Ntah ada sapa ntah kata yang saya salin dari update FB
kengkawan kata macam ini “untuk kekal relevan, cipta musuh dan ibaratkan mereka
seperti syaitan, supaya nilai kau didukung dan dilihat mulia”
Well well well sebagai peminat tegar Ghandi saya tak suka
keganasan, saya tak suka bermusuhan. Tapi tetiba saya rasa kita kena cipta
musuh jika mau hidup ini tak lah membosankan sangat. Jadi saya pilih untuk bermusuhan
dengan lemak-lemak di sekeliling pinggang saya ini. Ia adalah musuh yang
menjauhkan saya dari apa yang saya hajati. Iaitu kerjaya sebagai Pegawai Daerah
dan melihat keindahan terumbu karang dan hidupan marin dari dasar laut, menyelamlah
tu.
Pertama kerjaya sebagai Pegawai Daerah, District Officer (DO) Kalau nak jadi DO ko kena masuk skim PTD, nak masuk tu seperti yang saya pernah tulis dulu kena lari-lari ntah berapa KM ntah di bawah ntah berapa minit ntah. Dengan lelemak ini melambatkan pergerakan saya, jadi sudah tentulah saya gagal. Tapi itu cerita lama, saya tak sanggup bermusuh dengan lemak sendiri. Jadi saya lupakan sajalah impian nak jadi DO tu. “Lagi pun tak semua PTD boleh dapat jadi DO, pun” ngeh, ngeh, ngeh….kata saya bagi memujuk diri sendiri. So lelemak kekal di keliling pinggang.
No 2. Menyelam. Ntah macam mana tah saya boleh berkenalan
dengan ada satu mamat tu. Amboi beriya-iya dia mempromosi aktiviti menyelam.
Termakan juga tuh. Antara kata-kata dia yang buat saya terbakar ialah “akak,
tak de maknanya duduk Sabah kalau tak ada lessen menyelam. Saya dulu ada lessen
menyelam, baru saya dapat lessen memandu tau!” Alamak. Budak ni memang, bab
bakau darah memang pandai jak dia ni.
Secara peribadinya, snorkelling pun saya dah puas hati dah.
Nak nyelam-nyelam, nih tak kuasa mak. Tetiba orang kata bila dah kena
bakar-bakar ni,kan mulalah nak bermusuh dengan lelemak sendiri tu,kan. Kenapa
plak menyelam tak boleh ada lemak? Saya dah belajar masa saya belajar berenang
dulu. Menyelam biasa-biasalah tak ada peralatan. Tak boleh saya asyik-asyik
timbul aje. Sakitnya hati sebab saya tak dapat cecehpun dasar kolam tau. Lagi
pun nak menyelam…. Kena pakai baju menyelam tu. Wetsuit. Ahahahaha….. saya tak
boleh bayangkan, ada saiz ka? Kalau ada pun dengan lemak di keliling pinggang
ni ohoi buruk benar rupanya eh.
Rasanya ada wetsuit ka kalau macam ini punya rope bentuknya? |
Tunggulah update lepas raya ni apa cernya ek….
…..* hey apa pasal ni, asyik dengar cakap-cakap macam ni aje
ar “ Akak tak de maknanya duduk Sabah kalau tak de lessen menyelem, Akak tak de
maknanya duduk Sabah kalau tak de lessen menyelem, Akak tak de maknanya duduk
Sabah kalau tak de lessen menyelam lam lam lam lam”…..repeat till fade…
No comments:
Post a Comment