jujurkan?

Ok berbalik pada otak gila aku, tentera Atuk serang nyamuk Audit, sebab nak tenggelamkan isu Vincent, so now ni orang Opis aku sibuk dengan Nyamuk ni, sampai tak sibuk pun pasal Redtone. Aku ni pun tertau pasal ni sebab la ni aku tengah ngaudit DELIMa, pelantar yang ganti FrogVLE tak Vincent yang totally hancur itu. Maksud aku saja tu si Kelembai tegur Nyamuk, takut Nyamuk kacau gajah yang sedang tidur. Eh kau tau tak, kalau Namrud tau dia akan mati ditangan Nyamuk, aku rasa dah tak de specis nyamuk wujud di bumi ini. Habis Namrud bunuh, sebelum nyamuk masuk dalam telinga dia. 


Tuesday, February 13, 2024

Tinggal Kenangan


Ni cerita masa saya baru lepas habis master. Masa tu Sabtu Ahad saya dah tak de kelas, tak de apa nak bikin, kawan ajak pi demo jalanan saya pun onz saja. Ntah apa tah aku bikin pun aku tak tahulah, kan? Bila tengok gambo ni rasa gelihati pun ada. Iyalahkan masa tu baru kunun dapat gomen yang selama ni membangkang je kijenya,kan, jadi kita yang tak berapa suka membangkang ni rasa macam pelik gitu. Lagi pun masa tu macam terbawa-bawa juga dengan kes 1MDB le, sebab rasa macam cara pengadilan tu macam tak seperiti yang kita belajar di Sekolah. Kan saya masa tu baru lepas habis sekolah.

Patutnya bila dah diforensikan 1MDB tu kita ni expect KETUA AUNDIT Negara, AUDIT FAS yang mengaudit akaun So, bila kau hukum auditor-auditor ni kita pun tahulah tang mana yang sudah diselewengkan. Dah kau buka wayang kata forensik audit, kan? Banyak benda yang kita rasa macam patutnya lagi ramai patut diheret bersama, bukan setakat Najib sorang je. 

Selain 1MDB, ada kes JEPAK pulak. Hat tu Rosma yang kena, tapi sampai la ni ROSMA belum lagi dipenjarakan. Kalau JEPAK tu lagi kesia Rosma. Itu JEPAK memang orang KPM banyak tahu. Itu si Rizal Mansor tulah patut masuk jel sama, tapi katanyalah dia pakat dengan peguam, dia penjenayah yang sama-sama sakau duit gomen, bersetuju dia ni jadi saksi kata Rosma yang curi DUIT Gomen. Aku tak tahulah betul ke idak memang Rizal ni curi duit dengan arahan Rosma. Mungkin betullah tu, kan.

Tapi tu lantak depalah,kan. Orang politik ni memasing kena cari duit untuk biaya kempen depa.Aku rasa kempennya tak seberapa, tapi orang-orang macam Rizal juga ntah sapa-sapa tah yang jadi kepercayaan Bos untuk agih duit, pun 2x5 sama naik sakau lebih-lebih, menjadikan biaya satu-satu kempen politik itu jadi sangat costly.

Itulah harga yang kau kena bayar kalau kau dipilih orang untuk mengetuai sesebuah parti politik. Tak kira apa jenama parti yang kau ketuai. Kena banyak duitlah orang kata. Kalau tak de duit janganlah berangan nak masuk politik. Masa kau anak-anak ikan betanding bawah-bawah orang sponser kau, tapi bila besok kau jadi ketua, hah! apa cer?

Dulu-dulu-dulu masa sekolah, mak oooiii kalau betanding jadi ketua, kembang rasa, tapi lepas tu apa? Hah kau lantik bendahari, kan. benda pertama kolek duit. Duit dah banyak kau buat makan-makan, kan? Itu benda kau belajar kat sekolah. Kalau nak buat aktiviti lebih sikit, koleklah lebih lagi. As simple as that. Bila masuk kije orang pilih pulak kau jadi ketua kelab. Cerita dia pun jadi gitu juga. Kalau duitnya sikit, ahlinya sikit memang tak de masalah. Kalau ahlinya ramai, tentulah dananya besar juga, kan, tapi jadi masalah kalau nak buat event yang besar-besar tapi tak menyeluruh. Contoh macam kami nilah orang Audit, ahlinya seluruh Malaysia, kau buat event kat KL, tak semua boleh join. Lepas tu bos engkau nak buat ntah apa-apa aktiviti yang tak terjadual dalam kelender/bajet kau, hurmmm--- kenalah kolek duit lebih, kan? Bos apa susah, kau lantik je biro, kalau sukan ketua kontinjen, lepas tu kau biar pilah ketua kontinjen ni pecah kepala macam mana nak cari duit lebih.

So Ketua kontinjen pun mintak semua sumbang duit barang paling sikit pun RM5. Yang boleh pigi hanya orang terpilih, orang yang dekat-dekat yang boleh join situ. Ada sukaneka, senamrobok, Inflatable Bouncing Castle, Live Band pun ada. Orang dedekat KL bolehlah bayar RM5, waima nak tambah lagi sikit pun kira oklah, kan cecuti sekolah ni nak bawak bebudak main Boncing Castle, kan. Orang jejauh? Hurm tengok ajelah. Lepas tu kau upload gambar dalam FB, IG, ko suruh orang like bagai. Orang yang tak dapat join tu ko rasa? tak tahulah aku setakat RM5 aku redha je, orang lain aku tak taule, kan. Ko rasa semua orang macam kau, ka? Mostly derang akan pertikaikan bebenda macam gini. Kalau boleh biar semua free, kelab tanggung. Tapi kelab kau duit ciput. Kalau Kelab politik orang Melayu bolehlah "jual" projek gomen untuk baiya aktiviti ini. Itu pasal projek gomen banyak yang jadi mahal-mahal dari harga sebenar.

Tak bolehka kalau ada kelab, kumpulan, tak payah buat aktiviti? Mana ada kumpulan, pertubuhan manusia tak de aktiviti? Tujuan berkumpulan pun sebab nak beraktiviti, kan? Aktiviti-aktiviti ini  tak salah, pun sebab duit ahli juga, kan? Jadi salah bila nak buat aktiviti yang tak tertampung dengan dana yang dia ada. Pendek kata tak ukur baju kat badan sendiri. Sapa yang nak benda ni? Ahli tak mau pun, tapi sapa yang mau? Tak tahulah kita.

Monday, January 29, 2024

Tebuk Atap (Part 5)

Sebagai orang Islam kita kenalah yakin setiap apa yang terjadi semua atas izin Allah. Dulu aku yakin parti Dak Ahmad tertanya kenapalah Dua Serangkai Sang Penyakau Negara tak ke dalam dan kalau ke dalam pasti dia orang TAKBIIIIRRRR. Tapi hari ni mereka sokong pula plan nak lepas kan penyakau Negara tu. Derang ni mudah je perkiraan derang. Perkiraan dia, antara dua kemudharatan. Mana lebih mudarat. Bang Non ka Sang Penyakau Tua. Itu dulu, tapi hari ini antara 2 keuntungan, mana lebih untung. Sakau Tua ka Bang Non. Dah teterang deme teguh di belakang 2 Sakau Tua, mestilah pilihan itu mendatangkan lebih keuntungan/milage pada mereka jika dibanding jika sokong Bang Non.

Jadi sebab sokongan tadi, si Sakau Tua pun gigih bercita-cita mau Tebuk Atap lagi dan lagi dan lagi. Tapi sampai hari ini masih tak berjaya. Apakah akan berjaya jua. Itu aku tak tahulah. Tapi aku dengar ada orang persint kejiranan, persint T20 Putrajaya le, ada yang tak moh isi PADU. Deme ni mesti percaya Bang Non dah tak lama dah lagi tu.

Itu le tu aku harap jugak Bang Non tu, Sabtu Ahad, or kalau lapang pergi le solat jemaah kat sesurau kat Presint yang ada kat kediaman dia. Dah tetua macam tu apa benda sebok le sangat pun. Takkan le Subuh pun tak dan nak Solat jemaah, kan? Bang Non kena make appearance sikit kat surau-surau sekitar Putrajaya ni. Itulah tu, aku ingat bila aku balik kampung nanti aku nak jumpalah sepupu aku atau tak Mariam yang satu ketika dulu kemain derang ni kata derang rapat dengan Bang Non, boleh calling-calling aje. Aku nak cakap dengan Bang Non " PM, tolong le mulain sekarang tolong bikin jadual solat jemaah kat surau keliling Putrajaya ni. 

he he

erk, bukan pakcik Dak Mariam dah masuk kem Atuk Sakau Tua ka? hadoooiiii baru berangan nak cakap dengan Bang NON.


 

Tebuk Atap (Part 4)

Hari ni FYP tiktok aku asyik lalu-lalang je Tun Daim yang kena panggil SPRM. Kalau omputeh kita kata dah macam vegetable dah la dia tu. Tapi aku rasa dia mesti fefeeling dia Stephen Hawking tu. Berdelusi. Personally aku rasa orang tua tu dah gila. Hanyut dalam alam delusi dia.

Orang sebaya aku memang kenal sapa Tun Daim. Bukanlah orang kaya. Nak sambung blaja pun jual kebun. Tapi dia licik. Bersama kawan baik dia Tun M, mereka dah sakau banyak duit Gomen, duit UMNO bina war chest mereka. Semua projek gomen derang sakau 10%. Derang buat slogan baru "pensyarikatan malaysia. Melaui pensyarikatan ini timbul "pink form" yang bersepah sana sini yang bikin mereka sangat kaya. Yang 10% tu cerita lain. 

Pendek cerita masa tu bukan 2 ni aje yang sibuk bina war chest, antara nama yang femes aku dah lupa apa nama, tapi menteri besar Selangor masa tu, pun sama naik jugak. Mungkin dia nak lawan Tun kut, Tun cantas dia awal-awal lagi. Bang Non? Aku rasa Bang Non tak perlu war chest, karisma dia dengan imej Islamik dia sudah cukup untuk dia kalahkan Tun bila tiba masa. Tapi dia tak perlu kalahkan Tun, pun sebab memang Tun dah janji nak naikkan dia sebagai PM pun. Tapi kat sini aku tak tau kenapa dia "gaduh" dengan Bang Non. Kalau kau tengok felem Anwar the untold stories, jelas Tun Daim yang tak mau dia jadi PM.

Tun Daim tak sedia nak stop sakau duit Negara lagi, dan lagi dan lagi. Tun M pulak terpaksa akur sebab selama ni pun Daim dah banyak sponser dia dan anak-anak. So, end-up Bang Non masuk dalam jel atas kesalahan liwat. Aku tak katalah liwat tu tak betul, sebab kalau tak betul, takkan mahkamah jatuh hukum, kan. So, kat sini kita percaya ajelah mahkamah tu betul. Lagi satu dituduh jugak Bang Non Ajen Iluminati, ajen Freemason. Tu aku tak pastilah betul ka tidak. Tapi tu tak kisahlah itu cerita mereka. 

So, dalam dia gedebak-gedebuk, gitu gini, rancang sana-rancang sini, jangan sampai Bang Non ni jadi PM, tapi akhirnya Bang Non jadik jugak PM, dan lepas jadi PM idak jugaklah dia terus serang Dua sekawan ni macam Tun M serang Najib dulu, dia pelan-pelan, lepas dah nak setahun dia jadi PM, baru dia arah SPRM serang Menara Ilham. Tun dulu, terus dia panggil Polis gari Najib masuk lokap. Bang Non dia releks-releks santai-santai saja.

So, bila dia releks, ramailah orang yang simpati dengan dua serangkai, ni despite banyak benda si dua ni dah bikin untuk menjatuhkan dia. Langkah itu, langkah ini, macam-macam langkah dia bikin, dah jadi 2 sekawan tu dah macam orang gila, rupanya dah. Pada aku perihal dak Ahmad nak jadi PM tu, bukan betul sangat pun si Dua serangkai ni nak Dak Ahmad pun, tapi saja nak hentikan siasatan atas mereka je. Ko tengok si Zahid Hamidi kes Biometrik dia di Imegresen dah gugur dah. Hah dia nak macam gitulah tu atas segala kes dia pun gugur sama.

Apakah kes kesudahana si Dua Serangkai ni. Adakah mereka akan berjaya? Bila aku tengok Bang Non releks je, aku rasa ke dalam jugak si Daim tu macam mana ke dalamnya si Najib. Pasal Cerita Bang Non tak kompetent tak layak tadbir Negara tu biarlah rakyat yang menentukannya. Ko tunggu ajelah PRU nanti, kan? Tok sah le lenlayan sangat 2 serangkai tu nak delusi, penyelamat Negara lah apa lah. Lantak demelah kan. Tulah masa muda kikis duit negara macam tak ingat dunia. hah sekarang ni, dengan melepet kat kerusi roda, mata pulak dah kesep sebelah, mulut tu masih hidup berbunyi ada musanglah, itulah, inilah, kan? Eh aku cakap dalam hati orang tua ni sungguh tak sedar diri betul, yang kau tu orang mintak aku detail out kekayaaan kau sebab nak dengo cerita balik kau, from nothing macam mana kau boleh kaya-raya. Itu je. Kalau betul kau genius ko cerita, cerita, tulis buku. Biar orang semua boleh baca apa resipi kau kaya. Hah ko tengok macam si Khairul Aming tu, hah macam mana budak kampung tajaan gomen, lepas kije engineer makan gaji, je boleh buat kilang juta-juta. Hah macam tu. Tak payahlah memokak cakap musang lah itulah ini lah. tak payah. Cerita je kat SPRM tu macam mana kau kaya. Full-STOP. Tak payah mengata orang lain, itu ini.

Aku cakap ginilah dia musang sebab apa sebab dia Biseksual? Dia lagi suka lubang pungkuk? Eh korang ni dah tetua pun masih ada kuderat ke nak buat bebenda tu semua? Tapi tu ada dia naik-naik jadi PM jak dia umum boleh kawen lelaki lelaki, pempuan-pempuan, ada dia terang-terang "bagi muka" kat golongan ini.

Dah setahun dah dia jadi Jiran aku kat presint 10 tu, aku presint 11, idakle ada bunyi benda pelik pun kat Putrajaya ni. Semua macam biasa je. Harga mahal? ntahlah aku ni shopping kat tik-tok. Barang-barang makan, kalau ko single ko tak berapa perasan sangatlah apa barang yang mahal pun. Pasal Bang Non tak perform. Aku sndri pun cuwek/ tak pernah perform, so aku tak expect orang lain perform pun.

Thursday, January 25, 2024

Tebuk Atap (part 3)

Percubaan nak menjatuhkan PMX sebelum pilihan raya masih lagi berjalan katanya.Sebabnya kalau tengok dalam tik-tok yang orang beratur kat pintu Istana Negara tu katanya pasal PMX ni tak baguslah, tak itu tak ini. Pendek cerita derang tak puas hati dengan performance PMX.

Saya di Putrajaya ni alhadullillah ok-ok aje. Dari dulu pun saya ok-ok aje dengan mana-mana PM yang ada. Sebabnya ntahlah keperluan saya terhadap mereka taklah banyak sangat. Cukuplah kat opis ada makanan halal, masuk jamban senang nak cuci berak kencing, (tandas ada paip air), senang nak solat (ada tempat surau untuk solat). Tapi tu ada satu je benda yang saya harap gomen buat untuk warga Putrajaya. Lebihkan tempat parkir, atau lebihkan kemudahan penangkutan awam. Kalau boleh feefeling nak pengangkutan awam macam Singapore, jadi saya tak perlu memandu ke tempat kerja. Sekarang ni tak boleh gitu sebab bas kat Putrajaya ni memang kita tak tau jadual dia. Ada macam tak adae je bas sini.

Walaupun saya sudah berpuas hati dengan kerajaan yang ada kini, saya cubalah juga menyelami apa yang derang tak puas hati sangat dengan kerajaan hari ini. Mostly mereka mengharapkan kerajaan yang gitu-gini. Mereka percaya yang ada ni korup, tak competent dan sebagainya. Mereka percaya ada yang lebih layak dan kompetent dari yang ada ini. Mereka pun tunjuklah muka-muka yang mereka dakwa sebagai lebih baik itu.

Contoh macam saya cakap sebelum ni yang daK Ahmad menteri Terengganu tu. Iyalah sekali imbas pun kalu tengok kelayakan akedamik dia jauh lebih baik dari PMX. Tapi nak buat macam mana takdirnya PMX PM kita hari ini. Sapa yang menbenarkan ini terjadi? Tentulah Allah yang maha Esa. Saya pulak fikir kenapa orang yang tak pandai, jahat, konon tak hormat YDPA, ahli maksiat macam dia boleh jadi PM, tu saya rasa sebab saya rasa orang macam ahli maksiat macam dia je yang faham ahli maksiat yang lain.

Kenapa saya cakap gitu. Contoh ea, kalau orang tak kawen, besok dah tua tak de orang nak jaga. Kalau cakap dengan dak Ahmad, aku rasa konco-konco dak Ahmad akan suruh kau kawen tak kiralah ko bini no berapa. Kalau orang yang ada sikit duit macam sayalah, saya gerenti dia akan sarankan saya kawen dengan budak muda yang sama ada baru keluar universiti, atau budak muda or orang tua bujang telajak yang malas berkerja. Kat balik Kelantan sana, kan ramai orang lelaki yang molek tubuh badan kederat tapi malas berkerja?

Tapi kalau saya nyatakan masalah ni pada PMX, saya yakin konco-konco PMX akan mengusahakan sesuatu macam rumah orang-tua-tua yang lebih selesa dan sempurna dari yang telah sedia ada kini. Lagi satu, pada satu ketika dulu orang kije gomen ni telah diperluaskan bagi kengkawan pun boleh claim tambang dan belanja makan jika hantar/temani kita ke rumah sakit di luar stesen. Contoh ko kije kat Johor, ko kena jalani rawatan kat IJN sini, so kawan yang dok drive ko, teman kau boleh claim duit minyak. Kalau dulu keluarga, laki, mak ayah, adik abang je yang boleh. Kini kengkawan pun boleh.

Nak jadi cerita, bila pekeliling/kemudahan ni diperluaskan ke kengkawan, mulalah ada orang tuduh, gomen nak menormalisasikan LGBT. Derang ini kepala otak memang tak de fikir lain dah. Kalau tak de laki, tak beranak, tak lainlah tu, LGBT lah tu. Dah tua duduk umah orang tua pun LGBT jugak. Itu je kepala otak deme ni.

Padahal ada orang-macam saya yang amat berterima kasih dengan keputusan gomen ini. Saya sorang je ke yang gitu? Saya rasa tak jugak. Ramai je kengkawan saya yang tak kawen tapi bukan jugak derang tu ahli maksiat pun. Memilih? Eh mestilah kena memilih, lebih lagi bila dah berumur macam saya gini. Nak ada maid, lah nak itulah, nak inilah. Bila  diajak perform, ko rasa dah masuk 50 series macam saya ni, apa performance le yang kami larat laku kan? Buat kata kawan saya nak berak mencangkung pun tak larat, nak harap bikin akrobatik bagai dalam kelambu? Apatahlagi main akrobatik di belakang kuda. Hah gitulah buasnya fantasi yang sentiasa ditarbiahkan dalam usrah masa kami sekolah dulu-dulu, zaman-zaman early 90's duuuulluuu.

So, bagi orang-orang macam saya ni, saya rasa konco-konco ahli maksiat yang kononnya didakwa ramai bilangannya berdiri teguh di belakang PMX lebih faham situasi/masalah/ kekangan yang kami hadapi dan rasanya mereka lebih dapat memberikan solusi yang lebih mententeramkan jiwa. Berbeza dengan solusi- kem koncu-konco dak Ahmad (saya kata koncu-konco dak Ahmad ya bukan Dak Ahmad) Solusinya Nikah Sempurnakan Agama, fantasinya main atas kuda, tak de kuda, tunggu laki depan pintu sebelah tangan selak kain sampai pangkal peha, sebelah lagi pegang rotan, ko rasa? Boleh tenteramka jiwa jika itulah gambarannya dimuzik, iklankan sebagai wanita yang paling perform dalam menyempurnakan agama seorang lelaki? Jika begitulah bench mark dia, anak pempuan kekecik lagi kau jangan hantar pegi kelas mengaji je, hantarkan jua dia ke kelas gymnastic agar jadi suri terpaling perfom bila sudah berumah tangga.  

Kalau koncu-konco dak Ahmad tu, kawen ajelah solusi mereka. Ada masalah nikah, nikah, nikah, sebab katanya nikah itu menyempurnakkan agama. Bila dia dah berhujah dibalik agama saya memang takkan lawan, saya iyakan aje. Tapi syukurlah hingga hari ini Geng-geng dak Ahmad masih tak dapat jadi PM. Aku pun boleh berfantasi liar dan buas yang mereka akan paksa, geng-geng Dara Lanjut usia yang ramai di Audit Negara yang nak naik pangkat cepat ni kawen dengan jika tak banduan penjara, kawen dengan penghuni Pusat AADK yang bersepah diselurh negara itu. Situ ramai lelaki tu he he--- kan nikah itu penyempurna agama, Itu masuk penjara, masuk pusat serenti tu semua akan sempurna tu kalau nikah dengan sekian ramai bos audit pempuan yang masih single lagi ni. Mana boleh jadi bini no 2, sebab ramai lagi lelaki tak sempurna diluar sana menanti, yang dah sempurna tu, cukup-cukuplah, kan. Tak payah berebut nak lagi sempurna, lagi sempurna. Nanti kalau nak terlampau sempurna sangat, boleh terbarai, dihayak kiri kanan, depan belakang nanti. Kan susah tu?

Mujurlah mak dah menopause, mak yakin kalau dah lanjut gini mak akan diberi excuse, kan. he he---takkan nak paksa nenek menopause berkawen, tak gitu? Kalau dipaksa jugak nenek dah boleh isi borang bersara awal. So, kalau kau nak tuduh nenek tak nak dak Ahmad dan konco-konco ambil alih Putrajaya sebab takut kena paksa kawen, itu fitna besar, sebab nenek tak amik port pun apa polisi yang akan diperkenalkan nanti.

Pasal pusat rumah orang  tua tu, hurrrm takkanlah mereka nak haramkan pusat penjagaan yang telah sedia ada, atau haramkan orang lain/pihak swasta bina pusat seperti itu di Negara ini, kan? Kita ni pun bila orang dah keluar hujah agama kita tak berani nak sanggah, mana tau dengan mengkahwenkan sekian banyak bos-bos audit yang tak kewn dengan sekian ramai lelaki Islam di Malaysia ini yang kurang sempurna agamanya akan mensejahterakan Negara, mendapat rahmah, kasih sayang Allah, itu kita tak tau.  

Bottom line here Allah masih tak beri peluang kepada mereka untuk ambil alih Putrajaya. Why? Ko jangan tanyalah, Hanya Dia sahaja yang maha Mengetuhui. 


Tuesday, January 9, 2024

Tebuk Atap (part 2)

Bila bang Non dah tak magik, meh kita kenal pula sapa plak ni yang konon ada magik ni pulak, Iyalahkan kalau nak lawan magika macam Bang Non kenalah yang macam dia jugak, kan? Takkan le Din Lebam nak lawan Bang Non? Apa barang, kan? H2O, Bapak Dapi, Anuar Musa tu semua stok-stok dah berkarat lebam dah. Barang jual kat besi buruk pun tak laku.

Jadi kena bagi muka baharu. Sapa ke dia? Hah Itu menteri besar Terengganulah tu, yang baru ni dapat menang besar Parlimen Kemaman baru-baru ini. Saya tengok menteri ni pun dalam banyak-banyak tu, dia no oklah bolehlah. Dalam banyak-banyak pakatan pembangkan le. Not badlah kan, boleh diterima semua India, Cina ka boleh jugalah dia. Dia ni serupa Anthony Loke DAPlah, kita yang Islam ni tak le menyampah, kadang tu kagum pun ada.

Mujurlah YDPA tak moh layan puak-puak ni. Kalau tak habislah busuk nama si Ahmad ni. Bagus dan pandai betul YDPA kita,kan? Bior bang Non tu pelantaklah kau bior dia tadbir negara sampai habis penggal. Orang dah ramai mengeluh dah dengan janji palsu bang Non ni. Ni nak dibikinnya subsidi tersasar ni dengan PADU bagai, sampai PADU KPM kena tutup kedai, hah tak tahulah menjadik ke idak. Aku kalau aku boleh calling-calling je Bang Non tu, aku cakap je gini "allo bang NON, Singapore yang paling kukuh tu pun dah naikkan GST 10% mulai Januari ni, nak ngelonkan belanja urus negara deme, kita ni apa cerita? Ko sibuk dengan subsidi sedangkan yang patut kau buat ialah ----perkenal sistem cukai yang lebih efektif dan berkesan.

So apa aku nak kata, aku ramal, PN akan sapu bersih negeri-negeri majoriti Melayu. Yang cecempur macam kita ni akan caca marba dan YDPA terpaksa buat sekian kalinya campur tangan dalam pembentukan kerajaan yang baharu tu nanti. Drama SD cukup tak cukup akan berulang. Jika ini berlaku calon terbaik PM tentulah Ahamd Samsuri. Kalau kau ada otaklah. Kalau ko lebih nak berebut PM aku tak tahulah KJ dengan dak Sharil Alor Gajah tu pun kemain lagi. Jangan tidakkan apa yang akan mereka bikin, kan?

Apa pun kita tunggu sajalah. Kalau betul rezeki orang PAS nak jadi PM, jadi PM jugalah kome. Apa yang nak berebut-rampas merampas pun aku pun tak tahulah weeehhhh---Aku rasa kalau si Ahmad ni bebetul cerdik, eh, dia patut berbaik-baik dengan Anthony Loke tau--- itu lagi jalan senang dia jadi PM. Itu Bang Non dengan sotong Fizi tu dengan Pakatan Rakyat dah boleh campak je ke laut je. 

Pasal apa campak kan aje derang tu, aku rasalah bukan Anthony, je, semua orang dah meluat kalau tak Bang Non pun, meluat dengan Si Sotong yang tak habis-habis dengan data dia. Nak no akaun itu, akaun ini, ntah apa-apa nombor dan maklumatlah yang dia mau, soklan berjela-jela. Kita orang gomen ni dah jenuh dah isi borang, macam-macam borang, aleh-aleh tambah lagi satu borang yang soklannya hittuuuuu jugak yang ko tanya, aik, jenuhla aku nak ngisi borang. Kalau lepas isi-isi borang barang semua turun harga oklah jugak, ni, tidak macam gitu jugak mahal dia. sampai orang parodinya perkataan MADANI kepada MAHALDAHNI. Ko bayangkanlah tahap meluatnya rakyat sampai begitu sekali, kan? 

Tapi nak wat macam mana kalau Dak Ahmad ada makan racun besi buruk tak laku tu. Payahlah jugak, kan? Kalau racun besi karat tu kuat, boleh jugak tu dia naik PM tanpa ciom molot DAP,  tapi kalau ko naik, sebab makan racun, cepatlah kau mati.

Monday, January 8, 2024

Tebuk Atap?

Lama tak update sini sebab saya cuti jaga mak sakit. Mak orang tua yang consider sihat-walafiat, Cuma bacaan BP dan kolestrol tu ada luar range yang dibenarkan doktor spital gomen. Yang saya cuti lama tu sebab dia jatuh dan patah tulang pinggulnya, kena operate pakailah dia ntah apatah macam besi titinum gitu. Kira macam budak memuda eksiden moto kete, lepas operate, kan jalan tu kena betatih balik bertongkat bagai, kan? Tambah pulak nak nahan sakit lepas kena operate tu memang saya kena take care dialah. La ni pun dah boleh jalan bertongkat, dia still lah tak boleh lakukan aktiviti harian seperti sebelum dia jalani pembedahan tu. Terbataslah juga pergerakan dia. Tapi dia oke je. duduk-duduk rehat-rehat saja di rumah. Hurm jika sebelum ni gigih dia masaklah, buat kueh lah, kemas rumah, tanam pokok bagai. La ni dia ampai-ampai jak di rumah saaana tu.

So sepanjang ada di kampung memang saya nak kata busy idaklah busy, tapi sebab saya tak biasa "jaga" rumah/isi rumah besar, saya kepenatan selalu. Penat bagai nak rak. Nak kata besar tidaklah besar mana pun, cuma 7 orang dewasa, dengan rumah kampung yang ntah berapa tah luas kaki persegi tak le tau, tapi luas biasa-biasa rumah kampung yang punya 2 bilik dan 2 ruang lepak2 yang besar disamping ruang dapur yang luas. Biasala rumah kampung, orang kampung bilik lain tak besar tak pe, dapur mau luas. Baru 2 bulan stay/jaga rumah/isi rumah kampung, saya rasa macam dah nak separuh mati jugak ni bila pulang ke Putrajaya. Badan saya memang sakit-sakit. rasa macam urat bersimpul-simpul gitu. Maklumlah saya selama ni duduk sorang diri, masak pun untuk sorang, kalau rajin masak, tak rajin beli. Baju pun saya antar dobi, kemas rumah? he he kalau dah bersarabur sangat baru saya kemas. Sapu sampah mop bagai tu, seminggu pun payah sekali saya bikin. 

Ni ni bila dah di kampung, tiap-tiap hari saya kena masak, urus kain baju untuk 7 orang tu, dan herlok pulak aku menyapu mengemop lantai almost everyday. Tak cukup menyapu mengemop dalam rumah luar rumah/laman pun aku sapu sekali. Rutin saya seawal lepas subuh dah masak sarapan. Lepas sarap terus urus kain baju, (basuh mesin je, tak de pengering, kenalah kau jemur kain di bawah matahari. Lepas tu prepre lunch. Sebab saya kerja lembab terkemut-kemut, (saya kerja dapur memang lambat) kalau kije opis menaip, buat chart, mengarang sikit-sikit saya laju je. tapi kalau kerja rumah-masak-masak. sapu sampah-mop lantai-cuci bilik air ni memang saya slow) hampir jam 2 baru saya selesai semua. Itu pun cuma dapat prepare lauk 1, dan sayur saja. eh macam manalah orang masak banyak-banyak jenis lauk, kan? kalau se nak masak banyak-banyak macam tu, mahu 2, 3 hari kut baru siap. he he he 

Lepas tu dah tak larat dah, mandi, solat zohor, saya rehat, tidur siang, ka, main game ka, sampailah asar. Lepas tu, saya ke halaman pulak, buatlah apa-apa patut sementara tunggu abang kakak busu saya balik kerja. Dinner saya tak prepare. Lauk siang pun masih berbaki, cuma selalunya kakak atau ibu dia, busu saya beli, atau tambah-tambah lauk sikit-sikit untuk dinner.  

Iyalah saya sendirian di Putrajaya, masak pun jarang-jarang, balik rumah 6baring-baring, buat kerja opis sesikit lepak tengok drama kat tik-tik, main game bodo-bodoh, lepas tu tidur. Payahlah rumah saya nak berkecah, kan. lagi pun kuarters sini taklah besar pun. Mujurlah dah down-grade, kalau ikut kelayakan dapat rumah landed 2 tingkat, mau bersawang jugaklah tingkat atas rumah ku itu. So, pendeknya memang terkejutlah seluruh urut-urat ni bila tetiap hari kena buat kerja-kerja yang tak rutin bagi diri ini. 

Ni nak cerita, masa kat kampung tu bila tengok tiktok ada juga lalu kunun balik Putrajaya sok dapat PM11. Tak kisahlah sapa nak jadi PM pun kan? tapi sikit jak saya nak komen, saya nak tulis rasa heran, ialah kenapa nak tukar-tukar PM lagi. Macam deme ni macam apa nak cakap ek, itu hari masa langkah-melangkah, mereka tak redha dapat Bang Non sebagai PM. Tak percaya ketentuan Tuhan. Yang saya jadi heran tu, konon katanya Menteri dari Terengganu tu orangnya yang lebih layak dari Bang Non. Katanaylah. Memasing menaruh harap kunun Orang Terengganu ni boleh ada magic pulihkan Negara.

Iyalahkan kau, memansing kan dah menujum kunun 2024 zaman hairul Ummat, Amirul apa-apatah akan muncul, daaa Bang Non tu bila dah jadi PM, macam biasa jeerr, macam tak de magik je, magik lagi Jokowi Indonlah pulak, kan, tu yang beriya nak cari calon, lain tu. Ko kalau mengidam nak calon magik, ko tu reramai kena buat magik dulu. Ni bila ada orang nak magikkan masjid solat subuh macam solat jemahat, ko kata memacam, ko risau memamacam. Ko kalau solat jemahat pun ko masbuk sampai 2 rakaat, jangan mimpile nak nak dapat PM magic.

Kadang orang Melayu ni aku rasa dah gila agaknya. Nak bangkit solat subuh penuhkan masjid pun malas, ada hati nak dapat PM magik. Lagi satu aku nak cakap. Nak Magik apa kebendanya, kalau nak jadi PM pun main tebuk-tebuk atap. Tapi tu, kan kalu Atap Konkrit Pejabat PM pun dapat ditebuknya memang dia magiklah tapi aku rasa magik ntah nak magik Cik Lang Fazura, tapi pun pakai magik cik ponti mana-mana ponti dahhhhh---- Mona Fandi dah lama gone dah. Ntah manalah tau la  Mona Melania dah muncul, kan? 

Kalau Islamik magiclah, aku tak rasa Islam ajar kita tebuk atap. Kau nak magik Islam hah tu solat subuh tu mangkit awal sikit, solat kat surau, kat masjid kau yang super-duper gedabak siap ada air cond lagi tu. Kalau itu pun liat, kerat jari aku, walu berjela sijil islam dia, pun pasti dibelakang dia ntah sapa tah dok belakang dia.  Kau kata kau nak lawan dajjal kau pun serupa dajjallah jugak sebab akhlak kau tak serupa akhlak Nabi. Main langkah-langkah aje. Ada adab ka orang yang suka langah-sana-langkah sini tu. Orang yang suka melangkah-langkah ni, biadab adanya. Orang biadap nak kau sandar harap kau nak ubah itu-ini, hai kalau besok benda yang kau angan tak jadi nyata, kau juga yang keciwa.