Kat gomen ni sapa kau nak serve kau tak boleh pilih-pilih. Tapi kalau kau nak memilih boleh jugak. Nak senang kau main borong aje. Sapa dapat kau hadap. Begitu juga dengan dia. Dia pun tak boleh pilih-pilih. Kiranya nasib baik kau suka dia, dia suka kau. Nasib tak baik macam akule dia tak suka aku. iuits tu memang sengsara. Tapi itu mula-mula aje, mana boleh dia lama-lama tak suka aku. Aku ni gitulah buat kata bos kat tempat lama aku, orang pandai macam aku ni semua orang suka. Campak ke mana pun aku ok je.
Kisah aku dengan audit negara ni memanglah masa mula-mula tu tak de orang suka aku atas faktor umur dan rupa. Dahlah tua bangka, gemuk, hodoh pulak. Tak de orang mau. Tapi tu lelama team aku semua suka kat aku, sebab aku ni jenis tak banyak songeh. Lagi satu aku ni jenis sedo diri, kalau orang tak suka buat hal kita sudah.
Satu benda yang aku belajar dalam dunia pekerjaan, ilmu itu penting. Seluas mana ilmu yang kita ada, pun, kita tetap kekurangan. Masuk tempat baru kena belajar lagi. Tanya ramai orang, walah kadang tu benda yang kita tanya tu kita dah tahu, tapi tanya saja, sebab kadang tu orang melihat sesuatu itu dari pelbagai sudut pandang. So, lagi ramai orang kau minta rujukan, lagi banyak benda kau belajar. Lagi pun kije mengaudit ni ada berkait rapat dengan menulis. Nak bagus dalam penulisan, kena ada input. Lagi banyak kau bertanya, lagi banyak kau berbincang, lagi banyaklah rencah-ratus yang boleh kau goreng.'
So, berbalik pada bos aku yang dah angkat bendera nak bersara pilihan tu, dia dah kijeeee banyak lama. Tentulah dia ada banyak ilmu, cuma aku pun tak tahu kat sini mana silap dia, dia pun give-up. Itu dia punya pasallah,kan. Pasal aku, sebelum dia belah ni, aku nak korek apa ilmu yang dia ada, agar berpindah kepada aku. Eh kau kata dia tak suka kau. Memanglah tak suka, tapi dia tu jenis yang show-off,kan? Orang show-off ni dia suka tunjuk dia pandai, kalau kita pergi kat dia sebab nak tanya pandai dia memang dia mengelinjang keseronokan.
itu cerita aku, ni aku nak cerita pasal ada sorang staff tu yang ntah apa ke gilanya, dia gila sangat nak dipandang tinggi/mulia. Dia memang dah mulia dah, tapi tu ntahlah dah kenapa tah, dia tersilap langkah kut, terjebak bertembung dengan orang yang tak berhati perut. Itu menurut dialah. Aku iayakan aje cerita dia. So, la ni dia cuba nak melepaskan dirinya dari orang tersebut. Dia nak masuk unit jiran akule---punyalah dia terdesak, sampai satu tahap dah heboh cerita kununnya dia berbuat mulia/menyelamatkan aku dalam satu insiden. pergh!!!
He he macam mana aku boleh masuk dalam drama dia ni? Cerita tu cerita hebat, kunun dia "payung" aku. Heboh satu ofis kata gitu. Ntah macam mana cerita tu sampai ke aku, terburailah cerita sebenar yang tak ada pun isu payung-memayung ni. hah kau! kalau aku cerita, cerita belah aku, jadi cerita lain pulak. so, aku pun tutup mulut. Kalau orang nak tanya banyak-banyak, aku apa susah, aku tunjuk ajelah online transfer yang aku dah bikin, sebagai bukti cerita payung memayung itu tidak wujud.
Kesian. Dari kau berusaha keras nak tunjuk kau mulia, sekarang ni dah jadi apa? Hadoooiii---- tu lah hidup ni kena banyak berhati-hati dalam memilih fokus hidup. Fokus pada perjuangan diri, betulkan diri, sibukkan diri dengan aktiviti yang membina jati diri. Pergilah melancong, mengembara, bersukan, beriadah. Rasai makanan-makan sihat, berkhasiat, beroganik, pergi spa, ke, saloon ka, happykan diri.
Jangan peduli sangat hal orang, nanti silap peduli, memakan diri lagi tak dihargai.
No comments:
Post a Comment