Satu yang menariknya tentang Negara Semanggol Lonjong ini,
masyarakat di sini masih kalau kita di Malaysia ini kata mereka
superstitiouslah. Walau nak kata infra Negara ini setaraf dunia. Hah cuba
bayangkan. Maksud saya mereka masih mempercayai Bomoh. Iya Bomoh atau Pawang.
Tugas bomoh amat berat. Antara tugas utamanya ialah untuk
membaca mentera untuk menjahanamkan Musuh Negara. Harus difahami Negara yang amat
mewah dengan hasil bumi ini amat dicemburui oleh Negara-negara Jiran,
terutamanya Negara Setompok Tembun yang hasil utamanya ialah setakat
pelancungan yang diadun dengan rencah-rempah ratus hedonis, seperti tari-tarian dan hidangan arak yang
memabukkan.
Oleh yang demikian dapatlah kita lihat antara senarai tugas
utama Bomoh ialah memagar Negara agar anak-muda tak lepas lari berlibur di
Negara Setompok Tembun. Cara memagarnya ialah dengan memberikan mereka pelbagai mentera
dan memastikan mereka hafaz mentara-mentara tersebut. Antara mentera wajib yang
paling mahsyur ialah Mentera Nyah Celak Mata Satu.
Pun begitu tidaklah dapat dipastikan yang mentera ini
mujarab. Tetidak-mujaraban mentera ini bukanlah kerana Negara Setompok Tembun
ada pakai anti-Mentera Nyah Celak Mata Satu, tapi kerana ntah tak taulah,
kenapa. Mungkin sifat manusia itu sendirilah agaknya. Malas membaca dan menghafal. Mungkin juga faktor usia
Bomoh Utama yang kian lanjut, menjadikan mungkin juga dia sedikit nyanyuk dalam
membaca mentera Nyah-nyah Utama. Terlalu banyak mentera yang dia harus baca
mengakibatkan menteranya jadi caca-marba.
Namun kecacamarbaan ini dirahsiakan Perwakilan
Bomoh-Bomoh Tempatan yang tidak mau ada bomoh lain menggantikan Bomoh Utama ini.
Lama-kelamaan ketidak-mujaraban mentera ini semakin lama seperti macam
bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi lagi. Kes-kes sakit kelamin, makin
meningkat dicatatkan di hospital Negara. Masalah lain turut menular, seperti buli, gensterism, ponteng sekolah, tak payah cerita,lah,kan. Untuk mengelabui mata rakyat, Lalu, Tukang-tulis Perwakilan Bomoh-Bomoh telah menceritakan yang konon Negara
Setompok Tembun telah buat onar menyebabkan Mentera Bomoh Utama sudah seperti
tidak berkesan, justeru menjadikan akhlak muda-mudi Negara itu kian membimbangkan.
Keadaan jadi makin kacau mutahir ini apabila Bomoh Utama
telah terlantar sakit di hospital. Semua risau, tapi semua marahkan dan taksub percaya ini semua angkara Negara
Setompok Tembun. Kelihatannya seperti macam tidak ada usaha untuk mencari Bomoh
Pengganti aje. Kian hari kesihatan Bomoh Utama kian membimbangkan sedangkan
Pengganti Bomoh tetap tidak muncul-muncul.