Kerusi dan meja telah pun disusun rapi, siap ditanda dengan
kumpulan bagi memudahkan jemaah ahli penilai untuk mencari tempat mereka.
Setelah saya menunggu sebentar, ahli kumpulan saya pun sudah cukup berserta
dengan tuan pengerusinya sekali. Kami beramah mesra dan berkenalan antara satu
sama lain. Ada diantara kami memang dah saling kenal pun, contoh saya dan
pengerusi memang sepejabat.
Ada yang bermuka kelat, ada yang selamba beruk bahkan
bermegah-mengah yang ini bukanlah kali pertama mereka dilantik sebagai penilai
pun ada. Yang muka kelat dan tension tu ialah orang yang pertama kali menerima
watikah pelantikan. Tuan Pengerusi cuba mengawal keadaan dan member kata-kata
semangat walau saya fikir dia sendiri pun senak perut. Dia memujuk kami, dengan
mengatakan tugas ini tidaklah seberat mana sebab nama pemenang sudah ada, dan
kita-kita ini propa cover-up aje….biasalahkah kontrak kerajaan semua sudah ada
pemenangnya.
Selepas satu hari pengerusi yang merupakan pemegang Ijazah
Sarjana Linguistik mula cuak sikit walau lega bila urusetia tidak seperti
urusetia mesyuarat yang sebelumnya. Pengerusi beritahu saya sebelum ini
urusetia akan pergi hilang entah ke mana usai mereka memberi ucap aluan. Tinggal
ahli yang dilantik meneliti dan menilai kertas-kertas bidaan yang
melambak-lambak itu.
Saya mendamaikan hati pengerusi dengan mengata yang mungkin
tuan-tuan ini sudah mula insaf dan cuba memberi contoh terbaik untuk kami. Entahlah
memang pelik perangai tuan-tuan besar dari Putrajaya itu. Saya diam. Apa harus
saya laporkan, betulkah mereka sudah insaf…. Atau kaki mereka sudah tahu ada
spy dalam lembaga untuk menilai mereka, untuk mengesahkan betulkah aduan, surat
layang yang mengatakan bahawa mereka para urusetia kerja main-main dan pemenang
bidaan sudah mereka tentukan awal-awal. Semua-semua ini hanya propa-propa nak
melengkapkan check-list aje…
Hmmmm…. Lepas tu macam sikit punya baik pula dengan kami.
Siapa ajak kami jalan-jalan gitu. Saya dan pengerusi tak kuasa nak layan. Dia
layan FOX movie aje dalam bilik, saya pula bomm layan buat taik mata, apa lagi.
Urusetia Nampak ok, tak ada yang mencurigakan, andaian yang mereka sudah ada
pemenang bagi kontrak macam tak betul, kami tak dijamu makan besar…makan pun
biasa-biasa, kadar makan pegawai ketika bertugas rasmi. Tak ada apa yang
mencurigakan pun dengan makanan, tempat tinggal kami sepanjang mesyuarat
berjalan.
Atau…..mereka memang dah tau ada spy yang datang bukan untuk
menilai petender, tapi menilai urusetia yang mengelolakan mesyuarat…he he he…
Ha ha ha ini paranoia lagi…saya terparanoid yang saya ini
menjalankan penyelidikan khas untuk mengesahkan cerita-cerita yang ntah apa-apa
tah yang saban hari bertimbun tiba di pejabat SPRM mau pun di warung-warung
kopi.