Monday, January 5, 2015

PUISI TAHUN BARU

Sesungguhnya tahun 2015 memang seolah menjanjikan suksess dan kegembiraan buat saya hendaknya. Bermula dengan tarikh lahir yang jatuh bersamaan 12 Rabiulawal tahun hijri semestinya buat orang kerdil biasa yang walau sudah banyak buku omputeh akan perihal pengurusan dan kewangan dibaca, saya dan kampung/kekampungan semakin sukar dipisah. Lebih-lebih lagi bila usia menginjak matang. Makin matang makin terasa jiwa kampung semakin tebal.

Atas dasar kampung tadi, tarikh lahir yang jatuh pada tarikh lahir insan paling disayangi TUHAN bikin saya rasa 2015 ini tahun baik untuk saya. 12 Rabiulawal is a good Omen. Moga dengannya mudahlah perjalanan di 2015 dan tahun-tahun yang akan datang, sehinggalah saya menghembuskan nafas yang terakhir. Hah sapa kata omputeh tak kampung? Kalau tak kampung, masakan ada istilah OMEN in English,kan.

Sempena rasa baik dan gembira ini sukalah saya berangan-angan yang kekasih saya menuliskan sebuah puisi indah untuk saya. Meh, kita dengarkan rintihan hati beliau sambil-sambil itu sudilah kiranya untuk sama merasai/menyelami  ketidak-keruan, dia yang sedang dilanda kasih tapi sangat pesimis yang restu Tuhan,kan menyebelahi rasa kudus yang berputik dalam hati:-

Cintaku Jauh di Pulau

Cintaku jauh di pulau,
gadis manis, sekarang iseng sendiri

Perahu melancar, bulan memancar,
di leher kukalungkan ole-ole buat si pacar.
angin membantu, laut terang, tapi terasa
aku tidak ‘kan sampai padanya.

Di air yang tenang, di angin mendayu,
di perasaan penghabisan segala melaju
Ajal bertakhta, sambil berkata:
“Tujukan perahu ke pangkuanku saja,”

Amboi! Jalan sudah bertahun ku tempuh!
Perahu yang bersama ‘kan merapuh!
Mengapa Ajal memanggil dulu
Sebelum sempat berpeluk dengan cintaku?!

Manisku jauh di pulau,
kalau ‘ku mati, dia mati iseng sendiri.


Chairil Anwar
1946

No comments: