Saturday, March 25, 2023

MAD Genius Part 2

Hari tu pegi outstation, memalam tak de kije saya pun followla ada satu drama ni tajuk Serpihan Sayang yang penuh dengan bunuh sana-bunuh sini. Penjahat dia dilakonkan oleh Laki Wawa Zainal. Memang sajak gilalah mamat tu blakon psiko. Last-last rupa-rupanya Mamat ni ada partner in crime, yang pada mulanya main watak supporting kepada protagonis utama.

Dalang kepada semua kejadian bunuh-bunohan itu dialah jua. Yang main watak ni mak Dak Bunga menantu Sheila Rusly tu. Sapa sangkakan mak Dak Bunga yang cantik lembut dan berbudi tu dalang kepada kejadiah kejahatan, pembunuhan, pelacuran dan juga pengedaran dadah tu semua-semua tu. Opkoslah nak jadi dalang semua ni bukan calang-calang orang, bahkan orang cerdik-cerdik jua dia ni. Genius. Keputusan pekse dia straight A's. Sebab dia straight Alah dia ada keupayaan rancang bebenda jahat tu semua.

Kisahnya napa dia jahat sangat? Senang aje dia marah, dia sakit hati dia dendam. Bila dah berdendam dia bertindak kejam. Dia rancang hancurkan keluarga dia sendiri. Dah kenapa dia marah sangat tu? Pasalnya dia suka ada mamat tu, mamat tu tak ble terima dia sebab cinta sama kakak dia. Mamat tu pulak ada sakit tak boleh jaga telur, tak ble bil air tertunggak sikit. Masa bini dia mengandung, bini dia tak de moodlah nak langsaikan bil-bil air laki dia, dan laki dia cari jalan mudah pakai je adik ipar dia. Bila benda tu dah terjadi, opkos le adik ni bagi tau kat kakak dengan harapan kakak back-up dia. 

To her surprise, kakak bacak-up laki, tuduh si adik ada ati kat laki dia sendiri. So, si adik pun marah. Bila ada peluang dan dapat tau laki kakak dia pun ada haters (yang merupakan adiknya) apa lagi, mereka pun bergabung rancang bebenda jahat untuk kenakan suami-isteri ni tadi. Pendek cerita berjayalah mereka, cuma mereka terlupa/underestimate kambing hitam mereka boleh bertindak sama kejam juga dengan mereka. End of the story, si Kambing Hitam decide, dari aku jadi kambing, baik aku bebetul jadi setan. Dah alang jadi kambing bunuh ramai orang, baik aku tambah lagi dua ekor minah dan mamat ni, puas hati aku, kan?

Pendek cerita, just because kau down kakak tak percayakan kau, kau sanggup jadi setan. Kecik je sebab dia. Itulah hidup kalau tak percayakan Allah. Tak percaya semua kejadian itu aturan dari Dia. Kenapa Allah temukan dengan playboy bernafsu buas, kenapa akak kau tak percayakan kau tu semua ujian Dia. Kalau kau percaya itu, kau takkan berkecil-hati dan berdendam just because orang yang percaya dan kasihi tidak menyebelahi engkau. Kau masih ada Dia tempat kau tumpahkan segala harapan. Kau boleh "just don't bother with both of them dan carry-on-with life, kan? Tapi kalau kau rasa kakak tulah segalanya bagi kau, memanglah kau akan turn mental/psiko.

Perkara asasnya percaya ada Tuhan, ada kuasa yang mengatur segalanya. Kalau kau percaya itu, semua benda tak jadi hal. Pangkat, harta, kemewahan, perhatian, cinta, kasih, itu semua milik Dia. Dia yang menggerakkan apa-apa adanya di dunia ini. Kalau watak dalang dalam drama itu percaya itu, pasti dia yang bijak tidak mensia-siakan otak dia berfikir-merancang-bebenda jahat tersebut. Dia akan fokus saja dengan pelajaran dan berdoa yang satu hari kakaknya akan dapat lihat seperti apa yang dia mau kakaknya lihat. Benda simple. Tapi bila rasa marah, tak puas hati menguasai diri, ditambah dengan adanya peluang untuk melunaskan dendam, manusia boleh bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan. 

  

Friday, March 24, 2023

MAD Genius

I told myself "You are a genius. That what you are" bila terasa dihina orang. Kadang orang tu tak menghina kau pun kau yang paranoid, orang pandang/kenal kau pun tidak, atau nature orang tu yang memang suka pandang rendah pada semua orang he he---Tapi lately saya sesaja cakap begitu just to feel good. It is feel so good that tetiber pagi ni tersambung pulak ayat "It is awesome to be a genius. Bila sudah begitu sambung teruslah "even thought you feel lonely most of the time" hurm--- sebab ayat feel awesome tu nanti lelama pakai takut jadi riak pulak,kan. Riak itu sifat mazmumah yang lebih dahsyat dari Mazmumah perbuatan seperti berzina, membunuh dan sebagainya.

ntah apa riak tu pun saya tak tahu. Apa ek riak? lagi satu riak, pasangannya ujub. Dua sifat yang jika sudah melekat di hati, kau tak kan pernah jumpa jalan pulang. Puhh seram? Mana aku belajar bebenda ni? Aku ni bukan suka belajar pun. Tau nak main pepondok, main memasak je. Tapi macam mana aku boleh tahu bebenda yang macam ni? Bukan aku genius ka? itu pasal aku tahu tanpa diberitahu pun, kan? Genius ni banyak benda dia akan tahu-tahu sendiri-sendiri. Dia rasa dia observe dan most of the time genius suka membaca. So dia pegi bacalah itu pasal dia tahu bebenda ni semua.

Macam aku, aku tak payah baca pun sebab mak aku masukkan aku ke Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor. Sebab aku genius, Umur 13 tahun aku dah tamat Darjah Khas. Darjah Khas tu lepas Darjah 6lah. Mula darjah 4 kami dah diperkenalkan dengan pelajaran Tasawuf. Hah dalam subjek tulah kami belajar yang bahawa dosa, maksiat itu bukan takat maksiat perbuatan sahaja. Terlebih jahat dari itu adalah benda jahat yang terbit dari hati.

Ada tapi tak nampak? haahhh---orang tahu ka kau riak, kau ujub, ialah orang memang nampak pun. Itu pasallah orang semua meluat je tengok kau! Macam berkawan, kan kalau IQ tak level dengan kau langsung kau tak nak kawan. Kau lebih rela jalan sorang-sorang, shopping sorang-sorang dari berdedai-dedai masuk kedai dengan orang yang tak level dengan kau. 

Kau rasa orang ni especially pempuan ni lecehlah, benak lah, sukar buat pilihanlah, bla bla bla buang masalah, memacamlahkan benda yang kau meluat je bila bersama orang-orang, kan? Lepas tu kau rasa better kau sorang-sorang, lepas tu kau rasa kau lonely, lepas tu kau ntah apa jadi tah, dah lah lonely, tak dihargai, kerjakau si bodoh bedebah tu pulak curi dan ambil semua kredit, lepas tu dia naik pangkat kau kekal di takuk lama. Lepas tu bla bla bla---perhaps kena tuduh tak kompetent kena buang kerja, kau depress, kau lonely kau mengalami halusinasi, kau sama ada bunuh diri, atau bunuh orang yang dah curi kredit kau tadi.

Mujurlah aku tak de langsung kredit untuk dicuri. All of the best is still inside my brain. I don't know besok bila dah keluar, orang curi, adakah saya akan turn depress bunuh orang or bunuh diri sendiri itu tak tahu. Tapi yang saya tahu, saya syak saja, penghakiran yang buruk ini berpunca dari dua sifat yang tak terbendung ini. First kita takjub dengan kepandaian kita yang tak seberapa ni, lepas tu kita mula memperlekeh-lekehkan orang lain. End-up orang lain tu yang dapat nama, kita marah. Marah bertukar benci, jadi dendam. --

Hah apa benda genius dalam kepala otak kau yang masih tak keluar lagi tu he he---ntah ha ha ha--

tapi tu adalah tu. Malas nak tulis sini sebab biasanya aku ni hangat-hangat tahi ayam je. Hari tu aku dah rasa-rasa macam aku nak tetanya kat PSU yang jaga auditor-auditor kat KPM ni bla-bla, tapi aku asyik lupa je. Mana tak lupanya kawan kat opis aku ni ntah apa-apa tah ajak aku buat memacam kraf tangan plak kat opis ni. Opis aku dah jadi macam ibupejabat PUSPANITAlah pulak. Tu yang aku langsung lupa nak sok-sek-sok-sek dengan PSU aku tu.

Silap hari bulan memang benda tu tak terkeluar langsung kut dari otak, sebab busy dengan aktiviti kita-kita aje. 

 

Thursday, March 23, 2023

Hadooiii kesian, Inilah nasibnya

La ni kalau ada je bebenda pepelik berlaku semua aku kata "dia mental kut" he he--- kenapa tah aku cakap macam tu, aku pun tak tau. But at least bila aku cakap macam tu, aku jadi kesianlah kan, idaklah aku memarah. hah gitu.

Ni sambung cerita bos aku yang dah merombak kesemuan kami dan opkosle ada orang dah tak suka kena tukau sana sini. Orang lain semua ok je, kalau tak suka boleh minta keluar terus. Bikin audit luar or Audit dalam di Kemanterian lain. Apalah nak disukarkan benda yang taklah sesukar mana pun, kan? Tapi orang dia dah bikin bising aarrr--- dan semua orang tak senang dengan tindakan dia. Aku bukan nak ngumpat sangat pasal dia, tapi nak cerita orang dok bengang giler sama dia aku boleh relek je ajak dia makan-makan waktu kebetulan dia singgah Seksyen aku dan kebetulan kita ada buat makan-makan pot luck sikit masa nak sambut pose hari tu. Kawan punyalah bengkek sama aku. Aik? itu pun nak marah he he he--- tapi dia tak ble marah dengan aku, sebab makanan tu aku pun yang bawak he he--

Marahle sebab tak faham nape aku tak bengkek dengan minah tu. Aku tak marah sebab aku rasa ntah, mengkin dia tak le mental, tapi ntah ek, sebab nature dia begitu dia seorang fighter. Dia akan fight-fight-fight-fight untuk dapatkan apa dia mau. 

Lagi satu cerita plak la ni ada orang bengkek lagi pasal ada 2, 3 mamat kiasu yang kiasu advise bebenda yang akhirnya memalukan ketua jabatan sendiri. Ironinya mereka keluar advise tanpa merujuk dulu pada ketua Jabatan katanya. Big bos akule tak tau pasal benda ni ka gitu, or ada orang cerita big bos dah tau, dan big bos dah arahkan agar go deep lagi before advise tapi mereka dah gatal kuar advise. Gitu-gitula ceritanya. Last-last katanya rujuk kat PUU, jatuh jadi tak de kes. Hah macam cerita Salwani sorok pendrive dalam kotak pensel kawan tu le he he---gitu ka cerita? Iyala sikit lebih kuranglah tapi level dia lebih clear cut, level-level teratas setakat PUU je jatuh hukum final say.

So, semua oranglah dah pakat meluat kat 2, 3 ekor ni. Selama ni orang memang dah meluat pun dengan mereka. Adalah perangai dia tu yang begitu-begini, I mean peliklah yang bikin orang benci. I is tak naklah bebenci ni,kan. Sebab I dengan mereka pun kenal pun, aleh-aleh nak bebenci dah kenapa, kan? Just dedengar cecerita orang dah naik benci, nak kenapa pulakkan? Tapi ada hat sekor tu memang aku kekadang tu naik naik tangan jugak lah kat muka ea, budak tu memang sial puaka, menyakitkan hati. Sangat kurang ajar, perasan baguzzzz----Memula memang aku susah nak buang rasa benci bila mengenangkan perkataan yang keluar dari mulutnya. 

Tapi tu tetibe kawan cerita bini dia tak sihat, anak sorang je--- aku fikir begini, cakap sikit punya pandai aik, takkan le anak sorang saja? Patutla satu je, bini sakit rupanya. Kalau tak sakit mesti dah berjurit anak dia. So lepas tu aku dah tak benci dah dia.

Napa aku benci sangat? Dia memang tak de laser aku tapi dia laser penyelia aku. Lepas tu yang aku marah sangat, dia suka buli ada sorang minah yang ada sakit Anxiety dan sebab dialah minah tu kena tambah ubat. Apa dia buat? hurm kau tau dia pegi rakam moment-moment minah tu kalur, kusut, lepas tu upload dalam status. Aku idaklah ada aksess kat status dia pun, tapi kawan-kawan aku sudah tunjuk aktiviti dia yang sangat teruks tu. Semua muka-muka team member dia yang teruk-teruk dia rakam dan jadikan kontent dia. Dia ni macam pervet, ka apa ka, pun ada juga. Rakam bontot penyelia dia pakai kain ketat, la, rakam team leader dia (lelaki) engah senyum-senyum mencurigakan dengan mamat jambulah. kira kontent dia mostly pasal benda yang mengaibkan orang. Sebab dia aibkan oranglah bila it is too much, kawan aku semua pepakat tunjuk "akk tengok kontent ni?" hah gitu--sampai aku ngucap panjanglah, kan dan jika diturukan hati harus aku bersemuka dengan mamat tu dan bagi sepatah kata dua "nasihat". Eh idak, aku nak piat telinga dia, heret dia kat opis bos dan nyatakan kesalahan dia, dan minta bos nasihat kan dia. Eh dia bukan buat kontent pasal aku, apsal pulak aku nak marah? Aku cakap la dengan bos macam ni "sebagai staff paling tua di opis ni---saya rasa budaya begini harus dihentikan!!!, amat menyalahi rukun negara no 5, kesopanan dan kesusilaan" 

Tapi tulah bila aku tau bini dia sakit, anak dia satu je. So aku pun mellow dan cakap hah! sah mamat ni mental. Tebaru, mamat dia ada buat perangai sikit, terbaru tu semalam, kawan dah heboh, aku je cool gila, tapi dalam cool tu aku tercakap begini "mental kut budak tu---ni orang tetua kata, orang lelaki kalau bil air asyik tertunggak boleh mental tau, bini diakan sakit, anak dia satu jeeerrr"

Kesian sakit mental, ada masalah semua orang pakat tuduh mental. Iya ka semua orang pelik-pelik ni mental? Tapi pada aku melabel orang sebagai mental ni boleh buat aku less marah-less benci, so aku akan gunakan label tu. Paling tidakpun aku kata dia stresslah. Ada kau dengan pasal ujian DASS? hah buatlah ujian tu selalu-selalu, kalau skor kamuorang tinggi, tidaklah bermakna pun kau mental yang perlu menghuni mental institution. Bila-bila masa je, bila tenang ribut jiwa, skor kau boleh back to normal. Skor-skor macam ni bukanlah nak bawa kau tinggal di sana, tapi tu, kan, just to let you know kadang-kadang, environment yang toxic bikin kau toxic sama, dan banyaklah kaedah yang boleh kau lakukan untuk lower down level of toxic tu. Sini pakar amat ramai, just reach out for them.

Jangan sampai bila kita terkena toxic, jadikan kita pulak terjangkit sama bawa toxic yang menjejaskan keharmonian dalam sebuah oraganisasi. Kita kerja 8 jam je sehari, so jagalah the rest of baki 8 jam tu untuk recharge, detox apa-apa benda tak elok yang telah terjangkit di mana-mana tu,kan. Iyala bila dah semua gaduh toxic-toxic, pepandailah jaga diri sendiri.

Sunday, March 19, 2023

Melukut Tepi Gantang?

Masa pengstrukturan semula hari tu aku memang tak heranlah nama aku tak terkeluar. Semua pun memang expect kawan aku yang termuda tu akan dikeluarkan dari team. Gomen memang macam gitu, selalunya memang last in first out. Dia yang paling junior dialah yang kena keluar. Dalam pada tu kalau derang memang nak "kick" engkau, kaulah yang kena. Means to say group aku tu semua functionlah, tak ada keadaan dimana engkau lebih fuctional dari aku, walau aku nampak saat akhir memang kau cuba buat terhabis baik untuk sailang aku.

Means to say juga---aku ni bukanlah staff yang melukut tepi gantang pun. Team lain mungkin ada yang rasa kenapa tak dia je kena kick keluar? Dahlah tua, lagi sepuluh tahun nak pencen, apa dia tau sangatlah pasal IR4.0, kan? Aku rasa aku paling tualah dalam team ICT tu. Aku pun pelik, akukan dah lagi 10 tahun nak pencen, apa aku tahu sangat pasal IR-IR4.0 ni, kan. Aku pun kalau time tiba aku kena analisa data, kena convert data to chart and wats not eish memang aku malas. Tapi memang itula part aku pun kalau dalam penulisan report nanti.

Team leader aku mesti susah hati sebab masa di awal kajian ni, budak yang kena keluar team tu, dia yang kunun bab data-data, soal-selidik macam dia yang buat. Aku tak le nak ngaku soal-selidik tu aku yang buat, pada asalnya, dah mamat tu kekwat nak buat, biar aje. Biarlah dia sambung kerja aku sampai habis. Tapi tulah nampak gaya aku jugaklah yang kena tulis bab itu nanti. Baru berangan tak nak begulat dengan data, aish kena juga buat tu. Baru berangan pose ni kunun nak relek-relek, nak cuti kununlah---balik kampung, pose kat kampung barang seminggu dua, hurm---nampaknya semua tu tinggal angan-angan aje, silap hari bulan aku kena kerja sampai malam, buat data. Nasib badan.

Keje gomen macam nilah, kau kije teruk, nanti bos kau juga yang dapat nama. So kisah melukut tepi gantang, nak sentap-sentap memang tak adalah. Kau nak kije gomen, mental kena sedia, kerja level-level aku ni waima P&P yang baru nak up pun bos tak berapa pandang kalau tak pandai up-upkan diri. Tapi P& P ni derang tak payah nak up sangat, cukup masa derang naik pangkat, senang naik pangkat, pendek kata tak payah nak bergulat berebut sangat. 

Bila derang nak naik Jawatan Utama barulah saingan tu macam haram-jadah jugak dengar katanya. Dengar-dengar ceritalah. Sampai ugut mengut-terancam, rampas hp staff dan sebagainya. Itu cerita Dr Gila tulah. Tak taulah dia memang sedia gila ka, atau stress sebab kije jadi kan dia gila. Dengor cerita kementerian tu memang puaka. Jin tumbuk rusuk banyak berkeliaran sana. Especially kat sempandan-sempadan sana. Balik Siam, balik Borneo. Balik Singapore-JB? ntah tak de dengor pulak. Org Singapore kaya, dak lalu dema makan beras, gula, gandum subsidi Malaysia eh.--- Itulah bila kije dengan Jin Jembalang tanah, kalau kau ada sakit mental memang boleh trigger hallucination yang bukan-bukan.

Betul atau tidak mereka berebut jawatan sampai berpakat, berkomplot jatuh-menjatuh, tak taulah aku. Tapi bila cerita Datuk Salwani jadi Datuk sebab simpan rekorder dalam pencil box kawan dia, lepas tu mahkamah kata kes itu tak de kes, itu bukti memang adalah kisah kau nak jadi Datuk, nak naik pangkat cepat, kau sanggup create story bukan-bukan. Betapai pangkat itu segalanya pada mereka.

Itulah tu, kalau kau jenis Datuk Salwani, lepas tu kau jawatan Pelaksana macam aku, apa kau nak buat kalau tiba due kau naik pangkat, saingan sangat sengit. Aku tak tau apa plan engkau, tapi kalau aku ala pangkat tu rezeki, kalau ada adalah, tak de biar pegilah. Yang penting orang suruh buat kije kau buat. Tak pandai IT, terkemut-kemut IT boleh belajar.

I was luckylah sebab aku ni single banyak masa boleh belajar. Kalau macam korang yang bergelut dengan anak dan keluarga? Nasiblah kena banyak bersyukur. Aku tengok kengkawan aku semua tak dapat naik pangkat pun, tapi derang happy je. Memang betul ada omputeh tu cakap "same bird fly in the same flock" Kengkawan aku semua jenis tak kisah sangat, tak down sangatlah tak naik pangkat pun. janji gaji naik.

Kami happy makan-makan aje. Kadang tu ada gak derang sungut-sungut kena buli, tapi lepas habis makan, habis kije kita sama-sama happy. Apa nak rebut-rebut jawatan, kan? Tu yang berebut sangat tu eish sampai dapat jawatan, tak pandai sangat lepas tu hempas-sana-hempas sini, mengadu stresslah itulah inila,lah lantak engkaulah kan.

Dia kalau kau melukut sensorang tu kau down le, tapi kalau kau ada flock to fly, apa ada down dah. Keceriaan, kebahagian, kita yang cipta. Tak guna ada pangkat, ada nama, ada ramai follower, tapi your flock to fly semua parasit. kau umpama pine nan tua, sepi sendiri di Pergunungan sana.

Ta ta-- erk macam kena tulis pulak how to live with parasit, kan? he he


 

Friday, March 17, 2023

PARANOID Part 3

Lagi-lagi cerita BOS BOS BOS, obsess ka? he he---- itulah hidup namanya. Bukan obsess tapi sekadar terapi minda gitu. Gitula kije jadi kuli ni ko komplen bos, kalau ko bos ko komplen kuli kau pulak. Iya betul. Di mata kau bos tak kompetent, di mata bos kau tu yang tak kompetent atau jenis kalau macam aku ni bos aku kata aku kije berkira, tapi ada ati nak naik pangkat. Tak layak pun naik pangkat, kalau naik orang macam aku ni bahaya pada organisasi. Oraganisasi boleh lumpuh kalau amik orang macam aku jadi bos. Hah gitulah penilaian dia pada aku.

Gasak kau le. Aku memang berkira. kalau bos macam dia tu memang aku berkira. Sebab apa? bos tak kompetent ko jangan tunjuk sangat kau boleh buat kije, sebab silap hari bulan kau buat kije dia. Sebab memang dia clueless kan nak buat kije lagu mana, so kolah yang kena buat kije dia. La ni penyelia dan team leader akulah jadi babu dia. Memang dua orang tu dah tumbuh sesungut dah. he he Aku perati aje. Tak pelah depa kena sebab gaji depa banyak dan depa masih muda belia, aku ni lagi 10 tahun nak pencen, baik santai-santai aje. Apa nak kalut-kalut, nak kejar-kejar,kan. Tak payah sangat nak mimpi pangkat tu, kalau ada pangkat pun kena buli macam penyelia dan team leader aku. sian.

Kenapalah dapat bos yang begitu. Kesian tau. Ntahlah. Impian semua nak dapat bos yang bagus-bagus, tapi dapat bos macam gitu terima seadanyalah. Ok tu cerita pasal bos kecik yang tak kompetent. Bos no 1 setelah ku amat-amati pun 2x5 jugalah dengan bos aku ni. Memula aku taklah obeses sangat dengan bos no 1 ni, aku pun tak le direct sangat terima arahan dia, kan. Tapi bila masuk Team leader baru ni, team leader aku ni jenis budak muda pandai juga dia bersungut-sungut tu. Alah orang muda,kan? 

Kebetulan kami outstation, so masa lunch, berborak-borakla. Dia tu tengah bengang dengan bos, so sesi luah benganglah kiranya tu. Punca kita mengumpat bos no 1 ni pun sebab bos no 1 dah rombak dah pejabat ni. Dari mula team leader aku bla bla bla bla kata sikit lebih kurang gini "kalau bos no1 buat jugak lagi ni, sakit kije jadinya nanti"-----aku cakap "ala, layan ajelah" ----- layan-layan jugak, tapi nanti yang buatnya kita jugaK'---iyalah dialah kena buat, takkan akulah pulak kan.  Abeh nak buat apa? Dah bos gitu, nak slow talk, nak bagi tau apa yang sepatutnya bos buat?

Bos nak dengar ke cakap kite? Last-last rombakan pun berlaku. Team leader aku syukur sebab team aku tak lah terjejas sangat, jadi dia macam tarik nafas lega. Team aku memang akan ok je. Tengoklah sapa dalam team tu, kan? Semua kompetent-kompetent blaka dan hard working. So team aku kira akan stabil, dan akan jalan smooth aje.

Tapi kat sini aku nak sharele apa kita orang dah mengumpat pasal bos no 1. Hah satu bos ambitious. Team leader aku kata kat Opis lama dia nak mengIR4.0 ni semua staff my-step yang memang background IT. So conclusion, harapan bos nak mengIR4,0 opis aku adalah satu kerja gila dan dia tak akan berjaya.

Tapi aku nak listkan begini. Biarlah apa dia nak kata. Tapi aku sebagai staff, aku kena IR4.0kan diri aku. Orang lain tak IR4.0 tak pe yang penting aku IR4.0. Kena ada pengetahuan menulis skrip dan mengolah data dengan cara IR4.0lah. Tak ada back-ground IT tak semistinya tak boleh IR4.0, kan? Itu tu hari tu yang maghi dok train deme pasal data-data tu bukan orang IT pun, ni hah Auditor jugak, background akaun jeerrr--- boleh je dia jadi trainer lagi. hah!

First thing first aku nak kupi-kupi dengan kawan aku dulu. Aku kena pegi tuisyen blaja IT blaja Data. Ala as simple as tat sebena ea. Kita je ni yang malas. Kena rajinla. Ko nak stress ko stress lah, tapi aku tak nak stresskan diri aku. Aku nak santai-santai je. IR4.0 ni menyantaikan kije kita sebona ea. Bukan menyusahkan pun. Kalau kau tak kuasai dia memanglah kau stress.

Talking about stress balik Putrajaya ni meamng melambak data aku kena olah jadi input yang akan bikin satu hujah untuk conclude aku punya findings. Aku dah berkira-kira nak kontek kawan FB aku, aku nak jual tulisan aku kat dia. Eh tak juallah, sedekah aje. Tok sah jual. Tulisan ni kalau kita jual, nanti kita terkenal kita jadi hamba kemahsyuran tau. Aku tak naklah jadi Bestie aku tu, sian dia. Nak makan, nak tidur nak mandi dan berak pun kena share kat peminat-peminat. 

Tak boleh tak share nanti peminat murung, susah hati tak dapat update dari dia. he he kita tak maulah jadi macam gitu,kan. Kalau ada idea baik sedekah je. Tak payah kalut-kalut aih nak ngaku itu idea aku. Ini idea aku. Kalau ngaku karang, dari A sampai Z kau kena sattlekan, kalau sedekah, dia minat dengan sedekah kau tu, idea kau jadi hak milik dia, biar dia aje le sattlekan apa-apa yang patut disattlekan.

Owh by the way sepanjang aku buat kajian IR4.0 ni, aku terbacalah pasal mental IR4.0 tau. Macam mana kita nak sediakan diri kita dalam era begini. Kau rupa-rupanya kalau tak prepare, silap-atur-langkah, tak mustahil boleh mental macam bos aku tu. Eh dah dia ngaku dia Anxiety, Anxiety tu bukan mental, ka? Yang dia duduk-duduk "kacau" penyelia dan team leader aku tu, sampaikan dua orang tu dah sungut-sungut hidup mereka jadi kurang bahagia berboskan bos aku yang krik krik krik--hah mental anxietylah tu,kan?  hah, lagi satu, rakan sekerja aku yang jauh lebih muda dari aku dah sound begini "dia stress/mental, senang je dia pencen, saya ni macam mana kak, lama lagi nak pencen". Semua orang ngadu stress berkerja bawah dia. Aku sorang je tak steress ko bayangkan tu. hah!

Macam mana akk tak stress bahkan happy je. Ntah. Akak banyak membaca kut. Lagi punkan, sakit-sakit mental ni semua akak dah khatam. So dah pandai dah. Apa barang nak stress-stress. Macam mana tak nak stress, hah senang aje. Rendahkan ekspektasi dan jangan sangat nak terkejar-kejar hal duniawi ni. Nanti kita cerita lagi ea--- tapi satu je sebab tak stress akk anologikan begini---

Dia ni kau komputer high spec, kau buat kije komputer zaman IGB memanglah mental kau utuh. Tu je. Orang tak pandang, pangkat tak ada itu semua tak de hal. Tapi jika kau jenis yang kalau tak de pangkat, tak kena pandang kau resah tu susahlah. 

Akk ni memang jenis pelik sikit. Alien kut, akak ni lagi suka orang tak pandang. Kalau orang pandang sangat aku neves. Neves tulah kalau tak jaga bebetul boleh jadi anxiety tu. Tak kiralah pandang sebab suka ka, benci ke dedua akk neves. Kalau minat pandang sikit-sikit je udahlah je. Kalau benci jangan pandang terus. Barulah hidup boleh happy. 

owh tetiberr terfikir nak tulis tips "bagaimana nak happy walau hidup seperti melukut tepi gantang"
atau nak bagi tajuk "Happy Melukut di Tepian Gantang"

Saturday, March 4, 2023

PARANOID part 2

Apsal aku ni macam obsess dengan si Bos tu? Masih tak ble move on ka pasal dia awal-awal dulu "serang" kau- kata kau bla bla bla - tak kompetent, lepas tu bagi markah teruks?" Idak juga sebab masa dia bla bla bla menghina-hina tu, memang aku dah perasan minah ni something wrong. Hah bila dia bagi markah rendah, semua kecoh dan la ni terbukti aku betul dia tak betul, kire macam aku feel goodlah gitu. Tu yang aku berkokok-kokok sakan ni. he he

Aku repeat-repeat sampai aku muak,lahkan. Bos aku ni aku kata dia paranoid, sebab dia sendiri cakap kat opis tu semua orang dengkikan dia sedangkan dia tak pernah kacau orang pun. Hah gitu. Tak de sapa pun pendengki sama dia, cuma bila perangai dia pepelik, dia dok ekor-ekor bos, bos bos bos, hat bos dia suka, lepas tu dia benci bos yang dia tak suka (dia suka ketua jabatan, dia tak suka timbalan ketua jabatan). Dia benci sampai semua orang bercakap "eh dia dengan timbalan tak ok ek?" Hah gitu. Lepas tu dia cakap ada orang sakit hati dengan dia, tak puas hati dengan dia---sedangkan sakit hati tu mungkinlah sebab dia ni kan suka ganggu orang waktu lepas bekerja. Tapi tak puas hati, dengki tu memang tak delah.

Dia aku nampak gini, dia tau dia dah kacau orang luar waktu bekerja, lepas tu aku rasa dia mesti tau orang marah, orang mengumpat dia. So, aura umpatan dan bawangan tu dia rasa, terasa pedih bawang, tu kan tak enak gitu, so untuk enakkan diri dia, dia createlah story orang dengki sama dia. Punca orang mengumpat dia, dia ngacau orang tak kira waktu pejabat ialah dia tak kompetent. Tu aje. Cuba dia competent, dia pun boleh selesaikan perkara-perkara yang dia suruh orang bikin tu.

Contoh tau, ni team nak ke Perak ni, nak nules tajuk baru, dia masih tak ble move on dengan tajuk lama. Tajuk lama itu isu dah hadam dan jadi taik pun, baru nak bentang JKA, dia macam tak faham isu ka apa? Anak buah dah sediakan slide, besok masa JKA anak buah jugak yang akan present. Tapi kau tau dia masih nak discuss benda tu masa kita kat Perak nanti. Dia dah kenapa? Aku pun tak fahamlah sampai aku pulak paranoid, kata dia saja nak sakitkan hati team sebab masa ke Perak ni, "musuh ketat dia ada join team sama he he---mase tu leeerr dia nak tunjuk eksyen ke hapa ke, kan? Definately mental lah minah ni.

Hari tu Penyelia aku cirita Bos, Ketua Jabatan ada tanya si Kekwat tu ok ke idak. Penyelia kata ok je. Ok fizikal dia tak MC, dia nampak sihat, so penyelia aku kata dia ok la. Nak cakap minah tu mental, mental orang tak nampak, tak de bukti, pakar je boleh sahkan perkara ni, kan. Tapi penyelia aku cerita lagi, bos tanya balik, macam nak mengcungkil/korek, "iya ka dia ok?" penyelia aku kata "no comment je" Seram nak ulas lelebih. he he, sebab kami ada ngumpat jugak bos tu lelaki, tak ble percaya, ntah-ntah dia sekadar bertanya, lepas tu minah senget tu gegesel dia, ngadu kata penyelia aku bla bla bla, nanti bos tukar fikiran, dikatanya plak penyelia tak ok, team kami tak ok. seram juga tu. Dia pandai menggesel tu.

So, aku pakat dengan Penyelia, kita jangan cakap apa-apa kat bos, fokus kajian baru ni, sebab kajian ni ada elemen ICT, hat dulu tak de sebab dulu dia cakap kami baru switch from prestasi to ICT, team tu tak de orang IT, jadi tak layak audit ICT sebab tak de keparang, ni kita mula ngodit, kita tengoklah nanti hasilnya. Kita compare satu team lagi yang totally tolak Timbalan, kunun timbalan tak layak campur tangan bab Auditan ICT sebab tak pakar. Kita tengok je hasilnya. 

Kan aku dah ramal team lagi satu akan collapse (kena bang kaw-kaw lagi dengan Ts Xoxo-Ketua Jabatan Bahagian Maklumat KPM) sebab mereka pakar IT tapi tak pakar menulis. hehhhh gitu. Kita tengok jelah. Masalah TS xoxo meroyan bukan dia defens, mental ke apa, tapi macam aku cakaplah aku yang tak de kena mengena dengan bahagian IT KPM yang gah tu pun rasa meroyan gaklah baca laporan derang audit dalam IT ni. he he. Hat tu yang dia kata tak rekod aset financial statement KPM tak gambar true and fair view, tu TS tak meroyan kut, yang TS royan tu pasal dia mempertikaikan kajian keberhasilan yang Kementerian jalankan. Orang tu uji lain, dia uji lain, lepas tu dia dakwa kajian tu bohong. Hanginlah TS. Kalau aku pun hangin.

Kau nak dakwa kajian orang lain bohong, ko kena go deeplah, bina kerangka teori yang kukuh, uji kerangka tu, baru boleh kau claim orang tu salah, kau betul. Orang tu mengkaji bertahun kak cik oiii, budget bukan ribu-riban, tapi juta-juta, kau mengkaji setakat enam bulan ko kuar masuk kawasan pendalaman, uji, test sana sini tika bebudak semua duduk umah kau kata kajian orang lain bohong. Orang tu mengkaji seluruh negara, kau kaji kawasan pendalaman, lepas tu kau kata dapatan kau sama sekali bertentangan dengan dapatan mereka? Memang bertentangan lah aku kaji satu Malaysia, kau kaji skola ulu-ulu sana. Mana nak sama dapatannya. Hadooiii----What a blunderlahkan? Itu yang TS kata, audit ni tau ke idak apa yang nak di auditnya.

Bukan sekali dia kena, berkali-kali juga. Dengan Ketua Jabatan yang berbeza. Satu Bahagian IT, tu, se lagi dengan Bahagian BPKHAS. Hat jaga bebudak MBK Bekeperluan Khas. Hat tu plak Pn Hajjah xoxo meroyan bila dia tuduh perkakas bebudak MBK ni tak digunakan secara optimun. Merentan mak Jah sebab yang alat tu katanya digunakan masa exam je, kau datang masa orang dah habis exam, memanglah la alat tu orang tak guna. he he--- hadoiii

Dah gini punya rope, kalau aku leeerr, kalau aku jadi ketua Jabatan, nak tukokan si Bos ni tak boleh sebab dia orang MAMPU. MAMPU yang hantar dia. Nak MAMPUSla kalau ko saja cari pasal dengan orang MAMPU, kan? Tapi ko boleh tukar je anak buah dia. Carilah anak buah yang memang pandai, mahir mengaudit, mahir menulis, punya judgement yang tak bias. Dia jadi gitu sebab ada satu ekor kepala sana yang mental jugak tu. Kita semua dah mengumpat-umpat, benda ni jadi mental macam ni puncanya Penyelia team yang lagi satu tu yang mental yang rasa semua orang dengki sama dia jugak tu. 

Memang ada auditor mental pun. Ada sorang lagi mamat tu mental, sampai la ni susah kami nak kuar ngodit guna kenderaan Jabatan sebab mamat sekor ni dah bikin satu laporan yang akhirnya bikin Ketua Jabatan lama yang dah berpencen, meroyan marahkan drebar-drebar ni makan duit haram. Drebar la ni dah merajuk, kau. Tak nak bawa kau kuar outstation. Kau nak gi outstation, naik le kapal terbang, aku hantar takat KLIA je. Kalau idak kau drive lah sendiri. Mamat ni emang brani aku kata mental sebab masa dia ngodit tu dia memang cakap, sahaja aku buat audit sebab nak susahkan xoxo. Dia emang ngaku dia memang saja pilih baucar tuntutan pemandu-pemandu ni semua sebab nak kenakan orang tu. Ntah apa dia dengki dengan orang tu tak tahulah aku. Itu okla dia dengki ke orang memang dia ngaku dengki.

Ni minah bos aku ni orang tak dengki kat dia, tapi dia bising buat cerita orang dengki ke dia. Ek yang lapor hasil kajian orang lain tu bohong, yang ngata alatan orang lain tak guna secara optimum tu, sapa? Dia dan dia punya team dia jugakkan? Yang meroyan tukan Ketua-ketua Jabatan Bahagian lain, auditi, bukannya kita-kita kat pejabat audit ni. Yang dia tuduh orang pejabat dia dengki sama dia tu dah kenapa? Itu kau kata tak mental? Mentallah tu. Aku nasib baik bos tak tanya "xoxo ok tak? eh kalau dia tanya ko rasa aku akan ulas tak panjang-panjang ni?" 

Tak de maknanya---minah tu lagi berberapa bulan je nak pencen, biarlah dia pencen dengan aman. Tak kose aku panjang-panjang cerita. Panjang kat dalam ni sudahla. Panjang sebab nak ngesah perjalanan dakwaan aku yang bos aku mental. Kalau aku nak dapat second opinion, betul ka idak dapatan aku ni, aku tanya je lah doktor Kartik. Doktor Kartik tu memang Doktor mental. Aku nak mereceh kan orang yang tak pakar, buang karan je. Silap hari bulan aku kena tuduh lagi sekali aku ni ada reputasi merosakkan nama baik orang/runtuhkan kredibiliti orang. Mak aiii seram aku. Eh kalau reputasi kau runtuh, sebab kau le, apa ada pasal dengan aku? Aku kalau bos suruh komen pasal so and so, emua aku kata "no comment" he he---Bila masa aku komen jela-jela?


Friday, March 3, 2023

Paranoid

Kita sambung bawang lagi pasal online life. Kelmarin tak sempat nak kupas bawang tu, betul-betul,kan? hari ini pagi ni saya kupas lagi. Sampai kupas punya kupas semua habis isi-isi bawang pun ko buang saja dalam tong sampah. Tak de isi dah.

Online life boleh jadikan kau paranoid, tau. Kau Paranoid ada konspirasi untuk menjatuhkan kau. Menpedajalkan kau. Kau rasa kau ada haters yang punya kuasa jahat yang boleh bikin kau terjerumus, sengsara dan akhirnya apa ek? Tak berjayalah, hah gitu. Macam dulu tu aku yang pernah paranoid tu. Dia paranoid ni senang je. Janganla layan sangat. Kalau dah nama haters tu, mustahil kau tak de yang benci. Ada je perangai kau yang orang menyampah tu. Annoying tu. 

Sebenci-benci orang tu, idakle ada kuasa dia nak jahanamkan kau tanpa izi Allah. Kat audit Negara ni sekuat mana pun orang tu benci kat kau, sekuat mana pun orang tu, habis kuat pun dia boleh bagi prestasi rendah kat kau ajelah. Lepas tu kau terlepas peluang naik pangkat. Itu je. Bukan boleh dia berentikan kau kerja, pun. Kalau berenti tu, kau yang berenti, sebab tak tahan dengan dia. Still kalau ko dah berenti pun, ko boleh balik kampung tanam jangung, ka, kije kat super-market ka, jual baju bundle ka, idaklah kau mati pun gara-gara kebencian orang. Tak denya dia benci, lepas tu kau mati. Like ai said habis kuat pun kau stress kau berenti kije. Dah berenti kije, duit tak de, itu yang jadi lagi stress tu, kan?

Ni mukadimah sikit punya banyak ni, kata nak bawang, nak bawang sapa? eh bawang bos haku ler---seyes kau punyala aku tak sangka dia end-up pencen awal. Padahal haters dia dah nak pencen pun. Dia pencen lebih awal dari hater dia. Dia sebenarnya orang tu tak hate dia pun, dia yang hate orang tu. Bila dah paranoid, mulalah, kan fikiran dia kacau dan fikir bukan-bukan, kan?

Aku nampak paranoid dia gini tau, dia gagal nak heret kami semua ke arah IR4.0, dia salahkan kunun musuh dia yang buat onar, merencatkan rancangan ini. Dia kalau kau cakap IR4.0 ni, tok sah nak sembang karilah. Nama Putrajaya ni yang nama IR4.0, nak masuk HRMIS pun line internet semput. Memacam semput. Semalam aku pigi jualan nak kawan aku nak bayar pakai QR Code dah rasa macam aku kat Kundasang sana pulak, nak dapat internet beralih-alih tempat cari gelombang kuat. he he. Putrajaya tu kau, kat Blok Kesihatan sana. Hah nasib baik aku jumpa Doktor, kalau tak jumpa, harus aku kata "hah ini karma pedajal KJ jadi menteri, dah Karma Kesihatan, internet, setompok sana-setompok sini" Karma apa kebendanya, kan? Putrajaya ni blok E ni bangunan dah tua, kalau tak maintain bebetul adale masalahnya.

Dapat pulak Pegawai IT macam bos aku tu, bukan macam bos aku je, macam jiran sebelah penyelia aku tu yang dah langsung gantung diri kat ruang tamu rumah sendiri tu, kan? HR dia dah mental, macam mana dia nak jaga tenet kementerian hah. Aku syak gini je ada something wrongla dengan HR gomen ni, kan? Pegi sana sini orang gaduh stres sana stress sini. Stress ok lagi kalau dah sampai tahap paranoid, susahlah tu.

Berbalik pasal IR4.0 ni, benda besau, kalau tak bergerak tu, usahlah kuciwa sangat, kita buat apa termampulah,kan. Satu lagi kalau KPM ni dia sendu bab IR4.0, aku tak salahkan orang lain, selain ABAH COW le yang puncanya. Nape aku cakap ABAH COW? Sebab 1BestariNet dia tak function. Hah pasal tulah sendu. Cubele berjalan seperti yang dia bagi apa ke tu, macam montaj yang dia bikin tu, Idakle aku masuk ngodit ni aku kena ubah tajuk, kena begitu begini. Tak boleh audit sebab audit ni kan, kau jugak kata, mengungkit-ungkit bawang yang lepas, barang belum lepas mana boleh diunggkit. Tengah berjalan, kita tunggu dulu dia siap hah baru kita ble audit. Kalau sebut pasal IR4.0 benda jadi tak cantik sebab rahsuah, kau rasa ini bukan PARANOID, ini faktalah,kan?

So, bila kau ada pemimpin yang begini, kau yang cirit kat bawah-bawah ni tak usahlah nak kuciwa sangatlah kalau maghi Putrajaya, tak de Robot sambut kau kat lobi, tak de mesin ibas anak mata kau, nak bagi kau masuk dari satu-pintu-ke-pintu lain, pendek kata maghi KPM sama je macam masuk pejabat tanah kat kampung sana. Tak de beza. Sama je. Itu prasarana infrastruktur, info dia? Ntah. Sebut pasal Infostruktur, ada yang dah marah-marah pasal IDEME pun ada dah tu. Pendek cerita, mendukacitakan. 

Dia jadi duka cita ni pasal banyak hal, dan sangat tak adil bila kau dah expect semua macam cerita filem matriks, pakai je cermin mata, pakai sarung tangan boleh petik-petik info macam kau petik cili padi, petik terung, petik jagung, buah limau kasturi kat kampung sana tu, kan? Dia tidak begitu, masih tu kau call-sana-sini nak dapat info. Bila dah dapat, orang bagi dalam bentuk PDFlah pulak,kan? Bukan dalam bentuk yang mudah kau saring-kau-olah data tu sana-sini-ikut-suka kau. Masih lagi terkebelakanglah kalau sebab bab-bab data ni dalam kes auditdalam KPM ni. Sedangkan kawan kau kat audit Negara sana dah boleh extract data begitu-begitu saja. Di hujung jari. Kenapa Audit Negara boleh, Audit Dalam tak boleh? Adilka kau nak salahkan Auditor di Audit Dalam tak kompetent. Aaa cuba kau tukarkan kami orang ke sana? Ke tempat yang orang kata scrut-scrut data, ok je bebudak ni. Kalau kat sini tak ok sebab musuh bos aku ke? Dihalangnya usaha-usaha, hasrat murni kau tu?

Ntahlah. Kalau kau suka tunjuk jari kau orang satu tunjuk kat musuh, 4 lagi kat kau, hah jadi tak usah tuding sana-tuding sinilah. Benda dah berlalu, sudah setahun pun kau tak berjaya, cara kau tuding jari ke musuh, kau ambil keputusan pencen awal, aku buatkan pulut kuning je nanti tu he he---Tapi aku nak cakap satu je, kalau kau suka buat macam gini, nanti berbalik padahnya kat kau jugak. Apa nak cakap orang jenis macam ini ek? Tak reti nak rendahkan ekspektasi dan terkeciwa dek ekspektasi sendiri. Musuh dia ekspektasi dialah tu. Nak bos yang begitu-begini, tak nak yang begini-begini. Last-last sendiri keciwa tuduh sana-tuduh-sini. 

Sekarang ni harus aku rasa dia PARANOID ada usaha nak menggagalkan kajian team kesayangan dia. Team tu memang masalah. Aku dah baca dah report-report lepas-lepas mereka. Masalah dia apa ek, derang ni suka perkataan-perkataan besar. Satu line dia yang bikin aku nak tersedak "kegagalan merekod aset menyebabkan pelaporan Perakaunan Akruan tidak tepat" sikit lebih kurang begitulah. Iya betul berlaku aset yang tak direkod. Kalau Aset komputer tu kak Cik, kalau umur pun dah lebih 10 tahun, tak cacatkan apa-apa kat akruan pun sebab Aset Komputer ni Kak Cik OOOOIII 3 tahun je Net BOOK Value dia dah kosong dah oooiii kak cik. he he he

Kalau aku yang baca aku dah tak kata penulis ni PARANOID, aku kata penulis ni apa ek? Tak takle apa nak cakap. Ni dia nak tulis pasal Naik Taraf Rangkaian di IPG Malaysia ni, ntah apa lagi pendapat pelik-pelik nanti yang akan keluar tu. Sebelum ni dia dah sok-sek, tajuk ni tak boleh bawa sebab masih dalam proses. Tak boleh ukur, dia jugak yang kata. Dah tau tak boleh ukur, drop ajelah cari tajuk lain, kan? Nak mengIR4.0 musuh dia, dia dah kantoi. Nak menguadit pun harus kantoiiii besar lagi ni. Harus. Pendek cerita sini, bukan masalah staff tak pandai IR4.0, tapi kalau bab penulisan, staff tak pandai menulis itu memang benar.  Nak latih orang menulis dari latih orang scrut data tu payah. Kalau kau kata musuh kau tak hebat sebab tak hebat data, I tell you wat dia tak hebat data, tapi dia hebat menulis. Itu pasal sampai kau lebam mata, lebam sana-sini pun, kau tak boleh menang kalau kau guna taktik tuding jadi ke musuh atas segala kegagalan kau. Lagilah kau sakit hati kalau selamanya musuh tetap selangkah, berlangkah di hadapan kau.

Pendek kata dalam perlawanan menulis/mengaudit ni kau kalah lagi, bukan pasal musuh yang ada perancangan gagalkan, kau, tapi sebenarnya kaulah yang gagal merancang. Iya aku nampak kau solat dhuha bagai, kau nak berjaya. Tapi cara kau tu tak betul. Kau tak perasanka yang kau tu tak berapa pandai berbahasa. Apasalahnya kau berbudi bahasa, hormat sikit dengan orang yang pandai. Masalah kau, kau gagal sebab kau tak hormat orang yang kau rasa rendah dari kau. Iyalah orang tu tak de degree macam kau, kan? Bila orang dah ada master, ada PhD, kau tak hormat jugak, kau kata-kata orang yang begini-begitu-begini, nak kau humbankan orang begini terus dari atas bagunan,kan? Ada ramai je orang yang ada PhD dah harumkan nama jabatan tu kak Cik OOIII, Dr falsafah yang satu, yang biol tu jugak kau nak petik-petik nama dia dah kenapa, kan? Ramai je Dr-Dr kat dalam gomen ni yang bagus-bagus, Dr Faridah, Dr Syed, tapi nak jugak sebut Drxoxoxo jugak he he, kan? Tak faham aku.

Itulah tu, hidup terlampau sangat disempitkan dengan dengan menyeru nama-nama manusia yang tak function, last-last kau sendiri juga yang tak function. Bahaya tu. So pengajaran pada aku, seru sebut, dan bayangkan manusia-manusia yang funtional saja. Tak kisahlah Neelofar ke, Khairy Jamaludin ke, PMX tak kisahlah. Jangan seru nama Hafidz Roshdi, Ali Puteh---eeeii semak kepala tau kalau orang-orang macam tu bebetul hadir, muncul dan berlegar-legar dalam lingkungan hidup kau.

Thursday, March 2, 2023

Online Life

Pagi tadi membawang, bukan setakat bawang, tapi kupas bawang pasal bos kiterrr le--- tak tau apa dah dia bikin, kawan saya Penyelia (SV) sudah rasa tak seronok. Tak seronoknya dia sampai kawan semua perasan dan yang sorang tu kata "muka dah menangkup"

Tak taulah nape kita tak suka dia. Memang kut kita memang tak suka orang yang suka push-push kita. Bila muka kawan dah menangkup, semua dah tau dah kenapa. Semua kata kenapa bos saya "teruk" sangat. Lalu saya teringat kisah viral Sisi Iman dan Mami Mas Idayu. Saya suruh bayangkan Sisi Iman akan naik ke pentas lagi untuk persembahan seterusnya. Walau kali ini Mami Mas Idaya tak menjuru Sisi, tapi Mami tetap ada di Auditorium tempat Sisi membuat persembahan tu nanti. So Sisi pun jadi tak keruan, tak cool, tak stabil berdebar-debar dan macam-macamlah. 

Kalau si Sisi Iman yang real apa dia buat sebelum nak bikin persembahan tu nanti, tak taula saya. Tapi bos saya dia akan "kacau" anak buah dia lah. Mintak itu, mintak ini bla bla bla--- itu yang bikin muka kawan menangkup semacam. Kekacauan yang dibawa tu macam dah tak rasional dah. Tak rasional sebab team bukan team member je yang terasa kacau, team lain pun turut bersimpati dan naik geram dengan bos saya tu, walau bukan mereka pun yang kena kacau.

In another cerita, kita cerita pasal life kita yang lagi satu. Life online, ada watsap group bagai. Cuba kau bayang dia bercerita dalam group tak de orang pun sambut apa yang dilontarkan, sedangkan kau bos. Kita tak jawab, sebab memangla yang nama Mardhian ni dia selalu rasa besok jumpa kat opis, cakap ajelah masa kat opis, bukan tak jumpa. Napa nak terhegeh-hegeh menaip  dalam hp. Mardhiah ni kalau  menaip di kekunci dia ok lagi, kalau suruh dia taip watsap memang dia malaslah. he he---gitu. Kalau perlu jawab panjang-panjang, kalau dia tak de papan kekunci, dia call je kau. Kalau ada baru dia taip. Kalau tak dia letak tanda emoji je. 

Memang tak reti le yang naip tempat ruang kekecik macam kat hp tu. ha kalau macam blog ni luas dia sukalah merapu. hah gitu. Memang dia tak akan respond bos dalam watsap tu. Bos pun dah tahu dah perangai saya. Memang dia tak kacau dan tak de keperluan mengacau pun. Tapi kalau Penyelia dan Team leader memang dia kacau habis-habisan punya. Kau rasa apa masalah dia ya? Dia nak fefeeling pempengaruh media sosial yang tiap komen, kontent dia dengan senang hati orang nak jawab? Besok kat opis kan jumpa, apa mengada-ngadanya nak watsap orang memalam bute lepas waktu kerja, cakap pasal kerja?

Nasib baikla saya tak jadi penyelia. Sungguh saya syukur hari tu gi mintak jawatan P&P gagal. Kalau berjaya, jadi team leader dapat bos macam bos yang ini, haru-biru, terus markah prestasi jadi zero sebab tak layan chat dia he he--- ko watsap memalam memang aku dah off hp leerrr he he---itulah setiap kegagalan itu ada hikmahnya. Tak usahlah kecik ati tak dapat jawatan yang lebih tinggi, kalau dapat pun, menyusahkan saja. Kasila orang memuda yang 24 jam bergayut dengan hp je jadi team leader. Zaman orang macam saya yang lagi 10 tahun nak pencen ni dah berlalu dah.

Dalam satu hal, bos-bos ni mungkin tak sedar kut, life off-line lagi besar dari online-life. Janganla terlalu taksub dengan online-life, sampai offline kau jadi huru-hara.