Bila saya sudah agak sihat sedikit, saya bersama-sama budak-budak muda pandai yang bergelora mau bawa perubahan. Saya pula dah jadi orang tua yang pasimistik. Pernah saya diserang-serang manja oleh orang muda manja sebagai begini "akak menggunakan kepandaian/kecerdikan akak untuk membela thaghut, akak akan dipersoalkan di akhirat nanti, tunggulah" ugut dia. Saya tau dia manja-manja aje tu. Dia pun faham, saya tidak berapa sihat,untuk sama-sama terlibatkan dengan revolusi ka, KUDETAka, hapa-hapalah,kan?
Satu hari lain dia sendiri mengaku begini " betullah kakak,kan, kadang kita rasa kita ini sudah bagus sangat, tak pada hal kita ini picis/bilis sahaja. Kita berada dalam kepompong kita, dan kita tak tahu, dunia ini maha luas, tak mungkin ditakluki dengan kobar idealisme---kata kalam retorik berapi-api aja,kan?"
Hurmm, tahu tak apa! Kau ingat kau sapa? Faisal Tehrani? Orhan Pamuk? hehehe....
Satu orang budak muda penuh kobar idealisma baik sudah jadi "pondan/mandul" macam saya juga? hurrm hurmm hurmm hurmm...
Lepas itu satu orang budak muda dan seorang perempuan tua aka manusia-manusia pondan-madul-gagal-berfungsi-sebagai-manusia pun mereput sambil menggossip-gossip, stalking FB group budak muda pandai di petang yang tenang.
Perempuan
|
Kau
tengoklah tu, orang muda kawan-kawan kau tu. Sibuk nak pandaikan orangkan
orang, hutang tak sampai suku juta, pun dah riuh satu FB, as if semua orang berkonspirasi nak menjahamankan usaha-murni dia.
|
Budak muda tunduk
je, hah nak mengumpul hujah nak menerakakan perempuan pasimistikla, tu.
|
|
Budak muda
|
Baiklah kakak saya akan cuba sesuaikan diri di sini, walau pada masa hadapanya nanti, bernanah
telinga saya ini menahan gelaran Professor kangkung
|
Perempuan
|
Hah pandaipun kau. Nak mengajar orang jadi pandai di Sekolah, di
Universiti, bukan dalam BAS TAK SEKOLAH macam derang nih!
|
Harap maklum cerita ini hanyalah rekaan khayalan semata-mata; tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau mati
No comments:
Post a Comment