Siapa Musuh kau? Kau berperang dengan siapa sekarang ni? UMNO lembu ejen Yahudi, ejen Mossad? Atau geng dek-dek Pelangi? Kalau aku bukak FB, bukak itulah sebahagian dari kawan aku share. Masuk group watsap geng minat politik (hat ni pro-UMNO) gitu jugakle lagu dia. Kalau geng PAS dengan Mason/Mossad Yahudi, geng MENO plak dengan takutkan dek-dek Pelangi.
Tula kalau masuk media sosial, tujuannya nak berperang/berjihad, hah dia jadi macam gitulah---sentiasa dalam mode siap-siaga bercerita pasal musuh. Apa pelan statergik kau nak lawan musuh ke hapa ke mana boleh tulis. Barailah kalau musuh tahu. Atau aku dok fikir, deme ni ada pelan ka? Bila masuk FB, watsap memng tak de plan dah melainkan menyemaikan rasa takut, rasa benci. Aku rasa itu sangat tidak baguslah, kan untuk anak-anak muda nanti. Aku pun tak suka bebenca menghasut-hasut benci ni.
Musuh yang korang momok selama ni aku pun tak pernah jumpa. So kalau kau kata gomen ni gomen Mossad, aku sebagai kakitangan gomen iya,kan aje lah,kan. Dan kat sini aku nak kbabo ke kau, tugas aku bukan nak menghancurkan orang, tapi nak pastikan oraganisasi tak bermasalah. Kerja siap tu sahaja. Tapi tu bukan bererti kerja ni senang. Tak senang. Macam aku cereta semalam, tak senang kerja dengan Mason bercetakkan Elon Musk.
Elon Musk tu kau rasa jauh, tapi bos aku memanglah macam itu peelnya. Elon Musk tu---jauh sikit ek, aku bagi Mother Theresalah hah, senang sikit ko nak membayangkannya. Depan orang pijak semut pun tak mati, depan pekerja hah siap kau! gitu.
Punyalah eksen dia. Hah la bos yang aku cerita dulu tu le yang suka ASAP-ASAP orang sampai aku dapat anxiety masa PKP hari tu, kan? Kau dapat bos macam tu, macam puaka tu, musuh utama kau bukanlah bos kau, tapi diri kau sendirilah. Macam mana nak pujuk diri kau agar boleh tahan dengan bos lagu ni. Ada orang tak tahan, solusi dia mintak tukar bos. Aku pun pernah satu tahap minta tukau jugak. Tapi tu tak dapat. Hurmmm dapat dia jugak. So, bertabah ajelah.
Dapat bos macam gaban lagu tu, macam manalah kau nak kije lagi lebih 10 tahun, nak mencapai umur bersara wajih. Uoit pening tu. Tapi gagahkan jugalah. Tahun pertama-kedua, memang macam neraka, tahun kedua, nak masuk ke tiga, ok dah. bolehlah. Dia pun dah tak kacau aku dah. Dia kacau SV akule. Dulu SV dulu tu tak function, itu yang dia turun padang, kacau direct kat kuli macam aku ni. Dulu yang kita meluat sesanggat tu, dengan SV yang tak function tu kemain ciumolot lagi dia. Kunun SV tu je yang faham dia, kita ni semua tak guna.
Lepas nak masuk tahun ke-2, aku pun tak taulah apa jadi, ntah macam mana politaik pejabat ni, ada rombakan, aku dapat tugas berbeza, SV berbeza, tapi bos dia jugak, tup-tup-tup semalam aku dengar dia Bos Puaka tu dah nak pencen. Uitss terkejut jugalah aku. Punyalah kerek masa baru jadi bos dulu, feeling-feeling kunun dialah game changer, tup-tup, tak de angin tak apa bagai, dia pulak nak bersara awal. Memang aku super terkejutlah,kan? Aku terus talipon mak aku, sebab aku rasa ni doa mak aku ni kut he he he----bukanlah mak aku doa dia berenti kerja, tapi doalah aku kat tempat kije sihat-sihat aje.
Iya kita nak kije lama lagi. Kenalah sihat-sihat, tak boleh stress-stress,kan? Orang kat pejabat ni ada dua jenis, satu jenis macam SV aku yang tak function tulah, functionnya tak ada, tapi dia punya kipas punyalah laju, bos sayaaaaannnnngggg---Kita pun bos sayang jugak. Tapi kita tak show-off je. Kalau si Puaka Niang rapik tu benci, bos atas lagi dari si Puaka ni pulak ada untuk back-up kita he he---gitulah.
Owh btw, bos yang sayang kita dah nak pencen tahun depan. Kau risau tak kalau kau jadi aku? Heyyy risau beb, tapi tapi kan aku dah cereta aku dah berdezup atur pelan mitigasi. Dia nak kije dengan Puaka ni senang aje, kalau kau rasa Puaka tu tak suka kau, kau kena ada satu lagi yang lebih Puaka untuk back-up kau. Memula tu aku taklah plan benda ni tau, tapi it happen Puaka yang lagi beso ni suka kat aku, so sebab tu aku selamat kut.
Jadi dari situ aku dah belajar dah satu benda. Puaka yang back-up aku dah nak pencen, ko rasa? Ko nak pencen juga ka? Eh jangan....aku baru 49 tahun. ada 11 tahun lagi to go. Kalau kau apa kau buat? Cari puaka lagi besar, lah--- he he, kan? Masa tu memang aku tak expect pun Puaka ni nak pencen, tu yang dah siap-siap dah cari sapa aku boleh jadikan back-up aku. he he he, tapi tu tak tau macam mana tah si Puaka ni akan pencen 2 bulan lebih awal dari Puaka-yang back-up aku tu. Tapi aku teruskan aje enggage dengan Puaka baru ni. Sebab dah connect line,kan takkan putus di tengah jalan,kan.
So gitulah cerita aku. How to Serve the PUAKA, you must have another PUAKA yang lagi senior, yang lagi besar untuk dijadikan MENTOR hah! gitu. Jangan salah pilih MENTOR, sudahlah ya. Nak pilih MENTOR kena sangat selective. Nanti aku senaraikan apa ciri-ciri yang perlu kau lihat sebelum kau nak jadikan orang itu MENTOR kau. Since aku dah ada Ijazah Sarjana, minimum requirement aku, MENTOR aku tu kenalah ada doctorate,kan he he. Tak semistinya, tak de paper pun ok. Tapi kena ada pengalamanlah. Requirement no2, dia pun kenalah jenis PUAKA jugak cetak-cetak ELON MUSK, Maya MUSK, Mother Theresa. Kalau setakat PUAKA cikai tak function, mengipas je kijenya, tak payah kau jadikan MENTOR, besok dia pencen tinggalkan engkau, kau memang terkontang-kanting jadinya. Dulu orang dah benci dia, bila dia pencen, satu ofis akan cari bahan nak kena-kan engkau.
Tapi kalau kau amik PUAKA yang betul, sekurang-kurangnya transfer of knowledge sudah berlaku antara kau dan dia, so, knowledge tu dah ada. Dia tak ada, pun kau masih boleh function seperti biasa. Tinggal macam aku, aku sahaja gatal, nak cari PUAKA baru. Inititally bukan nak cari, pun tapi aku rasa ilmu aku ni kurang, aku nak tambah ilmu. PUAKA back-up aku dia tak de formal pendidikan dalam bab analisa data secara berstruktur, nak sepadukan ilmu statistic dengan data-data yang telah kita orang kutip melalui, soal-selidik dan sebagainya, tu memang dia tak de, lah. Itu yang aku decide berguru pada yang pakar, kan? Itulah permulaaan ceritanya.
Lenlain tips, nanti aku cerita kemudian.
No comments:
Post a Comment