Monday, September 28, 2015

STALKER??? part 2

Selain dari mandi di Kolam Renang awam,  saya ada lagi satu hobi outdoor yang tak ramai orang kita suka. Ini hobi orang elit-elit, taraf professor-professor, bangsawan dan hartawan punya taste. Mana saya dapat taste "anak raja" ini indak tahulah heh...saya bukan ada baka bangsawan pun.  Memang peliklah macam mana saya boleh minat lukisan. Melukis? Bolehlah masa sekolah dulu setakat lukis peta, tekap-tekap, lepas tu warnakan peta...yeay!

Tapi saya memang suka tengok  painting, masa sekolah dulu, saya minat boys yang pandai melukis. Tapi saya tau siok-siok sndrilah. Orang artis ni citarasa mereka tinggi, ko tengok ajelah the Ma'Embong's kan. Setakat muka penyet macam saya ni jangan mimpila mereka nak pandang kita. I think I honestly like lukisan dia, lepas tu terminat pelukisnya. Tapi minat dalam diam ajelah..kawan pun dah kawen dah dengan perempuan yang persis model. oh kawan saya bukan pelukis, tapi arkitek. Tak main la budak skola Sains jadi pelukis jak. Paling koman pun Engineer. The most cikai low level of pemalas, (sayalah tu) jadi tukang kira duit orang, semak akaun orang. Okla tu, dari tak de kerja, langsung,kan.

Saya suka hasil karya Monet & Van Goh. Lokal artis, memang langsung saya tak kenal. Serius, kalu ko tunjuk painting tanya sapa pelukis apanama karya, memang saya tak tahu....Sebab saya tengok painting dalam buku, dalam internet jak hihihi Saya bukan patron balai seni lukis Negara. Saya tak suka tempat-tempat macam muzium.

Kalau Central Market tu oklah. Dulu masa duduk KL selalu juga tengok lukisan di CM. Tengok gitu-gitu, nak beli tak mampu. Di KK ini ada sort of macam CM, tapi tak macam CM, lebih open dan santai. Nantilah saya tangkap gambarnya. Kali ini kita tengok jak dulu aktiviti melukis di Laman Seni pada Sabtu, 26 September yang lalu yang terletak di tengah bandar KK ini...

Jom melakar wajah orang utan. 

Antara wajah orang utan yang saya berkenan 

kalu bikin baju batik, ada orang mo pakai tak hahaha...

Antara perserta progam ini...dalam banyak-banyak wajah, tak bole lawan wajah yang dilakarkan oleh adik kecik kita tu....merah you orang utan dia. Memang special budak ini. 
Akhir kalam, saya tanya lagi sekali, saya mempromosi dosa, aktiviti lagha? Kalau tengok 1001 wajah orang utan pun boleh mencapai makam macam baca Tunggu Teduh Dulu....ai baik berenti jadi oranglah.

Sunday, September 27, 2015

STALKER???

Saya  stalk orang? Stalker, cyrtroll? Ntah bila ada FB benda tu keluar dalam feed kita, kita followlah. Apa barang saya mo stalk kengkawan sendiri, lainlah PM, memang saya mengaku saya troll, tertroll dan terpaku dengan komen-komen yang ada, atau artis ka, atau kawan FB yang suka berdebat dan suka diajak berdebat. Itupun kalau debatnya keluar dalam feed kita. Nama kita nak buka page dia tiap-tiap hari, saya pun ada banyak kerja lain dan aktiviti lain yang lebih menyeronokkan. Sesekali, ternampak hangat perdebatan, saya jengahlah sana sini, simply for amusement, tidaklah sampai obsess. Don't wory, walau tak ramai kawan, saya tidaklah obsess macam Katie Bates dalam filem Misery. Saya anak tunggal, most of the time saya lebih suka menyendiri. Lagi pun minat dan kesukaan saya agak tak sama dengan geng yang ada.

Salah satu kesukaan saya yang tak berapa ngam dengan orang kita ialah berenang di kolam renang awam. Iyalah,kan di  kolam ini lelaki perempuan bercampur. Kalu menyewa di apartment yang ada kolam renang sendiripun, masih malu ada lelaki dalam kolam sana. Jadi  kalau ko ajak ke kolam renang awam lagilah, tidak mau. Kolam ini terletak di Likas...Pusat Akautik Stadium  Likas. Dari rumah saya kena ambil dua buah bas. Pergi bandar dulu lepas tu ambil  bas Kampung Likas, memang lalu betul depan stadium.

Yang menariknya di  Pusat ini ada kolam tak berbumbung yang oklah untuk berendam-rendam, budak-budak suka-suka atau juga untuk kita-kita yang mau mengembalikan nostalgia kecik-kecik main air dalam parit tika musim hujan. oh kampung saya tak de sungai, cuma ada parit dan tali-air aje. Tak perlu pandai berenang. Kedalamannya berbeda,  hingga paling dalam 1.8 meter. Di siringnya ada kolam kanak-kanak yang  berbentuk bulat. Mak bapak memang digalakkan berkubang sama dalam kolam bulat tohor itu untuk mengawas anaknya sendiri. Memang meriah dengan kanak-kanak, cuma masa gambar ini diambil  dah pukul 11 lebih, jadi ramai sudah pulang.

Ini yang berbumbung. Standard  sukan renang. 
meh zoom  sikit pengunjungnya..patutlah tak penuh kolam. hahaha... erk, saya mempromosi dosa? Saya percaya pembaca blog ini terdiri dari dewasa yang normal, bukan jenis ntah tak tau apa nak kata. Baca Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani (FT), pun bole aii tak tau apa nak cakap. Bukan saya paranoid buat fitna, penulisnya sendiri yang komplen dalam FB yang novelnya sudah jadi objek pemicu imaginasi yang ntah-apa-apa...tah. krik, krik,krik.... 

Ini pula tempat beli tiket. Bayarannya RM5.00 dengan GST sebanyak 30 sen. Nak kata berbaloi? Well,  tambang pergi  balik RM4 + RM5.30+RM1 (sewa locker,optional). Lebih murah dan lebih beneficial untuk fizikal jika dibanding pergi tengok wayang di panggung yang within walking distance from my apartment.
'****
Tak  percaya ya FT komplen di FB...nah tengok ni atau troll, update dia bertarikh 14 Sept, 2015, jam 8.02 am


Thursday, September 24, 2015

Cuti-Cuti Raya

Sepatutnya saya pulang beraya di kampung semalam, tapi adik sepupu saya akan bernikah pada hujung minggu hadapan, jadi saya akan pulang pada walimahnyalah sahaja. Boring juga raya-raya sorang2 di tempat orang sedangkan kawan-kawan saya semua pulang kampung. Jadi saya pun troll FB PM. Saya nampak sudah adalah 2, 3 komen yang wish PM berjaya. Bila PM ucap  takziah, semua sahut innalilah, atau alfatihah. Bila ada 2,3 komen yang sengal kutuk PM, bangkit isu 2.6 billion, ada yang kena kutuk balik di ruangan reply.

So, nothing much...

Debat Piala Hantu Raya masih berjalan. Saya fikir sudah habis, rupa ada lagi...bernafsu lagi tu bila Gabenor Bank Negara suruh selesai segara masalah 1MDB. Gabenor kata, lagi cepat selesai kemelut 1MDB, lagi cepat ringgit pulih. Apalah meloncatlah si Rausyan Fikir, terus dilabelnya orang yang selama ini dok pro-1MDB sebagai Maghrur ditipu, tertipu dan menipu diri sendiri. Kali ini bukan Aji Berangin tu yang kena, tapi ada sorang lagi yang dia nobatkan sebagai prepaid macai PM berbangsa Cina. Ular? Buaya? Hantu? Puaka? yang perlu disembelih oleh sang wira penyelamat ummat atas titah dari langit barangkali.


Ini buktinya yang saya tak paranoid...Rausyanfikir memang wujud. Boleh juga bercanda dengan beliau
 di sini jika suka. Hensem,kan...tak minat keerrr...status kosong 3 lagi tuhhh, kalau tak kisah bermadu...poligamikan indah, penyelesai banyak masalah. 

Tak kisahlah hai sang wira eh...suka ati ngokolah, ada aku kisah?

Hari ini saya cuma nak berkongsi, bukan  mengulas, pasal ubat/dosage yang PM dah suntik bagi menangani kemelut ekonomi yang melanda negara. PM suntik RM20 billion ke dalam pasaran saham melalui Valuecap Sdn Bhd. Already...tindakan ini dikritik hebat oleh Ramon Navaratnam, di sini.. dan Adik Pijie, Engineer yang ada sijil ACCA lepas dapat ijazah Juretera pun tumpang semangkok.

Saya pun naik heranlah budak-budak juretera ni ek, suka beno mereka menyibuk pasal ekonomi ek, alangkah bagusnya fokus pada engineering lepas tu jadi Jurutera Islam tersohor dunia. Ni tidak sibuk dia beralih bidang, mengacau, mengomen macam dia lebih tau lagi. Nak bertukar bidang, pun tukarlah IQ budak engine lebih tinggi dari budak akaun, tentu ada jalan penyelesaian yang lebih baik dari budak akaun yang biasa-biasa aje ni.

Tapi kalu yang lebih pandai itu hanya pandai mengondem, tanpa jalan penyelesaian yang boleh diterima, macam mana kita nak terima. Nak memangkas aje kerjanya, lepas tu syor tukar tukar tukar. Kalau tukar tu dengan dirinya, sendiri masihlah okla, "why not?" Why not give him a chance, Najib sekolah VI  jak. Lepas tu pegi UK ntah habis blajar ntah tidak tu, adik Pijie lagi pandai sekolah MCKK, pergi UK jadi best student UK, ambil ACCA pun best student gak. Jadi mati-matilah mak ingatkan Kak Wan Adil eh dah tukar kak Wan Harapan, umum Adik Pijie, PM kita kalau pakatan menang, (iyalah kan adil dah tukar harapan. Harapan lebih cun kalau disandarkan pada adik-adik) Ini harapan masih pada hok gambar kat bawah tu juga yang dulu masa  belajar UM asyik mengaruk kena kurung dalam Kem Kemunting. Dalam kem bersama cikgu terbaik ilmu ekonomi, siosologi, Syed Husin pun lulus cukup-cukup makan, saja,  makkkk, tolong,  takutnya, lariiiiiiik...

Aji CFO sarankan saya follow Abdul Wahid  Omar jika benar-benar minat pasaran modal....tapi sejujurnya saya lebih suka meneroka Corporate Social Responsibility (CSR) yang masih lagi infant di sini.
Pun...kalau korang google image "penasihat ekonomi Malaysia" jeng jeng jeng hah inilah jawaban encik google berikan. Horror! Larriiiiiii... 
Nota:-

Rupanya agaknyalah ramai putra-putri penyelamat bangsa ni sedang dalam ketakutan, takutkan 1MDB...makin dibela, 1MDB, makin ganaz katanya...kata orang Sabah pun Astagaaaaaa.... Takutlah sama Tuhan, Allah, bukan 1MDB...pleaselah. Demam makcik ni tau! he he he...yang makcik ni dok takutkan penasihat Encik Google tu apa ek? Samalah kita. Sempena hari Jumaat yang mulia ini marilah kita mengingatkan diri sendiri untuk "takutlah pada Allah, bukan pada manusia, atau syarikat buatan manusia" eh tak jadilah nak lari ni. Kensel.

Monday, September 21, 2015

Kisah si Gemuk & si Specky

Dari tingkatan 1 hingga 3 saya sekolah, sekolah perempuan. Saya berkawan baik dengan budak bandar yang tinggal  di Pesta. Pesta ini bukanlah fun fair atau apa,ka. Tapi macam penempatan orang-orang berpendapatan rendah. Saya tak pernah tanya kawan, bapanya kerja apa, ibunya kerja apa. Yang saya tahu adik-beradik dia pandai-pandai.

Kawan-kawan saya semua biasa-biasa aje, ada yang penjaga kerja kilang, habis gempak pun cikgu saja. Dalam kelas itu hanya ada seorang anak business man, seorang lagi anak doktor. Tapi kelas kami adalah kelas terbaik dalam sekolah itu.

Oh kami  bersekolah di Muar. Sekolahnya jauh terpencil, ada bas tapi berjadual. Kami naik bas sekolah, tapi jika ada aktiviti luar, kena datang hari cuti sekolah, ka, kami kena jalan kaki selama 20 minit dari perhentian bas- ke sekolah. Saya akan berjalan kaki dengan best friend saya ini. Aktiviti kami pun poyooo, cat mural sekolah ha ha ha….nerd?

Satu hari saya cakap sama kawan, “eh meh kita makan rojak dulu nak, saya belanja” Jadi kita pun makan-makan dan borak-borak sampai tertinggal bas yang sepatutnya. Selalu pukul 3 patut dah sampai rumah, hari itu pukul 5 baru sampai. Masa ketinggalan bas, kawan cakap, “habislah nanti mak marah sebab lambat.” “Cakap aje saya yang ajak kamu makan sebab lapar” Balas saya. Saya sudah berkira mau cakap sama emak yang bas rosak.

Sampai rumah, mak tak ada nenek pun tak ada, cuma busu saya yang OKU, masalah pertuturan dan pendengaran yang ada sedang meraut daun mengkuang untuk dibuat tikar. Minggu seterusnya kami  pergi lagi sekolah mau siapkan mural. Kawan saya kata “sedihnya saya,  mak saya tak tanya pun kenapa saya balik lambat, mak awak? “oh mak saya ada kerja overtime, jadi dia tak tau saya lewat” balas saya. “Jadi, hari ini macam mana? Mau merewang makan KFC pula ka?” tanya saya. “tak moh, saya tak ada duit, malulah saya asyik awak aje yang belanja”. Genap sebulan mural pun siap. Jadi kami tidaklah perlu lagi ke sekolah, beraktiviti tambahan untuk tahun itu.

Tak lama lepas tu heboh pasal gejala remaja main ntah apa tah. Roller blade? Ada budak main sampai kena khayal dadah dan terpaksa ditahan di hospital. Ia pusat berhibur gitu, bukan main luar-luar macam di taman, tapi dalam tempat tertutup. Cikgu cuma suruh sapa yang pernah masuk pusat itu untuk tinggal di dewan. Yang lain boleh keluar.

Kelas tinggal separuh, jadi cikgu kata boleh buat aktiviti bebas sementara menunggu rakan yang ditahan masuk ke kelas. Jadi kami berbual-bual. Kawan saya lagi sekali  macam tak puas hati, sepanjang kami berkawan, keluar rumah, kadang-kadang saja-saja keluar untuk mengulangkaji pelajaran, tak pernah mak tanya lebih-lebih. Mak saya pun macam itu. Seolah mereka tak risau ka kami pun nak main roller blade sama. Kalau kata mak nak keluar, terus dapat green light, rungut kawan saya. Dia bebel-bebel kata “ai tak takut anak mereka kena culik, orang bagi air khayal”

Lalu saya cakap sama kawan, “sebab kita ni tak cantik, tak de orang mau kasi dadah sama kita,lah tu. Itu pasal mereka tak risau kut” Saya gemuk dan kawan saya bercermin mata tebal, walau kurus dia bongkok udang. Oh budak yang terpengsan hingga kena masuk hospital tu? Pergh lawa gila. Kalau masuk Dewi remaja boleh menang, kalau tak menang pun boleh masuk majalah Remaja,lah.

Sunday, September 20, 2015

Aktiviti Hujung Minggu

Orang bujang hujung minggu apa bikin? Duduk rumah tidur ka? Saya memang jenis yang jarang keluar rumah, bukan pasal alim ka apa, kalau keluar duit pun keluar sama. Life as student, memang kena ikat bajet sikit. Sebelum ini pun saya pernah dimarahi kawan sebab plan mau sambung master lepas degree ini. Kata dia sudah-sudahlah itu...saya faham, kehidupan sebagai part-time student ini merompak saya dari dia. Saya tak mampu bercuti/melancong, bershopping dengannya dan macam-macam, lagilah yang dia ajak, saya tak bule join, kerana kekangan kewangan.

Jadi hujung minggu lalu saya habiskan dengan menonton debat Piala Hantu Raya dalam FB, antara Rausyan fikir penyelamat ummat, dengan Aji, 50+, CFO berangin. Si Penyalamat kata Aji Cytroll, belaan PM. Aji kata si Rausyan Syiah jahil murakab, si bodoh yang tak reti simpan bodoh...gelihati tengok mereka berdebat pasal apalagi kalau tak  pasal 1MDB...

Saya tak rasa kalau sesaorang itu mau 1MDB pulih dan dapat menjalankan tugasnya, maka orang itu macai PM. 1MDB ini syarikat berhad, dengan Memorandon of Articlenya lagi satu apa tahnya, (article of association???, iya ka ini?) dia ini bolehlah kita kata sebagai entity yang ada tanggungannya sendiri. 1MDB tugasnya cari dana untuk bantu pembangunan negara. Kalau berjaya tak taulah apa impaknya, tapi ada orang kata kalau berjaya nanti tidaklah ada proksi lagi.

Kalau kita* di Sabah, terutama kalau kita di Pendidikan Sabah, nanti segala projek-projek dari sekolah sampailah Jabatan Pendidikan Negeri semua akan diuruskan oleh orang sini. Kalaupun projek itu dari Putrajaya, yang bikin kerjanya orang sini.

Susahnya kalau orang Kementerian (Putrajaya) yang bikin, dan diberi pada syarikat semenanjung, satu, dari segi aspek pemantauan kerja. Macam mana dia nak pantau kalau dia duduk di Putrajaya sana,kan.  Ada kes orang Negara Sabah ni, langsung tak tau apa-apa, tiba-tiba kontraktor masuk sekolah mau bikin itu ini. Itulah yang jadi jamban pun rege sebijik sampai setengah juta. Macam mana 1MDB boleh hapuskan proksi, itu tak tahu,lah saya. Orang cakap macam itu saya doa ajelah 1MDB pulih.

Orang yang mau 1MDB melokop dia akan cakap begitu-begini-begini. Mereka memang kuat. Panggil Amerika, panggil Swiss suruh tangkap, dakwa PM, dan seterusnya 1MDB bolehlah dikafankan. Betul syarikat berhad itu bersifat perpetual succession, tapi boleh juga dikuburkan. Mereka mau syarikat ini cepat-cepat mati, kerana kata mereka kalau dibiar hidup, Malaysia boleh jadi Greece.

Kira kalau mo dibikin analogi, dia macam orang bela hantu rayalah, dah nak mati tak mati-mati, tapi bila time makan, kambing waima lembu sekor pun boleh ditelannya sampai habis. Kalau tiap-tiap hari kena sedia kambing dan lembu, boleh jatuh papa kedanalah family yang ada bela hantu raya ini.

Saya pun tak taulah mana satu betul, mana satu salah, yang saya tengok yang bertoye2 menyerang 1MDB ini tak ada latarbelakang finance pun…so, simpulkan ini pertentangan antara ahli and non-ahli. Saya tidak anggap remeh, underestimate their ability. Sebagai pelajar perakaunan memang saya sedar, kalau tak betul-betul, bidang kami boleh jadi marginalised. Adakah saya takut? Kenapa harus takut? Ustaz ada kata bila nak kiamat nanti satu persatu ilmu akan diangkat ke langit, dan ilmu pertama terpadam ialah ilmu Faraid. Ilmu kira-kira ini susah...kalau boleh cari makan dan jadi terkenal, boleh jadi Rausyan fikir dengan tabur benci-sana-sini, momok-momok orang kunun ada hantuuuu...mari lawan hantu,  buat apalah mo susah payah belajar, ambil exam yang susah-susah, esok rezeki murah hidup mewah sikit dikata orang, jadi kaya sebab mencuri, jadi khadam pencuri? Jadi auditor tak bermaruah, sorok-sana-sorok-sini, semua bantai bagi true & fair view sebab takut hilang client. Itu kalau rezeki murah, kalau tak murah ada degree pun dok jadi kerani akaun jak orang kutuk juga. Aiii, belajar punyalah bagai nak pecah kepala, jadi macai aje?

Sekarang ini zaman Anglo-America, lepas ni (yang budak anti-Anglo-America), dok harap ganti tu, ntah sapa? Dia, berhala dia dan segala proksi sekelian yang sedang dalam kelaparan barangkali tu. Macam mana dia nak ganti yang ada ini kalau dia bukan akauntan, lawyer, manager? Macam manalah nantinya ekonomi negara kalau jurutera + runner gila berbotox, selfie, menangani masalah ekonomi dengan berpencak silat dalam facebook memomokkan follower dengan menjerit Greece, Greece, tangkap tuan hantu raya 1MDB. Lepas tu tangkap Tuan Aji CFO, berangin ajak lawan gaduh. Tak dapat saya bayangkan.

Cukup-cukuplah negara dibebankan dengan proksi, syarikat RM2 yang ntah apa-apatah tu bila doktor perubatan berdelusikan jaguh Dunia Islam satu ketika dulu, jadi CFO? CEO? Negara. Ini mau jurutera + artis wali botox cinta langit, di bawah Lindungan Kaabah nikah depan Kaabah untuk jadi hero Penyalamat Ummah akhir zaman. OMG, not again, not another fake Messiah, please…. aah letihnya saya *sigh*

Note:

Kita – Bahasa Bahasan/harian Orang Sabah bermaksud awak.

Friday, September 18, 2015

Himpunan Gambar

Gambar-gambar ni saya suka petik-petik sebagai  latihan menggambar untuk lawatan auditan fizikal.

Benda yang saya masak masa bulan puasa lepas. Maklumla bulan puasa, mengidam macam-macam, mau berbuka di luar, bila tanya office mate mereka tak pasti, sini pork-free is as good as halal. No 1 nasi dan sup tulang & sayur goreng; No 2 kununlah try fish & chips; No 3 lamb chop; No4- chicken chop

Kolaj pemandangan luar dari bilik....Gambar ini diambil 2 bulan yang lalu.
Terkini...., sikit lebih kurang sama, aje,kan, cuma gunung kat belakang tu, agak berbalam-balam.


Tika KK dilanda jerubu saya berada di sini kampung Rompon, Tambunan....ada nampak jerebu sikit-sikitlah,kan

Wednesday, September 16, 2015

SAYA dan NYONYA

Nyonya Kim Neo tidak kisah, baju kuning ka, baju merah, yang dia tau tiap-tiap hari berkilo-kilo mee kuning dan sos cili merahnya kena dihantar kepelanggannya di gerai dan restoren sekitar bandar Tanjung Kling. Nyonya memang sangat disayangi oleh penduduk kampung, sebab dia ceria dan baik hati. Budak-budak pun suka dia sebab petang-petang dia suka bikin ais kacang dan bagi percuma pada kanak-kanak, remaja yang main bola di padang berhadapan dengan rumahnya.

Anak-anak nyonya semua sudah berjaya tapi tidak betah tinggal di kampung. Semuanya ada tiga, seorang perempuan, satu lelaki, satu lagi dilahirkan lelaki, tapi sudah menukar jantina kepada perempuan menjadi pereka fesyen terkenal yang menetap di Thailand. Yang perempuan surirumah aje, tapi suri kepada business tycoon di Hong Kong, selepas tertawan dengan kejelitaannya jadi juara ratu kebaya baba nyonya. Bukan tak pandai bahkan tika itu anaknya sedang berada dalam tahun akhir bidang kedoktoran di National University Singapura. Tamat belajar terus disambar bawa pulang ke Hong Kong.

Yang lelaki, tu….hah itulah my crush, cinta monyet saya. Ha ha ha… Abang Abeng nama dia. Abang ini jadi jurutera petroleum, pergi sana-sini, kejap Timur Tengah, kejap Alaska, kejap-kejap aje balik, sini, tup-tup dengar dan nikah dengan gadis Afrika dan kini menetap di Caaaaaape Town sana. Nak tetonggeng jugalah saya, tetiba buka emel, gambar dia nikah di gereja, Las Vegas sana pesan suruh saya pelan-pelan ayat dan tunjuk sama Nyonya.

Kata dia dalam emelnya…. My dearest beb. (Iya dia panggil saya beb, itu yang bikin saya angau 7 petala langit tuh)…

You don’t know when the cupid shoot an arrow at you. All of the sudden you see the light, you see the sun shine, you see the bla…bla…bla, ah malas saya mau ingat. Yang saya ingat “I will  pray that one day you going to have the chance to feel the feeling that I’m experiencing today when you meet your better half”

Saya pula sudah beranak empat, gembira bersama seorang ustaz tahfiz.  Abang Abeng kekal jadi abang aje. Kalau dulu emel, sikit hari facebook, hari ini watsap pula. Melalui media-media inilah kami bertukar-tukar gambar. Saya ini dari dulu posmen dia, kasi tunjuk gambarnya pada ibu dia. Dari bujang sampailah dia dah gembira ada vineyard di Afrika sana.

Nyonya tetap nyonya redha dia hanya bertemankan pembantu dan jiran-jiran yang baik seperti kami. Oh suami Nyonya, dah lama meninggal dah, kemalangan jalan raya, tika anak-anak masih kecil. Ibu kata, dia masih dalam pantang beranakkan saya tika kejadian itu berlaku. Nyonya pula sarat mengandungkan anak yang lelaki bertukar perempuan, itulah.

Tinggallah Nyonya dengan perusahaan kecil-kecilannya. Bila usia Nyonya semakin meningkat, saya pula setia jaga dia, ingatkan appointment dia dengan doktor dan sebagainya. Itu pun bukan percuma tau, abang Abeng ada bagi elaun jaga ibunya. Nyonya dah macam ibu saya.

Masa saya baru-baru bernikah dulu ada juga suami saya bilang begini, “alangkah bagus kalau kita dapat Islam kan dia”. Saya cakap pelan-pelan cakap pada encik suami, “awak jangan sebut pasal itu tau!” suami saya terkejut! “kenapa pula?” tanya dia “Si A’boon yang sekarang ni kita panggil Bony tu, pernah cinta monyet sama anak Pak Mamat Silat. Bila Pak Mat Silat tahuuuuu…..habis Nyonya dimakinya. Bony teruk diparang, sampai masuk hospital. Tak cukup itu Pak Mat buat cerita Nyonya bikin mee, bubuh lemak babi, teruk jugalah business Nyonya, nasib baik masa tu suami kak Marie, ada kaki di sini dan pandailah mereka minta chop halal JAKIM. Nak dapat chop halal tu lama juga bang, bengkel kena renovate macam-macam, kawan-kawan suami kak Marielah yang urus semua…” cerita saya panjang lebar.

Nyonya cakap “Kalau tuhan kamu hebat kenapa menuduh anak saya mau merosakkan anak kamu atas kelemahan kamu memantau dan menjaga anak kamu sendiri” Perang mulut juga mereka itu. Mujur ayah yang merupakan imam kampung ada untuk menenangkan keadaan. Saya masih ingat lagi nyonya meroyan memaki-hamun keturunan Melayu dan Tuhan Melayu dalam Bahasa Hokien. Oh saya memang pandai bahasa itu, bukankah Nyonya juga ibu saya, masakan anak tak faham Bahasa ibunya sendiri? Nyonya bukanlah berbangsa babanya Nyonya pun, kami saja yang panggil dia Nyonya.

Susah hati saya kalau Nyonya benci saya pula, semalam saya berdoa, janganlah Nyonya berpatah arang berkerat rotan sama saya. Nanti saya Rinduuuu… Tuhan makbulkan doa saya. Keesokkan harinya Nyonya sudah cool, dia minta maaf atas apa yang diucapkannya pada malam semalam. Dia pesan sama saya kalau saya mau keturunan saya selamat hantarlah anak belajar sekolah secular. Jadi Imam, ustaz, ustazah memang baik, jaga agama, tapi nak jaga perut, kena ada ilmu dunia, kalau perut , lapar, agama pun orang akan gadai untuk perut. Kata Nyonya “Orang kamu kuat makan, kuat berhias, kuat bertuhan, tapi takut berkerja, kerja bank takut tuhan marah, berniaga tuhan marah, kerja lawyer pun tuhan marah, semua kerja tuhan marah, kerja askar, kerja jaga, kerja perang, serang orang saja tuhan suka?, sedangkan nabi kamu berniaga dulu sebelum jadi panglima perang”

Saya sendiri sekolah taklah pandai mana, awal-awal dah tak layak masuk SHEROD, atau Sekolah Sultan Muhammad lepas tu KISAS, atau  macam kakak dan abang-abang saya. Saya sorang aje jadi suri jaga anak-anak, ajar budak mengaji dan petang-petang ikut WI punya projek satu desa satu produk. Kampung kami keluarkan barang, baju sulam kebaya nyonya. Artis dan penari kebudayaan saja pakai baju tu, datin memanglah mampu, tapi tak sesuai, saiz XL pun dah nampak hodoh dah kalau berkebaya Nyonya. Kadang-kadang ikut ekspo mereka.  Hujung minggu ikut suami berkebun sikit-sikit. Anak saya pun macam maknya juga, sekolah pun suam-suam kuku saja, tapi anak yang sulung pandai main bola, adiknya  macam pandai melukis aje, sikembar kecil lagi, yang mereka tahu bergaduh dan bertumbuk, walau sepupu sebaya mereka, ada yang mengaji dah naik quran, anak saya? Pantang tak kena sebat tak mau mengaji. Satu pun tak pandai macam bapa dia. Bukan saja tak pandai belajar, tapi tak pandai main gadget macam sepupu-sepupu mereka. Tapi yang sulung kalau diajak berkebun suka, dia. Dah pandai juga potong rumput guna mesin rumput. Tuan Puteri seorang yang gian melukis tu, duduk rumah sapu sampah, lipat baju, setakat masak nasi,  goreng telur, ikan, bolelah.

Pun begitu saya tak risau itu semua sebab saya pegang pesan Nyonya anak tak pandai tak apa, janji ayah ibunya tidak takut-takutkan dia untuk bekerja. Saya pandang anak saya, saya tidak risau, semua pandai bekerja. Yang kecik tu, kalau pandai bergasak, besar boleh jadi askar, polis. Abang dan kakak pun tak pernah pandang rendah dengan saya…ada hikmah disebalik ketidak cemerlangan saya. Mereka kata kalau saya cemerlang macam mereka, alamat tak ada oranglah mau jaga mak ayah, rumah pusaka dan Dusun di kampung. Ditilik dari rezeki pula, rasanya sama mewah saja kami semua, bahkan kereta saya lagi besar dan power dari mereka. Maklumlah,kan duduk kampung, mana boleh pakai kereta tempatan, habis cikai pun HILUX, mau anggkut segala macam buah dari Dusun.

Begitulah kami di kampung ini serba biasa, serba aman, kami memang tak faham apa baju kuning, apa baju merah, buang masa aje,kan. Tapi saya kena ikut juga, sebab saya boleh dikata orang kuat WI, bendahari kampunglah tu, tak kuat tu, bendahari? Ntah apa mereka cakap saya tak masuk port, yang saya tau jaga duit sponser, cari apa-apa  barang,  perkhidmatan keperluan mereka, juga pantau stok barang satu desa satu produk. Seronok juga pergi rombongan ke Padang Merbok ramai-ramai. Kumpul-kumpul cerita pasal  produk kecantikan, tukar-tukar resepi, itu-itu ajelah. Habis politik pun kita menebak-nebak bilalah si Ratu Kuning tu nak menamatkan zaman jandanya. Dan betul ka ratu yang tua itu Rahib/wali sebab tak kawen-kawen sampai kini, ntah-ntah lesbian. Cerita kepala merah songlap duit rakyat, kami tidak ambil hal sangat sebab dah sedia maklum salah satu dari senarai tugas kepala merah (yang tak ada dalam tugas rasmi, tapi memang ada) ialah songlap sana-sini, bail-out proksi, bail out anak menantu apa. Berubah, tak berubah kerajaan, kita tetap kena kerja, atau dikerjakan? ntahlah.

Tiba-tiba ada anak dara cun menjerit "Hidup Melayu" over, mengelenjit aje aksinya. Mak Temah Laser yang 18sx itu mula sudah mencemuh. Kami ketawa sakit perut dengar monolog carutan Mak Temah yang bertela-tela berdurasi hampir 2 minit. Lepas tu kita sambung cerita lagi, anak dara tua ntah-ntah lesbian berlagak wali, janda keladi birah, mak datin gila shopping, paksa laki songlap sana-sini, mereka itu sama saja. Siapa pun yang naik kita tetap macam ini. Tak ada yang menggadai, tak ada sapa yang tergadai, pun. Tak ada yang bankrap. Momok-momok  politik sesama mereka saja itu.

Monday, September 14, 2015

MENCARI ANARKI

Artikel ini membawa  kembali saya ke 10 tahun yang lalu. Teringatkan kawan  anarki saya. Walau kami berbeza pendapat, tapi saya gembira penulis, wartawan sehebat dia sudi mau kawan sama saya pada masa itu. Saya sangat menghargai persahabatan itu. Pendirian saya, kerja gomen, kena setia pada yang ada. Kalau mau beranarki, berhenti kerja.  

Saya tidak ada masalah dengan aturan yang ada pada hari ini. Nak berjaya di Malaysia ini bukan susah sangatpun. Pokoknya seperti yang saya dah berbuih cakap, jangan belanja lebih dari kemampuan. Jangan rasa rendah diri jika kita tak dapat berbelanja semewah sebaya kita yang lain, atau pencapaian kerjaya, kedudukan materi kita tidak sehebat sebaya kita. Jangan sakit hati tengok orang yang tak sejujur kita, lebih ke hadapan dalam serba-serbi.

Dan lagi satu, adat orang makan gaji, jangan terlalu banyak berkeluh kesah, merungut tentang tugasan yang diberikan oleh orang atasan, apatah lagi sakit hati, menyampah dan memburuk-burukkan mereka. Kalau disuruh yang merapik-meraban, berterus-terang, "ini dah merapik ni, tuan/puan" kalau dia tak suka, dia boleh tukarkan kita, atau kita minta tukar. Kita kerja gomen apa? Tak semua bos meraban perangainya.

Kawan saya pun tidaklah begitu memaksa saya beranarki, cuma ada suruh saya menulis. Saya pun masa itu sudah ada blog, atas saranan seorang kawan maya. Jadi saya teruslah menulis hingga kini.

Apa masa depan anarki, adakah anarki sudah mati? Kalau budak yang tulis artikel inilah yang menjuarai anarki, saya kira gerbang sastera kita akan diasak dengan hebat. Bila anda amati dia betul-betul, maksud saya tulisan dan daya intektualnya, dia jauh lebih menawan dari A Samad Said. Dia jua bebas momokan syiah seperti Faisal Tehrani. Pada anda yang tak puas baca tulisannya di atas, boleh sambung baca di sini, atau follow facebooknya.

Jika anda tanya saya bagaimana mau momok-momokkan orang agar benci budak ini? Saya tidak lihat ada apa cacat-celanya dengan budak ini, untuk kita rasa takut atau bencikan dia. Santunilah dia dengan sebaik mungkin, dengarlah cakap dia baik-baik. Disamping itu ingat pesan saya dalam paragraph ke 2, manalah tau betul-betul jadi anarki dalam masa terdekat ini.

Apa? Tidak cukup BADASS, brutel, buragas? Kan tak seksi-AYU, utan kayu, tak ngam dengan anarki,kan. Itulah,  ya yang tuhan beri. Usahlah melugai-lugai, membubut yang enggan. Tuhan beri apa yang anda perlu, bukan yang anda mau. oklah tu ada juga, dari tak ada langsung

Saturday, September 12, 2015

MEMBELI-BELAH

Orang lelaki kalau pempuan sebut shopping, atau beli-belah mereka mesti fikir tempat high-end macam SOGO, IMAGO, MITSUI dan lain-lain. Yang sebenarnya perempuan ni, mana-mana tempat pun adalah syurga beli-belah, janji ada barang yang mau dibeli. Jangan ko senyum lebar kalau saya kata jom cuti di Keningau, Tambunan "apa barang boleh dia beli, lainlah London, New York, ka, kan mau kopak poket gue"

Off-courselah saya masih bujangan, kalau cuti, means cuti bersama family, tak de bajet beli-belah, yang sibuk membeli ialah mak saya. Saya ikut dan tengok, aje. Kalau outstation, tengok tempatlah...like Tambunan mesti eyeing for their halia. Nasib baik saya merantau dan tak ada sedara dekat, kalau tidak mesti bawa extra beg isi halia barang 10, 20 kg untuk jiran-jiran. Halia Tambunan memang special, halia tanah tinggi.

Ini saya cakap pasal orang local. Pasal bos saya hihihi....biasa beg tarik travel tu ada 3 size,kan. Untuk travel, outstation seminggu kita akan bawa yang paling kecil, tapi dia bawa yang no 2, tu. Pakaian ngam untuk seminggu, tapi saja bawa beg besar sebab dia dah tau ada barang yang mau dibelinya. Lepas tu dia ada beranak satu lagi kotak milo yang sedang tu. Itulah dia wanita, mana pegi, baik ceruk kampung pun, beg mesti bertambah lagi.

Bila saya tengok beg besar dia, I was wondering, apalah yang mau dishoppingnya itu. Tapi saya diam, sebab saya tau nanti saya tau juga, mesti dia akan ajak saya membeli-belah. Jadinya lepas kami selesai auditan hari pertama, sebelah malamnya dia ajak saya ke tempat shopping. Nah meh tengok syurga shopping di Keningau. oh kami mengaudit di Tambunan, tapi stay di Keningau. Jauh,kan.


Saya yang pada mulanya fikir, ala apa barang mau beli, terpengaruh dan berberanak jualah beg saya walau kecil.

hihi...apa ni?

Ini ialah cendawan kukur atau sisir yang telah dikeringkan. Memang sedap digoreng atau digulai lemak. Tapi orang Dusun dia bikin pekasam. Dicampur sama ikan, pangi, nasi. Diperam, katanya nanti ikan dengan tulang-tulang pun akan lembut, kira macam tulang ikan sardinlah gitu. Tapi ambil masa sebulan, baru dapat hasil yang begitu.

Yang ini pula sulur keladi. Memang sedap dibikin sambal atau masak asam rebus. Sulur ini yang renyahnya ialah nak menyiangnya, memang leceh, tapi yang ini dah siap siang, boleh terus disambal saja. Mudah.

Yang ini pula tak beli tapi cenderahati tuan rumah. Nasib baik Tambunan tak ada tamu malam macam Keningau, kalau tidak, tau taulah,kan. Tambunan memang famous dengan halia. Tapi yang paling sedap ialah serunding Tuhau. Di KK pun ada Tuhau ini, tapi bila tak ada tanda halal, was-was juga. Yang pasti Tuhau yang orang PPD hadiahkan ini memang dijamin halal. Dah siap pesan dah dengan orang sana mau lebih banyak Tuhau untuk dibawa pulang ke semenanjung nanti. Yang jeruk tu tak boleh,lahkan.  
Pendek kata, perempuan dan shopping tak boleh dipisahkan. kalau sebut mau jalan tu, hmmm sedia ajelah duit lebih sikit. Mesti koyak, punya.

Friday, September 11, 2015

IKAN

Cerita kari ikan saya tak habis lagi sebenarnya. Saya jer yang tak sempat mau update blog. Kari boleh diperhangat, ulang makan. Lagi perhangat lagi sedap. Walaubagaimana pun baki kari saya sudah tidak banyak, hanya boleh diulang makan sebagai sarapan bersama dengan lempeng gandum + oat.

Jemput siaran ulangan kari yee...
Ikan segar saya yang masih banyak bakinya, boleh tahan 2, 3 hari, terpaksa dihabiskan sebab saya bertugas luar selama 5 hari. Itulah,kan waktu membeli tak beringat-ingat yang saya tidak akan berada di KK pada minggu berikutnya, jadi saya masak semua, ikan tenggiri disinggang, ikan kerisi tak sempat digulai, goreng pon sodap.

Dah simpan dalam peti sejuk pun masih segar...

Ini singgang sempoi yang rupanya agak pelik,kan bagi penggemar singgang. Pandai-pandai saja saya tukar lengkuas dengan halia, asam keping tukar asam jawa. Bila dah bertukar, takut dull, saya pun bubuh serbuk kunyit untuk menceriakan sikit rupa hidangan ini.
Rupa sebenar singgang. Gambar dan resepi ada di sini

Thursday, September 3, 2015

KARI

Yang paling best di Kota Kinabalu (KK) ini ialah produk dari lautnya yang segar dan murah. Sampaikan rakan dari Caw Sarawak pun teruja membeli barang-barang segar ini,untuk dibawa pulang ke sana. Sebelum ini saya tidaklah berapa kisah sangat pasal hal ini, bila mereka berkunjung ke sini kerana kursus tempoh hari, saya pun sama gian membeli juga.

Saya beli sikit aje, sekilo ikan kerisi dan ikan tenggiri. Harga sangat berpatutan ikan tenggiri boleh kita dapat dengan harga RM13.00 sekilo. Dah beli-beli, kenalah masak iye... apalagi masak kari  ikanlah...yum, yum. Saya pun mengodeh-godeh resipi di internet. Saya teringatkan resipi kari tanpa santan. Sini di pasar baru ada jual kelapa parut. Santan pati macam di Melaka tidak ada, santan kotak dan santan serbuk memang banyak. Jadi saya yang malas ini gantikan santan dengan yogurt.

Resepinya, idaklah berapa saya follow sangat, tapi saya guna hingga sepeket kecil serbuk kari adabi, bawang kecil 3 ulas, seulas bawang putih, dan sedikit halia. Oh jangan lupa sedikit asam jawa. Ada juga orang guna tomato segar cincang yang tumis bersama bawang, halia sebelum rempah kari, dimasukkan tak kisah, buleh saja janji dapat rasa masam-masam. Saya tidak guna cili. Ikan pun saya masak 3 keping sahaja, lebih kurang dalam 1/3 bahagian saja yang saya gunakan. Yogurt tu dalam 3sudu besar sahaja. Sedikit garam dan serbuk perasa. Ada orang guna serbuk ikan bilis. Ok jualah tu.

Satu tips baru yang saya dapat ialah isi ikan haruslah dibubuh tika kuah mengelegak dan tika ikan dimasukkan dalam kuah, api kenalah besar. Jika apinya kecil, air ikan akan perlahan-lahan keluar dari isinya meresap ke kuah, dan jadi kuahnya akan jadi hanyir. Juga untuk dapatkan kari yang enak (tidak hanyir), guna ikan segar,lah. eh dah nama pun KK,kan KK = ikan segar! hehe...apalah lagi mau pesan-pesan ikan segar,kan.

oklah penat mereceh, meh tengok pula hasilnya.

Kalau ikut betul-betul resepi kari, ada bawang kisar, ada yang hiris, tapi sebab saya masak tidaklah banyak mana, bawang, halia saya hiris sahaja, tumis sampai wangi sebelum dimasukkan serbuk kari.

Sayur ini jika mau nampak lebih cantik segar kehijau-hijauan gitu dicelur, kemudian cepat-cepat disirami air dingin, nak makan baru bubuh dalam kuah, Tapi di sini saya letak terus dalam kuah.
Bersama team dari Sarawak dengan penceramah khas dari Putrajaya. Masa satu orang Sabah, orang Sarawak, Orang Putrajaya, yoalls tekalah sendiri...