Yang lalu dekat FB Feed aku memang memacam, tapi ada satu feed tu buat kau tertarik dan nak ngomenle sikit. Hah pasal feed dak Mentot. Ala si Mentot bekas bos Kementerian aku yang kena pecat dengan Atok Saka tu. Hah nak pendek cerita tekojot la den tengok (memula tak tekojut sangat) tokojut tengok Dak Mentot dengan Dak Amy Search. Semalam kuar gambo je. Tak tekojut lai, hari ni kuar certot. hah certot tu yang bikin se tekojut. certot, dak Amy ajak dak Mentot nyanyi.
Tapi akhir certot dak Mentot tak nak nyanyi dan percaya dia memang tak de bakat menyanyi. Sebab tekojut tu, kan, se pun idak le scroll-scroll melainkan baca dengan tengok content tu agak lama juga. Bila tengok tu, se terfikir, nape ek bebudak agama ni la ni kemain makin tuo, makin tak nak deme pakai imej usrah/tarbiah masa skola-skola dulu. Bangga bona dapat begambo dengan retis. Retis je pun, bangga sangat begamba dengan retis,?!!! Se, lah dah nak masuk kubo ni nak fotobomb kalau tak menteri, pendeta, profesor, Asc Prof, Mufti, ustaz/ustazah selebriti pun jadilah. Apa barang begamba dengan retis? Lainle retis macam Alip Satar tu, yang bawa kempen Solat Subuh macam/seramai Solat Jumaat, ok la jugak kan?
kengkawan se hat lelaki baik se konal dari zaman skola, mau pun melalui internet, yang mana dulu geng-geng tok imam skola, la ni semua tak nak dah pakai kepiah, serban, jubah bagai dah, semua dalam content media sosial, berlomba-lomba nak tunjuk imej baik ranggi, pakai jeans, jeket, pendek cereta imej penjajah yang satu ketika dolu-dolu amat dibenci masa zaman skola dulu,
Dulu tu masa zaman skola hakak sibuk pasal anasir jahat dari pembinaan terusan suez, kat ntah antara benua afrika dan tanah arab sana tu, kunun kata deme, jadikan orang belah mesir sana dah tak nak pakai jubah dah, dah pakai macam omputeh. So, kami yang kat sini kat Malaysia ni pun (hat lelaki kepala usrah/kepala tazkirah) ni pun sibuk la pegi pakai baju melayu, kain pelekat, kepiah waima waktu pi kelas prep malam pun. Iyalah ringkas kan, lepas solat Isyak terus pi kelas berkain pelikat dan baju Melayu, kan. Tak payah susah nak sarung pants bagai.
Saya rasa itu pasal kut dulu zaman sekolah dulu boys ni kalau tak pakai baju sekolah atau baju sukan (track bott and t-shirt), deme pakai baju Melayu dengan kain pelekat. Zaman skola dulu memang tak de lagi baju korporat ni. Habis glemer pun baju batik je. Denim kau tak usah cakap lah KPM, memang tak benarkan kami pakai denim. Rock-rock kapak ni memang "haram" tak boleh. Cikgu Biologi pulak sibuk takutkan budak boys gini "hah sapa pakai jeans ketat/seluar ketat macam Bon Jovi, nanti mandul" Cikgu Bio kita belajar obersea, manalah dia kena dak Amy, dak Awie tu semua, dia kenal rock metal je omputeh je. So option yang ada siang pakai baju skola, petang baju sukan, malam baju Melayu, kain pelekat, pergi outing, kalau nak kerek-kerek boleh pakai baju batik, kalau tak baju skola itu lah jugak kami pakai, beza kasut orang kasut putih, kita orang pakai kasut kulit warna hitam. Kasut kulit ea, bukan kasut canbes tau. So, option berkepiah bagai tu idakla sangat rasanya pasal menjiwai sangat gerakan-gerakan ntah-apa-apa tah dari sebelah timur tengah sana. Cikgu deme jak yang beriya-iya semangat. Saya rasalah gitu. Itu pasal la hari ni memasing pakai biasa-biasa je, pakai jeans, kemeja bagai, mana senang nak capai. Tapi ada gak yang sorang dua yang kini berjubah bagai. Itu sebab betul-betul jiwalah tu, kije pun katanya mudir sekolah tahfiz gitu.
Tapi satu jak aku nak komen, memang tak sesuai langsunglah pakai baju koperat dengan jeans. Hodoh. Tak caya? ko tengokla sndri gambo ni. Segak lagi dak Amy yang umurnya jauh lebih tua dari dak Mentot tu. Iya kalau nak pakai jean yang bergaya kenalah ikut cara dak Amy. Ini ntah sapa dah tu ngajo dia berfesen tu aku pun tak tahulah.
Akcelikan dalam gomen ni adaje baju/style denim yang tak nampak akward yang dah terbiasa mata aku tengok kalau digayakan dalam kekonten media sosial korang. Aku idaklah kata fesen tu cantik bebeno, tapi kalau kau nak berdenim, idaklah aku tekojut dan meroyan mengomen memacam bila konten kau lalu kat feed aku. Nama baju tu baju denim korporat. Pakai cengginile bila jumpa lagenda rock negara, kan. Baru le dak Amy kata owh orang gomen ropenye dah lama pandai pakai denim.
Eh btw, kita cerita pasal baju dak Mentot, sedangkan tadi cakap kontent pasal certot,kan? Patutnya komen pasal certot instead of baju. Tu le kita ni aje le memang bias, kite ni. Lebih tengok cover dari dalaman. Macam mana le kan, nak nyuruh-nyuruh orang "don't judge the book by it's cover",kan? Munafik je bunyinye bila berkokok-kokok "Don't judge the book by it's cover", kan?.
ok meh komen pasal Kontent Mentot, yang buat jari aku tak jadi nak scroll-scroll ke bawah tu. hah! kontent dia beshe-beshe je. tapi terenti gak jari aku dari menyekrol sebab, template konten dia macam beshe aku tengok. Tapi tu, kan nasib baik semalam malam, tadi pagi makan ubat, kalau tak harus dah aku paranoid, perasan dak Mentot guna template certot aku he he he. Dulu tu aku memang suka buat certot ada dialog-dialog gitu. Tak caya, sudah. Malaslah nak bongkau FB nak screenshot-screeen shot bagai, benda cerita dolu-dolu. Dah lama berkurun aku pun dah tak ingat dah tahun bila masa tah aku suka bikin dialog certot dalam FB tu.
No comments:
Post a Comment