Thursday, February 28, 2019

Semenyih

Besok ada Pilihan raya Kecil di Semenyih. Sebagai seorang yang suka menganalisa politik tempatan, sayalah antara orang yang akan sangat teruja dengan keputusan pilihan raya kecil ini nanti. Lepas 9 bulan PH mengambil alih kuasa dari BN, saya lihat, perang sebenar ialah di antara puak liberal dengan puak konservetif. Ikut sebijik macam Britain.

Tapi ada beza yang saya nampak juga ini. Di UK kalau liberal dia kepada buruh dan konservertif pula kepada bangsawan. di Malaysia ini kalau liberalnya dia berat kepada non-muslim, kalau konservertif dia kepada Islam. Mungkin sebab di UK mejoriti beragama kristian dan berbangsa eropah. Lainnya di Malaysia ini kita ada pelbagai bangsa dan tak semuanya Islam.

Saya lihat pada PRU yang lalu, puak non-muslim dan non-Malay disokong kuat oleh Melayu Islam di belah-belah pantai barat ini telah menyebabkan tumbangnya puak konservertif ini. kalau Melayu pantai barat tak sokong mereka, tidaklah juga mereka dapat memerintah tu. Negeri-negeri pantai timur kekal kuasa di tangan puak konservetif, iaitu PAS. U see, PAS & UMNO tak satu jemaah tapi mereka mewakili suara konservertif ini. Konservertif yang saya maksudkan ialah Melayu menolak apa-apa bentuk pemodenan yang bertentangan dengan agama, budaya dan adat susila orang timur.


Jadi di Semenyih adalah pertembungan antara konservertif dan liberal.

Liberal di barat boleh di puji sebab bertujangkan perjuangan puak buruh/marhean. Di Malaysia ini lain pula ceritanya, lebih kepada tak tau nak cakap, atau tak berani nak cakaplah. Lebih kepada perjuangan orang-orang macam Siti Kassim, Hishamudin Rais.... perjuangan minta hidup cara well tak konserverif lebihnya itu. Gaya hidup "lepas laku" lebih omputeh, dari omputeh. tapi omputeh yang derang dok terlebih ni, bukan omputeh yang bagus, omputeh yang tak bagus yang diambiknya...

Contoh kalu deme jadi retis, bukan nak contoh retis berdisplin tinggi, berbakat macam ramai-ramai retis di barat tu, tapi jadi retis kejap, lebihnya cerita skandal ntah-apa-apa yang keluar. gitulah. contoh lain tak adalah sebab banyak contoh rosak akhlak ni contoh dari kaum retis, kan?

Oklah kita tengok ajelah sapa yang akan menang nanti.

Ketua puak liberal yang merupakan PM paling tua dalam dunia, dah cakap puak lagi satu dah "mati". Yang ada dia sahaja. Kita tengoklah. Betul ka BN dah mati? MCA dan MIC dah tak wujud? Saya tengok dalam FB, elok je Wee Ka Siong "bantai" bangsa dia sendiri?

I have a hunch, that the Chinese and Indian, tak kisah sangat pasal ko Cina ka India, ka Melayu ka, janji kau bagus. Dulu mungkinlah derang rasa DAP, PH lagi bagus, la ni semua dapat tengok betapa ntah-apa-apa tah menteri PH ini, kan?  

Kita selalu rasa kalau menteri Cina jadi Menteri kewangan mungkin lagi bagus dari menteri Melayu kut, dan ALLAH pun bagi kita menteri kewangan Cina. Barulah kita tahu, sapa yang lebih bagus, iya dop?

Lagi satu hal yang saya suka nak sentuh ialah pasal menteri liberal paling muda di Malaysia ketika ini. Cerita pasal report polis dia lah tu...

Kemain lagi dia, kan? Orang Alim dah cakap kalau puak ni naik dia macam gitulah jadinya. Persoalan sekarang, adakah PH akan jadi kerajaan sepenggal? Ramai rasa akan sepenggal. Saya rasa pun macam itu juga. Tapi bila teringat cerita-cerita kiamat, dia kalau dah beralih dari buruk kepada yang lebih buruk, there will be no turning back.

So the best thing to do is cubalah beradaptasi dengan orang-orang liberal, kaki kencing dan kaki drama ini ya...

***
Dalam cerita lain pula Atuk Liberal minta 2/3 majoriti agar senang nak ubah apa-apa perlembangaan seperti menghadkan PM 2 penggal dan merendahkan umur layak mengundi dari 21 ke 18 tahun dan melaksanakan semua janji dalam menifesto.

Terpulang kamu jika ingin terus kena kencing. Saya takut lepas dapat 2/3 yang diluluskannya adalah agenda-agenda yang memihak kepada geng-geng Siti Kassim dan Hishamudin Rais. Hambik kau.

Pun begitu saya tak mau mengharap yang kerajaan ini akan jadi kerajaan sepenggal sahaja sebab itula tadi tu, pasal cerita kiamat tu. Sekali dah terlepas kat puak-puak tu, jangan haraplah boleh patah balik. Moving on and chill out ajelah ya.

kenapa saya cakap macam itu? kita sambung lain kali ya. Saya ada banyak kerja pejabat ni. Almaklumlahkan, ramai orang nak kita pakaikan baju oren, kan? he he he....

Kau ingat SPRM & Polis je berperanan dalam hal ini? eh Polis dengan SPRM pun dapat maklumat awal dari Audit leerrr..., kan? Audit, SPRM dan Polis bekerjasama kasi pakai sapa-sapa yang Atuk arah supaya pakai baju oren. Atuk kata kuning, Atuk dah lanjut usia barangkali tu, hingga oren dan Kuning pun dia sudah lupa mana satu.


No comments: