Sunday, January 9, 2022

Azam Tahun Baharu

Sebenarnya saya masih nak memokak lai, tapi tu ntah ngapa, tetibe suapan FB saya dihujani dengan tazkirah-tazkirah agar memelihara lidah---memacam le tazkirahnya, kan? Teringat balik masa kekecik sokmo kena marah, kena komplen lepas kekumpul dengan sepupu-sepapat sebelah emak. Derang kata derang kecik ati pasal apa yang saya cakap. Bila tanya apa saya cakap, tak mau cakaplah pulak, apa dia. Heran dengan sepupu-sepapat belah ayah idak pulak ada komplen yang begitu.

Rasa memang down, tau. so bila kekumpul dengan deme memang senyap aje, berubah watak. Bila dah senyap depa kata sombonglah pula, aish payah, kan? he he Tapi itu cerita dulu. La ni dah tetua ni memang tak jadi isu lagi dah. Cuma hat dulu sikenit-kenit (anak Busu) yang kini dah besar akan memokak jam-jam tu jugak kalau saya pot-pet-pot-pet kelas beleter. Derang suruh saya berhenti bercakap. Kadang kita pun tak perasan pun kita ni berleter, kita rasa kita bercakap, bercerita tapi si pendengar tu pula dah rasa kita berleterkan dia. Dia pun cakap "STOP-STOP-STOP, kita tahu ler, kita salah. Udah-udahla berleter tu" hah gitu dia sound balik kat mak, kau! Hanat punya anak, kan? he he. Nasib baik bukan anak aku. hah! Macam gitule kita pempuan ni ya. Selalu tak perasan yang percakapan kita dah upgred, naik level bebelan.

So, azam tahun baharu ni nak cabar diri. Nak cabar tak nak membebel? Renti,kanlah. Tak de maknanya saya nak berhenti bercakap. Aku nak cakap, aku cakapleerrr--- cuma tahun baru ni macam nak buat satu perangai baharu. Apa saya nak buat? 

Hah saya ada follow satu FB page pasal makan-makan dan senam-senam. Banyak perkara yang saya belajar. Satu darinya Influencer tu cakap, nak buang rasa craving makan makanan cemel-cemelan, kenalah makan makanan yang tinggi nutrisi, kurang gula, kurang carbo, kurang minyak dan garam. So pagi ni saya mulakan hari dengan makan nasi 2 senduk nasi, ikan mayong masak asam pedas 2 potong, buah-buahan. Masak asam pedas tu saya campur dengan terung dayak dan daun kesum seikat. Hah saya makan semua rambu-ramba yang saya masukkan dalam kuah asam pedas tu. Lepas tu saya saja letak rempeyek sebalang kecik kat meja opis. Rempeyek tu saya dah makan macam banyak juga, adalah dalam 4, 5 keping. Sekarang sudah jam 11.00 pagi, rempeyek tu masih helok, tak saya usik-usik. Tak tahulah sampai bila ia boleh bertahan. Kita tengokkan aje.  

Antara 2 pilihan: 100g rempeyek-600kcl, 100g salad, balsamic dressing-128 kcl 
Azam tahun baru, nak makan banyak, tapi kalori tetap bawah 1,500 kcl. Saya juga nak tingkatkan daily calori requirement (DCR) sehingga 2,000 kcl. DCR boleh berubah ka? Katanya boleh. Ala tengok ajelah The Rock, katanya makan beribu-ibu kalori sehari, lebih 5,000 kcl katanya. Tapi ko tengok ada dia boroi, barai atau buncit ka? Hah! 

So Azam Tahun 2022, nak makan banyak tapi maintan fit.

* Cemel-cemelan - Makanan kudap-kudapan yang kebiasaannya tinggi kalori, tapi tidak mengenyangkan. 

Wednesday, January 5, 2022

Nak Memokak Jugak---

Satu benda yang saya belajar, ialah kita tak akan boleh berjaya dengan memburukkan orang lain. Lain la kalau kita bertanding, contoh bertanding ratu dara cantik, pesaing sengit kita rupanya dah tak dara dan bla bla bla bla, kita bocor itu rahasia, sure dia kena tendang punya sebab tak penuhi kreteria dara tu tadi. Means to say kita menang bukan sangat atas kita berdara, kalau dia berdara juga belum tentu kita menang. hah gitu. Kita menang sebab lawan kita disqualified hah. Maknanya menang tanpa bertanding. Apa barang,kan menang yang begitu.

So dalam pertandingan jangan sangat nak menang sampai mendedah aib orang. Contoh lah sambung cerita semalam ea---contoh bos kau yang ua ah uuu ah tu (lemau, lambat berfikir, lambat ambil keputusan, yang macam-macam serba lembab, dah tu ada cerita kongsi akaun saham dengan adiklah, itu, ini) lawan dengan bos saya yang kualiti kerja memang world class tapi suka minum-minum. Betanding jawatan apa ea? Katalah Jawatan Ketua Kampung Putrajaya yang nak pegi betanding Pertandingan Audit Forensik Zon Asia Tenggara. Bos kau menang sebab kau dok viral bos saya mabuk-mabuk sampai tertidur dalam longkang. Lawan sengit kau Ketua Kampung Pontianak West Kalimantan, yang dulu pernah bekerja satu firma dengan bos saya, sama-sama rakan kongsi juga. Owh bos kau yang menang tu level Pengarah yang jaga  suruhan jaya gomen, yang gagal aspek keselamatan yang dah bikin sorang suspek/saksi, terjatuh dari bangunan tempat dia ditahan.  Kes tu korang senyapkan aje sebab suspek/saksi punya tunang dah bunting sebelum sempat menikah.

Ko rasa boleh menang ka bos kau kalau bertanding peringkat Asia Tenggara tu, nak jaga bangunan pun tak mampu, macam mana boleh sampai suspek/saksi terjatuh bangunan, bukan jatuh aje, lepas tu ada pulak cerita saksi/suspek bolos, panjat pangar bangunan. Aduhai, sendunya. Kalau bos saya kalah peringat kampung, sebab viral mabuk, yang lawan dia besok kat Asia Tenggara, apa cerita buruk kau nak viralkan sebab Ketua Kampung Pontianak ni memang tak de isu moral. Bahkan dia memang dikenali sebagai individu yang berdisiplin dan sangat menjaga kesihatan dan pemakanan. Apa barang kau nak korek? Dia tak minum, tak de skandal bla bla bla----dan lebih menyedihkan, kau dalam kempen memburukkan bos saya, pernah kau dewa-dewakan Ketua Kampung Pontianak, hah cam no tu. Apa modal kau nak main masa pertandingan peringkat Asia?

Macam gitulah nasibnya kalau menang atas tiket menjatuhkan orang. Sakit kepala, kan nak cari, korek aib orang. Aib biasa tersimpan kemas. Bukankah lebih mudah jika fokus pada diri sendiri je. Tak kiralah diri tu ok ka tak ok. Banyak sudah contoh orang yang tak bagus, bermasalah, kalah, lelah, lemau, tapi akhirnya orang tabik spring sebab dia fokus untuk baiki diri dan tunjuk kemajuan yang bagus. Itu orang yang tak bagus, kalau dah sedia bagus, kenapa nak cemarkan kebagusan diri dengan mengecam, mencemuh, menjaja aib orang?

Tapi berbalik contoh cerita bos lemau wakil Negara tu, kan? Susah mau cakap, kalau simpan lama-lama bos macam tu, ko sendiri fikirlah--- Baik ada Daulah separa Islam, lambat laun berkat masin mulut saya, Republik Malaysian, Malaysia jugalah yang korang dapat besok. Tapi pada saya bos macam tu boleh je simpan, yang patut kena cantas, kaki propa yang asyik bikin bos "feel good dengan mendownkan lawan" Kena pasang satu kaki propa yang sentiasa mengkritik bos, kasi bukak mata bos, bos lain dah buat begitu-begini dah kalau orang lompat pagar, terjun bangunan, bukan macam bos, orang dah lompat bolos dah mati kejung pun, boleh pulak bos share akaun dengan adik.

Okla stop memokak, nanti ada pulak yang jadi pekak. Lagi pun ni cerita contoh, rekaaan sahaja bukan cerita betul pun. Tak de kena-mengena dengan yang hidup atau mati.

Tuesday, January 4, 2022

MUDA-MUDI

 Hari ni nak share gambar tular kat FB. Tapi yg ini amik di akhbar online.



Amboi pepagi bute dah viral negetif vibes---wat negetip, ni positip tau. Work Hard Play Hard. All Work No Play Make Jack A Dull Boy. tula korang tak pernah denga ka ungkapan tu. 

Saya pepagi ni nak amik feel kalau bebudak MUDA ni besok yang menghuni dan memerintah Putrajaya ni, senang nak ejas. Akceli dulu masa kije firm pun memang ada je jeneh kaki botol ni. Bos kita pulak tu. Itu pasal kut zaman korang kije Sabtu half day, kami Sabtu tu dah boleh tegolek kat longkang ka, kat umah gf/bf ka lepas minum-minum keras malam Jemahat tu. Hari Ahad bole refresh balik, come Monday no such thing as Monday Blues.

Performance wise bagi si kaki botol tu tak pernah slack la pulak. Dah dia bos kita, tulang belakang firm. Kalau tak silap bos kita eh bos saya tu orang no 2 dalam jabatan tempat saya bekerja dan merupakan rakan-kongsi-firma. Bila dah bos kaki tonggang, adalah 2, 3 orang kanan yang setia meneman dia meronggeng he he

Hah gitu. Saya tak sokong bebenda ni sebab agama dan kesihatan, tapi kalau dah ini gayanya group yang boleh deliver, boleh perform, dan seterusnya memenangi hati rakyat, saya kena bersedia berbos-kan bebudak MUDA ni. 

Korang yang baik-baik, kunun tak minum tak hapa, tu, apa korang buat? Mengata, menganjing, memviral hal orang je ka kijenya? Kije kamu apa, ya? Setakat memaki, menyebar sisi negetip orang, boleh tertegak kah Kerajaan Mehdi Cawangan Asia Tenggara yang korang dok mimp-mimpikan itu?

***

Berbalik cerita pasal bos kaki tonggang, ko fikir dia macam mana? Tu lah kau tak boleh hukum semua pemabuk tu negetif. Kalau dia teruk, tak mungkin dia dapat jadi rakan-kongsi, lah. Means to say dia memang baguslah. Ekcelikan, dalam beberapa kerat rakan kongsi tu, dia sajalah yang kita orang suka, tau. Dia sorang je yang baik. Yang lain hurmmmm semua menyampah. macam kau menyampah kat bos kau tu. 

Dia bos yang jenis rare, sebab semua orang suka, baik orang atas bawah, tak kira bangsa dan jantina. Itulah satu benda je yang tak bagusnya pasal dia, kaki minum. Tapi nasib baikla firm tu firm antarabangsa tak amik port sangat pasal bebenda ni. Yang penting kau perform dan deliver good job. Eh firm saya kije tu bukan calang-calang firm tau, al maklum firma antarabangsalah kata, kan, yang standard dia memang kelas dunia.

Bebudak MUDA, ada kelas dunia ka idak? ntah. Tak pernah kenal, pun. Kalau kelas bos saya kat Firma dulu, habisla korang----serius ni, memang boleh hancur impian, musnah lah Daulah Islamiyah yang korang impi-impi tu kalau korang masih guna method viral cerita derang tonggang botol bear, arak, tonggang betina/jantan, depan belakang. Lagi korang spin cerita-cerita macam itu, lagi orang menyampah dengan korang.

Apa barang jaja nama Islam, bila Islam saran jaga aib orang, kamu gigih menjaja aib orang siang malam. Ko rasa? Ko rasa? macam mana kau nak bawa panji islam sedang apa yang korang amalkan bertentangan dengan Islam?

Monday, January 3, 2022

Pilihan Bab 2

Saya ada cerita dulu, kekcik hobi, main pepondok, so saya expect dah besar jadi full-time house wife ajelah. Malas nak kije-kije, ni,kan. Tapi takdir Tuhan, kije gomen sampai lagi 11 tahun je lagi nak pencen ni. Kerja memang le macam-macam jadi. Ada suka ada duka.

Tapi kita buat bodo je sebab nak gaji. Tak kije sapa nak bagi gaji,kan. Looking back sejarah kije-kije ni, kira oklah berjaya jugalah saya. Tetap gigih kerja sampai hari ini. Tetiba terfikir kalau dulu ea saya pilih ustadz, kan dah kawen. Bestle jadi full-time housewife, kan? Tercapailah impian saya. Tapi Allah maha mengetahui, 

Ranjang yang kau begitu mahu
Belum tentu memberimu lena sampai ke hujung pagi
Gebar yang amat kau benci 
mungkin membawamu mimpi yang sempurna

Idaklah saya benci bebeno kije ni, ok je, tapi kendang tu menengok orang berdrama ni aish letih sungguh. Macam-macam drama sampai kita pun kadang termasuk dalam skrip drama derang. he he he. But then again itu drama mereka, saya dah pandai menjauhkan diri dari hal sebegini. Kita nak positif, bawa aura positif. noktah.

Tetiba terfikir, kalau tak kije duduk rumah, anak-laki-pulak berdrama, kita jadi hakim drama. Kalau kat tempat kije kita tonton je drama, kalau jadi assisten ketua keluarga, jadi hakim/juri drama. How true,kan, "ranjang yang begitu kau mahu, belum tentu memberi lena sampai ke pagi" Tak dan pagi dah terkejut dengan hantu drama. he he

Sekurang-kurangnya dengan gebar yang tak le saya benci pun, saya tak diganggu, dengan drama-drama yang perlu perhatian dan pertimbangan saya. Mimpi yang sempurna? Mana tau besok bila dah pencen, duit dapat duit graduiti sekepuk, pi buat PhDlah pulak. Wow sesungguhnya memang sempurna, dari sakit mental dapat habiskan PhD tu. Mana tau. Saya rasa yang ada ni dah cukup baik dah. Dengan bipolar pun saya boleh tamatkan pengajian pada peringkat Sarjana, kan? Kau yang asyik berdrama tu, hadooo??? 

Ok apa impian saya? Balik kampung tanam jagung je. Saya nak baiki rumah kampung dan be happy dengan sesedara dan jiran-jiran. Saya membayangkan 10-15 tahun lagi rumah saya jadi tempat selfie adik-adik sepupu dan anak-anak mereka. Who knows rumah saya yang biasa-biasa je tu jadi the most instagramable spot in Melaka?


Sunday, January 2, 2022

Pilihan---

Ada Ustad dok pilih Ahli Maksiat, dah gila ke apa? Tapi sebab yang pilih tu saya, mungkin kau akan kata memang patut pun dia pilih begitu sebab dia memang mental he he---

Saya ada justifikasi kenapa Ahli Maksiat (AM). Masa tu umur 30'an. Pilihan pun umur sikit lebih kurang le. Yang ustad kurang setahun yang AM tak pernah ambil tahu lebih dalam 2, 3 tahun kut. Tapi lebihlah. Ok apa justifikasinya?

No 1 (initially) 

Umur baya-baya saya takkan la ustad kut, AM itu logik le. Definasi maksiat saya tu macam mengumpat, menganjing, bla bla bla bla---maksiat zina? Tak terfikirlah pulak sampai ke situ, paling kuat pun zina hati je, lah tu dia berani. Liwat? Kena liwat? Rasa tak kut sebab nampak baik je, lebih kepada frust bercinta sampai tak de feel nak kawen. Dia cakap kalau mau dia, kena tunggu sampai dia gatal. hurmmmm mati akal saya dibuatnya. Macam mana le saya nak kasi dia gatal tanpa surat nikah? Tapi he is kinda of cute, so I tolak ustaz, dan pilih AM, walau riwayat ceritanya saya tamatkan kerana saya tak nampak jalan macam mana nak bikin  dia gatal tanpa lesen Tok KADI 😝 

No  2.---(ini alasan mengada-ngada)

AM kalau sampai kesudah tak kawen-kawen, relationship bermasalah memanjang saya still ok, saya redha. Dah nama pun AM, kan? Tapi kalau ustad dah kawen, beranak-pinak, along d way, dia buat perangai, (kebetulan pulak masa tu kat tempat kije--kiri-kanan-ustadz--"ustadz like/ala-ala ustadz" buat perangai) Jika itu berlaku, saya bimbang saya tak boleh terima, turn out murung, kecewa dan menghabiskan sisa-sisa hidup berhalusinasi di Tanjung Rambutan. Alasan tu memangla mengada-ngada je kan? Alasan jujur hati saya kata AM tu brutally cute. Saya suka. 

Penyudahnya padan muka saya,kan? Tak kawen-kawen, bergelumang dalam maksiat (maksiat mengumpat dan menganjing je ya!) , sampai sekarang he he. Menyesal, terkilan tak pilih ustadz, tu memang taklah. Saya percaya semua ketentuanNya. Yang bikin hati condong ke AM, Dia juga. Sungguh pun kini kawen tak dapat, anak penyambung zuriat tak ada. Dia yang Maha Adil gantikan dengan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana serta kerja yang gajinya cukup, walau tak banyak. 

Dia juga merahmati saya dengan adik-adik sepupu yang baik akhlak dan ambil berat pasal saya. Saya percaya merekalah Bidadari dan Penolong yang Dia kirim sebagai ganti kepada zuriat saya. 

Pendek cerita memang tak pernah terfikir, tertoleh ke simpang yang tak pernah dipilih. ALONE tak semestinya sepi dan sunyi--- life saya ok-ok aje. Nah gambar kat bawah ni saya tunjukkan sebahagian insan-insan yang meramaikan dunia saya---


Saya percaya setiap yang Dia tarik/Dia halang, setiap permohonan/doa yang Dia reject, akan diganti. Kita saja yang menghumbankan diri ke lembah kemurungan kerana terlalu mengejar sesuatu yang tak pasti/meminta sesuatu yang Dia tak izin, sampai tak peduli dengan apa yang Dia kurniai di depan mata. Ok, gambo dah ada, meh baca poem. Gambar x lengkap kalau tak de poem yang bercerita. ---

1

memang kehidupan ini aneh

dengan kembara bersimpang siur

antara aturan fitrah dan sukatan takdir

ada yang masih keliru meneka-neka

2

kadang-kadang

ranjang yang kau begitu mahu

belum tentu memberimu lena

sampai ke hujung pagi

kadang-kadang juga

gebar yang kau amat benci

mungkin membawamu mimpi

yang paling sempurna

3

tiada siapa pun tahu

cahaya apa di penghujung sana

tapi tak perlu menoleh berkali-kali

pada simpang yang tidak dipilih

kerana ragu dan terkilan rasa

hanya melambatkan perjalanan

4

sesudah kau susur jalan baru

jangan lagi menyimpan dalih

mahu ke destinasi yang lain

kerana untuk dirimu kuat

tiada cara yang lebih mudah

melainkan belajar menerima

ketentuan yang disuratkan