Saturday, February 18, 2023

Terasa? Berasa? Berasas? Paranoid?

Ada orang baru masuk opis, (boslah kiranya). Dua tiga bulan tu dia panggil kita, dia komplen kita macam-macam, kita ni lekeh bebeno, mulalah kita rasa dia sombong. Kita pun membawang sesama kawan. Habis kita kupas begitu-begini tentang bos. Tapi kita cakap kat kawan yang jangan amik serius, sebab kita ni apa namanya---terapi minda je. Mungkin kita paranoid.

Ini cerita sayalah, agak 2 tahun lebih yang lalu. So, dari sakit-sakit hati hal orang, baik anggap diri paranoid, dan cari jalan self-healing. Tak mau berkonflik dengan orang itu. To the point saya seek on-call counsellorlah,kan? Kes-kes macam ini saya tak report sangatlah, self-heal, sibukkan diri dengan aktiviti yang menarik, then sattle masalah.

Sambil-sambil tu doa juga sama Allah,kan. Dan Allah permudah jalan, no conflict dah lepas tu, cuma setahun kebelakang (2022) saya jadi pendengar setia rintihan penyelia saya perihal bos yang sombong ini. Most of the time saya suruh dia bersabar, dah selalunya saya ajak dia window shopping dan tengok resipi masak-masak. Masuk tahun ke 3 (2023) saya terkejut tetiba si sombong- (eh kita tukar peliklah, sombong tu jahat sangat,kan?) ni decide bersara awal. Bersara 55 tahun.

Hati berbisik "wow! Maha Kuasanya Allah, sesombong-sombong/sepelik-pelik kau akhirnya kau mengalah begitu sahaja?"--- Owh btw, depan penyelia, idaklah saya kupas-kupas, komen-komen yang bos saya ni sombong. Tak pernah. Yang saya kata sombong tu dengan kawan lainlah. Tetapi masa sessi kupas mengupas bersama penyelia dan bos-bos team lain, yang sama tak puas hati dengan sepelik ni, ada yang memberikan label micro-manager pada si pelik ni. 

Tapi bukan nak cerita pasal dia nak bersara awal, tapi nak cerita pasal satu hari kami pergi outstation bersama-sama, selama seminggu. Kami bertiga naik kereta jabatan bersama-sama, tetiap hari selama itu. Saya, Penyelia dan Bos pelik. Nampak macam Penyelia dan Bos Pelik baik-baik. Sebab Penyelia ada cakap dia mau diperhati, di"favour" macam penyelia team yang lagi satu. Bawah SiPelik ni ada lagi 2 team, team Audit ICT A(kami), team Audit ICT(B) dan team teknikal. Offcoursela si Pelik ni favour yang B sebab diketuai oleh Pegawai Mampu macam dia jugak. Kami ni kader dari audit Negara, so pada saya itu sebablah dia lebih selesa dengan Pegawai sesama Mampu macam dia.

Macam kupasan awal saya yang kata siPelik ni pandang lakeh pada saya, sebab saya back-ground tak selevel dia. Dialah perasan Bidang IT lagi gah dari bidang Perakuanan/Pengauditan. Dia je perasan tu. Tak padahal ramai kita yang genius-genius ni masuk akaun sebab berangan nak jadi kaya he he---Pendeknya apa yang saya rasa dulu-dulu, dua tahun lepas tu memang sah betullah---

Ceritanya begini---masa dalam kereta tulah dia ada cerita empati dia dengan aspirasi bos no1 yang tak tercapai. Dia macam yang saya cerita,kan yang dok bontot-bontot bos tu, leeerrr, yang dah sakit macam-macam sakit tu. Sahlah dia sangat empati, kununnya bos gagal sebab kami yang lekeh. Adakah bos no 1 masuk opis pandang kita orang ni lekeh tu tak tahulah. Mungkinlah tu. Sebab mereka sekepala, jadi mereka sangat akrab. Kalau aku tak bontot kau, kau pulak bontot aku. Tak tahulah bos tu lelaki. Lelaki memang ada jenis yang bermuka-muka.

Si Pelik ni pun dah macam terasa dan bimbang bos bermuka-muka. Depan si A kata begini, depan si B kata begitu. Bos ni pun selalu juga naik tingkat kami dan ada satu ketika tu saya mengejek-ejek bos macam belangkas dengan si Pelik. Saya kengkonon fefeeling sayalah pengaruh bos yang membelangkas sesangat dengan si Pelik ni. Diakan tak sihat? Tak delah saya fefeeling je. Saya rasa bos sendirilah sedar diri kalau dia dah berbelangkas, orang lain naik meluat. Si Pelik ni pun sedar juga orang meluat. Dan sepanjang dia berkereta bersama-sama dia ada suarakan jugak pasal cakap-cakap orang ni. Saya tak pasti ada orang lain selain penyelia dan bos tingkat 5 bercakap menganalisa tentang kepelikan dia. Yang pasti penyelia dan bos tingkat 5 termasuk sayalah yang sering membawang kupaskan si Pelik ni.

Dari percakapan-percakapan bersama si Pelik saya faham, iya memang benar dia rasa kami tidak pantas untuk dia, tapi bagaimanapun dia angkat bendera putih sebab kami jahat dan kuat. Orang jahatkan selalu menang. So dia ambil langkah bersara awal. Dia juga ada bilang Bos bontotan dia pun sudah give-up sebenarnya nak bawa perubahan pada kami.

My honest opinion about those two--Both cakap besar je. Tapi tak punya competency untuk walk the big talk. They fail not because we are so big and bad. They fail because they are incompetent. Period. Dalam kenderaan jabatan tu saya memang vocally voice my opinion dengan analogi begini "badan you besar, raya dah just around the conner, agak-agaklahkan kalau nak pakai kebaya saiz XS" And inorder for you to wear the XS kebaya, you need fitness instructor, you need nutritionist, bla bla bla sebab you memang tak reti bersenam, tak reti/malas memasak, dan buta pasal nutirisi. You nak buat bariatiric tu takut kena belah/lapah sana sini.

Jahat mulut aku, kan? He he He---Itulah tu orang baik ni (kira baiklah sembahyang tak tinggal, solat duha lagi macam-macam" selalu rasa dunia ni tak adil, sebab dia rasa orang lain (yang tak rapat/akrab dengannya) pemalas, jahat, incompetent tapi sangat kuat dan berpengaruh. Tapi sebenarnya kita tengok dia tak kompetent dia tak sedar. Competency is not about sapa knowladgeble or not. Competency ni bahagian yang orang baik dan rajin ni tak sedar dia tak miliki ialah memandang orang lain pun no matter how teruk they are, mereka ada kelebihan, kelayakan untuk bersama dalam organisasi itu.  Ada hak bekerja/berada di situ. Jika benar mereka tak berhak, kaulah sebenarnya yang tak tahu guna kuasa kau untuk "nyah"kan orang yang kau rasa tak layak dan berhak itu, kan?

Itu masalah orang dua orang inilah tu, kan? Atau pun masalah dia sorang je---nak jadi sedap cerita, direkayasakan juga bos pun pihak yang terkuciwa dalam agenda mentransformkan organisasi kami.

Owh pung-pang-pung-pung-pang ni apa lah agenda mereka ni? Hah mereka nak mengIR4.0 kan kami. Kunun katanya kami ni BUta agenda IR4.0. Gitulah katanya--- Kalau bagi kat saya nak IR-IRkan bebudak audit dalam ni senang je saya buat, saya bentuk je satu team Data kunun-kununlah. Buta data, buta IT, sini KPM ni ramai pakar. Hah pi dok kurung 2,3,4 orang ni belajar data, hah sattle masalah. 

INI kau dah setahun pung-pang-pung-pang about data, satu sen pun tak bergerak lagi. Yang si pelik perasana genius ni dia buat apa? Honestly la aku rasa dia ni tak boleh diharap langsung. Hari tu kita pi ngoudit pun, gaya kemain lagi, bila tutup Allah-Hu- Isu pun dia tak tahu. Apa barang kita kuar ngodit, apa barang yang kita nak sukat dan bentangkan pada Jawatan Kuasa Audit pun dia tak faham. 

Sikit aku nak bebel kat sini. Bahagian Matrik ni dah kuar objektif, siap dengan sasaran input yang diberi untuk mencapai objektif mereka. Mereka pun nak IR4.0 jugak tu. Nak apa katanya Infostruktur tercanggih gitu, pendek kata lagi  2 tahun lagi besok aku pegi KM Selangor tu robot pintar sambut aku kat kaunter tu nanti. Joking. hah gitu. Masuk satu KM, aku dah bayangkan dari dia menyasar dari tahun 2020 tu semua aku nak bubuh 0-0-0 gitu, sasar 5 capai 0, sasar 15, capai kosong, hah gitu. Itu rupa table aku nak tunjuk kat Jawatan kose Audit tu nanti. Dah gitu rope tablenya ko rasa nak bersidang setengah tahun ni, bulan 6, ke bulan 9 ke besok, ko rasa yang aku tuleh, catat 0-0 tu boleh jadi magic sekelip mata jadi berisi ke?

Amendele minah ni, aku cakap dalam hati lah. Aku cakap sensorang aje, perasaan aku ke, semua rasa macam gitu. Ntahlah. Tapi petang Jemaahat tu, Penyelia aku dah sama setuju dengan aku. Team lain, yang lagi 3 orang tu tak tahulah. Penyelia akulah yang dulu bawang kat aku kata minah ni punya penutup, pendapat pelik. Aku diam lagi dan cakap begini "dia sakit kut?, Or dia kan MAMPU, so pada dia tak de isu, pada kita isu besar." Aku cakap macam tu sebab aku nak cari orang MAMPU lain, second opinion. Barulah aku berani nak luahkan apa aku rasa" Tapi sejujurnya aku rasa iyalah tu bos pelik aku ni sakit mangkali tu. 

Sejujurnya dari pertama kali aku jumpa dia, aku rasa dia tak level dengan aku. Itulah tu zaman-zaman dulu tu mungkin dia anak orang kaya, orang bandar, perents dia ada aksess pendidikkan yang lebih jadi dia dapat sekolah bagus, amik course yang bagus dan jadi pegawai muda IT. Aku ni pulak zaman orang pegi sekolah aku sibuk pegi keluar masuk pussat pemulihan mental,kan. Orang dah lama jadi bos, aku baru nak jadi penolong bos. Kalau ikutkan level sebenar dia,  jadi cikgu maktab je dia tu okla--ajar budak little-caliph on-off-on-off komputer, lepas tu buat sidang press sekolah dia sekolah IR4.0 bolehla tu. Nak lebih-lebih tu, lelebih lagi nak mengIR4.0kan kita-kita ni bukanlah susah sangat pun. tapi tulah level dia tadika je...he he

Kemain lagi aku ek. Kata orang pandang lekeh kat dia, dia pandang orang lagi kemain lekeh lagi bolehlah pulak he he---aku ni kalau orang pandang lekeh kat aku pun aku no hal. Tapi kalau ada kemungkinan aku nak berdebat besok dengan dia, so awal-awal lagi aku dah pandang lekeh, so that incase kena berdebat aku ada kompidenlah nak berlaga. Iyalah ko nak berlaga dengan bos kau tu. Ko rasa? Boleh senang ke kau nak menjuarai perlagaan itu?

Walau tika dan saat tulis entri ni aku rasa macam seluruh team sependapat dengan pendapat penyelia dan aku, tapi aku masih berhati-hati jugak, kutlah dia kasi mendrem kat bos besar no 1 ikut cakap dia jeeeeerrr, almaklumlah according tu dia, diakan tempat curhat si Bos No 1 tu he he--- 

Ni enteri bengong Paranoid akulah ni. Sebenarnya nak bawa isu ni ke Jawatan kose, sejujurnya aku tak kose he he he---Hadoiii rasa macam energy aku ada sikit bocor, sebab iayalahkan Si Pelik ni dia otak dia ada kelain sikit, lain 180 dajah he he---so eventhough aku rasa pendapat dia shallow aku nak lawan, aku letih, aku kena ada back-up dari kelompok dia (KELOMPOK MAMPU) juga. Kalau kelompok aku je yang rasa benda ni isu, tapi kelompok MAMPU yang ada autoriti pasal agenda-agenda IR, IR ni, tak rasa benda ini isu. Lemahlah aku, Tunggaknya MAMPU.

So apa sebenarnya isu dia yang bikin aku macam dah tak MAMPU dah ni? Isu dia gini. GOmen tulis panduan, untuk pasti IR4.0 laju dari segi internet gomen dah ada jalur lebar gomen, so ko guna itu. Dia dah guna dah. So apa masalah? Iya dia guna jalur lebar gomen tu, tapi bebudak, cikgu still komplen kata internet slow. Aku yang duduk seminggu kat Banting tu pun terasa, ada tempat laju, ada tempat tak laju. Kenapa? Owh minah pelik ni kata "owh tak kisahlah, ini bukan macam kat rumah kau, kau panggil TM, ko bayar TM pasang semua" Sini TM bagi kau band with je---Jalan nak masuk internet tu kau kena buat sendiri. So ada tempat ok, ada tempat tak ok. Isu dia aku suruh kau guna gomen punya brand, kau dah guna, tapi jalan masuk rumah kau tak ok, itu kau punya pasallah. Kau tak de duit nak pakai jalur lebar napa gian nak pakai jugak.

Macamlah berbalik pada analogi aku tadi, badan besar tak sedar diri nak pakai saiz XS. Ni cerita kau terbalikan aje, badan XS je, nak berangan nikah dengan bini saiz XXXL larat ke kau nak pikul bini kau tu? Kalau tak larat sndri mau ingatlah,kan? Pandai-pandailah kamu urang ukur baju di badan sendri, kan? Aku plak nak MAMPU perhalusi saranan dia, saran guna jalur lebar, sarankan juga institusi yang nak menerima jalur lebar itu MAMPU dan sedia menerimaNYA. Kau ingat MAMPU nak dengar cakapkau? Pegawai dia yang pelik tu pun dah kata benda ni is not a big deal. Dak Mardhiah dengan Penyelia dan Team dia aje yang lorat terhegeh-hegeh nak buat bising nak ngadu, nak bawak ke Jawatankuasa AUdit KPM yang ntah apa-apa tah tu, kan?

Well wait and see aaahhh --- you MAMPU you wait and see--- ceh cakap belagak habis ni. Kau jangan nak eksen-eksen sangat eh, pegawai kau sorang kat sini dah mati gantung diri dah kat rumah dia. Kau jangan buat-buat tak tau. Kau jangan nak kerek-kerek sangat dengan kami-kami yang lekeh-lekeh je ni tau!!!! 

Harap maklum perenggan atas tu perenggan kerek-kerek aku terapi minda je tu, acah-acah HEROOO hah gitu. Macam aku cakap tak bawak ke Jawaran Kose AUdit lagi lah aku suka, tak yah sesakit nak mengarang lelebih, kan?---dari aku nak ngarang lelebih, baik aku masuk utan cari bunga PAKMA yang sedang rancak berkembang kini, he he he---healing masuk utan ke tu??? Hah healingla. Healing sebab pegawai MAMPU rejek isu aku he he---Orang kecik biasalah keja rejek tu makanan kami. Yang penting gaji aku, claim aku derang tak pernah rejek, kan?

Wednesday, February 15, 2023

Busy Bebeno Nih

Saya la ni memang busy ni. Biasale orang tengah nak mengaudit, memerhati dan seturusnya nak keluar pendapat ni, kan memang le busy. Yang nak diberikan pendapatnya tu bukan calang-calang orang, yang nak memberi pendapat ni pulak saya he he he. SAYA? kau percaya tak? Saya nak memberikan pendapat tentang pengurusan so and so, facilities yang ada di presmis so and so---dan so and so tu up level, belevel-level up up dia dari saya. Ko rasa?

Kalau nak bagi pandangan dalam sini siok-siok sendiri ikut sesedap rasa bolehlahkan? he he ni hal kije memang kena kije betul-betullahkan. So betul saya wakil bos, tapi apa dapatan saya itulah yang akan bos cerita, bentangkan kepada pengurusan tertinggi. Bukan kije mudah tau nak keluar pendapat ni. Ia satu benda yang sangat rumit---

Ok sebab sibuk ni, tapi nak cerita takut nanti langung lupa nak cerita. Cerita apa, cerita pasal best fren saya yang kayangan tu leeerrrr---ala yang saya kenal ikut internet ni. Ala kawan saya yang penulis tu le, yang gelitis tu. Idakle geletis mana pun, cuma kalau ikut kelempok bebebudak alumni sekolah asrama, berkawan pulak dengan penulis-penulis kreatip negara, dan dapat anugerah pulak, kira kes geletis la dia ni. Nak jadi retis, nak jadi pempengaruh kena geletislah barulah tulisan, buku-buku dan pandangan dia sampai kehalayak, dan setuerusnya dapat mendidik, memberi manafaat kepada masyarakat.

Tapi kawan saya kata dia ni menulis untuk kepuasan diri. Dia tak fikir pun menulis untuk masyarakat hah gitu! Terapi minda? Tapi tu bila dah menaang anugerah,kan. orang, kawan-kawan mau dia terus beranugerah, sampai dapat offer sangakar emas you. Sangkar emas tu. Tapi kawan saya tak mau. Eish, kau tak mau bagilah kat saya, kan? he he he---sangkar emas dia tolak! Bulatlah bijik mata saya kehairanan besar!

Gitulah orang. Lain orang lain rasa. Saya ok je apa dia nak tulispun, nak tulis liar, terapi minda ka, didik masyarakat ka saya semua saya baca je. Cuma lately malas dah nak membaca lebih suka jalan-jalan dalam hutan saja. Sebab masa banyak saya habiskan baca pasal kije. Iya kije, saya kena kije audit bab ICT, dan banyak benda saya tak tahu dan kena baca. So, baca-baca santai memang dah tak baca dah.

Tapi kalau kawan tulis, kita bacalah. Cumanya dia yang nak menulis, saya pulak bedebau pulak, sebab itulah tu itu tu---hah ada sangkau emas tahan dia melilau meliar, ghisau saya. Ghisau saya bukan ghisaukan dia, saya ghisau, peminat-peminat/kengkawan sangakar dia kecewa dengan pilihan dia. Uiii sapa tak frust dah offer sangakau ni ditolaknya. Harap ada jugalah karya masuk sangkau lepas dia dah boring meliar ni. Kesian kat peminat sangakau ni, ketandusan bahan bacaan deme ni. Semua bacaan sangkau tu beboring je kut, langsung tak meletooopp... tapi penulis itulah satu otak dia, tak boleh berjurit-jurit keluar karya gitu-gitu sahaja. Kita pembacale kena pilih, tak semestinya bacaan tak ada lebel sangkau tu merosakkan. Kalau pandai pilih banyak je tulis tak berlabel yang ok-ok. Kau pilih saja agar jangan memilih snagat. 

Thursday, February 9, 2023

Khabarkan Pada Dia

Kawan saya yang deep ni sangat terluka dengan perbuatan minah geletis yang shallow ni. Setahun yang lalulah. Terlukanya dia sampai dia minta tukar, lalu naik atas jadi SV saya. Si Geletis dengan kawan saya ni sama-sama SVlah. Si Geletis ni biasalah kije audit ni nak nama, nak bos nampak bila mengaudit tu dapat isu. Sikit lebih kurang isu orang dia ngaku isu dia hah gitu, bab kije sesama SV, bos sudah pandang si Geletis ni lebih sikitlah. Lebih sikit, punya sikit, sampai satu tahap kawan terluka bila bos sebut "kenapa dia kalau ai suruh/arah, boleh je dia buat, yang you ni menjawab?" Dahlah isu kau kena curi, pastu tu bila kau cakap lebih sikit, kau dikata-kata kuat menjawab. Terluka laralah kawan saya tu.

So kira unfair treatmentlahkan? tapi ironinya nak jadi cerita, setahun lepas tu, eh si Geletis ni pulak tukar mengekor naik atas. Kenapa tu, tak pasti sebab cerita dia ada berbagai versi, aku pun tak tau mana satu versi yang betul. Yng heboh orang kata dia kena naik seksyen aku sebab kena inaya kununnya. Orang kat bawah tu ntah ada yang mana tah dah fitnakan dia. Fitna apa, ntah. Malas nak periksa, kan? So bila dia naik sini kawan aku ni sort of like tak sukalah, dahla shallow, suka curi isu orang, lepas tu tuduh orang inaya dia pulak. Tak maulah kali ni jadi kawan aku pulak penjahat yang fitna ka buli dia. Dari cerita kawanku manusia geletis ini sangat mengerikan. Aku pun cakap baliklah kat kawan aku. 

Aku rasa kawanku over thinking, percaya sangat si Geletis ni ada kuasa Geletis super natural yang buat semua orang tunduk padanya. Kita kerja tungkus-lumus, dia dapat nama, lepas tu orang kata kita tak buat kerja, kita buli orang? Betulka dia ada kuasa yang begitu? Kalau betul ada, pun, kenapa harus takut, bimbang dan gusar? Eh sapa tak gusar dengan persepsi orang, kan? Orang pandang kita semacam, orang pandang kita dah lah malas, suka menolak kerja, lepas tu buli orang lain pulak?" Hakikatnya kita buat kerja, kan? So? kan? Sakit Hati? Bohongla tak Sakit. Tapi fikir balik apa tujuan kita di dunia ni? Nak dapat puji orang ka? I don't know about you, tapi kalau saya, tujuan saya di dunia nak beribadat menyembah Tuhan. Nak beribadat ni kenalah hidup, nak idup kena makan kena minum nak perlindungan tempat tinggal. Nak makan, nak minum, nak tempat perlindungan kena kerja.

Kerja tujuannya apa? Nak duitlah nak tampung keperluan hidup. Dalam bekerja tu adalah seribu satu halangan, rintangan yang terpaksa dilalu. Hadap ajelah, jangan amik hati sangat. Gantungkan hati pada DIA, kan. CUkup bulan gaji tak pernah kena potong, kena cemuh tu alah mulut orang. Susah? Susah sangat hati ini bila kena cemuh? Hurm kalau macam tu memang saya tak boleh nak tolong. Saya ni jenis mudah, saya cepat senang hati, saya cukup makan, cukup tidur saya sudah happy. Cara saya sangat mudah, sebab memang mudah kut bagi orang yang kuat berangan ni, dia berangan je dah happy.

Kalau tak pandai berangan kena belajar beranganlah,kan? Berangan yang boleh dicapailahkan, berangan nak kawen dengan Brat Pitt memang itu berangan gilalah, ada ke kije audit berangan nak kawen retis? Berangan sikit-sikit Auditi suka tulisan kau, ucap terima kasih sebab dah tolong selesai masalah mereka udahlah. Beragan lagi setiap kali pergi mengaudit auditi jamu kau makan sedap-sedap, kau dapat pergi tempat audit yang cantik-cantik, hotel besar ada diskau kaw-kaw masa kau gi mengaudit pun best jugak tu. Kije audit ni memang seronok, jer, boleh je benda yang kau angan-angan tukar jadi nyata. Apa yang kau bayang moga itu yang jadi nyata. 

Bebaskan diri dari bayang-bayang mengerikan. 




Membawang je Kerjanya====

Kita ni baik sangat ka? Saya sudah sampai pada satu konklusi kita ni jahat je jika kita rasa orang lain jahat. Kalau ada orang jahat tu, rekaan mungkin kita je yang lelebih. Saya ni feeling-feeling dah rasa macam alahai semuanya nadir, apalah yang kau nak kata jahat-jahat sangat tu. Kije gomen je pun, semua orang Islam, bukan ada Yahudi, Nasrani yang nak heret kau tukar agama pun, kan?

Owh kunun meroyan pasal orang dah ada laki dok bontot lelaki lain tu jahat ganggu gugat emosi dan kestabilan saya tu? Owh saya dah ok dah, dah tak marah dan kata dia jahat dah, sebab saya kira dia tu tak nasib baik kut. Ada laki tapi dapat laki jenis buat bodo jak kat bini, hat bini ni plak tak reti kut nak luah apa-apa, atau dah luah pun laki buat tak faham. Iya betul memang ade je kawan komplen, ada laki pun bukan semua komplen boleh kita henyak kat laki, ada komplen baik senyapkan aje, kalau diluah, makin sakit hati kita. Kawan tu cakap macam ni "kita kalau sayang kije, jangan komplen apa-apa kat laki, nanti tok laki suruh kita berenti kerja" Kalau dah looovveee sangat kije tu kenalah pepandai jaga diri, laki dah tak kasi kije ko nak kije jugak, jangan sampai kerja punya kerja sampai sakit-sakit udahlah ya. Dahlah sakit, luah kat bos ada staff bawahan naik angin pulak. Nasib baik dia pandai healing, kalau tak ada yang dah ditariknya rambut kau, marah-marah macam orang gila. 

Nasib baik dia pandai cakap pada dirinya, "lantakla dia nak nagis kat sapa pun, kan bos dia jugak. Dan tugas bos kalau dah nampak anak buah tu macam dah nak barai, kena tegur, kena tunjuk empati, simpati. Yang haku ni nak teremo-emo dah kenapa pulak? Cemburu/marah tak memasal, kan?" he he he---- Kira heal diri sendiri dengan seek to understand---Cuba faham kisah orang dah kawen, walau sndri tak kawen lagi. Kena faham, laki tu bukanlah tempat kaunter pengaduan awam pun, kan? Lepas berempati sikit, kasihani orang yang dah kawen tapi tak de tempat nak mengadu/mengada-ngada. Kesian dia. Tak reti, tak de tempat nak healing sampai sakit-sakit.

Semalam aku gi Banting, patut semalam sebelum tu pun aku dah ke Banting, tapi sebab aku kena gi spital, so aku kira tertinggal sehari di Banting, dan teruslah tetiba sampai-sampai Banting, Pengarah ajak saraplah pulak. Pengarah sebab semalam dah bermesra-mesra dengan team yang lain, dia pun teruslah mesra dan sangat vocal macam dah bertahun kenal. Atau dia rasa audit ni tempat dia curhat kut---macam-macam dia hambur, benda yang aku rasa dia patut "simpan". Ajak-ajak makan je terus dia sembur sikit lebih kurang "Ni ramai pensyarah saya ni yang minta pencen awal, sebab tak berminat dengan perkerjaan sekarang" Dia kata orang macam tu dia tak akan pujuk, tapi ironinya katanya lagi "Yang minta berenti kerja tu orang yang function, orang yang tak function tak pulak nak berenti. Ni datang audit ni nanti, terkeluarlah sapa yang buat onar tu" Lalu timbalan Pengarah pun cakap "terasa pulak saya" aku pun pintas, "Dia perform tapi dia tak pandai healing, kita pandai healing"---

Macam gitulah isu dia saya nampak, orang deep vs orang shallow. Kita yang deep ni sering rasa annoy dengan orang yang shallow. Pekerjaan pensyarah umpama ada je ditukangi orang pensyarah yang gitu-gitu, suam-suam kuku. Tapi macam gitulah tu, yang suam-suam kuku helok jak tak reti nak berenti, yang perform pulak sakit ati amik keputusan isi borang berenti.

Tadi pagi aku bersarap dengan kawan opis, ceritanya macam itu jugakla kawan-kawan ku yang deep ni melihat ada satu minah geletis shallow bakal mengancam kita semua. Aku cakap begini saja--- kita apa yang kita bayangkan. "Jikalau kau rasa dia akan beri impak negetif pada kita ia akan berlaku, jadi bayangkan yang indah-indah saja"

Saya tau benda tu susah, tapi saya dah reti macam mana--- saya akan ajarkan kawan saya begini. Saya larang dia membayangkan yang negetif-negetif---apa negetifnya nantilah saya cerita. Saya ada benda nak settle ni, tak nak tulis yang negetip, nanti terbawa-bawa pulakan elemen negetip tu, kan--  So, saya tulis yang indah saja. Yang indahnya, kami berlima berkerja dan team kami dapat hasilkan satu kajian yang bermutu, mutu tu aku nak cakap pun tak reti. Mutu laporang audit ni senang je, benda yang kau tulis auditi suka baca, apa kau tegur, laju je dia respond dan seterusnya hasil dari teguran tadi, orang lain pun akan cakap "Hah ni nasib baik audit datang"

Tuesday, February 7, 2023

Eh Bukan Dia Ada Laki, ka?

Orang besar-besar kayangan terluka dengan perkara-perkara besar macam ekonomi negaralah, isu akhlak remaja makin merosotlah, bla bla bla perkara-perkara besar. Owh Negarawan yang terhenyak pilu tu, kali ni dia tak pilu dengang kengkawang penulis dia yang durja-durja sanggup tulis cemar penulisan tinggi negara dengan tulisan lucah-geletis demi populariti, tapi dia terhenyak pasal kerenah penerbit lintah darat yang menyukarkan urusan dia. Penulis, karyawan agong mestilah kena uji dengan penjahat-pendurjana yang gadang jugakan? Barulah boleh bergelar karyawan agong.

Kita yang cikai-cikai ni, lintah hisap darah masa hiking pun dah terjerit-jerit luka berdarah. Itu belum lagi menapak tinggi pacak, rasa macam nak putus jantung lagi tu. He he. Luka fizikal tu kita pergi stretching, kalau teruk sangat pergi urut, oklahkan. Luka hati? Hurm tadi radio cakap pasal luka kena rejek, kena tinggal kekasih putus cintalahkan? Apalah sangatlah luka kita yang besar-besarpun, sekadar kena rejek pakwe/makwe je. Lagi satu luka sendiri punya masalah yang sangat cemburu ni. boleh?

Kau dahla tak de laki sebab perangai kau yang sangat penjeles, habis laki-bini orang pun kau nak jeles jugak. Itu sayalah. Saya taklah jeles dengan happy couple, tapi sangat marah kalau orang dah ada laki, dah ada bini, sebok nak mengeletis, curhat dengan couple orang lain. Mulalah saya cakap "eh laki/bini kau mana, yang dok nangis-nangis depan laki/bini orang lain ni? Kalau kes kena dera dengan pasangan tu dan yang mendengar rintihan tu pihak berwajib macam polis atau pegawai pejabat-nikah-cerai tu okla bolehlah kita terima, kan? Ini dok merintih dengan yang tak diberi tauliah tu memang saya geramlah.

Eh orang dok curhat kat laki orang dah macam orang mencurhat kat laki engkaulah pulak, kan? Begitulah jadi sangat geramnya, sampai rasa nak koyak-koyakkan orang yang menggedik curhat sana sini tu. Ini apa cerita ni, hah ni lah kat opis ni bos saya yang lorat tu, kan, hah kau dia menangis-nagis depan bos yang dia dok bontot selalu-selalu tu. Ceritanya macam gini, hari Jumaat lepas kat opis ada baca yassin dan ada orang sponser bihun sup. Punyala banyak lebihan, sup, bos kecik seksyen kita pegi GRAB kaki ayam onkan dalam periuk nasi letrik.

Bos-bos ni agaknya Jawa kut, derang gemar sangatlah kaki ayam yang derang panggil caker ni. Bos besar pun suka, jadi lepas solat Jumaat tu dia repeatlah caker tu lagi. Sambil-sambil hirup sup tanya progress kerja anak buah. So dia amiklah sikit masa terlimpas la itu jam 2.45 tu bawa sampai dalam 3 lebih gitu. Hah si pembontot tegar udah gelisah ni nunggu di bilik bos, mana bos suda pergi. Bos takkan pergi mana pusing-pusing kalau tak ada di tingkat dia, ke tingkat kami le perginya. Dia pun watsap penyelia kami if ada tak bos kat atas. Hakak punyalah khianat suruh tangkap gambar bos tengah hirup sup caker send sama dia. Apa lagi dibalas semula agar bos segera turun kerna dia sudah menunggu di biliknya.

Haku punyalah hadooooiii,,,,, apa lagi lah maunya dia, tetiap petang mau discuss, discuss, discuss. Pendek cerita bos pun pergilah attend dia, setelah kami perli-perli bos, (kami tu saya) peminat bos dah tunggu hah gituhhh---Pendek cerita lagi, agaknya si pembontot tu dah terasa kut, orang dok pandang dia semacam sebab tiap-ada peluang nak berdiscuss dengan bos, dia pun ajak penyelia sekali. Pendek cerita lagi, bos pun rasanya dah bosan asyik nak berdiscuss je, bos pun psiko dia agar dia mengaku dia tak sihat. Mulanya dia tak nak ngaku, last-last tersedu-sedan dia mengaku yang dia sakit. Bos suruh dia cuti je. 

Hurmm kau rasa dia nak cuti? Tak de maknanya. Lagilah dia nak tunjuk dia tak sakit. Hari ni aku yang cuti sakit. Itulahkan, rasa memang meluat, tapi nak meluat kesian, pun ada. Punyalah nak tunjuk "aku boleh, sampai dah sakit pun masih mau kerja" Lepas tu cakap saya tak mau dipersoalkan di akhirat kelak" iayalah tu kau rajin sangat kerja sebab tak nak dipersoalkan diakhirat nanti atau sebab kau nak impresskan laki orang?

Laki kau mana? Skeptis? Hurmmm---itulah kesakitan saya pada minggu ini. Saya kena belajar merawat hati agar tak sakit hati melihat gelagat orang yang dah ada pasangan tapi mencari-cari yang lain untuk mengadu-sedu-sedan. Hari itu saya dah bagi satu das dekat pembontot tu begini "minta sama Allah bukan minta sama KUAD" KUAD stand for Ketua Unit Audit Dalam. Itu pun dia tak reti bahasa kut. Iyalah saya ni kuli-kuli je, mana maunya dia dengar cakap saya. 

Dah tetua lagu tu, kalau laki sendiri tak layan, carilah ALLAH, dok pi bontot laki orang dah kenapa? Laki orang dah lemas suruh kau cuti sebab kau sakit, pun masih tak reti-reti bahasa jugak,kan. Eh mana kau letakkan maruahmu sebagai seorang perempuan, kan?

So the morale of the story, sapa yang kena pergi healing ni? At least dia nak healing dia ada laki orang yang akan dia tuju untuk nangis-nangis, hakak yang jeles, meluat ni nak menangis kat mana? he he--- Jom jom weekend ni kita santai-santai kat mana-mana ek. Nak membawang pun dah habis bawang dah aku kupas bersama geng-opis ni. Lagi satu taknaklah kupas banyak-banyak, kita pun tak nak orang lain pulak sama naik dapat penyakit aku yang marah kalau orang healing-healing kat laki orang lain. Biarlah saya seorang yang begitu. Kalau ada ramai macam saya boleh huru-hara opis tu kami bikin. 

Thursday, February 2, 2023

TERHENYAK PILU PART 2

Saya nak sambung lagi sikit pasal terhenyak pilu ni lagilah. Kalau semalam saya cerita alam indera kayangan FB, hari ni nak cerita pasal marhaen-marhaen kat real life je. Semalam bakat otak kanan creative, hari ni more teknika, otak kiri, orang akaun orang kerja kira-kira yang tak le perlu sangat kretip-kratip ni. Kalau terlebih kreatip, jadi kreatip accounting boleh cas bikin jenayah kolar putih, financial statament fraud. 

Kat sini belambak pelaksana yang ada dergree pun. Kami tak macam cikgu, habis je sambung belajar terus dapat naik P&P. Sini kena tengok ada kosong kat tidak. Sebab P&P ni memang terhad, lagi kena bersaing pulak dengan budak fresh baru graduate, memang persaingan itu sangat sengitlah. Kalau umur nak masuk senja macam saya ni tok sah berangan yang dapatlah jawatan tu. Sendri mau ingatlah. Bila dah sengit tu macam-macam hallah yang terjadi, kan. Macam saya kira sedar diri ni, idaklah frust sangat bila kena rejek. How about yang muda-muda ni yang memang ambil insiatif sambung belajar sebab nak memperbaiki ekonomi keluarga?

P&P dah terlepas, cukup haul naik tahap penyelia, pada gred pelaksanaan, sekali lagi dia terlepas peluang. Dapat TBK je. Memang betul TBK menawarkan gaji yang sama je dengan penyelia yang ada tu, tapi kau pelaksana biasa je sama dengan pelaksana yang lain tak de kuasa menyelia. Finelahkan, gaji sama, tapi tanggungjawab lebih ringan. But then dalam cerita yang aku nak cerita ni, Gaji sama tapi kau pulak yang kena menyelia, penyelia yang sepatutnya menyelia buat bodo. hehe. Katanyalah. Lepas tu suka take creadit. Dah dia yang selia, tandatangan, semua nama dialah. Nama kau kat celah mana pulak nak naiknya, kan?

Dah tu pulak kau memang tak boleh belah dengan perangai penyelia yang super kekwat ni. Bos pun dah perasan Penyelia ni shallow, bos kata sebab "ouh, lack of experience, diberi peluang nanti deeplah dia" Tapi honestly aku sendiri pun skeptik budak ni boleh ada bakat berpikir aras tertinggi. Kerja setakat pelaksana ni kan setakat diploma je. Nak amik dergree pun tak lepas, kau nak expect dia tinggi macam mana pun,kan?

Tapi one thinglah aku perati antara dua budak ni, satu tu happy, yang satu yang deep ni macam tak happy, dan ada ketika aku keluar-kelaur makan dengan dia pun dia ada cerita dia stress, dan sangat beruntung suami payung. Mujur ada suami,kan. Macam manalah dia tak stress, kau bayangkan, suami dia terpaksa berhenti kerja sebab nak jaga anak dia yang ada masalah jantung. Dari segi ekonomi memanglah ok je sebab suami dia pandai masak dan tak menang tangan ambil upah katering sana-sini, Rezeki anakkan sentiasa ada. Tapi lately mungkin dia stress sebab anak dia nak kena bedah lagi. So, anaknya akan tantrum, kata dialah. 

Itu masalah di rumha, kat opis pulak kena hadap minah gedik tu, bos pulak satu hal dok cakap dia cantik, dia tak cantik, macam favour yang cantiklah pulak. Iyalah penyelia yang shallow tu cantik, kawan saya yang kena cover penyelia cantik ni, tak cantik. Ada ramai je orang cantik yang deep, tapi nak dijadikan cerita cantik yang ini shallow. Dahlah shallow, gelitis pulak tu. Ada aje orang yang shallow tapi sedar diri, humble je. Orang dah payung  kau, bukan kau nak tunjuk apprisiasi, kau caras lagi orang tu, dengan berlagak semua finding kau yang punya. Bila orang soal deep sikit mulalah kau meroyan, bersungut, itu ini. Benda kecik je pun kau nak besar-besarkan, kunun banyak kerja. Lepas tu, kau pass balik kat empunya findings sebenar. Fungsi kau tak ubah macam pos men je tapi kau ambil all the credit. Manalah team member tak bengang,kan.

Dari hari ke sehari, aku dah macam naik risau pun ada takut rasa tak puas hati terlepas peluang naik P&P dan Penyelia ni jadi kawan aku frust. Sebolehnya aku mau dia happy, dan usah ungkit sangat si shallow ni. Aku rasa keputusan naikkan si Penyelia cantik geletis shallow ni satu keputusan yang silap. Kenapa aku kata silap, Manusia shallow tak de peluang nak deep ka? IQ itu statik ka? Tak juga, sebab aku percaya environment lagi penting bagi memupuk daya fikir seseorang. Dalam kes Sicantik, laras suasana macam dia ditempatkan buat audit prestasi yang perlu daya fikir kreatif dan dalam ni, ada cerita tak sedap sebenarnya. Kawan-kawan dia kata orang fitna dia, tapi yang tak pro sama dia kata "amenda fitnanya memang kau geltis, kau cari pasal bla bla bla"

Dia cantik, kan, so semua jantan ni angaukan dia, so ada satu jantan dah terangau dah ganggu keharmonian dia, katanya. Sebab itulah dia terpaksa dipisahkan dari jantan hidung belang tu. Cara memisah tu dengan memindahkan dia ke tampat kami yang tak cantik-cantik ni. Gitulah kisahnya. Bila kau join kami dengan latar negetip, persepsi begini susahlah orang terima kau,kan? Susahlah proses pemupukan pemikiran aras tinggi tu mau berlaku.

Apa akan jadi? Jadi suasana tak harmoni,lah,kan. Sampai tak mustahil kita berlaku tak adil, zalim kepada orang lain. Itulah jadinya kita rasa kita mangsa, tapi kita memangsakan orang kita tak sedar. Hidup di dunia ni saling tolong menolong, tapi kalau dah jadi puak tak cantik vs cantik, hah kau rasa? Hurm. Kalau kat tempat kami ni, yang cantik tapi shallow, lepas tu geletislah pulak, memang akan jadi lauk. Ni Mama Firanah semua ni. he he, kita yang tak cantik tapi deep ni patut bimbing dia jadi deep, tapi takut nanti kita baham dia hidup-hidup. Nauzubillah minta dijauh tuhanlah,kan. Saya awal-awal lagi dah kasi warning, "tu fren kak Mar, akk tau dia tak sesempurna mana, tapi kalau kau nak kutuk dia jangan kutuk depan hakak"

Lantak kau le bebebudak, akak perati dari jauh jeerrr. Nak curhat boleh saja, cur lah sebanyak mana pun, lepas tu akak belanja kau coklat je lah. Nak ajak kau tengok waterfall, weekend kau busy tolong husband buat katering.

Wednesday, February 1, 2023

TERHENYAK PILU?

Dok cakap pasal healing ni, kan aleh-aleh jak lalu satu post kat FB wall saya dari orang yang bukan calang-calang. Ahli fikir negara, sarjana menara gading. Secara personal memanglah ada kengkawan pensyarah ni, tapi hat pensyarah bidang teknikal, IT, kewangan jer. Kawan-kawan saya beshe-beshe je. Kalau borak pun pasal makan, anak, makan, makan, senaman dan kecergasan lewat usia begini. Remaja purba ni, kami dari dulu memang itulah topik kami, makan-makan dan kesihatan. Kalau cerita politik pun remaja purba ini lebih suka sokong jak sapa kau pilih tu.

Ni kawan FB ni level dia kayangankan, so persoalan, pemikiran dan permasaalahan dia mestilah lagi berat, so aku rasa dalam keadaan hari ni pastilah banyak yang dia tak agree dan dia tersakiti dan perlukan healing. Apa pasal aku berani sangat tulis macam itu. Aku kenal dia bukan bermula dari FB, tapi dari satu ceramah yang aku wakil bos aku. Ceramah bahasa, budayalah. Bos mana nak pegi, so aku pun no neng-no-neng pergi. So, mestilah dia ingat aku bos, tak padahal kuli jeeerrr----

Aku bukan nak acting bos, tapi kau bayangkan kalau dia tahu bos aku wakilkan kuli cikai jer dengar ceramah dia, lagilah dia down, kan? So nak ceritalah sikit nape aku kata Sarjana besar Negara ni perlukan healing, seba masa ceramah tulah dengan memek-muka dia, dengan bla bla bla dia sampaikan segala isi hati dia. Aku pikir balik, apa Audit Dalam boleh buat, pun nak bantu dia, kan? Aku makan mee goreng, aku minum air kopi sedap aku happy. Happylah sebab dapat 1 hari berkursus.

Masa nak pulang tu, aku gegedik minta bergambar. Dia pegang tangan aku, suruh aku tulis. Erkkkk??? aku telan liur, aku senyum. Balik rumah, dapat notifikasi kursus aku PSU dah approve masuk senarai Kursus, aku happy aku lupa. Tapi bila hari ni aku baca tulisannya di FB, aku sayu. Aku rasa macam nak ajak dia tengok waterfall je he he--- apa dia tulis meh aku salin, nak salin ke nak screen shot---


Kita baca, kita terciduk, terasa kepiluan Sarjana Besar ini, tentang bakat yang dihenyak dan dipijak pilu. Sapa yang menghenyak, sapa yang memijak? kan? Sebagai Juruaudit, apa yang boleh kami bantu bakat-bakat yang terhenyak dan terpijak ni. Bakat yang ada kat dalam ni pun banyak yang terhenyak terpijak, tak dapek nak tolong, nak tolong bakat luar he he----

Tolong derang ni healing-healing boleh leeerr--- I mean bakat kat dalam ni leerrr---kau nak buat macam mana kau tak de network, kau tak pandai mengeletis, (aku rasa semua orang pandai geletis, tapi kau benci mengeletis) so kalau si geletis tu yang naik, hinjak-hinjak kau apalah kau nak buat, kan? Buat bodoh ajelah kan? Healing-healing sudah---makan-makan nanti makin buruk, gemuk, gedempol, nak jalan pun tak larat, kan susahkan diri sendiri juga tu?

Nak sama naik mengeletis, nak disanjung, rentikan leeerrr---

Hari ni, kan bila aku baca coretan Sarjana Besar tu, aku macam nak pegi je jumpa dia, dan cakap macam gini

"Prof mesti tak ingat saya, tapi saya ingat Prof---Nak bagi tau saya pernah dengar ceramah Prof, dan Prof ada suruh saya menulis, tapi saya lupa nak cakap, saya kalau nak nuleh, saya nak buku saya laku, dan saya perati, la ni kalau nak laku keras, kena pandai mengelitis di media sosial. Saya tak cantik saya dah tua, kalau silap geletis, buku tak laku kena kutuk, murung sepanjang hari, takut nanti masuk Tanjung Rambutan" he he---

Provoke? Kalau kau rasa saya memprovoke, terpulang, tapi itu ikhlas hati nuranilah, hasil pemerhatian saya. Nak laku keras tak mau terhenyak pilu kena pandai bercumbu-cumbu mesra dengan media-social, FB, tik-tok, insta bagai nak menjual diri, jual bakat,---- Kalau tak pandai baik jaga weight, bakar kalori dengan jalan-jalan dalam hutan, jalan-jalan dalam shopping mall.

HEALING???

Apa kau faham dengan maksud healing ek? Kalau saya satu je. Healing dari kena rejek dengan orang yang kita sukeleeerr--- Lagi satu mintak kerja kena rejek. kena rejek dari team,  I mean rejectionlah sama ada work related or relationship related-orang x nak kawan dengan kiterrr, kita tak cantik, orang ban kita join dia pi soping baju kebaya, gi makan-makan, tengok wayang dengan dia. Itu masa muda-mudalah. Dah masuk 50, ko rejekle ke mana pun,kan---acik is ok je. 

Bab kena rejek ni sebab dah beshe sangat so, dah imune, ko rejek aku ada je tempat yang terima aku. Paling-paling dah semua rejek, I know satu tempat, satu orang yang tak akan rejek I, iaitu my mom. My family, adik-adik sepupu I dan jiran-jiran I kat kampung. Lagi pun dah tetua ni sepatutnya fokus nak mati, ajelah, nak beramal, nak jadi hambaNya yang senentiasa mengingati DIA. Job kita kat dunia ni, the purpose of our being here, is tak lain dan tak bukan adalah untuk menyembah DIA. So, yang kau dok hingaq sangat, koyak-rabak kena rejek itu ini, aish buat buang masa je,kan?

Tapi orang kata kita ni ada hati dan perasaan, semua orang akan sedih kena rejek dan perlu waktu untuk proses healing, cuma lama atau cepat je. So, bila dah berumur macam ni, kita dah efficient rejection, so sekejap ajelah kita dah ok. Kalau ada benda perlu dia sembuhkan, mostly aspek fizikal. Ya bila dah tua dia terbalik, fizikal susah nak sembuh tapi hati, perasaan, cepat dah boleh kebah, dah.

Bila dah tua ni betul tak boleh buat lasak-lasak, tapi consistency tu kena ada. Kena aktif, kena sentiasa sentiasa bergerak, kalau tak boleh reput jadinya. So, saya ni memang jenis tak berapa aktif secara fizikal,lah, memang kena ada rangsangan yang kuat baru saya rajin nak aktif. Contoh pemandangan yang cantik-cantik, suasana yang segar, sunyi, dan saya paling suka kalau suasana hijau-hijau dalam hutan gitu, ada waterfall, ada tasik, hah. Memang saya suka. Pantai? Pantai ok juga, pendek cerita naturelah, saya suka. 

Shopping, pun saya suka gak, paling suka kedai emas leeerr---tapi seganlah, setakat gerling-gerling dari jauh tu, adalah. Saya bukannya mampu pun nak beli emas tetiap hari,kan? Kerja dah berpuluh tahun pun, rantai gelang, cincin semua mak yang belikan, adalah 7,8 kali saya masuk kedai emas, itu pun beli kan barang orang, hadiah. Sekali tu ajelah saya beli barang untuk diri sendiri.

So, benda lain yang lagi cantik dari emas, like I mention before is nature, meh sata velanja gegambar nature yang team mate saya ketik-ketikkan masa saya pegi hiking minggu lepas. Tempat ni memang best sebab tak ramai orang, kita naik sana sampai dalam 9.45 gitu, siap boleh masak-masak bagai, Dah nak zohor baru turun semula ke tempat starting point.

Moh le, jemput le tengok gegambonya yerk