Lama dulu Mat Lela Merah Muda rasa bimbang bila Raden Jadian
Mudim tiba-tiba jadi sebutan ramai. Mat Lela dan Raden sebenarnya menjual
rempah herba ubat sakit-sakit lenguh lutut di Pasar Minggu Negara Semanggol
Lonjong. Mereka sebenarnya teman sepeguruan. Belajar meramu Ubat dari Nenek
Seri Pagi Anggun di Gunung Serapat Berang.
Jualan ubat mereka orang muda kata so-so aje. Tambahan pula
zaman muda-mudi hips ini ramai sudah tidak mau berubat herba. Mereka kata bau
jamu,lah. Bau rempah macam kambing bakar nak kena golek dalam api, rasa yuks…Muda-mudi
yang telah diajar ibu ayah kenal cheese, manisan, coklat tidak betah dengan
rasa kelat payau ubatan herba dua sahabat ini. Muda-mudi yang tapak kakinya
baru selebar 2 inci tapi sudah dilap najisnya dengan tissue basah beraroma
mist, lavender, jasmin, aqua, amat pening dengan bauan yang agak kuat itu.
Kalau setakat nak menang lumba lari 100 meter pecut, kalau
dah terdesak yang amat. Ubat batuk cap seri Bunga pagi pun boleh ganti ubat herba
pecut deras jualan Mat Lela dan Raden tadi, asal tak ada ujian doping. Ala,
lumba lari sekolah, ko cakap sama gue, mana ada cikgu tertangan nak mengendali
ujian tersebut. Kalau setakat nak uting bola masuk keranjang, remaja lebih
percaya kasut sukan slumdunk jawa-rumi yang diimport dari Negara jiran yang
didakwa boleh membikin kuasa lompatan jadi berganda, sekali lompat dengan
tangan-tangan ko pun boleh masuk dalam keranjang bola. Tak payahlah nak separuh
pengsan menahan bau kuat herba tanduk kucing yang perlu diambil secara rutin,
tiap-tiap pagi subuh bedeting, bagi
mendapat effect yang sikit lebih kurang aje.
Pendek cerita perniagaan dua sahabat ini jatuh merudum…macam
hidup segan mati tak mau. Tapi lain pula dengan Raden yang beristerikan si
candik pura-pura yang amat gemar menghias diri. Satu Hari Raden Candik berkata
kepada suaminya. “Abe, se raso, kito kena tukar strategi. Ore mudo lo ni suko
bau wangi, dan rasa yang natural. So (satu) lagi, se perati, hok rama kat Pasar
minggu tu ore pue…”
Dipendekkan cerita Kedua suami Isteri tadi telah ke Negara
Wangi Nyah bau untuk belajar teknik untuk cara pembungkusan baru barangan
jualan mereka. Raden Candek juga merasakan suaminya perlu fokuskan pada wanita
instead of lelaki. Maka setelah berhabis modal wang dan upaya…terhasillah
produk Collegen Beauty “letak bawah lidah semua tegang”
Itulah punca kemahsyuran pasangan tadi. Maka berebut-rebut
dan berduyun-duyunlah orang mau beli produk tadi, sehingga menimbulkan rasa
risau pada kawan, teman sepegurannya itu. Mana tak risau sejak ada produk
Beauty ni, rumah ibadat yang memang sudah lama lenganag itu jadi semakin semakin
lengangan.
Dan salahnya Raden suami-isteri, tika berjual-jualan ubat
mereka tidak peka dengan sijil halal, tidak tahu untuk mendapatkan kebenaran
Majlis ubat-ubatan Negara Semanggol Lonjong. Penyudahnya dek kerana dituduh
jual ubat bercampur bahan tidak suci dan macam-macamlah yang dimomok-momok oleh
Adik Mat Lela Merah Muda tentang produk Radin dan Candik berserta serangan peribadi
yang ntah apa-apa tah, betul, salah ntahlah tak tau kita nak cakap, penduduk
yang ketakutan bertindak membakar kilang dan rumah pengusaha Collegen Beauty
itu. Sama ada keduanya mati rentung dalam kebakaran, atau sempat lari ke Negara
Lain itu tidak dapat disahkan oleh sesiapa, pun.
Mat Lela Merah Muda? Well dia ditawarkan kerja dengan Majlis
Ubat-Ubat Negara sebagai ketua kawalan Mutu Ubat herba. Hari-hari kerjanya
tidur sahaja sebab dalam Negara itu sudah tidak ada orang pun yang berminat
dengan herba tradisional. Semua herba telah dikapsulkan, dimodenkan dan semuanya
datang dari Negara Wangi Nyah Bau.
No comments:
Post a Comment