Cerita kari ikan saya tak habis lagi sebenarnya. Saya jer yang tak sempat mau update blog. Kari boleh diperhangat, ulang makan. Lagi perhangat lagi sedap. Walaubagaimana pun baki kari saya sudah tidak banyak, hanya boleh diulang makan sebagai sarapan bersama dengan lempeng gandum + oat.
|
Jemput siaran ulangan kari yee... |
Ikan segar saya yang masih banyak bakinya, boleh tahan 2, 3 hari, terpaksa dihabiskan sebab saya bertugas luar selama 5 hari. Itulah,kan waktu membeli tak beringat-ingat yang saya tidak akan berada di KK pada minggu berikutnya, jadi saya masak semua, ikan tenggiri disinggang, ikan kerisi tak sempat digulai, goreng pon sodap.
|
Dah simpan dalam peti sejuk pun masih segar... |
|
Ini singgang sempoi yang rupanya agak pelik,kan bagi penggemar singgang. Pandai-pandai saja saya tukar lengkuas dengan halia, asam keping tukar asam jawa. Bila dah bertukar, takut dull, saya pun bubuh serbuk kunyit untuk menceriakan sikit rupa hidangan ini. |
|
Rupa sebenar singgang. Gambar dan resepi ada di sini. |
No comments:
Post a Comment