Tadi bila kita minum-minum kita bercakap pasal benci. Ala, benci orang perempuan, janganlah diambil cakna sangat,kan. Benci kejap aje lepas tu ok. Sapa lagi lah hai yang dibencikan sangat tu, kalau tak bos sendiri.
Mujur saya akan beralih tempat pada 19 Januari 2015 akan datang. Iya beralih tempat, berubah Ketua Perkhidmatan sekalinya. Ya Allah memang berat saya fikirkan akan peralihan ini. Saya tak suka. Tapi orang kata macam itulah hidup. Allah bagi kita benda yang tidak kita sukai, kerna itulah yang terbaik untuk kita.
Ok, enuflah pasal perasaan ketidak-seronokkan, ketidak terujaan, (lebih kepada kegusaran yang ntah apa-apa ini) berbalik pada pasal benci. Saya belum ada rasa benci lagi, sebab baru sangat dan saya adalah seorang yang susah nak benci, tapi kawan yang dah lama rata-rata memang kalau orang itulah yang bercakap mereka dah tak moh dengar lagi dah. Benci/meluat ajeeer yang dirasakannya. Tapi like I said benci orang perempuan ni tak ke manalah perginya. Ko ajaklah dia pegi shopping, makan-makan, oklah tu.
Saya menyampuk. Saya kata “kawan FB professor, yang belum lagi jadi professor, baru Dr sahaja, kata, benci itu sebenarnya terbit dari perasaan sayang yang tak terungkap…terpendam jadi dendam” sikit lebih kuranglah tu…saya rephrase. Nak sebut sebiji-sebiji saya bukanlah orang yang memiliki ingatan fotograph macam Encik Hunting dalam felem Good Will Hunting itu…nope ingatan, IQ saya biasa-biasa aje. Alah takat budak-budak sains-sosial idaklah ia tinggi mana, pun.
Kawan-kawan (lebih kepada anak buah saya tergelak sakan). “Kakak dan professor serba tau- cum sasau-gersang itu, MEMANG”. Nope mereka tak ucapkan itu, saya sahajalah yang terparanoiakan ayat begitu berkemandang di udara. Reaksi sebenarnya sikit lebih kurang begini..." eeh eeeih sori, tak mungkin orang itu, tak mungkin!"
Saya tak kecil hati pun…dan saya juga tidak mau berdebat dengan mereka, walau dalam hati saya berkata “aleh perempuan…penafian, penafian, penafian yang memerangkapkan mereka ke dalam gaung ego yang menafi perasaan kasih dari hati sanubari yang luluh dan luhur”. Perempuan dijadikan tuhan untuk mencinta dan mengasihi. Yup kita semua dilahirkan tuhan ke dunia ini berbekalkan perasaan cinta dan kasih. Kita juga dibekali dengan perasaan benci. Kita benci sikap budak-budak main guli… yang punya attitude kerek/eksyen/belagak “ok ini untuk geng kita aje. Kalau bukan geng tak moh kawan, nak bergeng kena-itu-ini-begitu-begini. yang alahaaaaaiiii, tak semua orang ada bakat untuk begini-begitu-itu-ini.
Perempuan hari (anak buah saya yang lahir dalam mid 1980 to 1990) ini sudah tidak ada masa menarik rambut dalam tepung lagi dah. Mereka perempuan yang dunianya dibatasi dengan deadline, dan tibunan kerja rutin yang membosankan. Semua mau cepat, semua mau tepat. Haku ni nama aje CC, penyelia deme…aish, selalu gak se “kena” dengan anak buah sendiri. Mujurlah saya seorang yang tidak meletakkan apa-apa ekspetasi dalam hal patuh-mematuh, hormat-menghormat ini.
Ok berbalik semula dengan perempuan yang sebenarnya sangat kami kasihi itu, memang kami semua mengasihinya, itu fakta. She a great woman, petah, berketerampilan…tapi ntahlah mungkin dalam episode hidupnya ada yang terkehel. Ada juga dengar gossip peribadi pasal dia yang harus saya simpan kemas-kemas.
Perempuan, kita dilahirkan sangat cantik. Tekal, tangkas dan bistari, kadang itu bak kata Kris Dayanti, pun kekuatan kita umpama karang. Ntah se memang tak pandai mengarang dok eh…Untuk menjadi kalis benci memang payah, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil.
Pesan saya pada diri sendiri, bila kita disakiti, ambillah masa untuk berhenti dan menghayati kesakitan yang datang. Jangan terus berjalan. Bayangkan Nabi Allah Ya'akub….itu semistinya amat-amat mendamaikan sekali. Why Ya'akub? Boleh google, tapi harus hati-hati dengan kisah Israiliyat. Kita berkongsi Ya'akub dengan mereka yang terlalu romantic dan mendayu-dayu sehingga tidak kisahkan soal logika.
No comments:
Post a Comment