Wednesday, March 31, 2021

Kenapa Dia - part2

 Kena rejek memang sakit, sampai ada yang hilang akal, bunuh diri dek kerana tak tertanggung sakitnya kena rejek. Semalam kengkawan demo-jalanan ada jugak meraung-raung kat dinding FB sebab keciwa, MN yang kita sangkakan dapat menguatkan Melayu berkubur begitu saja. Ada yang marah, ada yang buat analisa, ada menulis pujuk hati sendiri, ada yang kuar mame lagu-lagu frust menonggeng pun ada. Begitulah kekecewaan yang dapat saya lihat. Content-content sama ada berbentuk penulisan, grafik, audio-video ni semua terapi minda nak cope rejection.

Saya sedih? ntahlah. Honestly saya rasa, ada aku kisah? Tapi tu, kan ada satu analisis yang saya suka nak share. Dia buat video, dia cakap biasalah PAS sebab bila gabung dengan UMNO dia rasa dia kecik. Kalau UMNO chow, tinggal dia dengan PPBM, dia rasa dia besar. Itu pasal dia pilih PN instead of MN. Betul juga cakap dia tu.

Benda yang dia cakap tu trigger otak saya berfikir begini, akceli agak sepetengan juga saya berfikir tentangnya. PAS kata "antara 2 mudharat, mereka pilih yang kurang mudaharat" see kau tengok tu, sebenarnya PAS anggap both PPBM dan UMNO itu mudharat. Apa mudharatnya? Semua tahu orang PAS ni ramai yang feeling mereka beriman, pilihan tuhanlah kunun. I don't have problem kalau you ada rasa you gempak, you are the choosen one, sebab kadang-kadang pun kita rasa begitu bila nak buang rasa-rasa low, down yang melanda, kan. Contoh, bila kita ditimpa musibah kita kata Allah nak uji kita. Bila kita dapat keuntungan pun kita kata Allah pilih kita untuk diuji dengan kesenangan, pangkat dan harta. kan? Kan kita selalu cakap macam gitu?

The problem is, bila kita rasa kita terpilih, kita sesenang pula rasa orang yang tak sekepala dengan kita sebagai tak terpilih, tersimpang jauh dari Tuhan. Itu masalahnya. Bila kita rasa kita lebih baik dari orang lain, benda tu boleh jadikan hubungan tak harmoni. Kita asyik rasa orang yang tersimpang jauh dari Tuhan ni asyik nak goda kita ke jalan yang sesat. Tak syiokla hidup, kan? Semua orang kita anggap mudharat. Even sesama agama pun kita anggap musuh. Paling teruk, bila dahlah kita tak siok, kita buat orang sekeliling kita turut rasa tak siok dengan perkataan, perbuatan kita yang tak siok lahir dari hati yang gundah-gulana.

So dalam seminggu dua ni bila baca, dengar dan tengok ke luar jendela alam-maya, kita boleh buat kesimpulan yang PAS menganggap Malaysia ni SEKULAR yang memudharatkan perjuangan mereka. Tahulah kita hati nurani mereka, macam mana. Sedih? Bohonglah kalau saya kata tak sedih. Sapa tak sedih kalau orang kata kita kafir,kan? Tapi sedih kejap je sebab semua tahu kat Malaysia ni, melambak ustaz-ustazah yang non-partisan-- Yang kita dok sedih-sedih dengan penilaian, pandangan orang PAS dah kenapa? Pedulilah, dia yang hidup rasa terancam sana, terancam sini, lepas tu buat perangai yang orang menyampah, itu masalah dia,kan. Hidup mesti diteruskan. Jangan kita pula rasa terancam, takut mati besok tak de orang nak sembahyangkan, nak talkinkan sebab tak PAS. he he---

Tuesday, March 30, 2021

Kenapa Dia?

 Ceh macam tajuk lagu cintalah pulak,kan? Ni nak citer sikit pasal politik. Kata dah tak nak tuleh, tapi sebab cerita baru ni kalau tak tuleh rasa macam rugi, tu yang tulis juga hihi----

Ni la derang dok sibuk-sibuk PAU,kan. Lepas tu dok citer pasal rebut-rebut kuasa ni, kita pun seronokla nak cerita balik ikut faham kita yang kuli-kuli ni aje. Sebelum tu kita trobek semula cerita macam mana musuh berpuluh-puluh tahun boleh duduk semeja, jadi adik-abang, gitu. Cerita lepas UMNO kalah, lepas tu ntah macam mana buleh geng dengan musuh abadi, sampai cipta rekod menang PRU kecil berturut-turut, sampaila kemuncak buat Muafakat Nasional (MN).

Dah baik-baik semua umat Melayu-Islam happy-happy, tetiba pulak tak de angin tak de ribut, geng gomen boleh tumbang, serpihan gomen, masuk MN, tubuh PN. Patutnya bila ada PN, Melayu lebih kuat, tapi jadi sebalik pulak. Musuh abadi UMNO yang baru baik ni macam berbalah balik. Last dengo, UMNO nak gerak solo sama BN. Dalam pada tu ramai gak yang harap PAS ikut sama. Tapi nampak gaya macam PAS lebih selesa dengan PN.

Ada juga yang cakap---apalah PAS tu dah salah pilih. Saya pula rasa bukan salah pilih tapi terpaksa kut. PAS kita tau dari jalur orang alim, UMNO pula dari jalur bangsawan yang konun didakwa PAS tak cukup Islamik atau ada yang lebih extream melabelkan UMNO sekular yang akan berentap dengan Islam sampai kiamat. Penaja PN pula walau asal sekular musuh abadi Islam, anak orang alim, anak tok Imam. So kau rasa, jiwa PAS akan pilih siapa? Cerita salah pilih ka tak salah, itu bukan isu sangatlah,kan. Memang dah betullah tu PAS dengan Muhyiddin anak Tok Guru Besar Muo dengan Asmin anak Tok Imam Gombak. Yang UMNO dok mengharap-harap tu dah kenapa, kan?

Bioleh deme sesama deme berkampung, isu PAS jadi kuda tunggangan Midin dan ASmin bukan isu sebab PAS rela jadi tunggangan dua anak orang alim ni. Lebih baik jadi kuda tunggangan Anak orang Alim dari bersanding dengan Sekular Bangsawan Abadi. Kalau kau tanya saya pun, kalau ada anak orang alim nak pakai kuda saya, takkan nak kata NO,kan? Thank Godlah kita ni orang Marhaen beshe-beshe jak. Imagine, kita ada kuda yang orang macam Asmin dan Mindin minat dan mau,  kau nak kata apa? Tak terkata apa sebenarnya kau. Nak nagis pun tak guna.

Wednesday, March 24, 2021

Weight Loss Journey

Target saya sebenarnya bukan la weight loss tapi nak merendahkan bacaan kolestrol. Tapi tu along the way, kolestrol masih gitu-gitu juga tapi berat yang turun, sampai kawan-kawan opis tegur. Derang tanya apa caranya boleh susut begitu. Saya cakap jelah jaga makan. Now covid-covid ni, tak boleh rentas negeri, orang sini sibuk brisk-walk, excercise bagai, derang ngajak-ngajak saya, tapi macam saya cakap, weekend saya pergi kolam. Saya takut lagi nak excersise atas darat. So saya cakap je la saya swimming.

Depa buat kesimpulan saya kurus sebab berenang. Okla tu, tak payahlah kita nak cerita-cerita sangat pasal makan. Masa dua tiga minggu lepas, bila orang opis tanya macam mana boleh turun berat, saya seronok juga nak cerita pasal IF dan resipi-resipi makan tinggi nutrien yang saya dah cuba. Tapi masuk minggu ni saya rasa tak patut saya bercerita. Kenapa. Ntah, saya banyak baca kisah orang terkenal, selebriti yang dah kurus, cakap mereka sebolehnya tak mau kongsi rahsia susut berat, sebab benda tu kadang sesuai untuk kita, tapi boleh menjejaskan kesihatan pada orang lain pula.

Betul juga kata selebriti tu. Apa diet, plan nak kurus kena rujuk pakar dulu. Macam pengalaman saya, banyak baca, masuk bengkel, tapi tak kurus-kurus juga. Tapi bila cuba nak turunkan kolestrol, eh kolestrol tak turun, berat pulak yang turun. Lagi pun saya malas nak cerita saya buat gini, gitu gini sebab saya rasa benda yang saya lakukan for the past 3 month memang extreme jugak he he---Extreme bagi kita kije opis gomenle. 

Saya amal IF OMAD, kadang-kadang OMAD every other day. Ada kalanya saya buat PF. Masa ni saya tak makan apa-apa. Cuma minum air je. Dalam masa 3 bulan ni saya dah buat PF sekali tu 72jam, sekali lagi tu 96jam. Kira tolak campur bagai, adalah hilang dalam 14kg gitu. Tapi orang kata benda yang saya buat tu extreme. Itu pasal puasa. Pasal makan, lagi la ketat saya jaga. Memang tak makan gula langsung. Tapi sekali sekala saya makan juga nasi, kueh-kueh pedas kalau dah orang jamu kat opis. Selain tu, saya masak sendiri, saya pergi pasar dan pilih makanan sendiri. Ada juga masa saya shopping online untuk makanan yang tak de jual di pasar. 

Masak-masak ni saya tak rasa orang kije opis gomen ada banyak masa nak masak. Apatah lagi nak ke pasar, nak belek laman web nak shopping barang mentah untuk masakan. Sini banyak kedai makan. Lagi ringkas dan mudah kalau beli makan dah siap masak je. 

Tapi tu lah macam yang saya cakap tadi, dalam plan saya ni, sebolehnya saya elak makan yang dah siap bermasak. Sebab apa? Kita tak tau minyak apa dia guna, garam apa, perasa apa yang dia dah masukkan dalam masakan itu. Pengalaman saya, untuk badan saya ni, semacam badan elergik pada bahan-bahan ini. Saya elak MSG, sos-sos tambahan, gula. Itu pasal saya masak sendiri sebab saya boleh kawal benda-benda ini semua. Pendek cerita, bila kita tak ada daya nak bersenam macam orang lain, faktor pemakanan memang kita kena kawal ketat-ketat.

Tulah, kalau cerita, fikir balik apa tujuan kita bercerita. Kalau cerita sekadar bercerita dan orang tak boleh follow cara kita, lebih baik tak payah bercerita,kan? So kalau orang tanya, saya cakap IF ajelah. La ni derang dah tau saya tak boleh ikut derang briskwalk sebab saya swimming, biarlah derang nak cakap "dia kurus sebab berenang dan IF"

To me itu not combinasi IF, swimming and cutting sugar, tapi disiplin dan istiqamah tu yang penting. Ntah saya pun tak tau macam mana boleh seistiqamah begini. Tapi saya rasa sebab bacaan kolestrol itulah yang trigger benda-benda tu semua. 


 


Thursday, March 11, 2021

Your Target Audience---

Saya adala kenal gitu-gitu dengan ada satu mamat budak sekolah agama ni. Tapi masa saya kenal tu gaya dia lebih sains dari budak sekolah sains sendiri, to de point, as budak sekolah sains saya pun naik meluat gak negoknya. Yang hade hade yang ori-ori sedia STEM ni pun cukupla gediknya, ni tambah lagi sekoq, over gedik lagi. bertabahla ya he he

Saya tak tahu apa yang budak sekolah agama ni cari dalam dunia Sains STEM yang saya rasa pulak ntah-ntah apa-apa tah ni. Kita sekolah sains kita pandang gini, ko dah sekolah Agama tu kedudukan kau dah supper tinggi dah, yang ko tegedik-gedik follow budak Sains yang hilang arah ni dah kenapa ya?

Tapi dia dah pilih menyains---so sains la dia. Menyains ni means, hadapla benda yang tak patut jadi masalah, jadi masalah dalam dunia ini. Satu masalah dia yang sama dengan saya ialah masalah berat badan. Rasanya Allah jadikan badan dia dengan badan saya secetak. Dalam dunia ni bukan kami dua orang je secetak. Malah dalam cetak yang sama tu ada raaamaaaaiiiii lagi orang yang senasib.

Like I said before, adakah Allah kejam? If look it that way, you will feel that waylah. I refused to look it that way. I see it as Allah wants us to jaga makan, and have more to save, so that we can bersedekah or like myself, I am auntie scroouge, I want to buy gold. he he--

So, berbalik pasal budak sekolah agama tadi. Sibuklah dia nak nguruskan badan. Selain itu dia juga asyik komplen masi tak laku. OK kalu ko target kat budak sains STEM yang dah bertukar sains sosial, kewangan, yang kengkadang berdelusi punya jonkong emas sebesar gunung Tahan, macam saya memang kau tak akan laku sampai matilah. Not so much because kau gemuk. No. Not because of that.  Derang tak akan pandang kau sebab kau tak pandai mengurus sumber. Itu je. Badan kau sendiri pun kau tak boleh urus macam mana kau nak urus sumber yang lain, kan? Macam sayalah, sorang diri, pun urus diri-sndri ala-bahai, "cukup-cukup makan je". Macam mana  nak cukupkan orang lain, kan?

Personally, saya rasa he will be much happier if he change his target audience to kalangan budak sekolah Agama juga. Budak sains STEM, ni apalah specialnya selain gedik-gedik konon hips tapi tak de benda yang hipsnya pun. Pendek cite budak STEM ada jugak nampak badan mereka terurus, (sebab Allah bagi dia badan cetak lain) tapi benda lain sama jugaklah tu tak terurusnya. Kalau dah terurus tersusun elok, pasti Allah sudah anugerahkan insan lain untuk diuruskan, kan?

Kalau budak sekolah Agama, saya rasa pasal urus-mengurus sumber ini bukan isu sangat, sebab pada mereka sumber diurus Allah. Kau tak payah sibuk nak ngurus itu ini. Finance kau berterabur, badan kau berserabai boyak, itu semua ketentuan Illahi. Kau ada jalan yang mudah lurus dan suci, kenapa kau tinggalkan jalan itu dan follow jalan kami yang penuh duka-nestapa lagi keji, ini, kan?

hurmmm ntahlah---Jangan sampai  alumni lil banat meroyan kata ini semua kerja Dajjal sudahlah. Kesian Dajjal, tak habis-habis kena fitna, kan?

****

Update terkini:-

Bukak-bukak FB terbacala coretan budak sekolah Agama ni dalam feed saya---

Dia kata pilih kawan biar berduri tapi manis macam doyang, jgan bla bla bla---

Kesian dia,kan? Tak penah jumpa yang manis luar dalam. Aaaa, hakak-hakak fellow achik Marhaban semua. Kalau bacalah feed derang tu, kan. baik Agama baik STEM, feed derang,kan penuh dengan kesunyian tak bertepi, sehingga kita pun boleh rasa sunyi yang mencengkam jiwa. Ada lidah bercabanglah,  hipokrasilah, tikam belakangla. Macam-macam perangai pelik manusia, you alls. Segala macam setan ada sana.  Itula yang bikin saya suka baca coretan derang ni. Bila kita baca tu,kan kita rasa Ya Allah syukurnya, aku tak macam derang. Saya ni walau asal sekolah sekular ntah apa-apa tah, kengkawan saya, rasa macam semua kawan saya terdiri dari adik-adik manis yang memang manis luar dalam. Hakak sorang je doyan, you allssss. Alahamdullillah, kan?

Tulah hakak pun heran macam manale adik-adik manis ni ble melekat kat hakak. Apalah agaknya perbuatan baik yang Allah pandang telah hakak buat sehingga dapat kawan-kawan yang begitu. Kalu pikir apa benda baik dah haku buat, habuk pun tarakkk--- so it must be my mom's dua yang tidak putus-putus buat saya.


Monday, March 8, 2021

UJIAN LAGi---

 Kali ni bukan ujian makan-makan, ujian lain la pulak. Saya pernah cakap kita akan diuji dengan benda yang kita cakap, untuk membuktikan sama ada our talk is cheap or not--- Ok. Satu ketika dulu saya pernah ber PM-PM sama kawan yang minta tukar kije tempat lain sebab dia tak boleh ngam dengan bos dia begini "gi mana-mana pun sama je, mesti ada orang macam tu. Hari tu lagi kak nak cakap, janganla mintak tukar tempat kije sebab tak ble ngam dengan si polan-si polanah" Saya menulis begitu sebab bila dah tukar tempat lain minah ni ada masalah dengan orang lain plak. 

Di hari, tahun yang lain pula saya membawang pulak benda yang sama, bila ada lagi satu minah mintak tukar sebab tak ble ngam dengan team leader dialah. Makanya hari ini benda yang saya cakap jatuh pulak kat batang hidung saya---uina, semalam saya memang geram je dengan bos baru saya tu. Bos lama tukau, so ganti minah gedik ni. Sejak dia masuk pun kami dah mula rimas dengan dia ni. Dia jenis tak reti bahasa, orang cuti ka, orang MC ka, main redah aje PM orang bila dia ada sesuatu yang dia stuck.

Tapi segalanya pun berpunca dari dia jugak. Dia tak well prepare. Kije gomen ni kalau dalam job description ada kena prepare/jadi urus setia kepada mesyuarat ka, program ka itu dan ini, benda paling penting ialah surat/memo. Ini unit Audit Dalam. Core business mengaudit. Programlah tu. Lepas ngaudit-audit, kena bentang findings. Bentang kat mana? Dalam mesyuarat la, apa lagi? Dia gitu. Semangat mengeluar surat/memo arahan tu kena ada. Itu benda kau kena take care dulu. Tak de surat/memo satu benda tak ble jalan. Lumpuh.

Ada sekali saya bengang dengan dia tu, aku pun tak tahu la kenapa dia suka sangat suruh saya urus hal makan, pun ntahla. Asyik-asyik nak tempah makan. Fine ko nak makan, memo mana? Surat mana? Tak ada. Kalau kat umah orang ble kata "no money, no talk, sini no surat/memo, no makan" Ngerti!!!--- suratnya tak de. Ok surat tak de emel pun bolehla--- hurm bila dah emel, tak payah tanda tangan bos, suka hati dia suruh hakkuuu shoot emel jemput orang makan-makan? opsss masuk masuk mesyuarat.

Itu satu, pasal makan-makan. Satu hal lagi bila dah core businessnya ngaudit, adalah tindakan susulan atau bahasa sini yang orang suka cakap "follow-up". Hah bab follow-up ni, banyak team audit yang tak berapa bagus. Kalau auditor itu sangat bagus, dia akan dibenci. Itulah yang bos pembuli sicantik manis tu memang kiasu hal ini. Sama juga bos kawan yang saya cite kat atas tadi pun sama. Kiasu gileerrr kau. If you an auditor and you are very good at following up thing you will be known as a MONSTER, gaytueee-. Itu pasallah kut, nak remain baik mereka acuh tak acuh pasal benda ni. Kalau di Audit Negara sana, kalau bab memfollow-follow ni, sampai diwujudkan satu bahagian khas yang dinamakan Bahagian Susulan Audit. Kira semua monster-monster berkumpul di sanalah tu, agaknya.

Kali ni memang aku cukup bengang dengan minah seqo' tu sebab dia nak haku follow-up isu-isu audit yang memang bukan kajian haku pun. Kau dah gila ka apa? Dia dah ada team audit dia yang patut buat kije tu semua. Yang kau gatal garit suruh anak buah kau buat follow-up, dah kenapa? Eh bangang ke apa dia ni? Menyapah plak aku, melayan perangai lebih kuah dari sudu dia ni. Kalau gitu biar aku masuk je team audit tu. Memang ada kosong, pun. Geram-geram-geram. Seriously kalau saya cakap saya mau tukar saya percaya done-done tu jugak bos akan approve permohonan saya itu.

Tapi tula bila balik rumah kita ni merefleksi diri sendiri. Terkenang apa kita pernah cakap, dan mulalah terfikir, ini semua ujian Allah tu,kan. Jangan jadi sampai kita ni "cakap/tulis, tak serupa bikin" So, rasa pun bertabahlah. Saya pasti kalau kali ni saya dapat buat apa yang saya kata,kan. Pasti adalah tu kesenangan/kelapangan yang akan menanti tu.

So, bertabahlah dengan perempuan nan sorang itu, ya!

Lepas-lepas tu, aku punya bos kicik bagi tau aku, bos No 1 kat dalam opis ni bagi tau, kije follow-follow-up ni semua tanggung-jawab team. Kije tulis minit pun kije team, kije tulis keputusan mesyuarat, pun kije team jugak. Hah ambik kau. Yang bukan kajian kau kau terhegeh-hegeh nak memfollow-follow-up dah kenapa,kan. Tahun 2020 saya ada bikin 2 kajian dan semua findings dalam kajian tu sudah selesai. Yang gatal merenyam, nak dok follow-up isu team lain yang tak settle tu, dah hilang akal ka?

Sunday, March 7, 2021

SATU KETIKA DULU---

 Kita nak citer pasal my weight loss journey ka, sambung ngumpat bad girls and boys?

Ok, ngumpat sikit je lagi---

Jumaat lepas last day tugas sebagai sidang Laporan Audit Tahunan, macam recap ka hapa ka, ala benda dah nak habis, tetiba nampakla itu tak kena, ini tak kena. Emosi pun ada, bila bad girl sorang ni beleter. Sapalah suka kena leter,kan.

Tapi macam saya kalau kena leter, iyakan aje. Bos kecik, baru saya (yang lama dah cabut---tak tahan la tu kije dengan bad girl) pun macam saya juga. Alhamdulillah dapat bos yang sama cita, sama rasa. Syukur sangat. Kali ni yang kena leter bos besar sikit. Dia ni jenis cepat melenting, defensif kekadang tu mengerikan juga bila dia mula attack orang. Lantak pilah---

Saya bukan nak merekod pasal leteran di hari Jumaat tu, tapi percakapan dengan bos kicik saya. Sort of like refeksi diri. Kami rasalah, kalau kami jadi bos ntah-ntah lagi teruk, Allah tahu tu, sebab tu Allah tak bagi kita jadi bos. Allah nak jaga aib kita. Cuba kau bayangkan, saya yang kerekternya macam cikgu yang garang, tegas tapi disayangi anak murid sebab sapa masuk kelas saya gerenti keluar dapat A+, manakala bos kecik saya baby yang manja, marah-marah dan berleter. Atau lebih teruk lagi macam orang gila yang kesurupan??? Tentula imej begitu sangat tidak sesuai bagai kerekter macam kami, kan?

Tapi cuba pula kau bayang, kalau kau bos, kau dah kuar banyak duit bagi pihak gomen, balik pulang anak buah bawa report yang bos besar kau soal macam-macam. Cuba bayangkan. Hadoooiii---mati katak, tak sempat nak melompat, kering macam itu, sahaja,kan? Tapi malangnya come besok, kita tak mati, kena pi opis, 4 bulan sekali kena ngadap bos no 2 tu lagi. Tercopot-copot lagi jantung kau nunggu ntah apa lagi kali ni dia nak tembak,kau. seolah kena tembak berkali-kali, tapi masih tak mati-mati. Sanggup kah kau? Honestly--mengerikan. Taklah nak bayang-bayang ni.

So saya rasa cara bos-bos ni nak membuang rasa-rasa mengerikan itu ialah dengan marah-marah agaknyalah. Saya rasa. Kita simpati, kita nak empati, aish rasa tak mampu. 

Di satu sudut orang yang kena leter tu pulak, kadang kita rasa awat hang benak sangat aarrr---tapi saya fikir balik, saya tak boleh komen begitu, bila tengok latar akademik dia. Asal budak poli je. Saya budak sekolah sains. Memang patut pun kalau dia bawa balik kajian yang suam-suam kuku tu je. Pada dia kajian dia tu dah terhabis baik lah tu,kan? Ada juga team leader budak bagus, tapi ntah jenis tak tau nak cakaplah jenis pemalas ka hapa ka, jenis sibuk nak melaram je ada juga. Macam-macam jenis team leader ada. Tapi orang macam ni le cepat naik pangkat. Kita kuli-kuli ni pun heran jugak. Tak kisah,lah tu rezeki dia,kan. apa kita nak heran-herankan orang. Kita kuli-kuli ni alhamdullilahlah, kita tak de nak marah-marah orang, orang pun kalau kadang tu nak marah pun sebab salah faham je. 

So far life is good, kije pun ok. Tak le susah sangat pun kije kat sini. Kat Putrajaya ni. Apa lagi nikmat Allah yang kita ingin dustakan? Marah-marah, komplen-komplen, kalau terlampau sangat, tu kadang nampak islamik pulak. Apatah lagi dok jadi reporter, pengulas sapa kena leter, sapa beleter, apa bijik butir yang dileterkan, apa pula reaksi yang dileteri, dah macam CNN tak berbayar, memang lagilah tak Islamik,kan?

Lagi satu benda, kadang tu bila berhadapan dengan budak poli yang dah jadi bos ni, gak rase-rase, "dah kau ni benak sangat, bio aku je le buat kije kau" memang ada. Benda senang pun dia nak kecoh-kecoh, komplen-komplen. Tapi tu kita ni kuli-kuli dibayo gaji kuli yang pi rajin nak buat kije bos tu dah kenapa? kan? Buat bodooo sudaaaa---Buat kata my senior masa saya baru masuk kije dulu "kalau kau pandai, jangan tunjuk pandai sangat, besok, kau buat kije bos, tapi gaji kerani. Bos goyang kaki cukup bulan dapat gaji bos, kau jugaaakkkk yang sakit hati" 

Kalau meluat tengok bos budak poli gedik-gedik, kecoh je lebih tu, kalu saya ubat dia terjun kolam, je atau mereceh dalam blog. Kalau ko gatal offer diri buat kije dia, aahhhaahhh sampai kesudah, kije dia jadi kije kau. Baik sikit hari tu je kau meluat, nanti jadi berhari-hari, berbulan, makan tahun, meluat tak sudah. Nanti kau juga yang stress. Sudah banyak orang tulis, hati kalu tak dijaga-jaga, boleh jadi sakit fizikal, tau! Dah helok-helok dapat kije senang, gaji, tak lebih, tapi ada gak sikit-sikit buat sedekah, belanja makan kawan dan family, jaga ajelah yang dah bagus tu,kan?


Thursday, March 4, 2021

Bad Boys and Bad Girls---

Biasa bos memang bad,kan. Mana ada bos baik? Ada je tak kenanya dengan bos kita. Perangai macam haram jadah pun ada. My big bos is bad one. Tapi saya ok je dengan pompuan tu. Alah kije pejabat sini senang, apa dia suruh kita buat ajelah. Lagi pun saya bujang, kalau bos nak meroyan tetengah malam pekat pun, layan je lah. 

Paling orang tak suka kalau bos message malam-malam. Paling teruk weekend pun dia nak message tanya pasal kije. Orang akan jadi marah. So far adalah bos baru tu yang begitu dan ada satu dua perangai dia yang saya pun rasa rimas. Kengkawan dah sok-sek dah pasal bos. Lantak kau. Layan je lah,kan. Bad girls ni kadang ada gedik dia yang bikin kita menyampah, tapi ikutkan ajelah. Ada juga kategori bad bos yang memang bad, tapi sangat sharp dan bagus. Dia ada level yang dia dah target, tapi kau tak tercapai, itu yang macam-macam cerita keluar. Kita malas nak detailkan lah---

Nak kije ni, nak senang hati, tak nak hati berbuku senang aje. Buatla kije bebetul. Kadang tu ada juga salah sana-salah sini. Minta maaf dan lebih berhati-hatilah lagi. Kita nak makan gaji,kan. Kije opis ni memang senang, tak perlu kederat banyak, tapi minda kena sentiasa segar dan cergas. Bila dah nak masuk 5 siri ni memang semua serba merosot,kan. Memang kena berjaga-jagalah. Kita tak naklah baru mabuk-mabuk sikit dah tak boleh buat kije--

Hah cite pasal mabuk, sambung mengumpat hal semalam. Hat minah play victim tu,kan. Kan dia kata dia kena buli dengan bos kat tempat lama. Saya kenal idakle bos tu. Tapi pernahlah ada dalam satu meeting, saya jadi urus setia, bos buli tu jadi chairperson bersama bos KPM. Memang kita respectlah cara dia berhujah, present idea dia. Memang nampak cool dan easy je dia nak tembak balik kalau ada orang banyak songeh nak talk sana-talk sini but all bullshit. Orang macam gitu kalau ko dapat peluang kije dengan dia, rugi kau mengalah macam gitu-gitu aje. Tapi kalau memang kau dah tak boleh nak layan. Level kau level jauh dari ekspektasi dia, the best thing is blah lah aje sebelum dia suruh kau bla, tak salah pun kita cari bos-bos yang level-level kita boleh layan je. Orang kampung bukan tau/kenal pun ko kije dengan sapa. Yang derang tau kau kije Putrajaya je.

--------

Eh saya nak cite pasal minah victim,kan, bukan bos buli tempat kije lama dia. Nak cite minah victim di tempat kije sekarang ni, kat opis saya lah ni. Jom baca--

----------

Hah semalam dia ganti bos dia untuk vetting laporan team dia ni. Saya ni urus setia sidang nak murnikan Laporanlah gitu. Dalam tu adalah AJK-AJK yang terdiri dari bos-bos lain-lain cawangan dan seksyen. Kije saya pegang laptop dan kekunci, nak meng 'slash' memana ayat tak kena, apa tak betul---Nak jadikan citer, dahla plak report dia tu kebetulannya tak sempurna. Tak sempurna sebab baru lepas habis audit, so tak berapa sempat nak polish bagus-bagus. Pendek cite, itu tak de, ini tak de----sekali pandang macam report saja nak buat report kuar ngodit nak ngabeskan duit time-time PKP jerrr. 

Masa memula dia bukak mulut hat AJK-AJK jejantan tu terpesonalah juga dengan kepetahan dia. Dengan muka yang comel, suara sedap, petah pulak, cair memamat tu semua. Terbuai-buai mereka dengan alunan suara lemak merdu dia. Tapi tu nak dijadikan drama, (kalau dia pandai main drama, saya plak pandai catat drama) ada satu AJK pempuan ni pegi potong stimlah pulak---pi tanyalah mana itu, mana ini. Konfiden je dia jawab "x de". Cilakanya si pempuan ni, dia boleh cakap sambil gegelak "aik macam mana tak de" si Cantik Manis jawab dengan lebih konfiden lagi "tak de, tak de, tak de", sampai haku plak naik panas. Haku kalau dah panas, mulalah nak menyetan. Saya setan begini "tak de, dia masuk jak, tak kuar-kuar"---Apa lagi AJK pempuan potong stim ni, tergelak mengekek-negekek sambil berkata "Owh masuk je ya, tak kuar-kuar? Tak pe lah, kalau gitu, ---next--". Lepas tu apa AJK tanya,  beteri menjawab dia  terus jadi flat. Tak jawab langsung pun ada.

Pendek cerita AJK bos yang merupakan bos dia jugak minta dia ubah sikit laporan tu dan bawa semula  ke sidang pada 2:15 petang. Masa mengarah tu, baru dalam pukul 12:40 gitu. Alah rombak sikit je. Memandangkan dah nak jam satu, AJK bos ajak makan dulu. Aku tak tahula ada ke dia tersentap dengan joke masuk tak keluar-keluar tu ka, ntah apa ka---dia langsung tak mau makan. Bla macam gitu je. AJK bos ni memang baikle orang dia, cuba cover anak buah sendiri-kata si cantik tak boleh makan makanan kami sediakan sebab berbadan dua. Pendek cite lagi lepas 2:15 AJK bos sekali lagi minta maaf kat urus setia sebab si Cantik tak dapat kemukakan pembetulan yang AJKbos sendiri mau. Alasan, hurm berbadan dua---alahaiiii---Penghabisanya bos urus setia (bos saya) yang betulkan laporan tu. Takkan nak tunggu si cantik selesai berbadan dua, pula,kan?

Penat bercerita ni, kau conclude la sendiri,kan? Sapa membuli, sapa kena buli dalam cerita ni?

ops ingatkan urus setia jer--sapala yg naikkan pangkat editor tu, ya? 


Wednesday, March 3, 2021

JUST IGNORE

Bila kita dah hilang 21kg, dan la ni opis pun dah ramai orang naik kije---mulalah orang tegur dah nampak lain. Kawan-kawan satu level yang rapat ni memang tahu bulan 5 nanti saya ada check-up dan selalu support, doa agar everthing will gonna be alright. 

Tapi budak-budak level bawah ni, ada sorang ni yang ntah spesis main drama terancam ni yang tanya susut berat, sakit apa? Bila saya kata saya sihat, dia tanya lagi "banyak kerja, ka?" Nak aje aku jawab, "tak. Covid-covid ni saya buat operation kecikkan perut jah" 

Kalau kita tak kenal sangat budak ni, memang kita sentap kalau tetiba orang cakap macam gitu---mana tak sentapkan kawan-kawan sekeliling punya bagi semangat, peransang bagai, walau ada yang hangat-hangat tahi ayam, ajak aku itu ini, lepas tu tinggalkan aku sensorang, tetiba ada orang kata kita sakit! Tapi bila tau minah ni minah drama play victim---kita ignore ajelah.

Tokoh yang saya minati pun ada cakap macam kat bawah ni. Tapi tu biasalah cakap tu senang. Kalau asyik cakap-cakap-cakap, silap hari bulan kena pemumbuk sulung pun boleh "Talk is Cheap" buah penumbuk KPM's bad boy hinggap sebijik kat muka. Boleh pengsan/ICU juga tu kalau kena. Apalah dianya yang talk, if kau sebarang talk akan jadi "Talk is Cheap", ni?  Saya share ya.


Hah gitu!!! senang ka kita nak ignore je? Uish susah tu. Memang susah.  Tapi mujurla saya ni jenis yang mak kata "eh kau pekak ke apa?" buat pekak je. Contoh macam budak yang kata saya sakit, banyak kije tu---alah buat pekak aje lah. Dia tu tak sudah kata orang buli dia. Orang yang selalu komplen kena buli memang tak patut kita amik port pun apa derang cakap. 

Ceh hari ni mengumpat orang kena buli pulak. Senang cerita, kalau betul kena buli, orang diam jer. Diam sama ada sibuk ke klinik, ke seminar belajar ilmu kalis buli, atau boleh jadi dah mati terus sebab kena buli. Mati sama ada mati merana/bunuh diri lepas tu orang masukkan dalam kubur, atau mati dari segi "mati jadi manusia"---

Kalau jenis mereceh kena buli, (dan yang membuli tu memang terkenal dan disegani orang) tu drama jak tu lebih. Biasalah kadang tu kita punya skill tak up to the par, tapi kita terlalu ego nak ngaku, kita kata orang buli kita. Mana kita nak ngaku lemah sendiri,kan? Nak kije dengan bad-bad boys Kementerian ni kena ada daya tahan yang tinggi. Kalau diberi peluang kije dengan bad boys yang orang respect lepas tu kau berhenti/minta tukar, baik kau tutup je mulut kau rapat-rapat. Kalau aku le---malu aku nak create drama kena buli sebab nak tutup story yang sebenarnya aku "cabut" sebab tak tahan.

Berbalik pasal ignore-ignore ni---macam mana saya boleh jadi macam badak je buat bodoh, tak peduli orang? Cerita dia gini. Masa saya baru masuk darjah satu. Mak belikan saya satu payung merah yang tak boleh lipat. Payung tu panjanglah. Nak dijadikan cerita, satu hari tu mak terlambat ambil saya. So saya pun jalan kaki sorang-sorang. Sebab panas, saya buka payung. Budak-budak kampung ni kalau hujan pun depa redah je sebab tak de payung. Hujan pun tak berpayung, kalau panas berpayung memang peliklah. So saya pun kena ejek. Derang tak ejek payung saya. Mereka ejek saya budak gemuk. Saya cuba memukul budak-budak yang mengejek saya dengan payung, tapi mereka kecil dan kurus saya tak mampu nak mememukul mereka dengan tepat dan kuat. Lama juga saya mengejar-ngejar mereka.

Tetiba jak mak sudah sampai. Dia suruh saya naik basikal cepat-cepat. Sampai rumah, mak cerita kat nenek apa yang dia nampak. Nenek marah, mak marah. Lama saya kena marah. Mak dan nenek kata kata kalau orang mengejek buat tak tahu saja---lama-lama mereka akan diam. Sejak hari tu kalau saya rasa ada percakapan kawan-kawan yang bikin saya sentap saya buat bodoh je. Budak-budak pun dah tak berani ejek saya gemuk sebab bila keputusan periksa, saya dapat nombor satu.  Sampailah masuk sekolah menengah tak de orang berani ejek. Kan saya dah kata hanya saya sorang je kat sekolah Sains tu yang ada tali pinggang teakwondo berwarna. Beranilah nak ejek saya yang bukan-bukan.



Tuesday, March 2, 2021

BUKU BARU 4

Sebenarnya ada benda lagi nak ngumpat pasal budak-budak acah modern ni, tapi rasa macam malaslah pula. Lagi pun saya ni sebenarnya bengang dengan derang ni, acah-acah ajak kurus badan, diet, senam, swimming bagai lepas tu saya diet, senam, swimming sensorang. Dia dah nak berkayaklah pulak. Geli-geleman betul tekak ni. Senam-briskwalk-open-gym-close gym(kat tingkat 7opis ni) FOC, swimming habis mahal kat Marina tu RM5 sejam, hari jemahat jam ladies hrs RM2.50. Kalau nak murah Kolam Perbadanan Putrajaya RM2, 2 jam hada---nak berkayak pulak dia. Iya tak iya jugak tak glemmsss tak instalah, FOC FOC cheap-cheap, ni,kan? Berkayakla baru nampak Putrajayan. Ko tahu berkayak kat Putrajaya ni berapa? Paling murah RM10 sejam.

Berkayak ni macam intersting jer.  Sekali sekala---buat kerek-kerek upload picture dalam FB, status bagai ni, iya dop? Masalahnya saya memang tak reti berkayak. Dah cuba, kayaknya tak kehadapan tapi berputar-putar di situ saja. Tetiba besok buatla mood berkayak dia macam mood, senam-gym-swimming dia, mampus haku, berpusing-pusing kayak aku kat spot yang sama lah gamaknya sensorang diri. Buat malu je lepas sejam budak jaga kayak tu kena tunda pulak saya ke tebing.

So I talk to myself, yang penting result. Tak kiralah kita achieve goal tu cara beshe-beshe je. Orang mampu kurus dengan bergaya, sila.kanlah---saya apa kebendanya gaya-gaya ni, buat pening kepala. You just be true to yourself la,kan. Especially kalau pempuan, dah nak masuk 40an tu, tergedik-gedik lifestyle acah-acah konon balance between hardwork, stress yaa amat and persuit for pleasure, baik rentikan. Kije opis saya ni idak le se stress mana pun. Opis orang lain tak tahuleh saya. Tak de stress jangan le nak tunjuk stress,kan?

Ok enuf membebel, kita citer pasal Buku baru saya tu--- o

Orang ada cheat day saya tak main le cheat day, saya cheat week he he--- minggu ni saya tak masak tapi makan kat opis. Opis seminggu ni ada bengkel, ada makan. Memang naik le berat. Not so much makan nasik lauk ayam, lauk daging, tapi sebab makan kerepek pisang tanduk. Bak hang buat kata officer saya pun, kerepek ni berhantu. Memang sedap kerepek pisang tanduk ni. Crunchy, lemak-lemak manis gitu. Chip-chip Mat Salleh pun kalah dengan Chip Pisang Tanduk ni. 

Harga memang mahallah---kalau kerepek ubi RM8, pisang ni RM20 hengget. Jauh beza harganya, kan? Tapi sedap, you. Ngap-ngap-ngap----berat pun sedap juga naiknya. Tak kisahlah sekali sekala,kan? Minggu ni saya tak dapat berenang sebab petang hari, cuaca mendung. Saya nak pergi kolam yang berbumbung, masa pulak tak kena. Slot free paling awal 7.30-8.30, hadoooiii dah malam dan kolam ni jauh sikit dari rumah. So saya senam ringan-ringan je kat rumah--- dah 3 hari ni berat naik 700gram. Dah nak sekilo tu. Hari ni gamaknya kena berhenti makan kerepeklah.

Orang lain makan juga tapi tak de kesan pada mereka. Saya baca-baca juga. Well biasala manusia ni berbeza. Kalau sekali tengok, kita nagisle, orang makan banyak maintain je. Kita makan sikit je dah gemuk. Tapi kalau kita ubah pandangan kita begini "bagusle kita tak perlu makan banyak, jadi jimat. Rugi derang tu sebab sedap makan-makan-makan, makan banyak, tapi kita makan sikit pun dah cukup"

Kalau kita fikir macam itu, mana lebih bagus? Maksudnya derang makan kerepek RM20 pun tak ada kesan, kita makan RM2 ringgit dah berkesan. So kita stop either at RM2 or lagi bagus, tak payah ambil lansunglah kerepek tu,kan. Ambil yang cukup-cukup aje untuk tenaga. Nanti terlebih ambil, badan pula naik. Kita ambil sayur-sayuran, ikan-ikan yang tinggi lemak dan nasi sikit saja. So bajet makan harian adalah lebih rendah dari mereka. Kita pun tak payah pening kepala nak fikir nak makan apa, nak masak apa,kan.

Tapi tu lapar??? iya lapar itu masalah. Saya sudah temui penawar kepada lapar melalui pembacaan dan perkongsian kawan-kawan FB saya. Punyalah terkejut saya rupanya kita senang lapar kalau kita suka benda manis, bergula. Manis tu tak semistinya pada rasa tapi pada kandungan gula. Nasi tak manis tapi bergula, gandum pun sama. So selain limit makan manis, minum manis, limitkan juga makan karbohidrat banyak-banyak. Makan sikit saja. Sehari makan sepenumbuk nasi. Cukuplah tu.

Mula-mula memang susah. Tapi la ni saya dah ok-ok je. Saya takla terus makan nasi sikit, tapi saya mulakan dengan tak minum air manis langsung. Gula putih memang saya cut terus. Lama-lama tu rasa ok je. Buleh je saya IF 23-1 (maksud puasa 23 jam, makan 1 jam window), tak ada masalah rasa lapar pun. Jadinya betullah tu sebenarnya makanan bergula yang bikin kita rasa selalu lapar. 

So saya akan guna kekdah yang saya belum lagi kira dan akan kira (tapi saya rasa paling murah) dalam menguruskan masalah berat badan saya. Puasa itu murah. Makan sihat yang terdiri dari sayuran hijau, dan ikan-ikan kaya lemak juga tak mahal. Kalau paling mahal dalam diet ini ialah beras dengan low GI index. Tu memang premium harganya. Tapi kau makan sepenumbuk nasi je sehari, jadi jatuh sama je regenya kau makan beras biasa berpenumbuk-penumbuk nasi tu.

Saya memang tak percaya nak kurus kena banyak duit, atau banyak duit baru boleh kurus. Mengarut. Banyak duitlah (dengan body yang Allah dah design khas untuk kita) boleh jadi lebih gemuk. Makan-makan-makan je kerjanya. Tapi kalau pokai, atau kalau duit cukup-cukup dan ada rasa nak beli benda lain dengan duit cukup-cukup tu, kita boleh juga jadi kurus dengan memilih makan yang murah tapi cukup nutrisi. Syukurla kita ni orangnya makan lebih sikit je dah gemuk,kan.

Kalau tak reti nak bersyukur juga tak tahula. Allah tu maha tahu, rezeki kita cukup-cukup untuk tubuh yang Dia ciptakan untuk setiap umatnya. Kalau pandai kira pandai bajet. Badan pun sihat, ada duit lebih lagi nak beli syiling emas ka, rantai tangan ka, nak renovate rumah ka, nak buat ibadah korban ka. Mesti ada. Kalau tak ada tu, mestila dah terlebih pergi ke makan. Cuma kita yang terlalu indulge dengan keseronokan makan-makan sehingga tak sedar ketidakcukupan itu sudah pun ditandai dengan berat badan yang dah terlebih-lebih.

Sebenarnyakan, bila saya nak masuk 50 tahun selain nak sihat, lebih penting lagi, ingatan saya bila dah mati besok. Saya tak naklah bebankan orang nak mengangkat mayat saya yang berat. Ada jugalah cerita-cerita mistik badan besar tapi ringan sebab malaikat tolong angkat--saya bukan ahli mistik. Saya guna logik je. Saya rasa logik tukang gali kubur juga bukan dia tahu pun ada malaikat dok angkat kerenda saya besok. Logiknya dia tengok kawan gemuk, sensiang dia dah gali kubur besar-besar dah. Kesianlah kat dia, kan? 



Monday, March 1, 2021

Acah-Acah Modarnista

Semalam kata letih mengumpat orang---he he hari ni ngumpat lagi. Bukan ngumpat ni, tapi menegur. Nak tegur depan-depan bukanla saya takut, tapi buat sakit hati je sebab apa yang saya tegur, tips saya bagi ni takkan derang buatnya. Buat penat kita berleter je,kan. Apa pasal saya yakin sangat ni mereka tak akan ikut? Hurmmm saya sendiri pun tak terikut, macam mana nak suruh orang lain buat, he he--

Pandai cakap je,kan. Ok teguran, tips yang saya nak tulis hari ni, berdasarkan cerita bebudak fobia-Freemason-Dajjal ni jugak. Satu nama Freemason yang fames Rothchild. Penguasa Bank paling berpengaruh di dunia. Katanya---tak kisahlah apa powernya derang ni,kan. Saya tak minat pasal power mereka. Yang saya minat (tak taule betul ka idak, saya tak baca pun pasal mereka, saya dengar-dengar derang cerita jah--kalau karut, mengarutlah saya inikan?) Yang saya minat ialah sikap kedekut Rothchild ini. Memang kedekut yaa amat--- Bila dah kedekut misti banyak duit,kan? Duit tu dia pegi beli emas.

Kau ada boleh nak kedekut sangatka? --- Takkan, saya tak suruh pun kedekut, tapi berjimat-jimatlah. Tulah nak tegur budak acah-acah modern ni, kopi tu kalau boleh beli kopi Kluang, cap 434 je tak payahlah gigih nak kopi-kopi starbucks. Ko menganjing Yahudi-Kapitalis, tapi ko sanggup drive through Shaftsbury sana just for a cup of starbucks latte ka, hapa ka? Anti-Yahudi, tapi barang Yahudi kau dulu yang berbaris beli, cam no tu? Pelik. Hidup ini misti ada gaya. Dalam banyak-banyak Gaya, kenapalah Gaya Kapitalis juga yang ko agung-agungkan. Heran aku. Saya pun 2x5 jugaklah tu. Tapi tak mengapalah sebab saya awal-awal lagi memang dah declare "Ratu Kapitalis" hihihi... Bila saya cakap Ratu niiii my center of reference is Kapitalis yang efficient, yang cekap mengurus sumber. Bukan yang acah-acah minum kopi kat kedai hispter lepas tu habis bulan habis gaji. Kalau opis ada buat jamuan, ada mesyuarat makan minum kau hangkut tupperware barang 3, 4 bekas tapau bawak balik. Jenama je lebih, barang dalam makan-minum pejabat yang bersisa. Apa barang acah hispteeeerrrr----, kan?

Aish budak budak acah modernis nak ngubah Islam jadi paksi kuasa ni memanglah perangai tu geli-geleman bagi kita yang feeling Ratu ni nengoknya,kan? Mulalah berhalusinasi bercakap-begini, "Kau nak kalahkan aku, kau jati diri, pun caca-marba. Kalau kau ada segunung jongkong Emas yang aku ada ni, aku rasa tak sempat setahun habis kau belanja. Bukan perangai belanja-sedekah Ebit-Liew yang kau ikut, tapi aku rasa contoh shopping Rosma-Mansor-JhoLow yang kau ikut. Pasal apa? sebab masa kau x de emas, kau asyik meratibkan Rosma-JhoLow. Kau tak pernah sebutpun Ustz EbitLiew."

Tapi tak kisah, sesungguhnya saya amat berterima kasih sama Tuhan kerana menghantar si acah-acah yang memualkan ini. Kerna dari mereka saya dapat sesuatu  untuk saya ikuti, jadikan contoh---hurm apa dia? si Rothchild yang kedekut dan suka beli emas tu. Dia lelaki dia, dia banyak duit beli emas jongkong le, kita pempuan lainle macam-macam emas boleh kita beli. 

Dari mereka juga saya belajar macam-macam benda pasal nak kuruskan badan. Kenapa penting nak kurus sangat ni. ntah. Saya ni senang orang kalau asyik-asyik ceramah pasal gemuk-gemuk-gemuk, idaklah saya terasa sangat. Memang gemuk is not ohsem,kan. Kau dengar ajelah apa yang nak dia sampaikan. Bagusnya kita tahu, kita ni tak boleh makan banyak macam orang lain. Dah tak boleh makan banyak, tak ke jimat tu? Adalah duit  duit lebih nak disimpan. Harapnya, simpan-simpan-simpan, kutla hujung tahun ni boleh beli emas barang sejanggut udang, ok juga,kan?

Dari merekalah saya tahu nama Rothchild. Bila sebut nama tu saya membayangkan individu yang sangat ketat disiplin kewangannya. Apa yang saya belajar dalam kelas Finance mesti mereka amal, saya rasa-rasalahkan? Itulah saya sukala, cuma kau taulahkan disiplin Finance ni, tak kisahla apa pun, kalau dah nama disiplin tu memang menyakitkan. Tapi omputeh kata no pain no gain. Orang Melayu kata, "kalau tak pecah ruyung tak dapat sagu"--- begitulah kehidupan ini. Kena disiplin. Memang susahla bagi saya yang alah-bahai ni aje. Eh dah lama duduk Putrajaya ni kenalah jugakan jaga bab-bab ni. Kau taulah Putrajaya, ni, kan. Macam mana keadahnya.

Boleh jugala nak duduk sini, acah-acah itu, acah-acah ini, tapi the best things is dah diberikan peluang duduk di sini, kena berusaha sehabis baik, agar jadi warga Putrajaya seperti yang dibayangkan dalam Wawasan 2020. Tak gitu?