Cerita ini hanya khayalan yang terinspirasi dari cerita berikut sahaja tak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati....
Atuk Professor memang suka bercerita, hari ini Atuk cerita pasal pokok menangis. Atuk kata di kampung Gambang ada satu pokok yang akan menangis pada musim-musim tertentu. Orang kampung percaya air mata pokok tersebut ajaib dan boleh menyihatkan badan dan jika diminum, peminumnya akan mendapat tuah dan untung.
Atuk jadi skeptikal dan bertanya kawan baiknya yang merupakan pegawai botani yang berkerja di Pekan. Kawan atuk ketawa sahaja. Lalu mengatakan air azimat pokok tersebut bukanlah dari pokok itu, pun tapi sebenarnya merupakan kecing dan mani riang-riang. Pada musim mengawan mereka akan berkumpul di sana memancutkan mani dan kencing di pokok tersebut. Kerana terlalu banyak riang-riang, jadi mani berkumpul kencing tadi jadi seolah air mata pokok.
Semua cucu-cucu yang dengar cerita atuk jadi kegelian. Mani Riang-Riang? Sanggup manusia minum dan jadikan ubat? Saya saja yang cool. Saya tak sangka pula atuk perasan ke coolan saya.
Masa saya sedang duduk sorang-sorang bagi makan ikan koi atuk. Atuk tanya kenapa saya tak geli dengar cerita atuk macam cucu-cucunya yang lain? Saya bilang sama atuk yang saya ada baca buku ubat tradisional Melayu yang mani itu sama aje dengan putih telur aje, dan orang perempuan yang taksub mau awet muda sudah lama tepek putih telur untuk menganjalkan kulit agar gebu, kental dan kencang. Jadi bila mereka sudah berkahwin mereka menggunakan mani suami mereka sebagai ganti putih telur untuk menjimatkan kos dan mengelakkan dapat anak ramai-ramai. dalam ertikata lain merancang keluarga secara alami tanpa ubat-ubat kimia
Mujurlah atuk dan nenek tidak tergolong dalam mereka yang taksub dengan kecantikan dan keremajaan dan sentiasa mendidik kami agar menerima proses pembesaran dan penuaan secara semulajadi.
No comments:
Post a Comment