Sambung sikit cerita pasal semalam...
Yang menyecrikan itu ustaz-ustazah baru nak -up je. Ustazah biasa ok-ok aje. Ramai ustaz ustazah yang normal yang tinggi ilmu dan sederhana macam kita-kita juga. Yang saya label baru nak-up ni aje yang mengerikan. Obsess dengan political will, obsess dengan menegakkan daulah Islamiyah.
Saya percaya ramai ustaz-ustazah rasa Malaysia ini dah Islam dah, nak Islam macam mana lagi. Hudud itu serahkan kepada yang hak. Ustaz, ustazah yang saya senangi pun yang mengajar mengaji, sembahayang dan seni penulisan khat pun. Derang ni normal je. Sukakan kecantikan, sukakan kesempurnaan, tak pernah mention pun pasal thagutlah, nak numbang itu-inilah. Pendek kata kita rasa kita cool je chill je bila bersama mereka.
Yang saya label baru nak up ni, kadang tu sekolah je agama, atau sekolah sekular, sekolah sains, tapi ntah macam mana tah, tetiba je jadi lebih alim dari yang alim. Hah tu yang kita menyampah tu. Bila dah menyampah, apa yang mereka idolakan pun kita menyampah sama. Derang jadi over tu sebab taksub dengan idola, lah tu. Dah Idola tak sudah-sudah cakap pasal political will. Ko tu masa tu sekolah pun tak habis dah sibuk nak berpolitik. Bila tak lulus periksa, meroyan kata sekolah tak betul, sistem tak adil.
Tapi yang ada dorang kat opis ni sekolah habislah.
Sebab habis sekolah tu riangnya semacam. Derang ni kadang tu tak faham, orang yang minat politik tidak semestinya suka berpolitik. Ada beza tau! Saya memang seorang yang minat politik dan pandai berpolitik. Politik saya senang, saya tak suka berbalah dengan bos-bos.
Bos-bos kadang tu memang annoying. tapi sebolehnya saya tidak mau bercakap pasal itu. Dia bos. Bos always rite, walau kadang-kadang macam ntah-apa-apa juga. Sebolehnya saya cuba mengelak dari mengata bos-bos yang kita tak suka.
Sepanjang saya kerja dah lama ni, asyik-asyik membawangkan bos. Saya sudah bosan. Bila naik pangkat sikit saya sudah tanam azam untuk berhenti-mengata itu-ini. Cukupla. Kita pun tak tau kenapa dia begitu, dia begini... tapi kita tau dia itu manusia dan dalam hal isu organisasi penguran pejabat ini...saya ini lebih pro kepada pandagan yang mengatakan manusia ini sentiasa mau kebaikan; benar ada theory terdahulu yang kata manusia ini bagai binatang yang tunggu masa je nak berbunuh sesama sendiri, tapi saya pilih manusia/pengurus/bos ada sifat steward dalam dirinya...
Jadi kalau dia macam binatang tu, mungkin tersalah makan bintanglah tu...
Saya malas dah nak layan cerita orang baik kene buli dengan orang atasan. Cerita itu dari mula saya masuk kerja dah ada. Saya sudah bosan. Letih emosi layan benda-benda macam itu. Hah nanti nampak macam saya orang gila, tapi sekurang-kurangnya... orang baik yang banyak isu kena buli ini tak kacau saya.
Ada plea yang kata kita patut berhenti dan mendengar.... tak payahlah, masalah kita pun dah banyak tak tertanggung, lagi mau dengar masalah dia. Dia ada famili, dia ada rakan seidola, pegilah longgok-longgok sana dan membawang dengan mereka.
Saya nak kupi-kupi dengan bos jahat dia sahaja. hihi.
No comments:
Post a Comment