Monday, September 29, 2014

SADISM 1

Cerita-cerita perempuan dalam n3 yang lalu bikin saya cuba berempati, memasukkan diri saya ke dalam diri mereka. Penyudahnya saya menangis-nangis, nangis dan nangis, lagi lagi nangis. Eh apa sudah jadi dengan Mardhiah Serigala yang brutel itu? Eeeeeiiii malunya dengan budak-budak lelaki Skola Sains terutama budak 5 Tegas SPM ’90 SMS Muar. Mardhiah dah kena sawan  tangis??? Huhuhu.

Cukuplah pasal tangis-menangis, sebab hari ini saya ingin menyelami  teori/pemerhatian yang kununnya perempuan jika dia terlarut dalam emosi jiwa luka dia akan resort to sadism to break free. Sorilah bahasa sekerat ular sekerat belut. I just couldn’t help it as I fear if I don’t get it out of my head instantly, I will lose it forever. Please forgive and bear with me yeah. Ok berbalik pasal seeking into sadism to break-free, dari   4+1 dari subjek saya dalam n3 yang lalu, hanya seorang sahaja yang “kahau” bahasa budi bicaranya…loud and insolent??? Yeah you can say that, but never ever say it in front of her, if don’t want to get into trouble.

Selebihnya boleh diberi anugerah Wanita Melayu Terakhir. Mereka memang dilahirkan begitu, walau dihimpit 1001 permasalahan tutur-bicara mereka tetap indah dan mempesona, terjaga rapi, tertib sekali tingkah lakunya. Jika diberi anugerah bakat menulis, pun, tak mungkin mereka akan jadi Minahleter yang sebelah tangan ada pen, sebelahnya lagi ada parang. Jika berbakatpun  yang  akan terhasil pun mungkin sesuatu macam “Flower in the Attics”??? Any trace of sadism in it? Well I don’t see any, as all I see penulis petit cantik yang penuh santun dan tinggi nilai budinya sedang melarikan pen di muka surat kosong yang kemudiannya menjadi adikarya yang mencengkam jiwa dan perasaan pembacanya.  Kalaulah dia Melayu, bolehlah kita bagi dia anugerah Wanita Melayu Terakhir. Oklah Flower in the attics is too much la kut, ok we go for Badai Semalam, Ombak Rindu yang menggulung-gulung menghepas-hempas kuat yang bikin kalau kita ini pantai,lah dah lama kita mati kena hempas. Yeah now I see it…sadism dalam jalan ceritanya, ka?

Memandangkan mereka tak ada bakat menulis, bagaimana mereka break-free dari kesakitan jiwa luka? Well melalui penceritaan, bercerita dengan yang sudi mendengar, menagis dan merintih di hadapan Khalik yang pengasih lagi penyanyang. ….

Alamak tetiba minda saya dirasuki seorang lagi Wanita Melayu terakhir yang bercita-cita nak tubuh sort of like old folk homes, katanya dia tak mau jadi wanita biasa. Selalunya bila pencen, jaga cucu. Dia tak mau makan hati dengan kerenah anak menantu…katanya dia bimbang anak dapat susah kerana airmatanya. Dia tak mengulas lanjut tapi saya menebak citanya itu timbul bila anaknya ditimpa kemalangan jalan raya. Saya berimaginasi, mungkin anaknya eksiden lepas gaduh dengannya dan dia menangis hiba terasa dirinya Mak Si Tanggang dan berbuat sesuatu macam yang telah dibuat oleh Mak Si Tanggang.

Well orang kata doa orang terinaya itu mustajab….dan sudah tentulah kawan-kawan saya mau fikirannya kekal jernih agar terhindar dari menginginkan sesuatu yang buruk terhadap dia yang menghancurkan hati mereka, sebab yang menghancurkan itu adalah insan tersayang, buah hati bonda. Dalam cerita kawan yang termamai sesat dari PJ ke Sentral Melaka, yang menghimpit hati perasaannya adalah ibunya sendiri dan jua wanita yang telah bersusah payah melahirkan belahan jiwa, the better half of her.

If you asked Mak Si Tanggang kalau dia tau rintih sedu-sedannya itu telah mengakibatkan anaknya jadi batu, pasti dia tak mau ia jadi begitu. Saya fikir jika diberi pilihan dia akan pilih untuk berundur pergi secara aman dan mati kesedihan dalam rindu.

Well setakat ini sahaja yang dapat saya selami dan hayati… Kawan saya semua perempuan baik-baik, saya tak ada kawan pelacur, pembunuh, penjenayah atau mereka-mereka yang jahat, jadi saya hanya boleh ikuti jiwa luka perempuan jahanam ini melalui karya-karya penulis luar… Next kita bicara buku pasal perempuan Pelacur yang jahat iyee.

Friday, September 26, 2014

APA KHABAR

Saya dah lama tak update blog ini bukanlah pasal saya sudah terjebak jauh dalam dunia shopping, tapi sibuk mendengar. Bila kita mendengar kita diam, Saya sibuk mendengar, memaham, cuba berempati dengan emosi luka wanita, bukan sorang, tapi 4 orang. Siapalah boleh melukakan hati wanita melainkan orang yang rapat dengan mereka. 2 terluka pasal rakan sepejabat, kira is politik pejabat tikam menikamlah ni, 2 lagi pasal kerenah anak-anak.

Menagis-nangislah kawan ni tadi cerita itu ini, gitu gini, tapi lepas nangis mereka ok balik. Idaklah tersesat jauh, pun. Nak suruh saya masuk ke dalam menyelam luka hati wanita ini memang saya tak mampu, dan saya pun naik heranlah...aik pasal anak upload gambar dalam watsap tunjuk cucu dah panda ABC, pun dia tak boleh marah meluat menyampah, bukankah nenek patut bangga. Tapi rupanya nenek menyampah. hmmm

Nak jadi penyelesai masalah idaklah saya mampu, saya hanya mampu mendengar sahaja. Saya seram juga takutlah, ntah tetiba aje jadi takut. Tak tau apa yang saya takutkan. Tapi ini semua 4 orang wanita brutel, lepas nagis boleh gelak, selera tak terencat sikit pun. Mujurlah mereka tak endermorph. makanlah banyak mana pun tubuh tetap macam itu juga.

Ada satu orang wanita lain, bukan kenalan saya tapi kenalan kawan saya...kawan berceritalah dia kesian kat kawan dia.... terlukanya wanita ini sehingga dia merayau-rayau naik bas aleh-aleh dah sampai Melaka aje. Call kawannya tanya boleh tak nak tumpang tidur, duit dalam dompet dah tak ada. Cerita perempuan ni memang uina...tak taulah apa nak komen, melainkan bersyukur saya tak diuji tuhan dengan ujian seberat itu. Sapa yang bikin dia jadi macam itu? ha mesti ko nak kata suami dia,kan. Tak salah bukan suami dia, bukan lelaki, bukan juga orang ketiga, tapi mak dia dan mentua dia... cer cite...cer cita.... ahhh tak nak cite...cuma nak khabor...walau perempuan ni riwayat hidup dia mak aaiiiii....dari sekolah sampailah dah nak bermenantu dah ni memang sama macam drama senetreon Indonesia, Dia tetap tabah....dia cuma mamai tak tau macam mana dari rumah dia di PJ aleh-aleh aje dia dah berada di Stesen bus Sentral Melaka....tapi dia boleh ingat nak solat dan nak cari tempat sembahyang. Masa dia nak cari tempat solat itulah dia sedar dia bukan lagi berada di rumahnya.

Saya rasa bertuah walau saya tak ramai kawan, tapi saya di kelilingi oleh wanita-wanita yang sentiasa dikepung emosi luka, tapi masih tabah berdiri, duduk, bercerita, menangis kemudian ketawa bersama-sama. Moga Allah beri kekuatan pada mereka-mereka ini. Amin.

Wednesday, September 10, 2014

DIARI KAYA 1

Pagi-pagi lagi saya dah buka FB nak tengok apa yang dikicaukan oleh matahari saya. Matahari saya matahari kamu juga, kita janganlah berebutkan cahaya yang sama sebab matahari tak pernah marah pun kita nak berseronok di bawah pancar sinarnya…

Kicaunya menginspirasikan tulisan ini. Kicaunya bercampur aduk dengan perkara yang berlaku semalam, sebelum semalam, seminggu lepas dan bulan, tahun-tahun yang lepas, lepas, lepas…….perkara-perkara yang lepas lepas terutamanya semalam yang lepas menjadikan saya berasa yang sayalah orang paling kaya dalam pejabat ini, pada hari ini.

Kekayaan bukanlah terletak pada pendapatan yang tinggi, kayanya saya terjadi dari perbelanjaan saya yang minimal. Pun begitu saya berbelanja sakan juga dek kerana orang-orang yang saya “care”, tak ingin saya guris perasaan mereka-mereka ini. Dan kekayaan saya jadi sedikit menyusut kerana mereka. Bayangkanlah saya punya ramai orang yang perlu saya “care” hmmmmm….tentulah saya akan jadi bertambah-tambah kurang kaya.

Semalam ka nak cerita pasal sebulan yang lepas…. Elok cerita yang sebulan dulu eh…

Ok ceritanya begini, sebelum raya hari itu saya mengalami sedikit kemalangan yang menyebabkan kekayaan saya akan menyusut pada perkiraan saya barang RM400-RM500. Itu bajet awal saya. Pun begitu saya takut nak hantar kereta saya ke bengkel, dan minta sedara saya bikinkan untuk saya.  Pendekkan cerita dari ketuk dan spray bahagian tercedera dek kemalangan kecil itu, jadi spary satu body dan kosnya meningkat jadi RM1,400.00. Katanya kalau spray sikit-sikit warna cat tak sama kereta jadi capuk-capuk. Tak cantik.

Apa masalah kereta capuk-capuk? Naik kereta bercapuk  tak boleh sampai ke tempat kerja, ka? Ntahlah…mak pula menyampuk “ko tu sekarang dah jadi CC ada anak buah, dah ada mata memandang. Eh ko tak malu ka gi pejabat bawak kereta capuk-capuk dengan penampilan ko yang selekeh, Einstein kunun… kalau Einstein mana piala Nobel ko!, Einstein bukan setakat tak ada kereta, tak sikat rambut, tak mandi bertaun pun tak pe sebab ada Nobel….ko ada apa” soal mak garang.

Well,  saya tak ada Nobel tapi saya ada matahari, saya ada dia (mak saya,lah) jawab saya degil dalam hati. Seselekeh-selekeh saya, saya tetap anak mak jua,kan.

So here it goes my wealth….


 Cerita semalammm… tangguh esoklah saya banyak kerja nih, masa rehat pun dah nak habis…solat zohor tidak lagi, jumpa esok jika tak banyak kerja…atau anak buah tak heret saya ke lembah shopping-shopping break hari Jumaat.