“ko kat sana macam mana? Ko tak BANG (azan)ka sama mereka”
Saya tergelak besar dan lepas itu
jawab “aku baru kena BANG balik dengan mereka usai aku Bang sama mereka”
“teruk ko kena”
“hmmm teruklah. Rasa macam, mau
setengah mati pun ada. Kul 2 ptg nanti aku akan pergi skru balik mana-mana nut
yang longgar” jawab saya ketawa lagi dan lagi dan lagi.
“ko gila” kata kawan.
“hmmm,….kan. Aku overconfident
yang come new year aku akan bla. Aku tak sangkalah pula, belum sempat aku bla,
they really took my BANG as personal insult. Aku suspek yang they really fear and
kancheong plus believe that bila semua dah di automatedkan, we only need one PA
per a country with the size like Malacca. 45% cut for government servant is
actually no bullshit talk. First they all gi trip tinggalkan aku dengan
orang-orang yang semua tau bos tak suka, lepas tu bagi usrah ntah apa-apa tah. Lepas
jamu makan, lepas tu cakap bisik-bisik, gelak kuat-kuat macam orang gila. Gelak
yang super natural kuatnya yang aku memang kompem aku tak paranoid. Sekejap
sana gelak, kejap lagi sini gelak. Jujur yang ini memang aku paranoiad. Aku
paranoid yang mereka mengejek aku, kompem 100% hari tu juga aku meletop dan terlantar
di wad mental. Mujurlah ianya Jumaat. Lewat petang, aku sudah sampai rumah mak,
Isnin aku exam, Selasa & Rabu aku mai opis pakai sumbat telinga. Hari ni aku
MC servis-skru balik mana-mana yang longgar aku. Esok aku cuti rehat”
“hah! Biar benar! Baru lepas! Aku
ingat ko dah seminggu dua beristirehat di tempat damai ko” terkejut beruk kawan
ku itu.
“hey chooi touch wood! Dalam
hidup aku ni baru sekali mak aku hantar aku
berdamai di sana ok. I learn my lesson.
Senang. Aku sumbat ajelah telinga aku dengan kapas. Kalau aku tak dengar, aku
tak ambil port, aku ok. Pegi mampuslah deme nak tergelak macam Pontianak pun,
aku tak dengar….soooo”
Ini adalah perbualan dengan kawan
yang simpati, rapat dan faham kemelut yang melanda diri ini. Sikit lebih kurang
tak 100% tepat edit-sana-edit sini, tambah serbuk perasa kasi sedap cerita.
Apa cerita ini? Pada penghujung
Disember 2014 yang lalu, saya dengan beraninya meluahkan perasaan tak puas hati
bagi pihak kita-kita yang terasa, alamak asyik-asyik aku aje yang kena. Saya
juga mengkritik begini:-
“Saya tidak faham bagaimana kamu
boleh survive dalam keadaan begini…saya lihat pejabat ini macam auto-pilot, mana
pentadbir dan krew-krewnya? We should serve them! Ini tidak mereka masing-masing
pandai-pandai bawa diri sendiri, bla-bla-bla-bla” the gist of is “bagaimana mau
kamu laung-laungkan lawan konspirasi
Iblis/syaitan, jika kamu sendiri tidak pernah mau ambil pusing cara Iblis/syaitan
berkerja?”
Saya jadi sangat berani, sebab like
I said before, come January I’ll away.
( Penafian:- cerita ini hanya sekadar cerita tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau mati )
*****
Saya tanya sama anak buah saya yang kini hanya sudah tinggal
3 ketul itu begini “apa pendapat kamu dengan idea - banyak kos & masa boleh
kita potong jika kita opt for centralisation”
“oh tak boleh…tak boleh”
Seorang yang lain pula respond
begini “kalau swasta ok aje. Kat sini orang tak nampak macam mana benda itu boleh dipraktikkan”
Saya termenung seketika… “tak
apalah”
Saya akur. Kos operasi kami lebih
mahal. Jika sesebuah organisasi itu terlalu besar, aspek kawalan jadi sangat
renyah dan sulit sekali. Kesulitan dan kerenyahan inilah yang mengakibatkan
elemen penjimatan amat sukar dijelmakan dan seperkara yang amat malang ialah - jimatnya jauh panggang dari api, ketirisan
pula yang menjelma.
No comments:
Post a Comment