Thursday, July 27, 2023

Barbie--

La ni orang KL tengah gila Barbie, semua pakat pakai pink. Ikut trend katanya. Trend jahiliah. Aku tengok pun dah tetua bangka dok pink-pink, aku pun meluat. Aish tak sesuai langsung rope orang tua pakai pink. Tapi gasak demelah ek. Semeluat-meluat kita, kita scroll je lah laju-laju. Malas nak cara eh pasal deme. Tapi tu ada gak orang meluat yang boleh buat kontent pasal Barbie ni.

Hah apa kontentnya---- katanya Barbie ni nunjuk pasal patriaki, mempromosi feminisma yang melampau/agrasif. bla bla bla bla--- Pastu dia selit pulak Islam bagaimana-bagaimana. 

My personal feelinglah, kan. Barbie nak promote pasal dia itu gasak engkaulah. Yang engkau nak kondem memancam, kau kata Islam gitu gini, realitinya orang nampak Islam macam mana pulak? Kalau kat Malaysia ni ada ko nampak Islam itu begitu-begini macam yang kau canangkan itu ka? 

Tertiba aku teringat minah Cina dok slalu buat konten masak-masak, amik bahan sayur-sayuran, buah-buah dari kebun, aku ingat nak google minah tu, tapi nasib baiklah aku terpaksa bergerak ke Auditorium untuk dengar Cermah Hijrah: Pemangkin Karamah Insaniah. Asalnya aku nak menapak ke sana sebab aku nak fotobomb dengan penceramah Prof Dr Syarifah Hayaati, maka Allah tunaikan jugak hajat aku he he---


Kadang tu kalau bab Agama tu kita memang selektif untuk terima jurucakapnya. Kalau kau sekadar aku tak kenal kau sapa pun dok kondem-kondem orang memang aku tak layanlah. Kalau yang bercakap itu macam dalam gambor yang pakai tudung warna gray tu hah barulah aku nak layan.

Ko rasa aku ni double standard ka? Nak dengar cakap orang yang ada gelaran dan pangkat aje ka? Aku rasa idak juga, sebab aku dengar konten dia bukan gelaran yang dia bawa. hah contoh hari ni Prof cakap pasal Hijrah, dia tak sentuh pun pasal orang bla bla bla bertudung-berhijab tapi masih tergedik-gedik berbaris Barbie-Pink, dia sentuh pasal kami ni yang dah baguih dah berpakaian, tapi masih ada banyak ruang untuk diperbaiki. Dah kalau kami yang dah level-level leader Makcik Marhaban kampung pun masih banyak ruang untuk diperbaiki, ko rasa saya ada masa ka nak meluat kat geng-geng Barbie pink dan black hidden agenda mereka, ka?


Mahaldahni---

Kami sambung bawangkan PMX lagi, kali ini pasal PRN 6 buah negeri yang akan dijalankan pada Ogos nanti. Kita bawang + meramal apakah kita akan dapat PMXI lepas PRN nanti. Ada juga yang baru dapat pencerahan kenapalah orang dok kata nak dapat PM baru tak lama lagi. Kata mereka "owh patutlah orang dok cakap-cakap tak lama lagi dapat PM baru, saya ingat derang ni berangan aje, rupa-rupanya memang ada ruang untuk tak over gomen" Begitulah cakap-cakap kami.

Saya pun cakap begini "hah sebab tulah Noh Omar berani bikin poster PH dan UMNO akan hancur tak lama lagi"

Yang lain pulak menyampuk "eeiii bukan ka Noh Omar tu banyak kes. Korup jugak!? Eish tak naklah dia tu" 

"dah abeh tu korang semua pakat-pakat memokak Mahaldahni-Mahaldahni- Orang memuda macam si xo dengan siXOO derang ni Mahaldahni-Mahaldahni- emosi naik mencanak terus pangkah tolak geng PMX. Kita ni hat boleh fikir lagi, Mahal-Mahal tunggule jugak lagi, toleh-toleh le jugak, ku tolak yang ini ade ke yang gantinya besok senonoh orangnya. Orang muda, Noh Omar pun derang tak kenal tu. Asal pandai sebut Mahaldahni, betul le orang tu nak bela nasib aku yang kesusahan ni". Jawab saya panjang lebar.

"Hah, Akak tu, jaga-jaga kak. Ada jugak Residensi Prihatin Malaysia Madani yang akak apply tu lepas ni kesel lagi jadi residensi yang apa tah namanya nanti. Residensi Wilayah kensel jadi Residensi Madani. Silap hari bulan, ini kalilah kensel tak berganti, terus tak ada residensi" lalu derang gelak ramai-ramai---

Hamboiiii seronoknya korang dapat gelakkan hakak, ya ?



Tuesday, July 25, 2023

Mengarut Lagi---

Cerita mengarut pasal PMX ni tak terenti setakat itu je, semalam kami mengumpat lagi. Tapi mengumpat benda baik la----Walau baik pun kengkawan dan Pegawai kat opis macam dah mula skeptikal pasal dia. Apa ek derang skeptikal owh pasal gaji. Kan kami dan dapat pelarasan gaji ni, so kalau orang gomen naik gaji ramai non-Gomen akan sakit hati, sebab selalu yang lepas-lepas tu gaji gomen naik, rege barang pun naik dan dari pengalaman lalu gaji naik ciput rege barang naik berlipat ganda. Kawan yang lebih kritis pulak cakap, hutang gomen la ni dah makin banyak, kalau naik gaji apa machiem??? hah gitu-gitulah---

Saya cakap, apa susah collectlah GST balik he he---

Honestly saya tak berapa ghisau pun gaji nak naik ka, barang nak naik ka, bila tinggal lagi 10 tahun nak servis memang kami dah tak ada apa nak risau dah---segala ribut dalam jiwa semua dah tak ada dah---

Bagi orang memuda saya faham kalau mereka risau itu ini anak cucu besok, lusa. Saya pulak chill-chill aje. Dari kita risau-risau baik kita practise zaman Dajjal besok, walau saya macam optimis masa dajjal muncul, saya dah lama mati. Ustaz ustazah kata zaman tukan tak de makanan, so saya pratiselah selalu-selalu berpuasa. Lagi pun kan pose tu baik untuk kawal berat badan. Yang hat zikir tu, nantila azam awal Muharram ni nak kurangkan bercakap, banyakkan berzikir---- hah! settle masalah.

Benda akan datang jangan kita risau sangatlah. Ni risau pasal kije ni, kije kita yang dah banyak pakai AI dan kita yang tak pandai-pandai AI ini lagi patut kita risaukan. Saya senang je kalau otak saya jemmed sebab AI saya opt pencen awal je. 

owh semalam, saya ke pagi tadi ada satu poster pasal pelarasa elaun ni naik kat FYP saya. Katanya elaun ikut saya fahamlah, harap faham saya ni tak betul dan kalau betul poster tulah yang tak betulnya--- gini semua penjawat awam dapat elaun sama je, semua, minimu RM800. Dah tak de dah kau kat bandar ka, luar bandar ka, luar wilayah ka dalam wilayah. Ini fitna ni saya kira. Mana boleh macam gitu, karang melentinglah orang kat bandar-bandar ni hehe---tiktok ni kadang ada benda boleh caya, ada benda baik scroll aje. Apa pun kita tunggulah lagi 2 minggu lagi, kan tengok apa sebeno ea yang akan kita dapat.


Monday, July 24, 2023

Bawang Mengarut

Semalam ntah macam dah tak de kije, saya membawang dengan kawan opis. Membawangkan PMX beli starlink dari Elon Musk. Orang pandai membeli macam kami ni menganalogikan PMX seperti peminat tegar Starbuck yang terpedaya dengan jenama instead of the real value of starbuck. Starlink tu starbuck, PMX peminat Starbucks yang sebenarnya acah-acah je tau pasal kopi, tapi satu haram pasal kopi pun tak tau. Kopi rege puluh-puluh kupang bila dah dipakaikan logo pempuan dewi Pagan Zaman Kuno-kuno dijual dengan rege bebelas, berpuluh hengget pun derang sanggup beli. Itulah cemuha orang pandai membeli macam kita orang ni. Kami kan kije audit negara, opkoslah selayaknya kami ni pandai pasal beli-membeli, kaji-mengkaji pasaran ni. Kalu juruaudit tak reti tak tau nilai sesuatu barang, baik berenti jadi juruaudit, kan?

Gitulah, pun kami tidaklah kritikal sangat kalau kau masuk starbacks dan justifikasi kau spend berpuloh-polohan ringgit, demi nak buat konten, nak naikkan semangat kunun kau mampu. Kau beruang yang nak menunjuk kat ex engkau, walau engkau kena tinggal terkeciwa, ekonomi kau tak terjejas, kau tak heran nak bazir-bazir duit untuk bayat barang yang rega 20 kupangdengan harga RM20 hengget dalam kata lain "Aku bukan heran sangat kopi murah tu, tapi saja nak nunjuk kat kau yang aku mampu membazir" hah gitu.

As far as PMX is concern, kawan aku kata, Malaysia tak mampu nak nunjuk-nujuk lagu tu, hutang negara kian bertambah, PMX tak pandai. Saya cakap balik, kalau tak pandai lepas ni kasi Haji Hadilah pulak jadi PM. Dia kata eh "tak boleh itu lagi bahaya, lagi tak reti pasal ekonomi"--- saya saja menduga "kau tak takut ka orang kata kau jatuh fasik sebab tak percaya dengan orang alim?" Kawan saya terkedu. tettiba dia kata "Saya macam rasa je yang Elon Musk tu Dajjal". Saya jawab "mungkin jugakkan, mana tau dia pakai topeng dan disebalik topeng tu mata dia satu" lepas tu dia cakap "eh saya takutlah, kalau boleh saya tak nak jumpa zaman Dajjal, saya doa masa itu saya dah lama mati"

"Tapi sebelum kau mati, kau kena pastikan besok laki engkau beli tanah kat kampung buat rumah yang banyak tiang, senang besok anak-cucu kau tambat bini-bini derang dan anak-anak perempuan derang kat tiang tu. Kan ustaz-ustazah kita dulu ada cerita, zaman Dajjal besok, makanan kita hanya zikir, pempuan ramai tak tahan, maka mereka disarankan agar ditambat kat tian-tiang dalam rumah mereka, atau besok kalau kau nak lepaskan anak perempuan kau ke gerbang perkahwinan, pastikan rumah menantu kau ada banyak tiang, senang besok menantu kau nak tambat anak kau dan cucu-cucu pempuan kau kat tiang kalau Dajjal datang" saran saya.

-The End- 

 

Thursday, July 20, 2023

- SURI TELADAN (ROLE MODEL)

Kalau sebut suri teladan, rasa semua kita ada sorang sosok yang kita minat untuk kita jadikan contoh, ikutan/role model. Kalau kat Malaysia ni ko rasa acik Marhaban macam saya ini agak-agak sapa idola/role model kami ek? Mesti nama-nama macam Ustazah Asma, Bonda Dr Muhaya, dan geng-geng dia akan jadi idola kita orang, kan? Kalau reretis kami berkenankan Lisa Surihani, CT Nurhaliza dan yang seangkatan dengan mereka. Tapi idaklah kita nak menjadi fames macam derang, pun. Sekadar berkenan dan suka tengok cara mereka, tenang, cool dan bebas kontroversi.

Tapi saya ni, kan malas nak pandang jejauh sangat sapa nak saya jadikan contoh, kat opis ni pun ada sorang staff tu yang saya berkenan betul dengan dia, lah. Memang low-profile habis, suka tengok. Sibuk-sibuk orang mengumbar sana-sini, screen-screen shot sana sini dia tenang aje. Saya perasan dia ni status pun susah kita nak tengok dia upload. FB, eh jap saya tak fren dia lagi nanti saya fren, nak tengok status, story, feed FB dia.

Orang macam dia memanglah orang tak kenal pun, tapi saya tengok dia memang cool, tak de orang mengata dia, dia buat hal dia sendiri. Pergi kerja pun bawa bekal, dia tak denya macam saya dok belonggok-longgok dengan kengkawan membawang sana sini. Dia buat hal dia. Tapi idaklah dia langsung sombong, kera sumbang ka apa, Kalau waktu orang bergotong-royong, berpot-luck, dia tak lokek sumbangan baik makanan, duit atau tenaga. Kalau kita ada buat sikit masak-masak, makan-makan, dialah antara orang yang tekun membantu, dari mula sampai sudah. Bagusnya akhlak dia. Suaranya tak pernah meninggi, nak kata lembut patah riuk pun idak, dia biasa-biasa je. Low-profile lah orang kata. Saya sukalah macam dia tu.

Tapi tulah saya ni suka jugak tu jaga tepi kain orang, sibuk nak tau hal itu, hal ini. Kemudian, dah masuk tahun baru hijrah ni, saya fikir eii sampai bilalah aku ni nak jadi mak-bawang, kan? Buat sesak otak je begosip, mengumpat hal orang. Saya pun berazam, sikit-sikit nak berubah. La ni Isnin  Khamis saya puasa, so kalau puasa, tak ikut derang makan, kuranglah sikit berlonggok dan mengumpat. he he--- ini azam tahun baru ni, eceh----korang pulak apa azam korang? Takkan kubur dah kata maghi, rumah dah kata pergi tapi tak serik-serik membangga diri sebagai mak-cik, pak-cik bawang? Dah banyak pahala sangat ka nak sedekah-sedekah kat akhirat besok pada orang yang kita bawang-bawangkan masa kita hidup ni?

Wednesday, July 19, 2023

Haters part 2

Like Ai said before aku chill-chill aje, walau berkelompok dengan kawan aku kata kumpulan cantik kaya jelita ni. Aku ni like cerita-cerita kreatif kuat berangan aku sebelum ni aku tukang bancuh air je, melukut-lukut tepi gantang. Aish malas aku nak jadi teraju utama aih. Kalau dalam group pun most of the time aku diam je. Selama ni ada juga pernah dengan tak sengajanya terkelompok orang glems ni, tapi aku perati je. Nak naik "ateh pentas" berpancak silat sama, tak koselah aku. Aku makan pop corn je sudahlah. Penat memikir sapa-sapa dok pedajal aku ni. Lebih-lebih lagi zaman med soc ni, kan. Apa kita upload dia screen shot antar kat bos pulak tu.

Hah itulah terjadi kat kawan aku yang tukar nama group jadi perkumpulan wanita kaya cantik hebat bla-bla ni.Dalam kata aku tak nak campur tu, setengah petang jugalah aku dok melayan pertanyaan, persoalan dia siapa kah yang telah screen-shot status dia. Biasa kalau dalam soc-med ni kalau screen-shot-screen shot benda tak baik. Negetif, pengscreen-shot itu ada mala-fide terhadap kau.atau bersifat kepochi, jaga tepi kain orang, mengumbar orang  Jarang orang screen-shot dengan niat sesuci hati. So, kalau ada orang screen-shot status engkau lepas tu hantar kat bos, memang tak paranoidlah kalau kau nak tertanya-tanya, terisau-risau pun, cuma jangan overthingking sudahlah. Dunia soc-med ni bukan semua orang sejahtera, sihat dan gembira. Ada je orang yang mental, jiwa kacau, iri, dengki dan hasad. You reap what you sow, kalau kau dah post-sana-sini-pasal gemilang kau, ada jiwa terkacau lepas tu buat kacau, kau pandai-pandailah jaga diri.

Aku idaklah nak nasihat apa-apa. Nak suruh dia berhenti upload gambar bahagia, pun rasa tak patut. So aku diam-diam aje dan doa yang baik-baik aje. For the time being aku pun malas nak fikir sangat pasal kumpulan wanita hebat ni, so aku fokus je nak diet eat clean. Kumpulan aku dah bising memasing baju dah ketat dan kena bukak dart pun ada. Mana taknya asyik makan-makan-makan. It's time to start to jaga makan. Tak payahlah kita risau orang yang iri yang suka screen-shot sana sini tu. biarkan dia. Yang penting kita semua kekal sihat dan gembira. Nak sihat kena jaga makan tau! sekali-sekala nak melantak tu tak salah, tapi janganlah tetiap hari tak berenti melantak hah sudahlah ya! Kalau dah sakit besok sapa yang susah?

Sunday, July 16, 2023

HATERS

Haters Gonna Hates kata mereka--- hah gitu.

Dalam dunia med soc dunia sastera Negara yang marketnya ciput seluas kangkang semut tu  ni aku pegang watak haters---Aku hates derang sebab buat habeh boreh negara jak. Geram,kan dah berapa banyak duit gomen kuar, hasilnya tak seberapa, lepas tu penulis-penulis sastera ni dok menyalak jak kat gomen mintak itu, mintak ini. Eish gerammm akulah, walau bukan duit aku pun yang keluar tu. Compare dengan akauntan auditor ni kami ni bukannya anak mas gomen pun, kami ada kemelut kami, ada juga yang komplen tertindas bla bla bla---tapi tak dela menyalak sakan macam depa sebab apa sebab yang hat ateh-ateh tu deme ada persatuan deme dan bebudak law kata auditor ni dilindungi oleh akta. Kewujudan kita orang dalam akta, tak ada ancaman besok tak de lagi Juruaudit. Itu pasal kena buli macam mana pun kita tak pandai menyalak.

Lepas tu aku seek tu understand kalau aku jadi orang sastera yang tak ada akta jaga mereka. Kewujudan mereka atas dasar perjuangan dan suara mereka. Aku tak pernah pulak ngodit Kota Buku, Majlis Buku, ITBM atau DBP so aku tak pastilah bila derang bid bajet derang tulis apa sebagai justifikasi untuk mendapatkan sesuatu bajet. Kalau macam Juruaudit ni kita nak bid apa-apa, memang dah tertakluk pada akta itu ini, satu badan/organisasi kena ada yang mengoditnya, so bila dah ada dalam itu, itulah itulah dia. Mau tak mau kena spend untuk urusan auditan. Bila tak de akta yang sokong, kenalah menyalak lebih-lebih untuk dapat bajet, kan?

Lepas tu aku terfikir pulak yang aku tak patut eleh-aleh nak nyampah kat orang bila aku tak pernah tahu/ambil tahu pun apa program yang mereka jalankan apa objektif program tersebut. Sapa yang ngodit prestasi program yang derang jalankan. Rasanya tak de sapa yang datang ngodit pun sebab perbelanjaan depa ni ciput dan kebiasaanya kalau bebenda ciput, Audit tak datang audit. So, kalau ada komplen kata derang pergi pesta buku sana sini tapi keberhasilan dan impaknya sangat mengecewakan, itu sekadar kata-kata heresay yang tak boleh pun dibawa ke mana-mana. Maksudnya, bahasa ringkasnya, kalau kau dilantik jadi CEO Kota Buku ka, penyelaras pesta buku dalam dan luar negara, kau nak songlap berapa banyak pun tak de sapa akan amik port pun pasal kedurjanaan yang kau dah bikin. Kalau kau nak angkut anak bini, koncu-koncu kau sahaja pegi melancong lencong ke Pesta Buku Jerman ka, Jepun sana, kau tak payah risau pun. Tak de orang datang ngoudit pun. Buat la sesuka hati kamurang pun. Bajet dah lulus tak de sapa nak analisa, kuiri apa kau belanja ini itu sudah capai ka KPI, itu ini. Kau pergilah sana nak joli-joli, shopping katak pun. Tak de orang kesah pun. Kesian, kan mereka ni, dahlah tak de Akta jaga mereka, orang pulak tak kisahkan pun hal mereka.

Jadi tu, nak kata aku hate derang memang taklah, satu kesian, satu lagi buang karen je hate orang ni. Dari buang karen benci-benci dan jaga tepi kain orang, baik aku, sibukkan diri, suka-sukakan hati dengan kawan-kawan. Positifkan diri dengan buat bebenda yang menggembirakan spt makan-makan dan deco-deco. Hah kalau ada apa majlis ofis, kamilah yang sibuk buat itu buat ini, sumbang tenaga dan wang ringgit sekadar termampu---pendek cerita lepas, benda/aktiviti yang kami bikin (kengkawan akulerr- aku idakle rajin mengupload-uploads media social ni sangat) kami upload dalam media sosial. Main media yang derang suka main ialah watsap status leerrr---nak pendek cerita lagi sebab konten-konten yang diupload dalam sana memang berkualiti, ada yang puji dan dan teringin nak masuk UADKPM, sebab UADKPM ni ceria dan happening katanya. 

Bila dah level-level begini, yang jeles dan mengecam pun ada--- Selama ni aku kat opis memang low-profile, tapi bila dah bercampur-campur dengan kengkawan yang begini, tetiber pulak dengan haku-haku sekali dapat haters. Derang tu memanglah dah memang glemer dan dah ada yang iri dan dengki pun. Mana tak orang dengkinya. Kawan aku ni ada sorang tu, dia punya konfiden memang tahap dewa betul kita buat watsap group nak licinkan tugasan deco-deco Majlis opis, dia pi tukar nama group watsap jadi Pertubuhan Wanita Hebat Kaya Jelita (PWHKJ). Hadoooiiii aiii bila kau bersama dengan pesona yang begini, kau rasa?

Aku rasa macam ada satu perubahan, peralihan angin yang agak pelik jugalah berlaku kepada aku yang boleh aku analogikan sebagai macam kau dalam drama Hollywood cerita budak nerd, terperuk dalam library, tak de orang kenal kau, tetiba diterima masuk group cheerleader glemer yang menjadi perhatian pemain-pemain American football yang macho dan kacak-kacak itu. Tapi aku chill-chill ajelah. Buat kata orang tetua, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Giteww. 
 

Sunday, July 9, 2023

HAIDIR vs DAJJAL

Saya ni nak kata almost of the time merentan pasal Governance lah, Integritilah dan terbaru ni SDG. Rasanya akan datang-datang-datang dan datang akan banyak saya berwiridkan SDG ni, rasanyalah. So pendeknya apa yang direntan-rentankan itu bolehlah korang nak kata acuan Dajjal melalui mason dan iluminati dalam memulihara kepentingan mereka yang dimurnikan dengan tagline mensejahterakan bumi, memulihara bumi. 

Personally saya follow je jejak ni sebab dalam disiplin kerja/ilmu yang saya lalui, saya tak nampak apa masalah dengan bebenda green-green ini. Nanti kalau dah pencen pun saya akan sedaya-upaya amal gaya hidup green semampu boleh. Itu plan saya. Saya merancang. Cara saya mengadap hari depan dah serupa orang kafir, kan? 

Orang Islam macam mana pulak? Saya tak pastilah, sebab pada saya Islam ni agama membaca. Benda pertama turun dari langit ialah Iqraq---bacalah. So bila baca-baca-baca, the best way saya rasa Islam mau kita happy, jangan bergaduh, sama-sama jaga bumi ini. Itu my personal view. Saya nampak hijau. Kedamaian, berdamai dengan diri. Nanti ada ketika, jika benar Dajjal akan keluar di zaman saya ini, semua akan diuji dengan kesengsaraan, kebuluran yang maha dahsyat. Tika itu makanan kita adalah zikir. Walau saya percaya bebenda ni semua akan berlaku masa saya dah mati, tapi saya take note jugalah, adalah sesikit berzikir sana sini, kan? Itu pendekatan saya yang sangat cincai, simplistik aje-aje---santai-santai gitu. Saya ni bukan boleh seserius, pepikir bebanyak sangat, nanti mental jammed hah, kan susah? 

Itu saya, tapi saya ada macam nampak pendekatan orang-orang macam Abang Long Lipat Bumi, dan orang-orang yang buat kontent pasal Dajjal, pasal itu, pasal ini yang lalu dalam FYP saya yang saya tak delah nak kondem, tapi tetibeeer terfikir bila ada satu masa tu one of them ada buat kontent membandingkan Nabi Haidir dan Dajjal. Kalau nak compare, Nabi ini yang paling hampir dengan Dajjal. Not Muhammad, Not Jesus, neither Adam, Suleiman or Abraham. Kata dia apa beza Dajjal dan Haidir? Dajjal bina kekuatan/kehebatan melalui ilmu, teknologi, daya fikir, Haidir pula hebat dengan Zikir.

Saya rasa propaganda ini tidak bagus saya yang ada penyakit delusi/Schizo ini. Orang sakit begini dia boleh masuk dalam delusi jika dia keseorangan dan takut sangat. Iyalahkan, dalam kau baca quran, berzikir, setan boleh je menjelma dan pengaruh engkau buat benda-benda yang mengarut seperti mengajarkan engkau pasang bom diseluruh tubuh kau, letupkan diri kau di pusat-pusat maksiat. Kau fikir kau letupkan pusat maksiat, tapi rupanya kau pergi letupkan Kidzania sana. Disebabkan itu, ramai kanak-kanak dan pekerja mati. 

Bagi orang macam saya, kami kena santai-santai, healing-healing, jamblo happy dengan kawan-kawan. Untuk aktiviti ini kena ada duit, nak duit kenalah kerja. Hah bila kerja tu, saya kerja bidang kewangan. Dah sebut kewangan tu acuannya opkos leeerrr sekular berprisipkan separate entity Solomon vs Solomon, kan? Itu je subjek sekolah saya yang saya cemerlang dan senang nak follow. Nak jadi engineer, saintis, Fizik setakat kredit je, Kimia, cukup-cukup makan, biology almost fail langsung tak dapat kredit---

Itu pasal saya tak de nak komplen kenapa tuah bagi saya sakit yang sangat mengaibkan ini, sebab sakit ini bagi pengecualian mengaji ilmu Dajjal sebab demi kelangsungan hidup. Bayangkan kalau tak sakit. Apa option paling santai? Kawen dan lahirkan zuriat khalifah Allah. Mak aiii saya sorang ni pun rasa azab, tonggang terbalik rasanya itu, nak mendidik khalifah Allah? Phewww lagi la susah,kan. Nak ngajo anak-anak jadi Engineer, Saintis ko ingat senang ka? Aku tengok bebuku budak ini jaman, aku sendiri pun tak tau apalah derang belajar kat sekolah tu. Kalau buku matematik tu, ntah matematik level universiti agaknya deme dah belaja di sekolah rendah. Tak faham aku nak njawabnya.


HAIDIR vs DaJJAL---

Sebelum saya cerita perihal topik atas saya nak share hasil dari penat-penat semingguan yang lalu. Saya penat bantu kawan-kawan Aras 5 buat persiapan majlis persaraan Timbalan 1 kita orang. Pendek cerita memang puas hati hasilnya---memasing dapat tayang foto yang cecantik di medsoc sampai katanya ada yang cemburuuuuu hah hok gitewww---

Saya AJK Hadiah. Ni antara hasil kraf saya

Kek ni last minute request. Deme plan nak buat kek dari buah-buahan saja, tapi ntah macam mana tah buah asas iaitu tembikainya rosak

The whole team dan yang diraikan. Sweet jekan gambo ni

Ni semua orang kuat majlis.


Ok cerita pasal Dajjal vs Haidir ini saya buat posting lain la ek---

Wednesday, July 5, 2023

PENAT

Bermula hujung minggu lalu saya ni bebetul penat, sampaikan semalam setiba di rumah jam 7.30pm, mandi solat Maghrib, terus tertidur saya ni until jam 5.30 in the wee hours. Isyaklah saya di hujung-hujung waktu saaannna----

Apalah yang penat tu? Weekend jiran saya yang sekian lama menjanda, bertemu jodoh semula. Jiran saya ok jak, tapi kakak dia yang lelebih sediakan almost 100% persiapan perkahwinan tersebut. Lagi satu weekendkan ada masa berbaki untuk orang mengerjakan ibadah korban, so saya letih emosi tengok lelembu berhimpitan dalam satu lori sebelum dikorbankan satu persatu. Honestly this is the first and the last time saya akan menyaksikan ritual ini dilakukan. I tak suka tengok the whole process. Daging kau sukalah pulak makannya? ntah lepas ni rasa makan sayur saja. Sedih.

Pulang sini Putrajaya ni opis sibuk yang buat majlis bersara Timbalan kamilah pulak. So sebagai orang berbakat ni, khidmat saya memang diperlukan. Saya ni, kan memasak boleh, buat kek/kueh/manisan boleh, buat deco-deco pun boleh, pendek kata serba lengkaplah taunya saya ni kalau kau nak buat event-event waima kenduri kawen pun, kan. Tapi saya rasa cepat letih. Mungkin saya mengalami gejala menopause agaknya. Saya mengalami sakit-sakit sebelah kiri badan saya dan saya rasa nak tidurr saja. ek sebut tidur tu bukan kah engkau memang suka tidur, juara tidur, sejak dari sekolah dulu? Dalam kelas pun kau boleh tertidur.

Pendeknya saya nak cakap gini, kalau kita ni berbakat, kita memang penatlah. Sentiasa orang nak suruh kita buat itu, ini. Kita pun minat nak buat. Tapi tangan kita hanya ada dua saja. Kita tak mampu nak buat semua. True ada team work, tapi begitulah tak tahulah mungkin gejala barangkali gejala menopause tu bikin saya cepat letih. Perlukah saya menjalani rawatan hormon replacement therapy?



Sunday, July 2, 2023

FITNA

Fitna tu apa ek? Macam orang cakap benda tak betul pasal engkaulah. Normally yang bercakap tu ada niat tak buruk terhadap diri orang yang difitnakan itu. Dia tak suka engkau so dia cakap benda buruk pasal engkau walau kadang benda tu tak betul pun. Contoh macam Khir Johari yang dapat jadi pembesar Negara. Walau dia ni kalau kita baca riwayat hidupnya, beliau ni seorang yang sangat baik perwatakkannya, peramah, bijak, pandai berjenaka dan sesiapa jua yang kenal dengannya pasti suka padanya.

Abeh tu sapa pulak yang tak suka dia ni? Diakan politician, yang tak suka dia tentulah orang politik lawan dia. Sapalah lagi kalu tak dari parti Islam SeMalaya. Kan aku dah cerita yang Khir tu dikata-kata sebagai mandur Dajjal? So pendek ceritalah bagaimana orang PAS ni nak jatuhkan Si Khir ni? Nak lawan dia? Aku tak tahulah macam mana sebab masa tu aku pun tak wujud lagi. Tapi dari apa yang aku baca, Khir ni tadi pakai baju tradisi masyarakat Cina pun depa dok jadikan isu. Padahal ada ada isu daaa, baju je kut, dan isteri si Khair ni tadi memang pempuan Cina, pun. Masa aku kekecik orang PAS memang sangat particular pasal apa baju yang kau pakai.

Pakai baju biasa-biasa, kemeja, jeans T-shirt pun depa dah pandang semacam, dah. Masa aku kekecik lah. Sekarang ni tak pastilah pulak. Rasanya macam gitu jugalah. Kalau kau berpakaian yang tak Islamic compliance hah macam derang tak nak mesralah dengan engkau. Masa tu, kan eh macamlah Islam ni sangat rigid, itu tak boleh, ini tak boleh. Memanglah gitu Islam tu, tapi dalam bab berkawan, beradab sesama insan atau apa yang derang dok cakap-cakap Hablum minannas, derang macam tak berapa mesralah. Derang kata orang pulaukan mereka, orang tak suka mereka. Dulu aku telan je bebulat, tapi hari ini aku macam eh, cop kejap, iya ka orang tak suka kau, atau kau ada buat benda-benda pelik kut. Hah gitu.

Iyalah contoh si Khir ni kan, pemimpin besar orang Melayu. Orang Melayu setahu aku pun masa aku kekecik dulu bukanlah alim sangat pun. Aku rasa orang kat kampung aku tu beberapa kerat je yang fasih baca Quran, apatah lagi boleh berbahasa arab. Kami ni orang kampung kije biasa-biasa je. Sebab aku kata orang kampung aku tak berapa alim sangat, sebab masa solat 5 waktu, memang dari aku kecik pun surau kampung aku tu sepi je. Yang ada orang tetua je. Kalau aku rate tahap memegang Islam sebagai gaya hidup mengambil kapasiti surau/masjid kau fully utilised sebagai petunjuk-aras, kau nak tengok dia naik mencanak 100% hanya ada waktu hari Jumaat dan Hari Raya je. Lain-lain hari tak taulah, tak reti aku nak nyukatnya. Aku sebagai budak kampung, patut umur 7 tahun dah kena rotan kalau tak solat 5 waktu, tapi aku lepas bebas begitu saja.

Itu kampung aku di Selatan tanah air dan memang kerajaannya Negeri ada menaja sekolah Agama Khas untuk kanak-kanak yang tinggal di situ. Tapi sekolah agama ni ramai jugak kawan aku yang tak join, kalau join pun umur mereka dah agak besarlah. Dah baligh kut baru nak masuk darjah 1. Aku je yang halus-halus dah masuk sana. Biasa abang-abang kakak-kakak ni masuk sekolah agama bila mereka dah pandai baca quran. Kan aku kata kat sekolah tu belajarnya guna kitab tulisan jawi, so kalau tak mahir baca jawi, kebanyakkannya tak masuk pun sekolah tu. Kalau masuk pun, exam sure tak boleh jawab, kau fail, tak boleh naik kelas, after repeat 2, 3 kali tak lepas, kau pun give-up, tak pergi sekolah lagi.

Ok berbalik pasal Khir tadi, dia orang yang baik, peramah dan disenangi ramai, so bila ada satu pertubuhan, cakap benda buruk pasal dia, kau rasa? Aku sendiri pun tak boleh terima benda itu dan question balik, eh ni apa ini? Islam ka ini? Contoh kondomlah tadi ni, kan? Cuba kau bayangkan kau bersekolah di Sekolah Jalinan Kasih sana, orang jadikan pemberian kondom ini sebagai satu isu, mesti kau rasa macam mana nak aku cakap ek? Aku tak cakap apa-apalah tapi dalam hati aku cakap jugak yang biarlah aku simpan saja dalam hati aku.

Kau akan sentiasa question, inikah Islamnya? Sebab aku tak nak singgung sesiapa aku nak tulis sikit cerita kreatip kat sini nak curhat galau di hati...

Certot 1

Hari-hari Alang Jali tarbiahkan anak-anak menakannya yang UMNO itu penghancur bangsa. Penyelamatnya hanya PAS. Ironinya Along Salamah menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO kampung KEtumbar. Berkali-kali Alang Jali warning sama Busu Senah agar jangan layan sangat Along Salamah, tapi Along itu,kan darah daging dia jugak. Busu tak mau bergaduh, lagi pun busu dapat banyak tempahan kueh koci, kueh bahulu,  dari Along Salamah. Jualan kueh-kueh nilah yang membantu dia menyumbang ekonomi keluarga. Ada masa Busu terguris hati jugak dengan kata-kata Alang Jali tu, ibarat cubit peha kiri, peha kanan terasa. Tapi dia berdiam diri sahaja. Jika anak-anak tak bersekolah, tak cukup duit belanja, bukan Alang Jali yang tolong pun, tapi Along Salamahlah yang selama ini banyak mendahulukan keperluan pendidikan anak dia. Naik malu juga Busu bila Along anggap sebagai sedekah jariah saja pendahuluan yang diberikan bila Busu tak mampu nak bayar balik apa yang telah dia gunakan. 

Certot 2

Hari itu Milah berjanji nak belajar Matematik dengan Sepiah. Sepiah ni dia tak duduk asrama sebab rumah dia tak jauh dari Kolej. Kebetulan masa tu Dr Imran buat kelas ganti lepas Maghrib dan Sepiah decide duduk-duduk aje di Masjid Kolej sebab nak balik rumah pun alang-alang aje waktu lepas Asar waktu jalan raya sesak, baik Sepiah tunggu saja di Masjid. Ngam sangatlah bila Milah cakap dia nak belajar Matematik yang dia tak berapa nak faham itu.

Milah cakap dia mau bawak juga kengkawan lain belajar sama. Sepiah ok kan aje. Mereka janji nak datang datang dalam pukul 5.00 gitu, tapi ntah apa halnya, dah nak hampir jam 6 jugalah barulah muncul rakan-rakan si Sepiah ni. Terdengeh-dengeh, berpeluh-peluhlah mereka Milah bawa 2 orang kawan lain. Ketiga-tiga mereka mukanya berkilat-kilat macam baru berjalan jauh. Milah cakap dia dan kawan-kawan pergi MiTC cari hadiah hari lahir pensyarah mereka. itu yang penat tu dan lewat sikit. Dalam penat, kehausan gitu mereka tetiba beberapa orang pelajar perempuan membancuh air sirap di verandah masjid. Berkilau-kilau air sirapnya, dan bila ditambah ais, lagilah tergoda Milah dan rakan-rakanya melihat air tersebut. Lalu mereka ke verandah mau merasa air tu. Alangkah terkejutnya mereka semua bila diherdik oleh pembancuh air bahawa air itu untuk orang yang berpuasa sahaja. Dia juga membebel-bebel label bebal, buta hati pada orang yang tak peka akan kebesaran berpuasa pada hari tersebut. Sepiah yang dari tadi duduk-duduk sahaja pun boleh dengar suara herdikan ukhti pembacuh air tadi. Sepiah telan liur dan bercakap-cakap dalam hati "tak guna puasa, tapi marah-marah dan garang semacam"