Monday, September 26, 2022

When Monster Rule--- (sekadar ada, jangan tak de langsung)

Kadang tu budak-budak ni kita kena ajar dia juga macam mana nak hidup dalam alam-maya. Bukannya apa kadang tu terlalu nak jadi "be your self" sampai ada yang buat bebenda ntah apa-apa tah kan. Benda yang derang buat tu kadang bikin netizen melompat-lompat kesakitan, je. 

Seram-sejuk juga kita yang dah masuk level nenek-nenek ni negok derang ni begaduh kadang tu. Sorang tu nak sangat be happy be true to him/herself, sampai botakkan rambutlah, yang pempuan pakai baju lelaki, lelaki pakai baju pempuan, yang jenis tak suka pakai baju, hah! telanjang bulat terus. Atee--- kata be true to your self, be happykan? Dah dibuat lagu macam tu, ko fikirlah macam mana gamatnya dunia maya kita yang tak le luas bebeno, pun, kan?

Ko rasa bebudak yang macam ni, kita nak buat apa dengan mereka? Saya geleng-geleng kepala ajelah. Doa je dalam hati, nak doa apa pun tak tahu. Doa kita sendiri tak terkesan, tak teremo. Mula kunun nak mengajar, membimbing, sudahnya kita pulak yang kelihatan seperti manusia yang tidak rasional di alam maya, kan?

Selalu ingat tamadun manusia akan runtuh jua. Ending tu memang dah tertulis begitu. Iblis dan Syaitan akan menang. Nak tunggu Imam Mahadi, saya rasa 7 keturunan saya pun tak akan jumpa rasanya. Jadinya tinggal pesan pada adik-adik, anak-anak agar tak lupa Tuhan, tak lupa diri, tak lupa tujuan kita hidup di dunia ini. Iaitu mengESAkan Allah yang maha besar. Hidup ni simple aje, tapi kenapa yang nak disusah-susahkan memang susah, sebab kita nak hidup kena makan, kena minum, nak makan nak minum kena kerja. Bila keluar bekerja tu kadang kita lalai-kita lupa tujuan sebenar kita di sini.

***

Owh semalam saya tengok ntah ada apa cerita tah pasal orang, perempuan suci agama kristian yang tinggal di sebuah biara. Dia digoda setan. Setan mau menyesatkan penghuni biara agar menyembah dia. Apa yang iblis mau? Iblis mau perempuan ini berzina, mengajak kepada zina, membunuh dan sebagainya. Setelah perempuan ini terjerumus melakukan perkara keji ini, dia pun diangkat sebagai ketua birawati. Dalam acara menobatkan perempuan ini sebagai ibu birawati, satu acara mabuk-mabuk dan pesta seks sesama jenis berlangsung. Mujurlah itu semua hanya sebuah mimpi sahaja. Di akhir cerita perempuan suci itu mati, sebab sakit. Kenapa dia sakit. Masa dia digoda oleh iblis, dia telah merotan dirinya sendiri sampai pengsan. Itu pasallah dia sakit dan seturusnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Masa dia sakit nak mati, tulah yang dia mengigau benda yang bukan-bukan tu.

owh---barulah saya tahu, kalau pengikut iblislah yang diangkat jadi Ratu, kita semua pesta arak dan pesta seks rupanya he he he ---- Patutlah semua orang agama tak kira, apa agama sangat takut dengan Iblis besar yang mereka labelkan sebagai Dajjal. hadoooiii kenapalah benak sangat saya ini kan? 

Friday, September 23, 2022

When Monsters Rule (Mengonten vs Mengua)

Tak boleh move-on lagi pasal mendidik anak. Macamlah kau tu ada anak, kan? Tak ada anak, pun ada adik sepupu, anak sedara sepupu, anak kawan opis dan macam-macam anak lagi ada.  Suka tak suka terfikir juga, kan, apa strategi kita nak ngadap hari depan agar generasi kita tak hanyut dalam dunia hedonista yang kelak akan melunturkan nilai manusiawi jadi haiwani.

Lagi-lagi pulak kita ni orang Islam, memang jalan menuju syurgawi itu bukanlah semudah ABC. Ada setan, ada iblis yang bersumpah untuk sesatkan kita. Nabi pula cakap, lagi jauh kita dari dia, kita makin teruk, makin teruk, makin teruk---teruk kearah menyerupai haiwan. Gasar, hidup bertuhankan nafsu-serakah. 

Kita tak naklah anak-bangsa kita end-up jadi haiwan, kan? Life ni cuma ada makan, minum dan mengawan. Mengumpat, bergosip, lepas tu bergaduh-berperang sesama sendiri atas isu-isu remeh, temeh. Itu je. Kita jadi hamba hawa-nafsu, kita lupa Tuhan. Kita lupa jalan pulang. So, agar kita tak lupa kita kurung anak kita? Kita hantar anak kita ke Pergunungan Himalaya untuk dia beribadat sepanjang masa. eh kenapa tak Mekah saja? Kenapa Himalaya? Mekah ramai orang. Penuh manusia. Manusia jalang macam Sajat pun boleh masuk Mekah. Kotor tu. Himalaya, ni je rasa orang-orang macam Sajat tak sanggup nak pegi.

Actually why Himalaya, sebab saya terinspirasi dengan anak Ananda Krishnan. Iya dia duduk menyami di Himalaya sana. Bapak dia kaya, jadi bolehlah anak dia bersenang-lenang di atas Gunung sana. Kita ni cukup bulan cukup gaji je. Kuli-kuli saja. Kalu tak kerja alamat tak berasaplah dapur. So, kenalah bercampur dengan masyarakat untuk sesuap-nasi. Hurm bila dah bercampur-campur tu gitulah tu, boleh kita larang anak kita sesuka hati kita. Ban internet, ban itu, ban ini? Mustahil, kan? Itu kalau kaya kita antar je dia ke Himalaya, sana tak de line internet. Hantar kat Mekah, Madina, la ni dalam sana pun boleh amik gambar, selpie sana-sini. Apa barang tu. Objektif kita nak menguakan anak kita. Dah dalam masjid pun line internet boleh masuk, tak tercapailah Objektif dia, kan?

So, apa pilihan yang ada, terpaksalah ikut dia support buat konten jugalah, kan? Ala buat konten sempoi-sempoi. Macam saya pun ada konten, konten masak-masak. Tapi budak sekarang mana reti masak-kontenkan la muka sendiri. Nak konten muka sendiri kena cantik ka? Sapa kata? Meh aku tunjuk muka average serapik-serabai pun boleh mengonten jugak kalau kena caranya. Ko tengoklah contoh retis kat bawah ni yang cuplik derang punya konten. Lawa tak semana, pun, tapi ada gaya. Meh-meh-meh meh kita tengok. Ala guna je format derang ni, kan senang. Kalau bakal bos tengok profile anak-buah macam ini, idak le bos rasa budak ni pelik ka, hapa ka, mental ka, simple-simple je orang dia. Nak amik kerja pun senang hati.

Budak ni rupa memang tak ada la, tapi ada gaya. Buat bikin poster boy sambal nyet-nyet pun laku ni

Minah ni pulak, muka macam baru lepas kena tinggal bf, tapi tengok caption, fuh tabah ni. Kalau amik dia kije, gerenti, berdedikasi minah ni.

Ha Mamat ni pulak, rupa macam bigau-bigau, tapi tengok apa dia tulis, hurm, ni amik kije pun ok, buat menantu ni pun bagus jugak ni. 



Thursday, September 22, 2022

When Monsters Rule

Bagaimana baik pun seseorang itu dia pasti a Monster di mata haters,kan. Sapa betul sapa salah tu tak tahulah kita. Tak usah sangat kita fikir-fikirkan sebab itu urusan Tuhan Maha Besar. Hari tu saya ada cerita pasal gegedik buat konten, kan. Pendapat saya konten yang baik boleh bantu dalam kerjaya masa depan. Sapa yang langsung tak de konten satu masa nanti akan tertinggal. Itu pendapat sayalah. 

Ada pula pandangan budaya konten mengonten ni akan meruntuhkan ketamadunan Manusia. Itu memang saya setuju pun. Kan Nabi dah cakap kita ni makin lama makin teruk sampai satu masa besok bila Dajjal dah keluar kita kena tambat anak bini kita? So selama sebelum Dajjal keluar, bukan kita patut didik anak bini kita agar tertambat, ka? 

Itu satu persoalan yang sangat membingungkan bukan? Mujur saya tidak punya anak. Kalau saya ada anak memang saya biarkan aje dia. Ikut minat dialah, asal jangan dia taksub dengan likes and view di dunia maya sampai dia tak ada life dalam alam nyata, sudahlah,kan? Nak mengajar bebudak ni agar "duduk dalam gua" memanglah tidak saya tahu.

Takkanlah kita nak paksa anak kita agar langsung tak de life di dunia maya,kan? Susah juga tu. To me asal konten dia tak meroyan-merintih-itu tak adil, ni tak adil, sudahlahkan. Kalau kau nak marah-ko-luahlah marah kau di dunia nyata sahaja, jangan bawa ke alam maya. Banyak kaedah macam mana nak urus marah yang dikendalikan oleh pakar-motivasi, ustaz-ustazah. Tak payahlah nak meroyan kat dalam akaun media-sosial,kan?



Monday, September 19, 2022

Me Me Monster Part 3

Tetiba ada dapat fren request yang rasa penulisnya pelik. Kebiasaanya kalau dapat fren request dari orang tak kenal memang saya decline je. Tapi yang ini sempatlah saya bertanya kawan-kawan yang merupakan mutual fren saya. Both yang saya tanya kata tak kenal pun minah/mamat pemuisi ni. Tapi derang accept je sebab derang orang business.

Ntah kenapa tah saya bersusah -payah kepochi tanya sana-sini tu tak tau le. Tapi sebab puisi ini yang pada saya annoyinglah.. 


Dia menulis tu macam dia nabilah pulak, saya rasalah. Saya tanya kawan. Kawan pun kata eh tak sukanya puisi ni, walau both of us rasa apa dia tulis tu betul. Masa saya suruh kawan baca, saya suruh juga kawan bayangkan bos kami. Puisi ni memang kena betul dengan dia. Paragraf 3 tu memang ngam pulak dengan kami. Berkat garangnya bos le team kami sekarang ni jadi team yang dicemburui semua. The best teamlah kengkununnya. Semua orang dok nak pinjam itula, inilah dari team kami. Team rujukan, geytuuuhhhh!!! 

Part last para tu yang kami rasa, eh eh minah, ka mamat ni cakap macam Rasul, je. Macam bagus jer dia ni. Hurmmm----Ala ghost writer je ni, kalau pempuan takkan dia tuleh macam tu lah. Ni mesti lelaki menyamar pempuan. Mesti dia tengah stress dengan perempuan yang out-spoken-tegas-garang gitu. Kalau dia perempuan dia mesti jenis yang penurut-penurut, jenis suka meroyan kat online "life is not fair/semua orang buli dia/kat opis ni dialah yang paling rajin tapi orang tak pandang/semua kije dia buat, orang lain tak buat kije/tak reti buat kije." Mesti dia tengah stress dengan bos dia yang garang dan tegas, suka kacau anak buah tak kira lepas opis hours pun dok mengacau jugak--- macam bos kamileerr he he he----

So penyudahnya saya decline je fren request dia ni. Walau saya rasa jugak, kesian minah/mamat ni.

Me Me Monster Part 2

Ok sambung sikit pasal rancangan semalam. Support anak buat konten pada kita memang tak jahat, tak bahaya pun. Tapi kalau ko jenis taksub mengurung anak dara kau kat rumah memang perbuatan saya ini sangat jahat. Mengajo anak jadi jahat-jadi agen setan Dajjal.

Lagi teruk kalau orang tu suffer some mental instability. Tapi jujur aku cakap orang-orang ni semua dengan kemajuan teknikal dan advancement in science and medical field, semua dah sihat. Kenapa aku kata dah sihat, sihat kau, lebih sihat dari aku sebab aku, Queen mati aku tak berkabung pun. Derang ni plak siap arah surau dan masjid turun bendera setengah tiang. Baik sangka betul mereka dengan bekas penjajah ni. Honestly aku ada still paranoidlah dengan barat-barat ni. As a muslim to me, no such thing as "if you can beat them, join them". Aku percaya yang "takkan redha yahudi dan nasrani dengan kamu, unless kamu mengikut jalan mereka"

Abeh tu yang melayan sangat anak buat konten tu dah kenapa? Itu terapi-minda dia je. Anak pempuan memang sikit payah. Kalau aku kurung nanti, dia stress, dia bikin benda mengarut, lagi susah, kan? hah gitu. Family aku bukanlah kaya, yang sampaikan tidur pun duit masuk ribu-riban, jadi kenalah kije. La ni nak kije, pesaingan memang sengit, memang kena ajar anak-anak kau gegedik sikit, expose sikit. 

Lagi pun Dajjal belum keluarlah. Masa dah bebetul keluar besok, masa tu memang patut kau tambat je. Tambat anak-bini kau kat tiang.

Dan aku rasa buat konten bukanlah mengikut jalan Yahudi dan Nasrani, pun. Itu jalan semua orang boleh jalan. Zaman dah orang kedepan guna teknologi IT untuk promote itu ini, takkan kau nak bergelap duduk dalam gua, kan. Ustaz, ustazah pun guna media sosial nak promote Islam, yang kau boleh nak tambat anak kau duduk dalam rumah je. Agak-agaklah, kan? Umpama kalau orang pertama buat highway, buat kereta, takkan kalau orang Islam buat benda yang sama, itu mengikut jalan Yahudi dan Nasrani? Eh nak paranoid, pun agak-agak jugalah kan?

Sunday, September 18, 2022

Me Me Monster

Why monster lebih sesuai dengan saya. CUz I am a badass. Real bad. I am bad because of my faulty mouth (according to mom) Iyalah kan kecik-kecik dulu ada je sepupu yang kecik ati lah, itulah, inilah, ugut tak nak balik kampunglah because of me. Stress haku. Tisu sangatlah hati derang ni. Mudah sangat koyak. So susah-susah tak payahlah kita banyak bercakap, dan bercakap dengan orang yang hati kental saja. 

Tapi kat sekolah/kolej tu ramai aje yang nak kawan, sebab nak minta tolong buat homework. Cuma ai is tak friendlylah, lebih suka mind my own business. Kat kolej berkawan baik dengan ada satu minah weird ni. So lagilah saya jadi kera sumbang. Kat opis bila dah kije memang berhati-hati dalam bab pilih kawan sebab pernahla satu ketika kena serang kaw-kaw pasal kunun saya jatuhkan raputasi dia. Jatuh apa kebendanya dah memang itulah tahap kau. Tahap ticking auditor je. Bukan aku yang cakap tapi bos yang cakap. Jadi kau nak cakap kau yang terbaik juga tak dapat apa yang kau nak sangat selama ni sebab aku bawak mulut, itu terserah, kan.

Orang yang perasan ni tak payahlah kita sesak-sesakkan fikiran sangat. I am a monster, I am a bad ass. And nak kata I like monster tu idak gak, tapi lebih selesa begitu. Biarlah orang nak kata apa. Tapi ape ek yang derang kata. Aku tak tau. Tapi according to study, orang akan kata orang yang suka menyendiri ni psiko yang sedang merancang nak buat onar dan bebila masa je akan melaksanakan rancangan jahatnya itu. wow! how I like---Dahsyat jugak monster ni, kan?

But anyway who cares. Ni tengah busy nak tulis report ni. Aku ada apa-apa rancangan jahat ka? Jahat apa kebendanya. Mana ada. Cuma rancang nak bercuti panjang sikit ujung bulan ni dengan Busu aku dan anak dia. Saja melayan si Kakak OOTD di tempat menarik untuk konten media sosial dia. Budak muda la ni gitulah mereka, kita kena support content mereka. Pada aku content penting. Nak ketengahkan diri. La ni nak mintak kije bukanya senang macam dulu. Pesaingan sangat sengit. Kadang tu content di media sosial yang bagus boleh membantu peluang laluan kerjaya lebih cerah di dunia nyata.   


Saturday, September 17, 2022

Monster

Weekend ni kau buat apa? Mesti kau duduk sensorang, gi shopping sensorang, kan? Kesian kat kau nobody love you, everybody hates you, ha ha ha ha---

Well itu, ka fikir kalau orang tu tak de kawan? Monster he he---

Tak de kawan, jalan sorang-sorang, means orang tu tak laku, jahat bla bla. Itulah dia konklusi kita bila lihat orang-orang yang bersendirian. Kera sumbanglah, tak pandai berkawanlah bla bla bla. To me pula, apa guna jika ada kawan, kalau berkawan, kijenya bergossip. Orang macam saya ni tak boleh berkawan sangat-sangat, sebab suka beranalisa-psiko. Bila sudah buat begitu, orang akan qoute and qoute "kak Mar yang cakap" mampus kau bila benda tu sampai ke tuan badan, memang masaklah ai is dikerjakan sebab yang sampai itu sudah tidak seperti yang saya cakapkan, sudah ditokok tambah. 

So, the best thing is, zip mulut rapat-rapat je. End up you tak de kawan, ke hulu ke hilir seorang diri. bla bla bla---tapi saya rasa saya ada masa untuk sakit kepala for what you think of me? If you think saya tengah berduka-gila-gila babi minggu ni, terkoyak bla bla bla---eh tetibe saya rasa ada orang tengah buat kenduri sebab fikir saya dah koyak. Iyalah koyak sebab Rosmah saya dah masuk, jel,kan? eh belum eh, tak kisahlah tapi laki dia masuk,kan? 

tetibe nak cakap yang koyak tu engkau, bukan aku. Apsal pulak aku nak koyak, kau le yang koyakkan? Kenapa saya rasa kau yang koyak? 

Pertama, Queen mangkat, Camilla jadi Queen,
Kedua, Sultan Kelantan kesayangan kamu orang semua angkat minah salleh ntah dari mana tah jadi Sultanah. fuuuhhhh!!!

Kau baru nak buat kenduri laki Rosmah masuk jel, tetiba 2 lagi Rosmah naik takhta. Hadoooiii---kesian kat kamu-urang semua. Aku pun heran kenapa Allah tak angkat orang-orang serupa kamu jadi Ratu. Kenapa Monster tu juga yang jadi Ratu. Tapi aku percaya Allah uji manusia selaras dengan ujian yang dia mampu terima. Means tu say orang macam kamu tak layak jadi Ratu. Tu je. Baru Allah uji, Taksuban korang angkat minah salleh jadi Sultanah sudah terus kau keluar hadis "if you can beat them, join them?" Geli-geleman pulak aku dengo hadis kau tu.

Aku ni hat monster ni pun tak pernah kuar hadis lagu tu bila kena tala dengan otromen korang bertalu-talu, sampai KO. Lebih baik aku pakai mentera "Out beyond ideas of wrongdoing and rightdoing, there is a field. I'll meet you there.”

****
Tetiba teringat satu cerita ni. Ini cerita betul. Masa tu aku kije kat Sabah. Kat sana aku ada BFF yang aku kenal melalui online. Pendek cerita BFF hensem, kalau bersanding dengan aku bagai pinang dibelah kapak. Knowing that masyarakat kita ni obsess dengan pinang dibelah 2, aku memang pandai ukur baju kat badan sendirilah,kan. Kawan je. Apa masalah?

Tapi tak, memang masalah besau kau! One of my office mate, bini seorang pengeran, bagi tau aku, "you tak sesuai dengan dia, kalau Dayang ni sesuai" Honestly guys masa tu aku memang sentap giler seh. Mujur ada orang Sabah nak balik Sabah, terus aku isi borang tukar mutual. Lepas tu, mak angkat aku meninggal, kebetulan, ada tiket air asia yang sangat murah, so aku gi Sabah. Kawan aku pesan, kalau ke Sabah jangan datang-  (ziarah) rumah BFF aku. If aku perlu penginapan, just call her and ai can stay with her. Ko rasa ada aku kesah?

Tetiber je aku rasa gatal jari nak watsap dia, nak tanya "akak ok ka Camilla jadi Queen of England, Nur Diana Petra jadi Queen of Kelantan?

Thursday, September 8, 2022

Kembali semula

Hari ini cerita pasal cerita reallah pulak. dah habis idea dah nak tulis kreatip. Tu le cam ner nak jadi penulis kreatip, kan. kejap je dia kreatip lepas tu dah hilang---

Cerita opis ni memang macam-macam. Terutama jenis yang annoying ni kan? Satu jenis yang suka up-up status kunun dekat opis tu dia soranglah yang kije betungkus-lumus ni. Tunjuk fail betembon, tunjuk komputer on, kat umah pun buek kije, memacamlah nak cerita dialah pekerja paling berdedikasi gitu. Saya ni pulak tak maulah ada rasa annoy-annoy ni,kan. tak sioklah,kan. Kita nak happy-happy je. kalau annoy-annoy ni mana kita suka. Tak maulah macam itu. 

So pendek citer semalam kawan saya tunjuklah ada sorang minah tu post benda yang gitu-gitu sambil dia analisa-psiko kunun minah ni kekurangan kasih sayang dan dahagakan perhatian. Saya back-up minah kurang kasih-sayang ni dan mengemukakan teori marketing yang kunun lagi kita post bebende begitu, lagi cerahlah laluan kerjaya kita.

Tapi tu, opkos le kengkawan saya tak boleh terima bebenda macam tu. Ada mamat ni sanggah saya dengan mengatakan, "saya tak perlu buat begitu untuk maju dalam kerjaya" amboi sombongnya. Tak kisahlah kita tengok je besok lagi 10, 20 tahun, kan. Zaman sekarang bukan pasal kualiti kerja sangat, kena pandai position kan diri kita, barulah orang nampak, kan? Jangan besok orang tak perasankan kau, kau pulak meroyan rasa tak dihargai, kan? 

Kat sini saya suka nak share benda yang kawan saya share dalam FB dia. Kawan saya jenis yang tak reti-tunjuk-tunjuk. Dia share benda yang sikit lebih kurang berbunyi begini (benda ni dia amik dari orang lain jugak) Kita tak tunjuk itu ini, itu bagus, tapi bila tengok orang menujuk kita mencebik. Baik kah kita. hah! kan? Iya macam kes kita orang hari tu, siap analisa psiko lagi, bahawa orang tu kurang kasih sayang. 

Orang baik macam saya dan rakan-rakan harus banyak muhasabah diri. Cara saya hari-hari saya kata mungkin mereka lebih baik dari saya. Saya bukannya baik sangat pun. Kata-kata ini sangat merbahaya pada keyakinan diri? Saya rasa lebih baik kita kurang yakin, kurang masuk campur dari kita menguasai segala, tapi tu orang lain tertekan kerana perangai kita. Saya tak mahu orang rasa tertekan dengan saya. Saya mahu orang happy, bersama saya. Itu harapan saya. Tapi tu saya pun tak pasti sekiranya ada ramai yang telah saya tekan, dalam perasan-feeling-feeling kunun saya ini jenis tak amik port pasal orang, ni.

Saya rancang each day before saya tidur malam saya mau berdoa agar tak de sapa rasa tertekan, tak siok, dengan saya. Dan juga andai tanpa saya sedari saya dah buat orang tak siok, orang berkenaan maafkan saya. Saya rancang lagi, untuk berdoa agar hati terpelihara dari perasaan meluat, benci, menyampah dan apa-apalah perasaan negetif yang bikin saya tidak happy.



Wednesday, September 7, 2022

Yang Mudah-mudah Saja

Sambung cerita kreatip lagi ya

Hidup ni sebenarnya mudah saja, kalu lapar makan, kalau mengantuk tidur, bla bla bla----

Hidup jadi susah bila kita nak orang lain ikut cakap kita. Dan jadi lagi sangat susah bila yang tak nak ikut itu anak kita sendiri. Sebenarnya tak susah juga jika kita let go aje anak kita tu, yang jadi susah tu bila kita tak boleh let him or her go just like that.

itu sahajalah saya nak cerita hari ini pasal si Boboi harapan saya tu.

Monday, September 5, 2022

Kenangan

Owh sebelum saya cerita pasal musuh yang saya tatang-dan selimut itu, saya mau mengimbau sedikit kenangan di daerah tegar anti-sekular-anti pembaharuan yang mana saya dikunci oleh orang bawahan saya sendiri. Masa itu mau sambut Aidil-fitri. Tahun itu sepatutnya saya beraya bersama keluarga mentua di Lembah Kelang. Bukan sahaja saya dikunci, wayar telefon pun dimatikan supaya saya tidak dapat meminta pertolongan luar. Mujurlah ada Mas Joko. Dia yang tolong saya. Instinct dia mengatakan saya dikhianati bila isteri menghubungi dia sesudah malam hari.

Saya agak marah juga dengan isteri, kenapalah dia tak mau minta tolong sama siJoko lebih awal. Tapi dia kata tak mau bikin gempar-gempar gitu. So, lepas tarawih, barulah dia hubungi Joko. Isteri pun ada instinct juga saya dikhianati orang bawahan saya. Ntah saya pun tak kuasa nak tanya pasal bebenda six-sense ini. Tak berapa minat mau tau. Biasa ini deria-deria ke enam ni orang perempuan punya kerja. Kita orang lelaki semua straight to the point, being objective and simple. Dok taakul sana-takakul sini, aish buang masa aje. Baiklah saya berjoging ke, berbasikal. Golf? Golf saya memang tak minat. Itu hobi orang kaya. 

Memang saya ada keahlian kelab golf bila saya menikahi isteri saya yang kaya, itu. Tapi buat apalah saya bergesel-gesel bahu dengan mereka yang menghina saya kerna mereka gagal bermenantukan mentua saya. Sedangkan geng itu juga yang mengelar/ memanggil isteri Zaitun. Kan sedap nama Zaitun itu. Saya pun mulanya hairan kenapa Zaitun, dan kenapa isteri tak senang dengan nama timangannya sendiri. Isteri cakap begini "Memanglah indah dan sedap, tapi Zaitun tu kan  Olive?" Bila dia tengok muka saya yang sangat blur dia jerit begini "ish awak tak pernah tonton kartun Popeye the Sailor moon lah tu!" lalu meninggalkan saya yang kebingungan. Nasib baik ada Joko, mamat itulah yang beri penerangan pasal Olive, Popeye dan Zaitun. Budak kampung macam saya manalah tahu Popeye ni, kan?

Pendek cerita, orang kaya memang saya tak suka, orang miskin lagilah saya tak suka. Saya percaya kalau orang miskin macam saya terima pendekatan barat-sekular, mereka pun boleh jadi berjaya macam saya. Tugas saya mensekularkan orang-orang miskin agar mereka juga boleh kaya-raya. Mengimbau semula kenangan lama, saya terkedu juga, bila lihat, orang miskin makin terhimpit hidupnya, yang kaya makin kaya. Berbagai agenda dan rancangan sudah saya lakukan, tapi begitulah juga dari mula saya berkhidmat sebagai pegawai kerajaan sehinggalah saya sendiri jadi Ketua Kerajaan keadaan kekal begitu juga. Susah-susah yang fokus sahaja untuk menkayakan anak menantu saya.

Saya tak mau mereka miskin dan susah macam saya dulu. Memang mereka semua kaya. Saya patut gembira, tapi ntahlah siang-malam saya susah hati juga. Susah hati andai saya tiada nanti, anak-anak semua kena sumbat masuk jel macam saya jel kan musuh-musuh saya. Tiada cara lain untuk mengurangkan rasa susah hati ini melainkan menaikkan anak saya sendiri sebagai Ketua Negara. Dengan itu tak akan ada siapa-pun berani membongkar kegiatan masa lampau keluarga saya.

Tapi itulah si Boboi ni dia macam tak reti-reti nak siapkan dirinya sendiri untuk jadi Ketua Negara. Siang-malam saya nak siapkan dia, saya jadi penat? Kau rasa saya ada masa untuk penat-penat?

Thursday, September 1, 2022

Obsessi----

Hari ini kita sambung kretip-kreatip psiko kuat brangan lagi---

Semalam saya sudah cerita macam mana lelaki sekacak saya boleh end-up dengan perempuan muka bini Popeye sahaja. Ko rasa tak ada cabaran ka bagi pihak saya? oowh banyak cabarannya. Ramai yang datang menguji tapi saya tetap bersama dia. Kata nista memang banyak, saya termakan budi, saya tumpang tuah, harta dan sebagainya. Tapi saya pekakkan telinga. Kenapa jadi pekak? Ntahlah. Yang saya fikir masa itu mau cepat pulang ke Malaya dengan segulung ijazah. 

Tanpa bantuan si Bini Popeye sukar saya nak capai semua itu. Setelah pulang kami bernikah. Buat majlis kecil-kecilan sahaja. Kerana saya perlu bergegas melapor diri sebagai Pegawai Daerah di Daerah kelahiran saya. Kebetulan ketika itu Daerah itu sedang agak bergolak dengan sentimen anti-sekular, anti-barat. Agak pening juga, tapi dengan berkat idea isteri, saya dapat menyelesaikan banyak masalah dengan mudah. Lalu saya ditukarkan daerah di sebuah negeri yang lagi dahsyat sifat kebenciannya terhadap pembaharuan yang cuba dibawa oleh jentera kerajaan.

Di negeri itulah saya rapat dengan Mas Joko. Dia ni kerja memang malas, tapi dalam hal melobi memang power. Saya belajar berpolitik dari dia yang menyebabkan akhirnya saya meletak jawatan dan bertanding sebagai wakil rakyat di dearah kelahiran saya. Saya ambil keputusan itu sebab isteri saya memang buntu otak nak membetulkan keadaan di daerah tersebut. Kau konar ikut tu, deme konar ikut lain, sungguh, memang sungguh susah betul jadinya, sehinggakan kemuncaknya saya kena kunci dalam opis oleh orang bawahan saya.

Itu puncanya saya letak jawatan dan pulang ke kampung halaman. Mujurlah tika itu wakil rakyat di daerah saya meninggal dunia. Melalui kabel besar mentua saya, tiba-tiba saja saya terpilih menjadi calon. Bukan tak ada calon lebih layak, demi memandangkan prestasi cemerlang semasa menjadi pegawai di sana. Saya terpilih. Menang itu memanglah sudah dalam gengaman. Bukanlah pasal faktor kacak, macam politikus hari ini yang perlu kacak. Tapi sebab parti yang saya wakili agak gah dan kuat. Sementalah mereka-mereka yang dulunya membuat onar, meniup api anti-sekular, anti-pembangunan telah isteri saya nyahkan. Jadi saya menang selesa dalam pemilihan tersebut.

Kerjaya saya dalam politik memang sangat cemerlang. Kerja senang aje, cukup dengan hanya tersenyum, singsing lengan gotong-royong dengan pengundi saya. Itu pun setahun 2 kali saja. Tika perayaan Aidil-fitri dan Aidil-Adha. Kerja ofis pula, kerja mentadbir, itu sangat senang sebab semuanya isteri saya yang siapkan. Dialah sebenar-benar wakil rakyat. Saya ini puppet sahaja. Tapi langit tak senentiasa cerah. Musuh politik memang ramai. Ramai sungguh nak menjatuhkan saya. Tapi saya steady saja. Semua isteri selesaikan. Pulak itu dibantu dengan Mas Joko yang memang sangat mahir dalam bidang ini. 

Namun cabaran paling getir bila saya berhadapan dengan satu musuh dalam selimut yang saya selimutkan dari dia mula bertatih lagi. Dia mau mencabar saya, tika saya belum bersedia untuk berundur. Kenapa saya tak bersedia? Itu nanti kita cerita kemudian---kalau saya rasa rajin mau berceritalah.