Friday, November 23, 2012

dulu lain, sekarang lain

Moga Prof (baca betul-betul, prof tu, prof... ko hada?)Datin  Paduka mengikut jejak langkah Ketua Wanita UMNO.


Kalau dulu orang yang dididik dengan pengetahuan agama, akan rasa berdosa tak undi PAS, sebab antara PAS dan UMNO, PAS offer hudud. Dan kepimpinan PAS yang belum teruji itu sangat lantang mempromosikan slogan-slogan yang jauh lebih islamik jika mau dibanding apa yang dikerjakan pesaing mereka. Slogan-slogan berbahasa arab seperti daulah, lah, tajdidlah, ijtihad lah nampak sangat memukau. Imej islamik pada pakaian juga memukau sama ditambah dengan factor orang PAS itu sendiri nampak sangat berdedekasi sanggup berkorban apa sahaja, tanpa habuan atau balasan materi menjadikan mereka nampak lebih baik dan lebih Kredibel.  Orang UMNO kena bayar baru jalan, orang PAS bukan sahaja tak payah bayar, mereka pula yang bersungguh sponser pemimpin mereka.

Faktor ini menjadikan mereka sangat disegani. Pun begitu majoriti kita yang lebih selesa dengan Melayu/Islam UMNO. Orang UMNO ko tak tau, ngaji Quran ka, sembahyang ntah kadang tu langsung tak sembahyang pun ok, yang penting ko tak biar anak-bini mati kebulur, mati kesejukan, atau minta sedekah, merempat tidur bawah jambatan, tak ada tempat nak berteduh. Fikiran sempoi-hanya tau tembolok dunia. Wateverlah,kan. Ibadat? Tunggu Pencen Nanti. "Tak pelah Nab, bila anak-anak kita dah besar dan boleh cari makan sendiri,  kita sama-samalah belajar tajwid, betulkan sembahyang kita, la ni perut ko pun dah besar, lagi, aku ni dahla kerja kampung aje, kalu aku asyik dengan kitab, asyik nak membetulkan orang, itu salah, ini salah, semua salah, semua masuk neraka, susah juga nanti tu." .

Namun hari ini orang UMNO pun ramai dah pandai baca quran, wanita UMNO pun dah pandai pakai tudung. Kalu dulu pakai tudung nampak jambul, tapi alhamdullillah hari ini bertudung molek. Isteri pembesar pun ramai yang dah menutup aurat walau masih nampak lekuk sana-sini lagi. Orang kata satu peningkatan dari kosong  kepada tak kosong.  Tak mustahil satu hari nanti mereka akan berpakaian sempurna seperti kehendak syarak.

Inilah dianya yang saya kata "rope kite-kite"
(kalu makan tu kenalah penuh meja ye, kalu tak penuh bukanlah makan, namanya)

Berlainan pula dengan Muslimat PAS, walau isteri pemimpin belum ada yang berselera nak tukar fesyen, ramai aktivis-aktivis wanita PAS yang kalau masa di Universiti bertudung labuh jubah kain keras, hari ini tak sikit juga yang sudah merubah penampilan yang rope mereka dah sikit lebih kurang sama aje ropenya dengan kita. (kalau ko pun dah lebih-kurang rope kite-kite aje, apa jadahnya aku nak follow?) dan tak sikit juga yang  terbawa/terpengaruh dengan penampilan vouge, ala-ala ustazah pilihan kat dalam TV,  pun ada.

Pemimpin tinggi (lelaki) pula ada terlibat dengan skandal. Walau sebelum PAS bergabung dengan Pakatan dan DAP, pun dah ada yang kalah dengan pujuk-rayu-rindu-dendam, wanita selain isteri, tapi kelihatan seolah sudah bergabunglah baru, terpengaruh mengikut pembawakan sesetengah pemimpin pakatan bukan Islam  yang agak sudah berlarut dengan budaya orang barat yang tidak berapa memandang penting akan institusi perkahwinan dalam memuaskan kehendak/keperluan biologi seks mereka. Kalau dah dua-dua pihak dah gatal, jalan aje, tak payah jumpa tok kadi, dah.  

Dan hari ini cendiakia Islam sendiri ada sudah mengatakan bahawa slogan-slogan dulu silap.  Janji-janji dulu salah. Kita perlu tukar. Rakyat bukannya maupun lihat tangan orang kena potong, perempuan-perempuan kena sebat atau rejam, rakyat mau Negara yang lebih bersih dan teratur. Mereka mau pemimpin PAS belajar macam mana mau bersihkan sampah, uruskan itu ini. Seolah dalam sibuk mengejar mau rakyat, mahu Allah dan Rasul sudah tak nampak mana duduknya lagi.

Kalau dah macam itu, lebih baiklah PAS belajar bersama pesaing mereka sendiri. So, bila dah tak ada hudud, apalah lagi yang PAS boleh nak kata dia lebih  dari UMNO ?

Ditambah pula dengan kesungguhan pemimpin PAS mengiakan DAP yang memang kita tau menyimpan kesumat dengan Melayu dan PKR Islam yang kita tau memang malu dengan Islam baka, yang mereka anggap sebagai low-class. Ko bayangkan, benak, slow leaner, nak suruh pakai baju pun payah, apatah lagi nak ajar mengaji sembahayang pun nak terima sebagai penganut Islam sebab mak ayah dia Islam. Kan senang suruh budak-budak mental ini sembah pokok, sembah mata hari aje macam nenek moyang dia dulu?

Jadi memanglah kalu dulu ye kita rasa bersalah dan berdosa, takut tak masyuk syurga pasal tak undi PAS hari ini rasa-rasa itu sikit-sikit beransur pergi, sama beransurnya pergi jubah,  kopiah serban dan slogan-berapi-api, sesetengah pemimpin PAS.

Wednesday, November 21, 2012

Tips netizen sejahtera-setia

(menghalang orang lain untuk percaya apa yang dipercaya adalah satu jenis penderaan mental sangat hebat)

Bila saya masuk ke alam maya/virtual ini, tidaklah saya masuk dengan tangan kosong. Ibarat masuk kampung orang, sikit-sikit sebelum masuk kita bawa bekal. Yup mula-mula memang main redah, menumpang rumah orang, tapi bila sudah decide bina rumah sendiri, walau rumah ini rumah yang ketiga, harap kekal sampai bila-bila, kita mula mencari-cari bahan, jampi serapah, mentera…ntah apa-apalah yang patut.

Antara jampi-serapah yang saya bawa ialah:-
a)   If you believe in freedom of speech, you believe in freedom of speech for view you don’t like.
b)  If we don’t believe in freedom of expression for people we despise, we don’t believe it at all.

Jampi yang saya ambil dari seorang yang bolehlah ko panggil Pawang Illuminiti, bernama Noam Chomsky ini dipakai/dibaca bila melawat-lawat rumah orang yang saya tak separti politik dengan mereka atau terbaca update mereka di FB wall kita.  Memang kadang kita sakit hati, rasa nak bangkang…tapi biak pilah depa, itu hak depa. Depa nak kafirkan orang, lepas tu tak ngaku, putar belit kunun depa tak kafirkan sesiapa, yang depa kafirkan ialah jenama aje, pun lantak depalah sedangkan kita tau dari dulu lagi kita tau makanan kepada ego mereka sampai jadi kenyang, sihat gemuk ialah mengkafirkan orang lain yang tak sehaluan dengan mereka.

Orang macam ini bahasanya kesat, sombong dan kelihatan sangat arrogant lagi tidak manarik langsung di dunia virtual ini. Pada sayalah, pendekatan kasar seperti ini akan sukar untuk mempengaruhi saya untuk sama mengikut apa dia kata.

Namun ada lagi satu kelompok yang berjubahkan intelek, kesat/kasar/lucah dibalas dengan hujah, yang tulisannya boleh berputar-putar dalam otak kita dalam jangkamasa yang agak lama dan boleh bikin kita rasa serba-salah dan berdosa. Dan kelempok macam ini memang saya tak baca. Saya baru sahaja unfriend dia di Facebook.

Tak baca bukan pasal tak percayakan kebebasan dia nak bersuara, atau membenci dia dan perjuangan dia. Gasak kolah,kan. Ko percaya ko boleh lebih excellent dari yang ada sekarang ini, ko go on la,kan, aku tak minat nak join.  Tak baca sebab tak mau dihantui sangat rasa bersalah sebab sudah tersalah pilih untuk bercinta-setia.


Sebagai netizen kebebasan bersuara, berekspressi memang tahap gila gaban, boleh mempengaruhi, boleh bikin kita dihambat rasa bersalah, rasa marah, sendat dada dan macam-macam rasa yang boleh menganggu emosi dan konsentrasi kita terhadap apa yang sedang kita usahakan. Jadi, jika rasa sendat dada amalkanlah jampi-jampi serapah di atas. Kalu diburu resah dan bersalah, boleh istigfar banyak-banyak, minta ampun sama tuhan dan block aje tulisan-tulisan yang bikin kita rasa berdosa itu.


Insyallah, kalu kita tak boleh menginspirasikan orang lain untuk bahagia, kita boleh membahagiakan diri sendiri dengan melakukan aktiviti yang sangat kita sukai, iaitu menulis dan bersuara. he he he...ta ta.


Saturday, November 17, 2012

Tuhan Manusia



Pada zaman jahiliah dulu, bila nabi datang dengan satu fakta, hujah yang benar, arab jahiliah yang lain terkedu. Diam. Mereka tak dapat lawan. Pun begitu, sukar untuk mereka mengakui kebenaran yang dibawa oleh nabi. Mereka mengambil sikap untuk menghina dan merendah-rendahkan nabi dengan menggelarkan/melabelkan nabi sebagai gila. Penyihir.

Satu ketika dulu saya membaca sebuah novel karangan S. Othman Kelantan. Ore kote baghu… usai membacanya saya cakap macam ini sikit lebih kurangla  “Dr Burhanudin Helmi ni dia jeles dengan Tuanku dan tak boleh terima hakikat orang yang dia rasa lebih rendah IQ dari dia bule jadi PM. Dia pun pergi panjat Bukit Semanggol dan hasut orang-orang alim di sana untuk lawan UMNO”


Dan hari ini saya bercakap dalam hati, mungkin inilah sebabnya ada orang tuliskan satu novel di atas untuk saya. Novel ini bukan sangatlah ditulis sebab bencikan saya, tapi sebab bimbang kasihnya terhadap Dr Burhanuddin Helmi ini memudar dek kata-kata saya. Takut nanti sayang jadi benci. Saya sama sekali tidak bertujuan mau membikin kasih sesiapa terhadap tokoh tersebut menyusut, saya cuma bereaksi atas pembacaan saya. Tidak juga terlintas difikiran untuk beragenda mau mengampu UMNO, untuk mendapat kenaikan pangkat dan sebagainya, cuma hanyala rasa-rasa saya aje.

Dalam kata lainnya dengan memupuk benci  boleh bikin kasih terhadap Dr Burhanudin bertambah. Cara kasihnya seorang hamba  terhadap. Sayang yang menuntut membenci terhadap kata-cela/cemar terhadap tuhan. Kalau ko sayang tuhanmu ko mesti benci orang yang tak buleh berkata-kata molek kepada Dia/ mengkritikNya. Kalau ko diam dan tak lawan orang  itu, bererti ko tak sayang tuhanmu. Tidak bereaksi terhadap kata-kata yang seolah merendahkan peribadi, (pengasas PAS punya sifat rendah/mazmumah seperti cemburu dan iri, yang mustahil ada pada sang Dewata jagatraya) pengasas PAS bererti murtad dari agama PAS.

Dan, saya hanya ingin bertanya, jika ko satu hari nanti ko jadi pemimpin besar, maukah ko disayangi seumpama Dewa dan Tuhan? Maukah ko lihat saudara-saudara seagamamu  bergocoh, ejek-mengejek, hina-menghina sesama mereka kerana kamu? Cinta kasih dan sayang yang sedemikiankah yang kau cari-cari selama ini?

DOA




While Muslims worldwide are offering Doa and praying for the safety of our fellow brothers and sisters in Gaza, Pas is busy promoting hatred among Muslims in the country by organizing mass prayers and Doa for the destruction of fellow Muslims in Umno.

Friday, November 16, 2012

Khabar terbaru

Rasanya dah lama benar saya meninggalkan blog ini. Saya sebenarnya sibuk dengan sukan di tempat kerja. Tahun ini saya main pingpong dan Futsal. Bila dah orang suruh-suruh masuk sukan, sikit-sikit kena increasekan the level of fitness. Kena kurangkan sikit berat, baru ringan nak berlari-lari kejar bola, kan.

Pendek kata saya memang busy dengan benda-benda ni semua. Memang sukan sudah habis. Kami tak menang pun. Pingpong out, tapi Futsal dapat no 2. Okla tu bolelah. Nanti mereka sibuk nak ke sukan peringkat Negeri pula. Katanya di Pahang. Harap-harap kalu tak dapat ikut, dapat menyebuk ikut deme training cukupla. I tak sangka rupanya best betul main bola, nih. Patutla budak-budak lelaki suka sangat main bola he he he...

so, before mengoffer diri nak berlatih bersama pasukan yang akan ke Pahang nanti, kenala buat apa-apa persedian yang patut, kan. So, Disember ni saya cadang nak ke BOOT-CAMP. Memang hati kecik besar, kecik besar juga nih. Tapi orang kata belum cuba, belum tau. Nanti kita cerita lagi pasal BOOT-CAMP ini ye...bye bye for now.