Monday, June 17, 2019

Ini Semua Salah Atuk...

Saya ambil mode ada sorang kawan yang tak akan ngaku salah tapi akan salahkan orang lain, walau terang-terang salah dia. Memang saya rasa dia pelik, saya cuba untuk analisa psiko dia, tapi dia cepat-cepat tak nak kawan dengan saya.

Hari ini kalau cakap hal ekonomi, macam semua tak menjadi. Macam-macam atuk buat, tapi tak jadi-jadi. Kalau pun katanya lepas raya hari itu baru nak jadi sikit, dah kecoh pasal Video Jamuan Rayalah pulak. Last-last pakar ekonomi yang dulunya kemain pandai bercakap dah serender dan suruh kita "brace ourselves for the hard time" dengan sempat dia nak nyalahkan skandal 1MDB jugak tuh.

Like I said before, saya tak ada nak komplen apa-apalah, atau nak salah sapa-sapa sebab saya tahu dari cakap nabi dan pengalaman saya sendiri. Nabi cakap zaman lepas dia akan jadi teruk, makin teruk, teruk, teruk, teruk, sampailah kiamat nanti. Dari pengalaman kerja pula selalu kita dapat bos teruk, kita nak ganti, dapat ganti makin teruk, teruk dan teruk. Jadi saya belajar untuk tidak banyak komplen. Memanglah takut kalau melawan kut-kut kena buang kije, tapi lagi takut lagi kalau dapat ganti dapat yang lagi psiko, lagi teruk dari yang dulu.

Dulu kita merentan ramai-ramai tolak UMNO-BN, kunun PH lagi baik, last-last blem setengah penggal ramai dah tak tahan dan merentan-rentan macam-macam. Nak minta pilihan raya awal,lah nak itulah, nak inilah. Aik kalau korang terlalu jauh dari Nabi, tak ingat pesan nabi yang zaman ini gantinya akan lagi teruk, teruk dan teruk, takkan kau tak tahu yang ko andalkan nasib untuk bawa perubahan tu memang teruk, teruk dan teruk pun. Hah padan mukalah kita dapat yang teruk, teruk dan teruk pada hari ini.

Saya pilih untuk seek to understand dan bertabah. Saya tak suruh semua orang jadi macam saya sebab kita ini manusia memang Allah jadikan berbeda-beda. Benda teruk memang kita kena khabo itu teruk, jangan buat. Ammar Maaruf, Nahi Mungkar. Macam saya kije audit kalau jumpa benda jahat kena report. Itu terpulang bos nak terima ka idak. Idak pernah lagi plak yang dijumpa disorok-sorok, semua kena, cuma kalau kena tu, tak seperti yang kita idam-idam. Kita nak semua masuk surat khabar kena jel belaka, tapi kalau ada kena jel pun orang yang kita tak kenal. Contohlah eh 1Bestari Net, kita harap Menteri dan Che Besan yang masuk lokap, tapi setakat kena denda, dan yang kena tu, kita tak kenal, pun. ntah sapa-sapa pegawai ntah.

Idaklah saya merentan-rentan nak juga Che Besan kena lokap. Dah kena, lekat, tu udah-udahla ya. Gitu.

lagi kita nak komplen pasal apa? Gutter politic? Politik cha keting? Itula dia dari dulu pun. Politik orang Melayu ni memang politik chah keting, pun. Baik politik pejabat, apatah lagi politik negara. Kau nak tengok apa? Pasal politik chah keting, bunuh kerekter lawanlah kita jadi teruk hari ini. Kita memang dah tahu dah, politik jenis boleh mengancam tamadun Bangsa. Pantanglah orang berbakat nak naik sikit, habis kita selongkar selidik, apa aib dia. Kalau tak ada kita ada-ada,kan. Kita ini orang Melayu Islam, tapi kenapa buat macam itu ea.

Ntahlah itu satu perangai Melayu yang saya sangat tidak faham____ bukan tak faham, saya cuba nak faham, tapi samaada saya takut nak duduk dekat-dekat dan analisa psiko pembunuh-pembunuh kerekter ini, atau dia dah cepat-cepat lari, tak nak duduk dekat-dekat saya. Uina kau kawan dengan orang besar-besar negara ka. Idaklah gitu, aku cakap pasal geng-geng karas pejabat yang suka main politik buruk-burukkan orang depan Bos.

Politik pejabat ini sama jak dengan politik negara, cuma idaklah sampai berbidio-bidio. Tapi kalau pejabat SPRM tu ada yang bini ea jatuh sakit hati kerana video, laki eh pulak katanya kena pencen awal. Kenapa kalau tak suka dengan so & so sampai nak bongkar, cerita, ulang-ulang cerita aib, kekurangan yang ada. Itu saya berani berangan je, yang sipembunuh-pembunuh kerekter ni kena jel, pastu saya interview dia masa dia duduk dalam jel. Prof saya cakap, orang dalam penjara sana lonely, kalau mai pi interview dia, mesti dia cerita semua.

tu berangan ajelah. so far mana ada orang masuk jel sebab bunuh kerekter orang?

Oklah enuf membebel, enuf dok nak buat cerita ini semua salah Atuk. kau yang undi Atuk balik tu sapa suruh. kunun rindu zaman Atuk. Rindulah sangat. Hah raya-raya ni dah lepas rindu dah ke, dapat tengok video lucah orang politik? Saya tak kata Atuk yang buat, tapi kalau Atuk tak buat hal sampai ramai cerita Atuk sebona ea nak JEMIN esKream jadi PM-08, bukan Bang NON, benda ini tak akan berlaku, tau!!!!

Sunday, June 16, 2019

PM-8 KITA....

Saya memang tak sabar-sabar nak tunggu Mei 2020 ni sebab nak menyambut Bang NON sebagai PM kita. Akhirnya dapat juga abang jadi PM. Tapi itulah banyak pulak cakap-cakap yang Atok tipu jeeeewww. Dahsyatnya. Saya teringat cerita drama TV yang dilakunkan oleh Azizah Mahzan. Dia tau cucu dia memang tak nak kawen dengan si Husna, dan mustahil Husna akan berkahwen dengan cucu dia, tapi dia tipu dan cakap sebaliknya sama si Husna sebab dia takut Husna "attack" dia. Husna dah terlampau gila nak kawen dengan cucunya sampai sanggup berlaku ganas kalau tak dapat kawen.

Agaknya atuk pun macam itulah apabila dia janji nak jadikan Bang NON pada Mei 2020 setelah 2 tahun PH merampas kuasa dari BN. Tapi tu belum setahun, Bang NON dah dapat hidu yang Atuk tipu. Itulah dia yang sekali lagi kita dapat hadiah hari raya video porno yang ntah apa-apa tah. Saya memang tak tengoklah. Tapi bagi yang dah tengok kata "ala beshe beshe aje" Si Haziq tu macam boring jak nak melayan. Itu pasal pasangan dia malu nak ngaku. Lain le macam video Chua Soi Lek. Nape Datuk Chua berani ngaku? Sebab yang dah tonton kata Datuk memang power. Lagi satu aish, tak malu ka dia nak ngaku sebab Haziq yang menyondol, not the other way round. Itu pasal Haqiz teruja tak sabar-sabar mengaku, akulah orangnya, kan? Kira HERO tuhhhh....

Sekarang ni macam mana ni? Kalu ikut gossip-gossip, kalau betullah Atuk tipu Bang Non je dan Malaysia tak kisahpun dapat PM8 yang gitu-gitu. Apa akan jadi dengan Bang NON? Personally saya rasa Atuk tak patut rumitkan keadaan dengan berdegil tak maukan Abang NON. Bagi ajelah dia peluangkan? Kita nak tengok juga macam mana Abang NON memerintah. Ala dapat 2, 3 tahun pun jadilah,kan?

Apa kau takut bala macam Kota Sodom? Denmark tu dah bertahun ber PMkan lelaki tak betul, ok jak. Kalau betul-betul terbalik bagus juga. Kamu-kamu yang bagi peluang orang-orang macam ini bernafas dan saya juga dari hari ini sudah patut bertaubat, banyakkan amalan dan bersedekah, jangan gossip-gossip tak tentu hala, ingat Allah selalu, semoga kalau Malaysia ni terbalik besok, taubat dan amal baik kita diterima Allah.

***

on separate note...

saya ada baca dalam internet, ada orang alim kata, kalau kau lihat orang kau berkata bertapa rosaknya kamu, yang terutama rosak ialah kau sendiri. Eish takut kita nak ngata-ngata orang rosak. Kita tak boleh tau cakap macam gitu.

Abeh kita nak cakap apa? ntahlah. Istigfar banyak-banyak, zikir banyak-banyak, minta ampun Tuhan banyak-banyak ajelah gamaknya, iya. Saya ni tak takut kiamat, yang saya takut saya marah kat ada sorang orang tua suka bohong, lepas tu dia double standard sampai saya kata-kata dia munafik, besok masuk neraka duduk lagi bawah dari orang kafir, sedangkan ustaz kata, kalau kita mengata-ngata orang lain rosak, kitalah yang sebenarnya lagi rosak dari orang yang kita dok marah-marahkan itu. Itula mana boleh ngumpat-ngumpat ni dosa, tau.


Thursday, June 13, 2019

Membebel 5


Saya masih tak boleh move on lagi dengan tulisan di mamat Gutter yang saya baca di FB semalam. Sorilah, beri saya masa barang seminggu dua lagi. Atau kalau sekarang ni you boleh belanja saya buat facial kat SPA mahal ka, belikan Ai emas 916 barang sekilo dua, ka, kan, petang ni juga saya dah boleh move on dah. Sebab tak ble move on saya tampal, ulang lagi sekali tulisan yang masih bikin saya tak boleh move on ni. Janganle marah, meh la kita sama-sama baca lagi sekali. he he

The lack of support in my sworn testimony has made me question the sincerity of our new government in pursuing reformasi.


I have been accused of having a political agenda by the Prime Minister after making the confession. I was scared and the only comfort I received from you was when you sent Hilman to meet me at Zest Restaurant in Marriot Putrajaya on that fateful day. I waited for an hour and it felt like I was a mere afterthought. 

He forced me to deny that it was you in the viral video and asked me to lie for you. I asked for more time to consult my parents and this angered him. After I refused he made threats and said ‘this’ will be shut down within 48 hours with or without my help to lie.

It broke me that Azmin Ali, the man I looked up to choose to tie his loose ends rather than owning up to his mistakes. I know you are a sick man because only you could have recorded the videos for personal collection after inviting me to your hotel room on all occasions.


First it was at the Grand Continental Kuching 3 years ago, then at Pullman Kuching during Pemilihan Parti in October last year. We did it again in Grand Hyatt KL during your stint as Menteri Pengiring to the Sultan of Brunei in March this year and our recent encounter at Fourpoint Sandakan last month.


I am worried that more videos will be leaked and the luxury you have as a minister is deniability whereas my future is over. You even have the Prime Minister pledging his full support before any formal investigation had been done. Only the truth can set me free as I am concerned for the safety of my family and mine. I hope the public will see you as who you truly are- manipulative and has immense influence all together with your henchmen Hilman, Afif, Zuraida and the rest of your inner circle that are motivated by greed and power.

Selain

 . I know you are a sick man because only you could have recorded the videos for personal collection after inviting me to your hotel room on all occasions”

Yang ini juga sangat drama….

“ It broke me that Azmin Ali, the man I looked up to choose to tie his loose ends rather than owning up to his mistakes”

You all mesti tak faham kalau tak pernah berkawan dengan lelaki gay. Gay ni saya note, kalau dah cinta, dia punya deep, lagi deep dari perempuan tau. Sanggup berkorban apa sahaja demi cinta. Kalau tak masakan dia sanggup tadah lubang kunyit dia. Kau ingat sedap ka? Bayangkan kau meneran taik keras, dan taik tu menyongsang. Saya pernah berbual dengan one of them, yang perbualannya berbunyi sikit lebih kurang begini

 “tak sakit ka?

“Sakit!!! Tapi bila dah selalu tak sakit dah”

“Kamu urang take turn ka?”  
               (Lepas dia pancut jubur kau, kau pulak mengunyit lubang dia)

“eh, taklah… my bf ni ego, mana bule saya kunyit dia”

“so all the time kau ajelah yang kena?”

“well, what to do, no pain, no gain, itulah dia pengorbanan dalam percintaan. Kakak HADOOO?”
(Haish budak ni, memang nak kena tempeleng dengan aku ni…. Tapi saya selawat banyak-banyak dan senyum saja sebab masa tu saya tengah pegang stereng kereta).

Sesungguhnya cinta jenis ini memang pelik. Tapi apalah yang nak dipelikkan sangat. Suami isteri yang sah, pun banyak kita dengar perhubungan yang tak seimbang. Bukan bini jak patah riok kena pukul, kes bini macam Cik Lisa macam dalam drama “Jumpa Aku di Syurga” pun ada juga. Jadi, kalau dalam kes lelaki sama lelaki, apa peliknya kalau sebelah pihak sahaja yang suffer?

Itulah dia, my initial feeling bila baca nota ini. CINTA. Mamat Gutter mencinta membabi-buta. Tapi tu nasib baik prior saya membacanya saya dah dengar Diva AA meroyan HAMLAU dari LONDON. Cinta tengkorak hanglah HAMLAU. Kau memang HAMLAU, tau!!! Tapi tu, hah padanla tu, bertemu buku dengan ruaslah kau Abang Jemiiiinnn oooiiii. Harap tukang ambik statement kat balai tu dah tengok video HAMLAU Diva AA. Kalau tak tengok, nak percaya dan simpati dengan si HAMLAU ni pun, rasanya lagi padan muka Abang Jemin, kut. Hihi….

Selain itu, it also make me think, skrip drama macam ini orang-orang level-level IQ macam saya aje boleh karang. Orang-orang macam kami ini tak ramai. Study kata kami ni 20% human population, sudah tentula, pemegang general degree UM jeer macam DSAI is not one of us he he…. Tapi apa mau hairan sangat HAMLAU ni, pelajar ALAM SHAH.

Apapun saya tak marah atau annoyed sangat sama si HAMLAU ni. He is one of us. Being mad at him, like being mad at ourselves. We should give ourselves a break, and time to grow and may ALLAH show us the right path. I also boleh faham being 20% of human population and if you are not careful in choosing a friend, you allowed yourself to be surrounded by an idiot, life can be sangat lonely yang menjebakkan you buat benda pelik-pelik. Contoh macam you fikir can ‘tie someone loose end’ hihi… regardless that someone is he or she or make yourself believe you in the “ Avenger Assemble, lets fight Thanos” mode.

So, akhir kalam, I wish genius out there, all the bestlah. Be careful lahkan dengan sapa kita berkawan. Moga Allah temukan kita dengan kawan-kawan yang memandu kita ke jalan yang benar.

Membebel 4...

Siok juga follow cerita skandal terbaru ini.... patutle memasing kata rindu zaman TUN. Memang kalau zaman TUN inilah dramanya. Moga terubat rindu korangs korangs yang minat gutter politic termasuk saya juga kut he he...

Gutter politic memang tak senonoh, tapi seronok di follow. Tak payah ko pigi tengok wayang end-game ka hapa ka, Gutter politic PM lagi memukau. Mula-mula tunjuk gambo porno, pastu, pelaku porno ngaku "sayalah lelaki tu" lagi sorang tak ngaku, terus buat solat hajat...

Adik yang tak ngaku tu plak dakwa dia kenal lelaki porno itu dan mamat itu dua tahun lepas dah ajak dia sama-sama pasang "honey-trap" kat abang dia. Tapi dia malas nak layan.

Hari ini lelaki mengaku buat satu karangan syahdu yang saya sendiripun honestly kalau tak terlebih dahulu dengo mulut murai adik abang berkicau, harus saya tberangan-rangan panjang nak pigi open hause Timbalan Menteri Industri Utama. Timbalan Menteri tu,kan oghang Melaka. Kau tak tau ka? Kut-kutlah dapat berfoto bomb dengan lelaki gutter memerangkap setiausaha sulit Timbalan Menteri itu... Eh apalah yang lelaki tu dah tulis sampai saya loklak berangan nak bertuna-foto tu? he he.... sat aarrr satt...share hihi


The lack of support in my sworn testimony has made me question the sincerity of our new government in pursuing reformasi.
I have been accused of having a political agenda by the Prime Minister after making the confession. I was scared and the only comfort I received from you was when you sent Hilman to meet me at Zest Restaurant in Marriot Putrajaya on that fateful day. I waited for an hour and it felt like I was a mere afterthought.
He forced me to deny that it was you in the viral video and asked me to lie for you. I asked for more time to consult my parents and this angered him. After I refused he made threats and said ‘this’ will be shut down within 48 hours with or without my help to lie.
It broke me that Azmin Ali, the man I looked up to choose to tie his loose ends rather than owning up to his mistakes. I know you are a sick man because only you could have recorded the videos for personal collection after inviting me to your hotel room on all occasions.
First it was at the Grand Continental Kuching 3 years ago, then at Pullman Kuching during Pemilihan Parti in October last year. We did it again in Grand Hyatt KL during your stint as Menteri Pengiring to the Sultan of Brunei in March this year and our recent encounter at Fourpoint Sandakan last month.
I am worried that more videos will be leaked and the luxury you have as a minister is deniability whereas my future is over. You even have the Prime Minister pledging his full support before any formal investigation had been done. Only the truth can set me free as I am concerned for the safety of my family and mine. I hope the public will see you as who you truly are- manipulative and has immense influence all together with your henchmen Hilman, Afif, Zuraida and the rest of your inner circle that are motivated by greed and power.

Tang mana yang shahdu sangat tu? hah!!!!

Tang hok nieee... leeerrr

     "I know you are a sick man because only you could have recorded the videos for personal collection after inviting me to your hotel room on all occasions."

Bila I baca karangan mamat gutter ni I got the impression yang mamat ni jatuh cinta sejatuh-jatuhnya masa pasangan dia, dan cintanya berbalas, dia gembira, lepas tu bingung, kalut, kompius bila tau penyakit buah hati dia yang suka rakam dan buat koleksi aksi ranjang sendiri. Psycho thriller gitu,kan? 

I idokla la jatuh cinta ka hapa kat si gutter ni, idaklah gitu. tapi kalau I nak karang novel,kan hah!!! citer-citer psycho thriller romance cam ginney le I nak tulis. Itu pasal I loklak brangan nak pigi umah terbuka TImbalan Menteri dengan harapan dapat berkenal-kenalang dengan si Gutter ni tadi....

Tapi baru separuh berangan, tetiba macam mana tah terngiang di telinga pulak suara lelaki berkaca mata pelik dari London berkata "HAMLAUUUU, ko jangan edit Diva AA tau!!!...." terus mati angan-angan.

***

On separate note, orang tertanya-tanya sapalah yang mastermind di sebalik politik longkang ni? Saya Kata PM leeerrr.... Dia aje yang cukup bijak untuk bermain politik tahap gaban begini. Anwar is not smart enuf untuk masukkan element " I know you are a sick man, ni..."

Dia pasang perangkap, lepas tu dia pura-pura sokong Jemin agar Jemin berlaga dengan Anwar dan PKR pun berpecah. Haish, selagi anak dia si BOBOI tu tak jadi PM, selagi tulah dia tak henti mengacau orang. Sepatutnya si Jemin tu team-up dengan Nuar dan Cik Koya, kasi bongkar kes-kes lama dia dengan best-friend dia. Biar si Tua kutuk tu masuk Penjara sana. Tapi I don't think both Jemin and Anwar are smart or strong enuf to execute the plan, as both memang tak reti jaga kontol. Cik Koya pun ada skandal bersekedudukan dengan lelaki bukan Islam. Ntah-ntah Cik Koya pun ada koleksi aksi terlarang. he he....masing-masing ada video memasing. Itu pasal tak ble lawan si Tua Kutuk nan sebatang tu hihi... Orang PAS yang alim tu pun bedebuk-bedebak jatuh meluruh dengan penangan koleksi video ini.

Remember.... DUKUN DIANA kata apa? Orang yang sanggup minum air putih dan jauhi sex je yang layak dapat tongkat BATAk. ni memasing, senang sangat nak melondehkan seluar masing-masing, manalah tongkat BATAK nak lekat... puiiihhhh!!!! HIDUP TUA KUTUK for 1000 more years...

Tuesday, June 11, 2019

Membebel 3

Wah cerita semalam tak habis rupanya....

Usai PM lantik Cik Koya, kuar pulak bidio rahsuah dan skandal sex HERO Cik Koya. Pasti Cik Koya pening kepala ni.

Ramai yang meramal akan matilah HERO Cik Koya kali ini....

Tapi bila teringat pepatah wisdom menteri Pertahanan "Elephant fight with Elephant, grass will suffer"... Rasa HERO Cik Koya bukan sebarang grass. Bule jadi Grass the King maker pulak nantinya.

All this while kita nampak pergeseran perang dingin antara PM dan DSAI. Saya sendiri nampak kalau PM lawan DSAI, bule hancur DSAI. Tapi kalau DSAI ikut nasihat DUKUN DIANA, minum air putih jak, jauhi sex, DSAI layak memiliki tongkat BATAK.

Well-well-well, saya prepare for the worst je, (what if DSAI menang), by mentally prepared working, competing with the LGBT aka geng-geng Numan Afifi.

Macam mana pula DSAI bule menang? Senang aje, it's up to the grass to sokong PM or PM menanti. Kalau grass berpaling pada DSAI, Cik Koya bule jak gali balik kes PM yang dulu-dulu. he he.... Cik Koya kan kije dengan best friend PM. Tentu dia banyak tahu pasal best-friend tersebut.

Itula pasal bila orang dok terjerit-jerit marahkan LGBT, saya tak berani nak cakap lebih-lebih. Takut one day derang take over this country jak. Mana pigi semua yang straight dan mantap? Hurmmmm....ntahlah. Semua dah kena buli dengan HUSNA jangan BENCI CINTAku, kut.

***
Who is Saifudin Abdullah? Dia menteri luar kita. Hari tu pasal statute Rom dia dah bikin PM huru-hara. Pasal Bidio HERO Cik Koya, dia jugalah yang memviralkanya. Not bad juga dia ni,kan? memang buku dan ruaslah tu.

***

Masa sebelum raya hari tu kemain lagi saya nak membuli ada sorang PTD lembut-lembut di Bahagian Aset sana sebab tak hantar maklum balas lagi... ceh berangan nak antar reminder lepas tu CC kat KSU, abeh abeh lepas cerita pengakuan dak Haziq, ni I call jak that PTD dan cakap lembut gigi dari lidah minta dia respond segera.... mau idup maaaa.....???? So far mak lom jumpa budak auditor lembut, kalau Akauntan tu adalah sorang tu. Course mate subjek Islamic finance mak lagi...nak!!! PTD? Hurrmmmm PTD.....

bule dia tersenyum riang gitu???

Monday, June 10, 2019

Sambung bebel....

Ini sambungan bebelan semalam...


Raya tahun ini memang saya tak bukak media social sebab saya tertinggal hp di Putrajaya. Saya tau si Koya tu jadi ketua SPRM pun melalui berita TV. Sebab hp tak de di tangan saya boleh tertanya-tanya seorang diri je bila dapat tau DSAI meroyan tak puas hati pasal Koya.

Saya tertanya-tanya DSAI ada skandal jenayah komersial apa? Jenayah Penal liwat, ada,lah. Liwat tak masuk SPRM, pun. Adakah PM merancang another naratif dan kali ini si Koya digunakan sebagai perawi macam beliau guna Clare Rewcastle Brown untuk merawi kejatuhan Najib. Dalam hati saya berkata begini "dah nyanyuk apa orang tua tu? 1MDB Najib pun peguam negara terkial-kial nak bina kes, nak tambah lagi satu naratif projection DSAI pulak?"

Bila saya pulang ke Putrajaya dan bukak FB semalam, tak payahlah saya nak bertanya-tanya dan membawang apa-apa sebab sudah jelas yang si Koya ni kerjanya bukan mengarang, tapi memadam cerita. Cerita apa nak dipadamnya? Tunggu ajelah. Saya nak tulis pun barang tak pasti. Kita tunggu adakah DSAI dapat jadi PMke-8.

Yang saya boleh tulis, si Koya ni geng-kartel dalam PKR. Dia tak sebulu dengan DSAI. Kepala dia adalah Abang Jimin Askream Jamban (AJAJ). Jadi saya kira si Koya ni kerjanya nanti lebih kepada memadam apa-apa cacat AJAJ agar AJAJ nampak lebih hensem dan bergaya dari DSAI untuk mengepalai negara andainya PM pergi jua.

Adakah Akak Jijah akan berdiam diri? Kita tengok ajelah sapa yang memang. Rasa macam payah Jijah Barah nak naikkan laki dia jadi PM ke-8 tanpa belas ihsan PM. Lantikan si Koya menampakkan benar PM tak mau DSAI ganti dia. Tapi tu PM ni politikus No 1 dunia. Kita tak tau apa ada dalam kepala otak dia.

Ramai Kartel follower kata AJAJ lagi baik dari DSAI dan mewar-warkan PM lebih suka AJAJ dari DSAI. Ramai juga yang dah excited dengan lantikan Koya. Koya umpama wirawati perang yang akan merintis jalan HERO AJAJ ke puncak kuasa. Pergh.... what a drama, kan? Lagi hebat si Koya ni dari Claire Rewcastle Brown.

Tapi ntahla politic animal like PM memang sukar kita nak ramal apa ada dalam kepala dia. Inilah yang bikin saya tak sabar-sabar nak tahu apa akan jadi pada 2020 iaitu tahun yang dijanji PM untuk turun takhta. Adakah dia akan turun dan serah kuasa pada DSAI seperti yang dijanjikan, atau dia tak turun-turun terus, atau dia turun jugak, tapi bagi kat orang lain. he he

Sunday, June 9, 2019

Membebel

Saya baca satu post FB yang menginspirasikan untuk tulis perkara peberet saya iaitu bebelan politik. Orang kata tulis politik ni boleh undang musuh. Itu kalau kau terkenal dan banyak like, lah. Saya tak begitu. Saya saja tulis suka-suka sahaja.

Hari Raya ni tak habis-habis orang cakap pasal janji. Dari janji TOL, sampailah janji tiada lantikan politik dalam kerajaan. Dari segi moral, integriti, kerajaan hari ini sangat memalukan, sebab tak tunai janji-janji ini. Dari segi kecerdikan, pula kita patut tanya balik. Hari itu sapalah yang pilih kerajaan hari ini? Kita juga,kan? Jadi nak salahkan siapa?

Saya ini yang memang cerdik dan tak undi PH pun akur dengan kerajaan yang gagal menepati janji pada hari ini. Saya tak ada apa-apa nak komplen pun. Dah kau ramai-ramai juga yang angkat kerajaan tak reti tunai janji tu, sekarang kau nak marah-marah pulak. Apa ke gila namanya tu? Mungkin yang mengundi PH hari tu tak kenal ketua kerajaan kita pada hari ini, kut? Beliau seorang yang licik. Maunya beliau dari kita ialah kita kerja macam kuli, dapat duit banyak, lepas tu bayar cukai banyak. Dapat cukai, dia buat projek bagi kat kroni dan rakan-rakan, swasta sana-swasta sini, semua dapat kat kawan yang dia suka. Dah banyak duit, kawan-dia bolehlah main judi kat bursa saham. Kau, saya dan kita-kita yang bukan kawan dia, janganlah berangan lebih-lebih. Kerja lebih boleh, berangan jangan lebih. Itulah pemimpin yang telah kamu orang semua pilih.

Saya yang memang kenal ketua yang kita panggil PM, tu jadi saya memang tak ada apa nak komplenlah. Orang komplen-komplen pun saya dengar aje, dan hari ini saya nak nak tulis komplen/ulasan orang. Pasal TOL macam dah basi. Tak best nak tulis, ni nak tulis pasal benda yang masih panas lagi. Pasal Boss SPRM yang baru. Pergh... yang tak puas hatinya bukan calang-calang orang macam TOL tu, tapi kawan-kawan politik PM sendiri yang berbunyi menagih janji. "Mana dia janji tak nak letak orang politik!!!" seru mereka. Tapi benda ini takkan panjang pun rasanya sebab takkan kau masih tak kenal PM kamu yang diktator itu?

Dia sangat licik dan lincah walau dah berumur pun. Bab politik, dia memang NO 1. Ada orang kata yang berbunyi tu sebab takut dengan dia-dia sekali kena sumbat dalam penjara dan melepaslah dari nak jadi PM-ke8. Puas saya fikir, apalah skandal selain mengunyit pun yang kau ada, yang kau nak takut-takut sangat tu,kan? Tapi tu si PM tu selain handal berpolitik, dia juga handal mengarang naratif projection. Dia berskandal, dia projekkan kat orang lain yang berskandal. Itu pasalah agaknya ada yang dah ketakutan. Takut diangkat jadi pemain utama dalam naratif skandal PM yang seterusnya. he he... Ini PM kalau dia mengarang naratif, bukan macam kau, karang-karang habis kuat pun dapat anugerah Sasterawan Negara, atau penulis box-office jak. Ni karangan PM tak de anugerah, tapi watak utama dalam naratif beliau boleh  dapat surat SPRM, PDRM, masuk mahkamah, masuk penjara, harta semua kena lucut hak. Gituhhhh... dahsyat tak mata pena dia? Terduduk, terjelepuk sapa-sapa yang masuk dalam karangan beliau. Kau ada?

PM ada masa kurang 12 bulan untuk melepaskan takhta seperti yang dia janjikan. Itu pun kalau dia buang tebiat, tetiba dia bertaubat dan nak tunai janjinya. Kalau dia tak buang tebiat, alamat lepas 12 purnama berlalu kempunanlah kamu urang nak tengok muka PM baharu, kan? Kita tengok aje dalam masa kurang dari 12 bulan ini, ntah apa naratif projection agaknya yang bakal kita baca.


Nota:

Naratif projection tak ada dalam kamus pun. Saja saya cipta untuk menggambarkan seorang mengada-adakan cerita orang tu tak betul, orang ni tak betul, bila dia sendiri buat benda tak betul itu. Frued kata bila id(nafsu)nya asyik tewas je dengan super-ego dia, dia project all his wrong doing to another person as his defense mechanism. Dia karang cerita tak bermoral, tak berintegriti, tak berakhlak yang dia dah buat tu semua-semua, tapi karangan yang sepatutnya ditulis, "saya buat itu, saya buat ini", bertukar jadi "dia buat itu, dia buat ini". Atau pun kalau beliau tak tukar saya jadi dia, beliau bernyanyi, "it wasn't me"