Monday, August 28, 2017

Musuh Iluminati

Cerita ini hanyalah rekaan dan khayalan semata, tak ada kena-mengene dengan hidup atau mati.

Mereka kata, eh mereka tak kata, saya yang kata berdasarkan perangai mereka... hah saya kata mereka perasan mereka pembela Islam. Pejuang agama, bala tentera tuhan. Kalau dah askar, bala tentera, siapa pulalah musuh tuhan? Ntah banyaklah setan, iblis, jin, antu saka, antu raya yang mistikal, hinggalah Didi & Friends pun ada yang anggap musuh.

Musuh terbesar ialah Freemason Illuminati. Itu yang mereka selalu ulang-ulang. Agenda Yahudi nak sesatkan kita. Dah Yahudi Israel tu duduk jauh beribu-ribu batu sana, sini kulit sawo matang, hidung kemek-kemek, tak mancung, macam mana pulak Yahudi datang kacau? Logikla sini tak ada Yahudi, macam mana kita boleh terancam pula,kan?

Hah! ini ada cerita menarik ni. Katanyalah Yahudi pasang ajen. Ramai pemimpin besar kita ejen Yahudi... uina... takutnya kita,kan. Muka penyek-penyek, ada yang hitam, tapi hati illuminate. Satu yang paling wow sirahnya ialah Menteri Muda. Katanya Menteri ini menaruh dendam yang dalam sampai dia mau tuntut bela dengan meghancurkan kita semua. Bapanya seorang diplomat bunuh diri sebab ntah dijadikan kambing hitam dalam skandal di tempat kerja. Dia sumpah mau Perdana Menteri sebelum usianya 40 tahun, lepas tu bila kuasa sudah berada di tangan dia, hah "selamat"lah kau semua sebangsa yang telah buat onar dulu.

Dia cega mana anak menteri yang bakal jadi perdana menteri. Masa tu Menteri Kunyit dilihat ramai, bakal jadi PM. Dia pun bercinta dengan anak Sulung Kunyit. Tetiba aktiviti Kunyit dikesan dan Menteri terpaksa merengkok dalam penjara. Dia tinggalkan kekasihnya, dia beralih kepada Menteri lain yang ada peluang jadi PM. Menteri itu saya namakan Menteri anak Tok Lebai. Jadi dia pun pasang stratergi untuk mengoda Cucu Tok Lebai.

Dia perati jalan yaang diambil Cucu untuk sampai ke tempat kerja. Cucu ke tempat kerja dengan memandu kereta sendirian. Tak ada pemandu pun hantar dia pergi kerja. Satu hari dia ekor, dan buat-buat terlanggar belakang kereta Cucu. Mereka pun berkenalan dan dari kes langgar buntut kereta, terus menuju ke gerbang perkahwinan. Bermula dari situ Menteri Muda pun naik tocang, sehingga kenaikan tocangnya membuat Anak Tok Lebai tersingkir dari Istana Putra yang megah itu. Malaplah cerita dia...

Ingat dah mati terus, bila Pak Mentuanya tersingkir. Tidak dia bukan calang-calang orang. Dia lulusan Oxford, IQnya tinggi, dia tetap bersinar juga. Macam-macamlah dia buat untuk dapat perhatian ramai, dari jadi Bangla kutip sampah sampailah pura-pura Juara Main Sukan-Sukan Raja, iaitu POLO dan Bola Sepak, sampai menjadikan sakit hati golongan bangsawan. (ie repeatedly memprovoke Istana), sampai jadi viral cerita-cerita perang-kritik pihak Istana dan dia. Ada aje cerita dia, yang kita nampak macam Istana BULI dia. Dia licik, sampai dia boleh buat yang hari ini dia sangat budiman dan ramai mula menamakan dia  sebagai HERO yang bakal menyelamatkan nasib marhaen yang tengah nazak nyawa-nyawa ikan diserang musuh durjana.

Itulah agaknya kata musuh Iluminati kalau kami kupi-kupi bersama... Kalau kupi-kupi. Saya sebenarnya berkurun terpisah dari Majlis mereka. Cerita-cerita seram Iluminati tidak baik untuk kesihatan minda saya. Saya sibuk membina semula minda saya dengan program-program pemulihan yang dirancang oleh pihak hospital kerajaan. Mak saya sudah semakin tua, dia tidak larat menjaga saya dengan kaedah perubatan tradisi dan alami. Tak kisahlah malu punya anak gila, pun, tak kisahlah stigma menyelubungi pasal pesakit mental, tak kisahlah apa orang nak kata, janji anaknya belum lagi dilaporkan mengamuk dan bunuh orang.


No comments: