Berbeza pula dengan mereka yang menyokong Tun M. Mereka kata PM tak betul, PM harus "step-down" untuk memulihkan keadaan sekarang yang mana semua harga barang naik, rakyat tertekan. Pada mereka, kenaikan harga barang adalah kerana PM tak pandai urustadbir Negara. Saya pula lebih selesa merasa yang harga barang naik sebab gaji kau yang tak naik. Siapa pun yang ganti PM, barang takkan turun. I firmly believe in that.
Tapi saya diam aje dan biarkan mereka bercakap tentang Tun. Then, jahatnya saya ini, pelan-pelan mencucuk begini "kau rasa Malaysia akan jadi Greece ka" hehehehehe.... bertanduk kepala mak. Buntut pun ada keluar ekor gitu. Tentulah dia cakap "yes". Saya pun tanya lagi let say worst come to worst memang jadi Greeca,lahkan, what are we going to do now now?"
Jawab one of them yang lebih matang dan cool begini "kita perlu ada tanah di kampung, bercucuk tanam dan berternak sendiri". Sebenarnya interrogasi saya ada 2 bab, tapi to cut thing short, saya cerita setakat ini saja. No, saya tak bertegang urat menyatakan pendirian yang harga barang naik sebab angan Tun yang mau kita jadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. No, buat apa nak gaduh dengan kawan yang saya baru saja kenal. Sudahlah saya di sini, merantau lagi tak ramai kawan. Ada kawan,baru nak mesra dah diajak bergasak pula. Itu adalah satu tindakan yang sangat bodoh. PM dengan Tun yang bergaduh, takkan kau pun nak ikut gaduh sama. Memang banganglah,kan kalau buat perangai macam itu?
Penghabisan cerita kami tak bergaduh dan bersama-sama menolong tuan rumah tempat kami melepak dan ibu dia sediakan 100 bungkus juadah moreh pada hari berikutnya.... Jom tengok gambar.
Orang tengah sibuk buat kerja ada orang relek main kucing hehehe.... |
Menu nasi minyak + Ayam Goreng + Kari Terung + kurma telur itek sedia untuk diagih-agihkan. |
Hari sebelumnya, ibu kasi makan spesial dulu. Nasi kerabu jantung pisang ala jawa. Ntah. gitu-gitulah, namanya |
No comments:
Post a Comment