Wednesday, August 2, 2017

PEREMPUAN TAK CANTIK

Masa muda-muda dulu sedih juga sebab tak cantik dan tak ada kawan lelaki yang nak jadikan saya girlfriend, tapi bila cukup masa ada juga rupanya kawan lelaki yang datang mengendeng, walau pun tak hensem dan muka macam pecah rumah aje. Mula-mula tak nak layan, iyalah kita ni walau tak cantik nak juga yang hensem ala-ala retis gitu. Tapi Mak Ngah saya menasihati saya agar jangan memilih. Saya ingat apa dia kata "kalau kau tak pegang dari sekarang, dah habis belajar besok susah kau nak cari yang sepadan dengan kau. Apa kau nak pandang rupa sangat, kawan kau tu besok, busuk-busuk masuk kije gomen, habis kurang pun pegawai juga" syarahnya lebih panjang lebar.

Tapi orang kata dah tak ade jodoh. Punyalah berkobar naik cuti, kunun nak terima pelawaan dia tengok wayang, tapi saya tak tau ape jadi, saya buka-buka mata-sedar-sedar, saya telah berada dalam wad mental aje. Selepas-selepas itu penuh dengan episod keluar masuk wad, kelinik. Kawan saya? ntah dah berkurun lama, dah beranak-pinak, ntah-ntah, dah nak bercucu agaknya.  Selepas-selepas itu  ada juga kawan lelaki. Saya cakap terus-terang dia kena jaga saya bla bla bla....so in the end, jadi kawan baik ajelah. Dia tak ada masalah jaga saya, alah sekadar teman pergi regular check-up di hospital apalah masalahnya,kan. Tapi mampu ka saya jaga dia?

Kita kawen ini kena saling jaga-menjaga. Selalunya kita asyik fikir yang dia sahaja perlu jaga kita. Kita tak pernah terfikir secara mendalam tanggungjawab dan peranan kita dalam menjaga dia. Perempuan, walau bagaimana tinggi pun keyakinan diri, kalau nak membangga kata "saya mampu menjaga lelaki, sejaga-jaganya", lebih baiklah kau jangan bongkak sangat. Jadi penyudah kisah saya dengan lelaki selepas saya tergedang di wad sakit mental, ialah sekadar kawan-baik saja. Einstein katapun "true love is rare, true friendship is even rarer, khen."

Kira saya dengan lelaki tak ada masalah. Tapi dengan perempuan lain, yang lebih cantik bergaya, memang ada jugalah beberapa insiden tu kecik ati juga sebab disingkir sebab tak cantik. But most of the occasion tersingkir dari grouping perempuan cantik, ada group lain. Saya ingat lagi masa saya mula-mula kerja gomen, bukan tersingkir, tapi orang mengatalah, dahla gemuk, ada ati nak jadi kumpulan sorak sukan. Saya dapat masuk kumpulan tu sebab baik dengan Ketua Kerani, tuduh mereka yang tak puas hati dengan "rezeki" saya. Mereka rasa ada orang cantik lain yang lebih layak dari saya.

Dalam minggu yang sama saya dapat tawaran jadi Pembantu Protokol Sukan SEA. Saya kena berkursus pada tarikh yang sama derang nak pergi menyorak sukan, kalau tak salah saya di Pahanglah gitu.
Saya pun bilang sama kak Nam yang tak puas hati, itu "tak apalah kakak saya tak jadilah pergi Pahang. Bulelah cari pengganti saya"
Dia serba-salah juga dan bilang "ala, aku gurau aje, takkan kau amik hati pula"
Ketua Kerani menyampuk "dia tak boleh pergi sebab dia nak menyorak Sukan SEA"
Terkejut beruk dia. Tapi dia tak boleh mempertikaikan kecantikan saya dalam SEA Games, sebab yang memilihnya ialah orang Jabatan Perdana Menteri yang kami semua tak kenal, sapa pun pemilihnya.

Itulah secebih cerita perempuan tak cantik. Hidup dan urusan banyak dipermudahkan Tuhan, biar saya tak tahu berapa ramai orang sudah saya bikin sakit mata, sakit hati, sampai wish-wish saya meninggal. Orang yang tak tahan dengan kehodohan sesama insan perlu fikir sejenak, kenapa Allah tak jadikan makhluknya semua cantik dengan mata hati yang terbuka dan penuh dengan rasa redha. Saya yang tak cantik ini sudah cuba yang terbaiklah untuk tidak menyakitkan hati mereka. Kesian tengok derang meroyankan kita yang tak cantik ni. Kalau boleh duduk dalam hutan, saya lebih suka duduk dalam hutan sahaja. Tapi nak buat macam mana Allah kata rezeki saya di Putrajaya yang serba metropolis, penuh gaya ini.

Nak buat macam mana juga, saya ada kawan dan perlu bersosial demi kesejahteraan minda saya. Kalau terbegesel bahu dengan korang yang anti-kehodohan, lepas itu, kau nak tulis satu artikel dalam majalah fesyen dengan tajuk "mangsa fesyen" buatlah. Jika itu dapat mengembirakan hatimu, mengembalikan keceriaan hari mu. Buat kata SHiela on 7 pun:-

Caci maki saja diriku
bila itu bisa membuatmu
kembali bersinar dan berpijar
seperti dulu-kala

Ok, Happy nice weekend, senyum riang selalu-selalu, ya.



No comments: