Monday, May 19, 2014

BACA ORANG VS BACA JURNAL

Sebenarnya baca orang lagi best dari baca jurnal, tapi wat to do akibat leka terlewat bayar yuran, saya secara tak sengaja telah memasuki hutan belentara ilmu. Adoiiii sedihhhnya. Belum, saya masih belum dapat topik lagi...nak tau apa dah jadi Ahad yang lepas?

Perang wa, cakap lu peraaaangggg. hah, wa takut ooohh wa punya pensyarah yang cantik dan bijak itu merajuk aje. Ape ceerrr...itulah pensyarah tu dia kesel kelas dengan emel jah. Yang teman ni memang ler nama teman tak de dalam list lagi, kan teman dah terlewat bayooo. so nama pensyarah tak pick-up lagi. Teman tak tau apa-apa ceeerr pasal ini,lah. Kawan teman pula HP tak canggih, tak bleh detect incoming mail.

Teman dengan kawan teman dok tunggu, tunggu, tunggu, kawan teman msg-msg-msg, call pensyarah, rope pensyarah ada kat S'pore, telefon masalah, kelas kensel. Kawan teman, orang bangsa Cina, wah dia malatooopppp, terus komplen sampai KL hah. Teman memang tak tau ceeerr. teman dah sampai romah kul 3 something university dok tipon buat siasatan.


Punyalah seriau darah teman. Kalau lecturer teman tak dapat, mengajo, pasal komplen kawan teman ni tadi, ler, hah sapa pula nak nagjo...memang ada lecturer simpanan, kawan teman plak tak suka lecturer tu. Kata lecturer tak pandai mengajo, le pulakkk hah!...Pensyarah Perakaunan ini bukannya ramai bebeno, kalau ada, pun teman rase...tak ramai yang sanggup bikin Part-time. lain le kalau kat KL,kan.

Tak taulah apa ceerrr, university tak tipun lagi. Silap haribulan ko, tak pasal-pasal kena OL(open learning)..baru padan muka kita orang. Mana dengan, literature reviewnya, dengan yang ini, tak tau sapa nak ngajonya, memang kalau aku lulus kali ni memang aku terror lah...belajar accounting OL pergh...hebatnya he he, rase tak dek lagi dibuat dek orang deeerrr.




Apa pun tak kisahlah, yang ada hadap dulu, ada 5 essei yang perlu disempurnakan, cari topik untuk my project. Minggu ini saya ada task-force dengan Akauntan Negara Caw Melaka, boleh jumpa Akauntan, riky-riky pasal tajuk projek, akauntan suka kalau ada orang nak kaji. lepas tu haiiii apa lagi membaca-membaca dan membaca...

Oklah incase ada yang rindu, sepanjang saya membaca, ...saya tinggalkan kamu dengan video kat di atas, ok ta ta:-

Saturday, May 17, 2014

BELALANG PUN SODAAAP


Saya rasa memang saya tak nak buat research pada peringkat sarjana muda ini. Saya buntu sebab saya masih tak ada topic yang saya rasa passionate untuk dikaji. Semua perakaunan ni macam kehawau aje. Patutnya saya ambil psikologi, tapi karang tak approve cuti tanpa rekodlah pula. Aduuuii ai. Patut dulu saya pergi minta kerja jururawatlah bukan Pembantu Akauntan. Tak tau apa nak tulis…Kawan-kawan pula semua opt untuk buat industrial training aje. Tanya sana-tanya sini, yang sudah bergraduat tak ada sorang pun yang bikin kajian. So senang hatilah saya mau ikut jejak yang sama.

Bukankah saya suka menulis dan ini peluang saya membuktikan yang saya boleh menulis? What for…I don’t see the need to berburu di hutan mencabar. Saya tidak perlu seekor rusa yang boleh mengenyangkan seisi rumah, saya sendiri pun tak kisah jika saya end-up kembang tak jadi. Cukuplah saya berburu di padang datar untuk mengisi waktu sebelum dijemput tuhan kembali. Saya selalu perasan yang saya sudah mencapai self-actualization (Why botheeeerrr. I do whatever I like. I don’t live with anybody’s expectation. Yang penting Happy) walau ada ketikanya saya perlu mereceh macam orang gila, berlakun comedy depan kawan-kawan, membuat analisa psiko yang mengarut bila terasa esteem saya jatuh melorot/dilorotkan ke dalam gaung.

Ok enuf pasal keterperasanan saya berbalik pasal Pantun Melayu klasik seperti di bawah ini yang selalu menjentik-jentik saya tapi saya buat donno, why botheeerrr…aku kan Mardhiah Gila yang sudah berada di puncak Maslow??? Eh pergi mampus,boleh tak wahai pantun, kembanglah tekak aku dengan kau nih! :-

Kalau berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Kalau berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Ntah apa celakanya….tetiba ntah saya terleka, nak bayar yuran on time. Iya terleka, itulah dia gamaknya berguru kepalang ajar, hah natijahnya saya terblok, dan bila segala urusan unblock selesai…mak tuan aiiii…tetiba aje ntah macam mana eh saya dah ambil subjek “research methodology” yang memang saya tak tick pun masa saya mendaftar.

Macam mana ni…nak masuk kelas ka tidak dan pergi dropkan the subjek yang memang saya tak ada intention pun nak ambil tu. Alah ntah alang-alang dah bayar tu membazir, saya pun masuklah ke kelas. Lecturer cantik, fasih dan sangat mempesonakan. Tetiba minat saya tumbuh, saya seronok sekali belajar pasal literature review, hypothesis, macam-macamlah. Tapi saya tak ada topic lagi!

Usai kelas saya ceritakan masalah ini, dan pensyarah yang cantik itu mencadangkan saya berbincang dengan pensyarah perakaunan saya. Katanya pensyarah perakaunanlah yang akan bantu saya memilih tajuk dan membimbing saya ke peringkat seterusnya.

Wa wa wa wa…esok saya ada 2 kelas Accounting. Saya masih lagi malas nak ke perpustakaan maya kami, Saya nak bincang dulu dengan pensyarah saya. Saya ingat memang saya nak buat sesuatu yang berkaitan dengan bajet. Wah jika ini berlaku, saya benar-benar “in” dalam projek penyelidikan ini, bermakna blog ini akan bersawanglah jawabnya….

Ia bila kita mula dengan kerja penyelidikan saya membayangkan saya akan lebih banyak membaca. Eish….saya tak sukalah baca jurnal. Tak best. What to do? Saya mungkin tak perlu rusa tembun untuk seisi keluarga, tapi mana tau ada di luar sana ada yang sangat benci dan sakit hati dengan kembang yang tak jadi-jadi lagi ini. Bukankah menyenangkan hati orang itu satu ehsan?

Friday, May 16, 2014

ESCAPISM

Saya teringatkan semula dengan sasterawan wanita yang menyarankan saya agar menulis novel, dan buat masa ini saya sedang sangat ingin mengabadikan beberapa kawan pejabat saya dalam cerita fiksyen saya. Pembetulan bukan kawan tapi individu. Wanita. Dua individu wanita yang saya rasa sangat saya minat untuk saya fiksyen,kan.

Saya mempsiko analisa keduanya begitu ghairah sekali. Saya umpama stalker yang memerhati dengan penuh istiqomah. Setiap bahasa tubuhnya saya ambil cakna saya catat dan pernah saya umpat-umpat bersama kawan-kawan dengan penuh girang, semasa kami keluar minum-minum. Kegirangan bertukar jadi biang keladi bila kawan-kawan suka dan seolah menyetujui hasil analisa saya.

Pabila siap cerita itu  saya akan bikin 2 salinan. Satu untuk simpanan saya, satu lagi untuk saya persembahkan kepada sasterawan wanita itu, pasti dia gembira. Fikir saya. Mungkin juga dia akan mencadangkan ke syambara barang-kali…fikir saya dengan lebih keras menambah darjah keperasaanan saya…he he he…mungkin juga dia mencampakkan ke muka saya dan memandang saya dengan penuh rasa meluat dan berkata “macam ini rupa ko kata novel sastera” dan ketawa mengilai-ngilai macam perempuan gila, sebelum mencaci maki saya dengan penuh berahi. Sambil menjerit-jerit tahi...tahi..tahi…tahi, sah engkau ni memang taik.

Kemudian saya fikir lagi, apa kata saya bikin lagi 2 salinan untuk saya beri setiap satu dari individu pejabat yang menjadi bahan utama cerita saya dan semasa menghulurkan salinan itu saya beritahu kedua individu tadi bahawa 2 watak yang saya nukilkan dalam karya fiksyen ini adalah kamu. Saya pasti kalau Malaysia ini boleh kita membunuh, pasti saya akan jadi arwah sejurus naskah tadi mereka bawa pulang dan dibaca bersama pasangan mereka. Tidak bukan mereka yang bunuh saya, tapi suami mereka ha ha ha….

Pun begitu esok saya akan membeli sebuah buku nota dan mula menulis, iaya menulis bukan menaip. Novel itu saya akan simpan untuk suka-suka dan suruh kawan-kawan saya dan komen masa kita minum-minum lagi. Mungkin ada baiknya saya membeli sebuah laptop saya taip macam saya menaip selalu agar mudah saya edit, kemas-kan jika ada kawan-kawan yang ingin menambah-tokok cerita saya…

Permulaan ayat saya tulis begini:-

Ini hanya sebuah tulis escapism tika esteem diri berada dalam zone bahaya. Saja suka-suka untuk mengekalkan kewarasan diri dan menaikkan morale, semangat untuk berkerja.
Sekian selamat pagi…

Thursday, May 15, 2014

KAMBING HITAM YANG CERIA



Saya dah lama tak bercakap-cakap dengannya hari itu dimajlis walimah adik dua-pupu kami sempat berbual sekejap. Walau sekejap memang seronok dan menginspirasikan. DIa ibu saudara dua pupu saya. Ada Phd. Walau dia pendidik, saya pula kerani aje, kami mempunyai persamaan itu, menyibukkan diri dengan buku, menelaah pelajaran sementara menunggu dijemput pulang.

DIa dah habis belajar sedang saya masih terkial-kial lagi diperingkat sarjana Muda, saya mau ikut jejak langkah dia. Kami berkongsi cerita politik pejabat. Hmmm sama aje, anak dara tua yang gemarkan buku adalah penjahat no wahid kepada oraganisasi. Kawan saya bercerita yang dia baru lepas merasa satu azab, rasa dimalukan dek permainan ini. Dia redho, kata dia, walau pada mulanya dia rasa sangat malu.

Saya tak taulah jika dia ada cita-cita untuk well jadi somebody dalam sector pelajaran di Negeri ini, tapi saya rasa dia tidak begitu. Dia belajar sampai peringkat tertinggi sebab dia memang suka belajar. Dia tak ada apa benda nak bikin, so dia pergi sekolah,lah. Tapi tiba-tiba kata dia, dia ditukarkan ke sekolah yang well…gred lebih rendah. Bila jadi macam tu kira macam rasa demotedlah. Esteem jadi macam jatuhlah gitu, dihantui suara-suara “anak dara tua tak guna, jahat” pun ada. Itu kata dia,lah. Kata orang yang menjerumuskan dia ke kancah ini mungkin lain,lah pulakan. Adalah sebab dia ditempatkan ke sekolah yang lebih rendah ratingnya. Mula-mula dia sedih, tapi hari ini dia kata syukur, sekolah baru, lebih dekat dengan rumah, dan kurang memeningkan kepala.

Pelajaran yang saya dapat dari perbualan pendek tadi ialah, tiba-tiba dijerumuskan jadi kambing hitam  politik pejabat bukanlah perkara besar, sangat pun. Biar apa pencatur tu nak justifikasikan atas perlunya mengkorbankan seekor kambing hitam, gasak dia,lahkan. Yang penting jangan sesekali kita percaya apa yang dia kata tentang kita. Biar dia mengungguli tiap percaturan. Kita yang tewas, tak semistinya kita tak betul/bermasalah, atau pembawa bala bencana.

He he he…cakap macam ko bermasalah aje nih…

Iya memang pun, dan saya dah isi borang pertukaran pun. Buat apa gaduh-gaduh, nak lawan-lawan balik. Bumi Allah luas, rezeki ada di mana-mana.

Tapi kawan kata muka saya pucat. Ntahlah kenapa pucat ye…saya sudah merendam sebesen bunga-bunga segar untuk mandi-mandian. Kasi segar badan. Saya ini pakai macam daei imej kenalah ceria dan murah dengan senyum. Pucat-pucat nanti kasi tambah buruk sama imej Islam. Imej kena jaga. Tetiba aje macam orang gila fikir pasal imej ni kenapa eh…..


gambar ni saya masa google-google

Wednesday, May 14, 2014

BUKAN GADUH TAPI BERJUANG


Dalam kelas mungkin kita juara, rumus, persamaan, imbangan bla…bla..bla..mungkin dapat kita selesaikan dengan pejam mata aje…namun dalam menangani politik pejabat belum tentu kita hebat.

Jadi satu macam benda persepsi, kalau kita duduk satu tempat lama-lama maksudnya kita bagus. Let say kita terjebak dalam permainan politik pejabat, ada orang sungguh-sungguh mau bikin kita keluar, tapi kita kekal, orang tu pula yang minta keluar, makna kita berjaya. Bila resume kita tunjuk banyak pergerakkan means kita orang tak pandai menyesuai diri. Kita kena pandai berpolitik agar kita hapa ek, pandai bikin sesuatulah agar kita tak bikin bos atau kesayangan bos kecil hati dan decide untuk make our life miserable kerna perbezaan pendapat atau apa-apapunlah, sebagai contoh tudung kita lagi freeda dari dia, dompet, kasut, beg tangan kita lebih mengancam dari dompet, kasut, beg tangan dia….well, well well who knows bacaan quran kita lagi baik dari dia, CGPA kita lagi gembak dari dia????? alamak... Pendek kata, di psiko keluar organisai kerna hal peribadi, bukan sangat pasal hal kerja.

Saya belajar pasal ini dari kawan yang kita rasa eleeeh biasa-biasa aje, tapi dia gagah, kekal, cool. Kita tengok cara dia, kita belajar dari mereka yang IQnya jauh lebih rendah dari kita. Politik. Selalu kena libas bagai nak rak, esok dia gagah datang kerja, gagah bagi senyum paling manis, walau semalam (rasanya jika saya yang kena dah berkecai hancur berkecai digilis hancur badang saya esok gak aku isi borang minta tukar), diaibkan, dibikin, umpamanya dia anak delinquent /spoil brat yang paling difficult on earth, sedangkan dia sudah bercucu dan akan pencen cukup tahun ini. Hai hai hai…

Iya saya sedang belajar dari orang-orang ini. Siang tadi saya cuba mempraktikkannya. Tapi agaknya tak menjadi, macam plastik patung kayu yang sengal….ha ha ha…pengsan den, habis kena libas balik. Esok macam nak EL aje. Tapi menumpangkan kawan naik kereta separuh jalan berchatting, bagi semangat baru. Esok mesti gagah. Lawan rasa sedih rasa tak guna yang sedang merasuk fikiran buat masa ini. Saya tidak bermasalah. Kalau saya sorang yang selalu kena, mungkinlah saya yang bermasalah, tapi kalau lepas kena libas, bukan sorang kawan kata tapi 3, 4 orang kata “saya kena lagi teruk dari akak, akak buat bodoh aje dah la…” means memang aku tak bermasalah, tapi yang melibas itu ada masalah bil air tertunggak kut he he…joke siyal yang slalu kita main untuk hibur hati tika esteem kita berada dalam zon bahaya. Aik hari ni Rabuuuulah….bukan Jumaat, Rabu pun ada billing ka, ganas jua orang tua ni ye! Uish, uish, uish uish.

Iya..iya..semangat-semangat-semangat usaha tangga kejayaan. Betapa pun orang cuba bikin ko rasa tak guna, ko lawan-lawan-lawan.

Monday, May 12, 2014

HUDUD DAN GST


Hudud dan GST kalau ikut pakar masing, dua-dua baik. Pakaaarrr. Pakar Cukai, Pakar Hudud. Pakar cukai semua dah sepakat dah kata GST lebih baik dari Income tax biasa. Maka dengan itu walau ada banyak bantahan sampai berbantai-bantai berbilai-bilai, GST still on 1 April 2015 adalah tarikh pelaksanaannya. Lain pula dengan Pakar HUDUD lebih macam nak tak nak aje.Tiada kesepakatan dan yang mengejutkan ada yang berani persoal “adakah kita bersedia untuk HUDUD?” Iyalah engko yang pakar. Kita baca kita angguk-angguk setujulah. Ntah betul pakar ntah idak, tak kuasa kita nak memeriksa, lagi pun Pakar Islam tak macam pakar cukai, nama ada dalam daftar keahlian. Bule semak betul tak ada lesen tak ada lesen.

Kita bukan tau apa sangat pasal pakar hudud ini pun, asal dia tulis dalam FB penuh huruf jawi, huruf hijaiyah, hah pakarlah tu. Kita orang kecil kita takut kalau tak sokong HUDUD kita semua akan masuk neraka. Takut. Tapi kalau dah sibuk kata tak ready, dari terang buat roadshow kata Hudud baik, kita pun senanglah hatinya gitu. Kita tak ready, thus hudud tak baik, tuhan tak marah kita tak laksana hudud.

Tapi laim macam GST, ramai  tak sedia. Sedia tak sedia, sebagai orang kecil yang ada sikit-sikit belajar cukai-cukai ini, saya lihat gini ajelah…cukai apa pun pakar kata bagus, rakyat kata tak bagus, tapi bagi pakar ia perlu dibesar-besarkan kebagusannya. Jika semua percaya ia bagus, lebih banyak jenis cukai akan wujud, lebih banyak pakar diperlukan. Orang belajar cukai, sarjana cukai ada lagi banyak kerja/.topik mau dibikin kajian dan tulisan berbentuk ilmiah. Bila orang cakap cukai-cukai, sarjana cukai akan dipanggil penerangan/pencerahan, sikit-sikit tu dapatlah juga duit poket. Kalau ada phd RM400 sejam sapa tak nak tolak? Rezeki tuhhh….

Tapi pakar HUDUD tak fikir macam itu. Berusahalah bikin HUDUD jadi kenyataan, nanti akan ada banyak post bagi graduan-graduan, pakar-pakar HUDUD. Ada banyak ceramah, pencerahan, yang perlu dilaksana. Peluang rezeki bertambah melimpah ruah itu macam berdosa jerk...macam memperdagangkan Hudud. tapi kalau tulis buku, tulis artikel banyak-banyak kata tak sedia, tak sedia….itu ok kut. Menyelamatkan ramai dari terinaya.

Sunday, May 11, 2014

KISAH KESAYANG-SAYANGAN BOS (II - final)



LELAKI II

Ada orang simply tak boleh buat kerja tapi orang luar, suka. Pandai cakap macam YB..The job it’s not suitable for him, tapi orang ibupejabat sana kata dia perfect, macam dia pandailah lagi efficient, tapi itu semua cakap kosong, cerita sana-sini, penatnya aku, penatnya aku, semua benda aku kena buat, tak ada orang lain boleh buat melainkan aku seorang aje boleh, tapi aku asik kena marah, kena rejek. Orang dalam menjeruk rasa. Bos kecik sini pula mau dia jadi kambing hitam. Bos besar makan hati, tapi tak mau dilihat sebagai manusia yang tak manusiawi atau mau dilihat lelaki budiman, kawan-kawan marah semua bengang, semua marah….I aje yang cool gileer seh….

Macam mana saya boleh cool? Saya tergigit lidah. Pernah jua sekali saya memang tak boleh tengok muka dia. Alhamdullillah saya kembali ok. Hey orang lelaki ada ego ok…berhati-hatilah menangani ego sang lelaki. But never ever make he feel like dia tak guna.

Kerja memang tak jalan tapi pandai salahkan orang. Bukan saya seorang yang pernah rasa mau tumbuk dia, tapi dah ada juga yang rasa begitu. The job it’s not suitable for him, but bos nak dia bikin sebab boleh kambing-kambingkan dia…that the key word  Mardhiah, kambing hitam. Dah ada sekor, ko tak payah pening nantinya nama ko pula yang naik kalau ada-apa-apa masalah.

Sabar-sabar-sabar. Harap semua sabar. Mari makan kek coklat, atau have abreak, have a kit kat, tapi Mardhiah lagi suka coklat dalam gambar bawah ni:-



Hidup ini memang banyak kena sabar. Selalu kenang apa yang kita ada dari tak ada. Politik pejabat memang pening, tapi jangan diambil pusing sangat. Life is too short to be pening-pening…

PEREMPUAN PULA


Asyik cerita lelaki, tak adil kalau tak cerita perempuan, nanti dikata bias. Perempuan lagi teruk ha ha. Biasalah perempuan cantik bos lelaki sayang, tak kasi kerja lebih-lebih. Bos perempuan pula guna perempuan cantik tadi untuk cover line, kalau bos nak menyinga, singa termasuk dek aura perempuan cantik tadi.

Jadi setiap kali bos panggil, bos kecik akan bawa perempuan cantik. Semua marah….saya lagi sekali cool giler…saya cakap bos mid-life crisis. Biasalah orang lelaki, antara tandanya dia suka perempuan muda yang cantik. Saya menceceh pasal mid-life-crisis…Nampak macam kawan termakan, dan sudah tidaklah macam sedih. Iya dulu bos pandang orang pandai kerja, tapi hari ini lain jadinya. Langsung dah tak pandang dah. Semua yang pandai itu diragui, dicuragai dibimbangi ada bikin ntah apa-apalah,kan. Black Hidden Agenda??? Almaklum orang jaga duit juta-juta, ni,kan. Kita pergi jengjalan soping pakai duit yang dihimpun melalui permainan, undi pun kalau orang nak kata, orang kata juga.

Sori kau pun cantik juga, tapi ko dah tua….jahatnya saya. Apakan jadi pada yang hodoh macam saya ini? Tempat dia lepas marah. Syukurlah kena marah aje, tak dibuang kerja.

Life is not fair? Kalau ko fikir macam itu, itulah jadinya. Fair sebenarnya, ia untuk masa depan. Saya kira, bila kita tau kita sasaran kemarahan, kebencian bos, kita akan sangat berhati-hati agar tidak dimarahi. Bayangkan dia yang cantik yang langsung tak diberi tugasan mencabar, hilang cantiknya nanti apa dia boleh bikin? Bos cari yang lebih cantik, dan muda.

Sekurang-kurangnya kita yang tak cantik sedar diri, ambil insiatif tingkatkan pengetahuan, cari ilmu, tingkatkan kemahiran, dan bila tua life akan macam biasa, terisi penuh dengan program-program yang menceriakan. Ilmu tak akan pernah tua dan orang yang berilmu itu akan sentiasa menarik dan muda.

What do u plan to do when you get old hah Mardhiah? Roadshow cerita pasal sakit mental,lah…apalah lagi,kan. Tak kan nak berperang –polemik dengan grup penulis/sasterawan syumul penyelamat sastera negaralah pula,kan.