Friday, August 26, 2011

TUHAN ya TUHAN

Perkara yang kita paling takuti ialah masuk NERAKA. Bila semakin dewasa, banyak sungguh perkara yang kita pelajari yang boleh menjerumuskan kita ke neraka jahanam. Then we learn, is all about internal control. Control ourselves dari membuat kacau dan menyusahkan orang. Control itu, ini, control macam-macam, yang pendek kata control nafsulah. Sifat nasfu slalu maukan kebebasan.

Hari ni, sebenarnya dah lama dah, cerita ni, cuma baru hari ini aje orang sblah sini dok kecoh-kecoh pasal wanita Islam pose muka depan playboy. Namun kalu kita baca wikie, Si Sila tu bukan Islam pun. Ayahnya jah keturunan Turki, ibu dia kristian. Ayah dia tak berpegang kepada apa-apa agama.

Sila ni bikin pula statement, kata dia bogel sebab memperjuangkan hak asasi dia sebagai manusia, maklumlah katanya masa kecik family dia strict. Dia kata dia nak jadi bebas macam che Guevara. Ntahlah saya pun minat gak kat che gue ni, tapi idakla pernah saya dengar che gue ni menyarankan kepada peminat-peminatnya agar berbogel sebagai tanda yang kita minat kat dia… ha ha ha….klako, klako, klako…

Dan apa pula, kenapa pula, logiknya ye, kalu bogel itu boleh menghantar kita kedalam neraka?

Dari segi internal controlnya kita gagal mengkontrol kehendak kita. Iya macam Sila tadi, dia bogel sebab dia minat Che Guevara. Pada faham dia Che Guevara mentafsirkan kebebasan itu sebagai bebas dari kongkongan sebarang pakaian. Itu pada fikiran Silalah…. Tapi adakah kebebasan dalam benak fikiran CheGuevara sama macam yang ada dalam benak fikiran Sila?

Tak tahulah kita ek. sebab Che Gue dah mati, dah mati tak bleh jawab lagi apa-apa soklan. Kita hanya bule agak2 ajelah berbogel itulah yang che Gue suka kita buat sebagai tanda kita betul-betul minat dan sayangkan Che Gue.

Sebenarnya kalu kita suka baca pasal Tuhan, ramai orang percaya yang Tuhan mereka menuntut mereka berbogel, sebagai tanda cintakan Tuhan. Ie berbogel itu amalan spiritual sebagai mendekatkan diri dengan TUHAN.

Dan memang kalau kita bertuhankan nafsu, itulah dia yang NAFSU suka. Dan bagi kita yang bertuhankan Allah, Tuhan kita suruh kita kawal, kekang nafsu…jika sudah bertuhankan NAFSU, maka Neraka Jahanamlah yang Tuhan ALLAH akan tempatkan kita pada satu hari nanti. Wallahuaalam.

Thursday, August 25, 2011

Termakan cili, tercubit pehakah aku?

(pilu sepilu-pilunya.)

Saya berjalan-jalan ke "rumah" ada satu blogger yang obsess dengan betul ka salah ka. Macam-macam teori betul salah yang baca dari blog dia. Memang banyaklah tulisan dia yang menarik-narik sebab dah lama tak melawat. Saya memang mendisiplinkan diri untuk tidak lawat sesawang pejuang aktivis bahasa sastera ni selalu-selalu macam saya lawat Papagomo, GAP. Jeran lama masih berbekas. Kesian kat blogger tu pun ada. Iya kesian tau, sebab dia tak moh join Bersih 2.0 oghang kata dia munafik, eish-eish-eish jahat sungguhkan sapa-sapa yang sesenang aje kata orang munafik tu, macamlah d’alls tu wara’ sangatkan.

Since macam-macam ada, rasa pun macam-macam, rasa terkena cili pun ada, walau saya tau dia tak maksudkan saya pun, sapalah saya sampai pemikir, sasterawan berbakat besar macam dia nak tulis-tulis, kondem-kondem pasal saya, tapi oghang kata dah kite ni skola sains, walau hotak kita tahap sains social jah, bila oghang ngata saintis, kite jadi sedeh ooohhh…oghang kata cubit peha kiri, peha kanan terasa.

Memang dahsatlah pena mamat tuh…tak moh cite panjanglah kan, tapi kita macam 100% sure jah yang saintis yang dia masudkan ialah saintis PAS yang kuar TV3 itu hari pasal LYNAS. Dahsat-dahsat tulisan mamat tuh, power giler….memang kalu diumpamakan pena itu pedang, memang BANZAI!!! Bercerai kepala dari tubuh sang saintis.

For me, maybe the scientist ( aiii aii aii, sori I couldn’t recalled his name, & I said maybe, maybe ok) he’s trying to tell “hey berhenti memomok-momokkan rakyat, bahawa ada idiot/lunatic, tengah bikin nuclear plant in Gebeng ” Gebeng, Gambang, ntah... Tapi mungkin agaknya sebab beliau mempertikaikan kenapa so & so diberi kebebesan bercakap, sedangkan beliau yang memang ahli dalam bidang nuclear kena “mouth-gag order” maka beliau kena hentam kaw-kaw giler.

Kalu setakat beliau ditohmah kunun dah kena beli ka, itu biasa. Memang dah jadi basahan telinga dah kata-kata menjual sijil, jual diri kalu kite pro-sama-rancangan/pelan-esteblishment. Dah jadi satu dosalah pula kalu kita suka, gembira, seronok, siok sama rancangan/program dari establishment.

Ok berbalik kepada saintis tadi, disebabkan beliau luahkan rasa tak puashati beliau, dengan kenyataan ntah-apa-apatah dari kawan dia sendiri yang mungkin bukan saintis, mungkinlah nampak macam budak-budak yang merajuk tak dapat lollipop, sampai panggil budak kaki pukul nak hentam kawan sendiri. Iyalah, skali fikir Gebeng tu terletak dalam kawasan kawan beliau, memang betullah tu, kawan tu yang orang terpa, kan, takkan lah nak panggil wakil rakyat dari kawasan lain pula, kan.

Sekali lagi fikir, dah tak buleka dia “cuit bahu” kawan dia dan cakap “eh ko ni mrapiklah, lain kali nak keluar apa-apa tanya aku dulu, atau kita keluar bersama” Kalu macam itu saya fikir idaklah orang kata dia ni dah kena beli, dah tak kenal mana manusia, mana monyet. Manusia monyet sama aje tarafnya. Dan yang paling sedih tu… punching line, SAINTIS=PELACUR. Begitu sekali blogger pemikir pejuang bahasa & sastera menyimpulkan perbuatan wakil rakyat yang juga merupakan pakar nuklear negara memberi kata tanda "ok" kepada projek LYNAS. Memang pejuang tersebut tak de mention specifically pada sapa-sapa, tapi dah Malaysia ni mana ada saintis glemer pun, sapa lagi kalu tak yang itu tu yang LYNAS tulah sapa lagi, kan.

Kalu zaman gelap Eropah dulu saintis disamatarafkan dengan ahli sihir, saya masih boleh “telan” lagi, tapi PELACUR tu rasanya ntahlah. Buat kata Kak Beb Sabariah pun "janganlah direndahkan sangat darjat seseorang itu" Orang tu bukan sahaja seorang saintis, bahkan wakil rakyat pun. Ya Allah, memang kita sedih, dan hanya mampu berdoa Allah semoga beliau sejahtera dan gembira.

Tuesday, August 23, 2011

MURTAD

(sorilah kalu aku masih tak dapat TULAH seperti yang ko wish)

Sebenarnya cerita ni saya nak tulis lama dulu dah, tapi saya takut/paranoid kut-kut ada spy-mat-minah-bond kepada pensyarah saya baca dan report sama dia dan terus natijahnya saya fail. Iya saya nak ngutuk pensyarah saya…tihi hi hi…

Ok ceritanya apa lagi kalu saya terparanoid if my writing habbit akan menyusahkan saya, tentulah pasal kebengkekan saya yang mendalam. Bengkek ni memang saya, memang saya simpan lama dah. Ia berpunca dari one of my habit yang mengundang gelisah orang yang rapat sama saya. I think that the only habit yang meresahkanlah.

Apa dia habit bahaya tu…bersembang dengan mamat kristian. Mamat yang different mempunyai ideology, lifestyle yang berbeza dengan saya. Kita akuluhum kristian ajelah, sebab kita ni kalu berbeza, tak sama kristian ajelahkan kitanyakan. Saya akan membuatkan male-muslim friend resah, paranoid to the point hai macamlah kunun saya dah orang kata sewel, lepas tu jadi ikut jejak langkah Aishah Bukharilah gitu. Nanti kita crita lain kali khas pasal ini saja.

Saya memang tak de kawan kristian pun tapi saya suka jugalah baca kisah hidup pemenang-pemenang anugerah ntah apa apa tahkan, yang memang non-muslim, nama pun nama kristian, tapi saya tau mereka pun kata apa tu tuhan anak, tuhan bapak, gila ka apa…so kalu orang dok crita-crita kunun kat university ni ada budak kristian gian nak menyebar agama dia kat kami, “kawan-kawan” saya macam Voltaire, takkan buat prangai lagu tulah…He is too smart to believe tuhan itu macam kita ada anak ada isteri. So tentu kita akan agak annoyed dengan ustaz, ustaz buat cerita tak betul pasal “kawan-kawan” saya. Ala ustaz kengkawan saya tu bukan kaki greja pun. Dah lama murtad dah. Tinggal masa tu saya dengan mak-mak saya belum lahir jah, kalu dah lahir harus dia kawen sama saya dan peluk Islam. Ha ha ha… brangan tahap gabanlah tu…

And then pelajar international yang berkulit gelap tu membangkang cakap ustaz. Si gelap ni mugkin kut dia memang benar-benar ada kawan-kawan kristian yang kristian pada nama jah macam si Voltaire saya tadilah tu agaknya, so dia start pot-pet-pot-pet. Seorang lagi kawan dia yang berkulit cerah…anak arab agaknya pun menyokong, bila ustaz balas, libas hujah pak hitam. Jadi riuh rendah. Sampai saya skali masuk campur. Dan bercakap-cakap. Tapi ustaz menanglah…mana tak menangnya, dah macam kita 3 ekor budak ni dah macam kita plak missionary kristiannya yang nak mengkristiankan ustazlah pula. Jadi kita kasi ustaz menanglahkan…

Bila habis kelas, ada mamat usrah saya kira berani dia, ia berani sungguh dia ekori saya, dan panggil2 sister-sister tunggu dulu. Saya bercakap dalam hati “Aik kita dah kasi ko menang itu cukup baik eh…yang ko anta silembut ni hapa kejadahnya, Eish budak ni aku libas ko karang.” Saya jalan laju ke car-park. Si lembut masih terpanggil-pangil lagi. Tup-tup-tup slipar saya terputus tali. Saya berhenti. Sepantas kilat Allah beri idea spontan, saya berpusing, saya tanggalkan slipar, membongkok mengutip slipar saya…budak tu naik kecut. Saya buat aksi kunun-kunun mau pukul sama dia. Dengan nada garang saya bercakap “jangan ikut saya, faham!”

Saya pun meneruskan perjalanan menuju pakir, dengan berkaki ayam. Saya tak marah pun budak tu, tapi saya berlakun macam saya betul-betul mau pukul dia dengan slipar. Dan saya fikir lakunan saya menjadi sebab budak tu tak panggil-panggil saya lagi…

Mlm tu saya msg ustaz minta maaf. Ustaz kata dia tak marah, bahkan dia suka kalu student macam tu. Aktif. Tapi saya tak brani buka mulut lagi dalam kelas tu…takut ada silembut-lembut kejar saya lagi. Tobat aku tak moh lawan ustaz. Itulah cerita dia…habis.

Monday, August 22, 2011

Penjahat

(n3 bako darah, sebagai hebahan yang "aku belum mati lagi la")

Dalam FB saya saja mengacau dan menyakat-nyakat ada sorang mamat tuh, yang rajin bagi tazkirah kat wall dia. Saya jaki? Nak kata jaki, maybelah. Bukanka sejak 2 menjak ni saya memang jaki dengan orang-orang macam tu he he he… no no no no, saya cuma testing jah to see apa respond dia.

Cite dia macam ni, dia pi roya’la… la ni kat Peranchis, Islam dah kentutkan Kristian. Imaginasi dia? Ntah kita pun tak tau, tapi kita semua tau bila Soviet tumbang, wah kemain lagi orang-orang Islam kat sana, sejuk-sejuk, atas ais pun depa pi sembahyang.

Saya branganlah kan, kalu migrate as a housewifela, (kalu migrate kalu me, sebagai penjawat awam yang serve opis-opis kita kat sana memang tak done nak bikin kerja lainlahkan), ni nak roya’ kalu orang perempuan Melayu yang macam saya migrate kat sana, ngajo baca iqra’ ajar sembahyang, bule jadi ustazah agaknya he he he …

Orang kata kalu ada orang perempuan macam saya, yang ikut husband pi serve opis kita kat Negara Barat, ambillah peluang ini untuk meningkatkan syiar Islam, jika kalu dah dalam Negara sendiri nak cakap pasal Islam pun sangat susah. Susah bukan pasai sekatan kerajaan, tapi oghang kita ni, kita kena taraf artis, baru cakap laku… Depa suka dengar cerita Islam, nabi Muhammad macam Jesus. Nabi Muhammad dah mati, mana bule datang balik selamatkan kita semua.

Depa suka dengar pahlawan Islam menang perang, bla…bla..bla…kalu hang nak dok cerita nak jadi orang Islam kena usaha kuat, kuat belajar, kuat, kerja depa tak suka, tapi kalu cerita pasai mistik-mistik, ada kuda terbanglah, ada pahlawan kuda langitlah akan mari dok turun jihad bersama, nanti tak tau bila, memang depa suka.

Hang pa pi dok tunggula kuda langit hangpa tu.

Ok bebalik pasai jakian kepada sahabat FB saya. Pasal Islam yang semakin dapat sambutan di Barat. Saya cakaplah balik, kalu kat sini Kristian dapat sambutan, kat sana Islam dapat sambutan, to play safe kita migrate jelah. Saya acah ajelah.

Bagi saya ni mana-mana pun sama. Tapi kalu ada anak tu, dapat orang rumah plak yang memang layak kerja kat Negara-negara maju, eish memang patut, memang kalu kita takut anak-anak kita orang kristian rosakkan, kalu takutlah, kat tak takut apa ada kisah. Ni cerita orang takut, tahap paranoid, takut ntah apa-apa tah, takut beno anak dara dia, anak teruna dia, orang kristian dok pi kacau. Kalu takut, migrate jelah ke barat sana. Kocik-kocik anak ekau bule jadi Imman, bule tulun ko menderas budak-budak sana baca Quran.

Den, sbona eh nak nyindir orang2 yang takut sangat kalu anak dapat posting Sabah, srawak tu, sampai berebut dia nak nikahkan anak dia, tak kira jadi no 2 pun tak kisah U. Asal jangan sampe jadi orang Sabah trus…tak balik-balik truss. Ntah apa yang dia takut berfamily, berbesankan orang sana kita tak taulah ya… ka anak dia memang jeneh kaki memang cari post no 2… pengongsi pengidam payung emas…


Thursday, August 18, 2011

N3 orang tengah tak de idea...

(n3 menagada-ngada, saja nak bagi tau kat ko yang aku masih sihat walafiat)

Membaca wall kawan FB tu kadang menginspirasikan. Stalker??? He he he….Each of us memang stalker pun kan, kita ambil peduli hal kawan-kawan, kenalan, rakan sepejabat, kita juga suka mengikuti apa-apa perkara yang menarik secara diam-diam dan kita mengandaikan yang ntah apa-apa tah tanpa bertanyakan tuan badan apakah benar atau tidak andaian kita itu. Kita menyekodeng, kita pun diskodeng, so wats a big deal? Kalu tak mau diskodeng, jangan create controversy, stay low profile.

Ok berbalik pasal wall kawan yang mengispirasikan ini. Sorang tu menulis tentang anjing, sorang lagi pula pasal memendam rasa dalam diam.

Tentang Anjing, kenapa obsess sangat dengan anjing tu, kita pun tak tau. Saya pernah berPM dengan kawan ni, kira dia cakap tu macam dia ni ada “ilmu”lah. Jadi bila orang macam ni heboh pasal anjing, sampai nak kidnap anak anjing, kita memang rasa semacam. Tergerak emosi kita nak mengomen, tapi tak mohlah kite ni nak cari gaduh, nak tumpang glemer kawan yang ber”ilmu” ni tadi. Nanti ada plak orang cakap hai dengna exschool dia nak berkonfrantasi.

Kita cuma fikir, kalu orang mcm ex kita tu mau train anak anjing dia mungkin lupa, mungkin juga overconfident dia ingat anjing tu bodoh, bule suka sama dia, boleh dia train anjing tu ikut suka hati dia. Anjing, any animals pun they all very sensitive punya creature and they know by instinct if you really love them or you simply using them.

And I wish kawan tadi mati kena gigit anjing, or in this case not real anjing but the implied anjinglah. Kita pun tak moh ambik pusing sapa yang dia ketegorikan sebagai anjing, walau dia pernah confess kat kita puak mana yang dia benci bebeno, tahap gaban yang dia dapat dapat pahala kalu dimaki-hamun dan dicaci-cerca. Seriusly. I hate those menanggap placur, peliwat, penghibur itu memperalatkan mereka yang pernah dia panggil AL JUBURI, PELACUR dengan tujuan untuk menumbangkan mereka yang dia anggap SETERU/ANJING.

SECONDLY, pasal cinta dalam sunyi,

Baik cakap,
Takut kena rejection?

This is my personal note…
Rejection memang menyakitkan/memalukan. Tapi lebih baik ditolak dan dimalukan dari tidak pernah mencuba langsung. At least buat kata my statistic lecture pun your conscience is clear. Itu pun kalu kita ni jenis yang meletakkan nilai clear conscience melebihi kemungkinan negative dari tindakan kita berterus-terang tersebut.

Habis kuat pun kena maki-kena-ejek. Tak de matinya. Dan dengan itu kita pun tau orang macam itu tak pekdahnya kita nak sayang kita nak berkongsi rasa, bla.. bla bla..dan ada banyak kes apa, mula-mula kena maki-hamun, lepas tu…tup—tup—tup eh….yang dulu dimaki bage nak rak, siap ludah ptuii tulah yang ditatang dipuja bage nak rak hari ini. The power of persistent??? Kena bomoh??? Well who cares kan…ko ingat bomoh jah ada power tukar benci jadi sayang?

FIKIR-FIKIRkanlah


Tuesday, August 16, 2011

Mistik No 8

Bila anda kerja di tempat macam saya semua orang baik-baik. Orang terpilih, kalu mereka ada terbikin perkara skandal umpama yang lelakinya tetiba angau dengan anak dara yang jauh lebih muda daripadanya atau vise versa, yang lelaki akan kata saya mau lindungi dia (nak lindung hapa, awakkan dah tua, sikit hari lagi mau pencen, kasilah can orang muda rasa diri masjid pula), yang perempuan pula kata, “akukah Assayidah Khodijah”

Begitulah juga jika perkara seperti hysteria, paranoid. Manusia akan lebih memaafi dan menerima alasan yang kadang tu ada unsur-unsur mystical seperti dibawa lari bunian dan sebagainya jika perkara sedemikian berlaku dikalangan orang-orang baik macam saya. Kalu ko berkali kata, “aku ni ngalami sindrom quarter life/mid-life crisis yang biasa-biasa aje” pun ada orang yang akan marah-marah dan suruh kamu jangan percaya with such craps. Blame in on orang halus, but don’t blame yourself baby. Cakap pun srupa macam orang gila juga lagi kasi mau salah itu orang halus yang cakap gila gitu.

Saya baru lepas menjalani rawatan sakit saya, baru lepas menjalani rawatan selepas kena serangan bipolar yang sangat teruk. Ya saya dimasukkan ke-hospital selama beberapa minggu masa saya melapor diri di pejabat tempat saya berkerja sekarang ini. Bukan yang cantik ini, tapi yang lama tu, yang tumpang di SK Jasin. Kocik youh opisnya. Dek kerana doktor tersalah bagi ubat, memang keadaan saya amat teruk ketika itu. Mujur warrant peruntukan tidak turun lagi. Jadi ko nak kata aku mai opis makan gaji bute pun makan gaji butelah den eh.

Idaklah makan gaji bute pun, mana terdaya saya tolong-tolonglah juga buat kerja sikit-sikit, selebihnya kalu tak larat saya akan baring, kalau tidak saya akan baca apa-apa benda yang kedapatan di ofis. Sebab saya ini penampilannya ok, ada yang kata saya kena usik orang halus, sebab orang halus tu minat nak ajak nak buat kawan. Kalau di tempat kerja lama, ada yang kata kena buatan orang. Alahai.

Saya memang tak ambik port langsung pasal buatan orang halus ini. Saya lebih suka menjalani rawatan biasa. Lebih orang kata apa tuh, lebih pratikal sementalah kawan pak long saya yang memang ada ilmu dalam merawat sakit-sakit misteri ini kata, ubat hospital pun ok. Bahkan member kat satu pusat yang “keras” yang mana peserta selalu kena hysteria, kasi jab satu kali pun bule ok. Mana donelah, bila ada ustaz, depa pi “sembur” dengan air jampi, bila tak de, pi bawa hospital kasi Doktor, Misi plak “jampi” yang penting pesakit itu sedar dan kembali ke alam nyata.

Thus, cerita berunsur mystical yang tidak buleh lagi dibuktikan secara saintifik ini berlalu bagai membaca sebuah buku cerita dongeng yang menyasikkan, asyik gitu-gitu ajelah. Until one day saya temankan sepupu buat rawatan seri pengantin di spa yang kawan-kawan dia rekomenkan sebagai pusat rawatan Islamik. Saya agak terkejut dengan kebrutelan perawat pusat tersebut sampai saya pun tak senang duduk dibuatnya. Dia scan sepupu dan kata sepupu ini Mistik no 8 kesukaan dan pujaan pemuja-pemuja jin, iblis dan syaitan. Bla…bla…bla

Dalam kata ringkasnya lagi Mistiq no 8 ini tempat kesukaan/medium iblis, jin dan syaitan untuk berkomunikasi dengan pemuja-pemuja mereka, seperti pemuja yang suka nak menilik, meramal no ekor dan sebagainya. Keadaan sungguh menyedihkan. Kalau akulah eish tak pelah aku buek rawatan kek tompek lain ajelah.

But then you can only believe wat u want to believe. Do you want to believe such craps??? Offcouserlah tak mohkan. Depressing isn’t it. Depressinglah kalu semua ada ilmu macam perempuan tadi, nampak ko aje terus baca “a’uzubillah hi minas syaitan nirrojim” bersungguh-sungguh serupa dia nampak iblis besar. He he he…

Monday, August 15, 2011

Diari Sesat aka losing my religion 2

(i'm losing my religious routine "mengumpat pengamal tabaruj" by religious believe in An Nur verse 30 & 31)

I believe most of us (tak kira lelaki atau perempuan) think pakaian wanita punca keruntuhan akhlak dan moral manusia (tak kira tua atau muda) pada hari ini. Seorang yang ketua usrah kami kelaskan sebagai social atau saya letak sini sebagai sosialistalah eh pula pernah bertikam lidah dengan pandangan di atas, katanya perempuan jalan telanjang, jalan depan tok imam tak akan jadi apa-apa.

Nampak sangatkan si socialista ini tak pernah intim dengan lelaki. Ha ha ha…I believe kalu u all berkelompok dengan geng-geng sister in islam macam Zainah Anwar (bukan Zarinah ya tapi Zainah, nama memang dekat2 sebab mereka adik bradik pun) mesti kamu akan cakap macam itu. It seems like nobody want or maybe fear Zainah Anwar. If she jalan telanjang tak akan ada orang nak usik. Insult hah.

Ya kah, but I always believe lelaki di Malaysia ini penyantun, penyabar dan berakhlak mulia, itu fasal Zainah dan rakan-rakan tak pernah kena “usik”. I believe tentu ada lelaki yang pernah berfikir nakalkan Zarinah & d gang. Cuma tak berani sunting, takut kena Queen Control, kena jadi Khadam. Itulah salahnya kamu, belum cuba sudah label.

Oklah kita tinggalkan dulu pasal Zainah ini. Tuhan sarankan kita menutup aurat, Tuhan sarankan kita juga merendahkan pandangan tak kira lelaki atau wanita. Nabi kata akhir Zaman wanita akan kurang mengambil perhatian tentang tuntutan ini. Adakah nabi suruh kamu mencaci-cerca, perempuan-perempuan sebegini? Adakah halal bagi kamu ratah daging mereka waima dengan alasan terapi minda?

Saya fikir begini, jika saya makan mereka i.e mengumpat, memaki, marah-marah, mereka, adakah things will get better? So the best thing is tundukkan aje pandangan kamu jika mau slamat. I believe memang quite brutallahkan kalu kamu keluar statement, wanita & cara mereka menghias diri di akhir zaman ini punca kerosakan akhlak pada hari ini.

Sebrutalnya statement Gejala social terbaharu ialah Andartu. Bagaimana sedihnya hati membaca statement Andartu itu, begitulah agaknya sedihnya hati mereka yang suka pakai tak ikut garis panduan syarak, membaca statement tak tutup aurad walau statement itu memang benar. Tapi buat seperti ingatan ustazah Norish Karman dalam drama Tasbih Cinta pun…. Kalu kita strictly follow surah An Nur ayat 30, 31, memang utopia Zainah Anwar yang perempuan Jalan Telanjang pun tak akan kena usik itu bule jadi tidak utopia lagi.

Kenapa tak amal aje surah AnNur itu. La ni bukan ada Nabi lagi pun yang punya kuasa Magis, Mukjizat yang cakapnya orang dengar.

Diari Sesat aka losing my religion

(I'm loosing my religious belief that kita mesti kawan dengan yang menyerupai kita aje)

Bila kita terdesak, kita tak brapa kira sangat sapa housemate kita. The truth is saya ini semberong, ala dgn sesapa pun bule gue, janji orang tu tak obsess. Masa tu saya kerja di Jalan Duta. Tinggal kat area dekat-dekat situ juga. Segambut.

Itula masa saya rapat dengan kalu kamus kami budak usrah PPP/ITM kira, ketua usarah saya, xKISAS akan borang housemate saya ni gedik was sosial. My cousin pun budak KISAS so u knowl KISASIAN, KIASUSIAN is more or less the same. Idealistik??? He he gituh-gitulah gamaknya.

Housemate, pangkat kakak ini pemurah, peramah, cuma a bit kureng dalam bab kemas-mengemas, who cares, she very pandai bergaya dan seksi. Nikah nanti oghang ghumah dia hire maid, so maid dialah punya kije lap-lap, sapu-sapu, mop-mop kan. Yang hang sokmo takut maid kebas/goda laki hang…hang kenalah rajin noh kemas rumah macam lipas kudungkannn…

Dari Segambutlah sebenarnya bermula eposid saya dan si gedik. Don’t say gediklah let say pempuan kaki melawa. Tapi saya idaklah follow suit pun. Till now I still the very the same. Fesyen I since I kat skolah lagi sama aje sebab figura iconic saya ialah Zeti Akhtar dan Zainah Anwar, so fesyen saya, ikut fesyen dua wanita yang saya kagumi itulahkan.

Come balik Melaka I terpesona dengan groupie2 senamrobik dan cikgu sukan baik kat PPD ni, mau pun kat Jabatan sana. Well KISASIAN Lady biasalah they all sure they all dah borong Mardhiah ni dah sesat, disesatkan oleh kawan-kawan lagha dia.

My KISAS best buddy, is my cousin. We’ve been friend since dalam buian I suppose he he he… We are so genius u know that dalam buai pun dah pandai berborak. Kidding. Me & my best friend lead our separate way. Dia dah kawen so topic perbualan sudah tidak selari. Politic view wise, well me in finance & accounting, I don’t see apa yang tak kenanya dengan sistem so far I feel sistem yang ada is the best. Kalu bocor itu human factor not system defect. Error masa recruite, or pilih recruite? Semua yg terpilih itu biasa semua baik-baik rasanya lepas-lepas tu baru pandai buat hal.

Ntahlah kalu ko rasa kita civil servant ini kaki ngulau, maka gaji bute… tu department lain kut. Yang saya nampak depan mata saya, kalu kengkawan, pegawai saya tak buek kije, haram anak-anak Malaysia ini semua akan 100% bute huruf.

Pendek kata, we become different, topic cerita dia tak menarik saya, topic cerita saya plak memenyampahkan dia to the max. Dia become more wara’, I become more social by her standardlah, until one day she texting, telling me to bertaubat.

I respect her advise, I can only say astagfirullah, but to stop “dating” with the betina kaki mengelinjang kat padang 3x seminggu, susah kut.

Friday, August 12, 2011

Bako yeep bako

ko bukan memetik KEJORA
ko memetik api


sama ada
ko pilih untuk terus lena
atau memang TUHAN telah
mentakdirkan ko sebagai
Ratu/raja mengulit mimpi


Hanya DIA yang tahu


Lagi pun

bintang itu pun API juga
tak gituh ka?


so

Kejora itu juga api

so lagi

janganlah cepat cair dengan
mereka2 yang gian nak petik bintang
memanglah kaki bakoooo


bokoo yop bakooo

Brangan Sebentar

Jadi orang Melayu Islam, duduk plak di Malaysia ni memang depressing. Kenapa depressing, sebab kita penduduk asal di sini, tapi kita asyik kena kentut dek kaum lain. Cerita-cerita orang kita berjaya dimurtadkan, syarikat milik Negara kita terlepas kat tangan mereka memang memilu dan menyedihkan.

Lalu saya berangan sekejap kalu saya berada di UK, atau ibu/bapa saya beranikan diri mencuba nasib di sana, bila syarikat tempat arwah ayah berkerja menawarkan sort of like green card kepadanya. Macam mana ye keadaan kami di sana. Melihatkan mak saya yang bijak dan rajin itu, sudah tentu agaknya kami dan ada kedai meniaga barang makan kut he he he…atau barang runcit.

Memandangkan sana perubatan lebih modern dan terbuka, tentu saya pun lebih bernasib baik dan tidaklah saya sentiasa rasa serba salah, malu dan rendah diri, selalu terasa orang sekeliling mengejek-ejek saya yang saya ni kecintaan/kesukaan/buruan manusia-manusia pengamal amalan mistik keji yang menyembah jin dan syaitan. Illuminiti??? Tinggi beno tuh, downlah sikit, BOMOH Siam ka, tok batin orang Asli ka, ketua tuai rumah panjang ka, ketua penjaga rumah antu palak ka, kan.

Saya mula melihat kalu saya di UK, status kami akan jadi macam untie/uncle kedai runcit kat taman saya ni, well who knows Tony Frenendez, atau Ambiga, dan rakyat asal UK itu macam Ibrahim Ali, ntah sapa-sapa tah budak pencacai UMNO yang tak de kerja tapi hidup mewah, juga budak pencacai Pakatang rakyat, yang memang tak de kerja juga, duduk bersembang kat kedai kopi, dah tua-tua pun masih balik rumah minta duit mak-ayah, atau blajar tinggi tapi tak dapat kerja yang sepadanan dengan sijil dan ijazah yang ada sebab tak mahir bahasa Inggeris… pendek kata menganggurlah, unemployed, tak kira menganggur sebab terpaksa, atau atas pilihan sendiri. Atau ada kije, tapi over work and underpaid.

Dan kejadian rusuhan di UK yang melarat-larat itu adalah natijah bila mana kaum pendatang lebih berjaya dari penduduk asal sesebuah Negara itu. Dan sebab macam yang Dina Zaman tulis dalam buku I am a Muslim, bahawa dia lebih islamik bila berjauhan dari tempat asalnya i.e. dia bila berada di benua Eropah, secara logiknya jika ayah berani menerima tawaran berhijarah, dulu sebelum saya lahir, tentulah kami akan lebih berjaya dari sekarang, tapi itulah mungkin juga jadi mangsa penduduk asal yang yang yang gituh-gituhla, tak de kije, seks bebas, dadah, asyik main blackberry massenger. Mana-mana pun sama, orang yang tak de kije, idup dengan ihsan unemployment benefit, atau memang ada kije tapi merasa kije yang dilakukan tidak mendapat balasan yang setimpal, memang emosi mereka cepat terbakar imaginasi mereka memang membayangkan yang bukan-bukan.

Wednesday, August 10, 2011

Luahan Hati

Adakah GEDIK musuh saya, atau saya memusuhi, memerangi manusia GEDIK??? Actually I tak pena benci budak gedik pun. Saya tak pandang GEDIK itu sebagai negetif, walau kekandang tu memang telatah si gedik ini melemaskan lagi mencemaskan. Saya anggap gedik itu satu kepelbagaian sifat dan personality.

Beberapa hari yang sudah, usai bertadarus bersama geng Non-Gedik aka miss independent, kami pun baring2 dulu, dan tengah baring-baring tu, masuklah si gedik yang heboh kununnya ingin saya debik sampai mati sebab kata saya gila bersama rakan karibnya. Biasalah si gedik dan saya memang tak de masalah bahkan bila berhadapan dia memang sangat menghormati saya seumpama saya ini Budha gemuk yang turun dari Tokong Penang sana.

Tak tahulah saya hormatnya dia terhadap saya sebab takut kena debik, atau sememangnya dia menghormati orang yang selayaknya dia hormat. Sayakan perkerja senior yang tinggi ilmu dan wara’ pula tu, yang cakap saya ini tak usahlah ko bangkang, waima Tuan PPD sendiri pun tak brani nak bangkang sebab kalu bangkang siap ko, audit masuk, jawablah ko soalan audit yang berjela-jela itu.

Ok berbalik pasal gedik tadi, biasalah sigedik tu, kami pun berborak-boraklah pasal produk kecantikan, produk awet-awet muda. Juga sikit pasal lelaki. Bukan saya kata saya tak perlukan lelaki, tapi orang kata sudah cukup-cukuplah tu, saya tak mau cakap-cakap tentang lelaki membuahkan motivasi kepada si gedik untuk men”gubat”kan saya dengan “ustadz-ustadz” yang gian nak menyelesaikan gejala sosial yang mereka label sebagai "gejala andartu" dengan “senjata sulit” mereka.

You see, ada kamu dengar cerita orang kena belasah dalam surau minggu ini? Tak de kan. So, sapalah yang bikin cerita bohong yang saya ini kaki pukul?

Ok ini last entri saya tulis pasal rasa jengkel saya terhadap gedik yang mengada-ngada lagi suka, gemar mengada-adakan cerita. Saya sememangnya seorang yang sangat penyabar dengan kepelbagaian kerenah rakan-rakan, cuma terkadang tu sakit hati dengan kamu sebab slalunya saya yang akan kena “debik” dengan “orang-orang besar” teman kamu bergedik dan bertepuk tampar. Seperkara lagi, kalu benar kamu takut, resah gelisah dengan kehadiran saya, jangan memalukan diri kamu sendiri dengan mereka-cipta cerita yang tujuannya menyikirkan saya melalui jalan medical board. Usaha sedimikian telah dibuat oleh generasi gedik sebelum kamu dan inya tak berjaya. Sebaliknya doakanlah saya agar cepat-cepat naik pangkat dan di hantar ke tempat yang jauh dari kamu. Moga-moga kali ini kamu berjaya. Saya pun memang sangat berharap yang ianya berjaya.

Oh ya pada geng Brutel, Anti-gedik, kalu kamu lihat saya mesra dengan geng gedik, itu bukan berarti saya talam dua muka, kita ni sepatutnya GENG semua sebagai satu team yang bersatu dalam kepelbagaian.

Thursday, August 4, 2011

BITCHING OUR WAY UP TO THE TOP

Dulu masa zaman saya sekolah, kalu kat sijil SPM you tanda x, lepas tu you jadi diva kat layar perak, lepas tu dalam satu babak you separuh bogel, walau kita nampak blakang u aje, pastu you most of the time dalam movie tu u pakai baju tidur yang well quite reveling to us pada zaman tulah dulu, lepas tu you end-up jadi bini no-2 orang besar Negara, well who can blame emotionally sarcastic, acid tongue. L lady like me describe you as a persona who are bitching your way to the top?

I know, I know this is Ramadhan, and it is dosa to call people names of melazer yang ntah apa-apa tahkan. Hari ini pun suami dia dah berjaya didik dia dan skrang ni she doing great, so apa pasal plak ada orang tak puas hatikan.

Call this entry as muhasabah dirilah. Orang kata kuman sbarang laut nampak, gajah depan mata tak prasan…as a women, dalam kita sedar tak sedar mungkin kita pun 2x5 ajek…secara luar sedar, tak sengaja mana taukan kita terekspoit apa-apa yang sensual, apa-apalahkan crri-ciri kewanitaan yang ada pada kita to get our “bala tentera” out there to get going….

Atau dengan air mata kita ka, dengan cerita sedih kita ka, tak semistinya dengan aksi gedik aje ehh… kita telah membikin orang lain panas hati dan membelasah entah sapa-sapa tah yang dirasa patut kena belasah dengan apa cara skali pun atas kununlah nak orang kata jaga maruah kita kunun. After that kluar modal itu ni tak kira wang ringgit, pangkat, kedudukan to pave your way up to the well wat hah..to to to… like “welcome to the world of orang2 kehormat lagi elitis lagi prestigious”

Wat I mean is, if don’t get enuf education, IQ you tidak cukup tinggi untuk duduk di satu tempat tinggi, atau you memang educated dan berIQ tinggi tapi kerja cincai2, you tak boleh halang orang lain mengata yang you BITCHING YOUR WAY TO the top. Besides, cikgu saya masa kat skola agama Kerajaan Negeri Johor kata, kalu awak bikin benda yang buat orang teruja nak mengata,awak pun dapat sahamnya juga…

So GIRL, wat I mean is melahkan as this pagekan is for me to talk to myself, “be low-profile la hoh, don’t create so much havoc”. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.

p.s. itu pasal university itu bukan tempat nak cari networking, tapi tempat orang cari as many As as possible. Jangan kasi pensyarah kita “pengsan” dengan keghairahan kita nak bina network sampai mengabaikan pelajaran ok.

Wednesday, August 3, 2011

Terapi Minda

Dulu saya pernah terfikir alangkah baiknya kalu semua orang pandai macam saya. Eish saya tak suka tau budak bodoh. Lagi satu saya fikir alangkah baiknya kalu semua budak perempuan selekeh macam saya. Eish saya tak suka tau budak perempuan gedik dan gatal, kecik-kecik dah pandai nak bermekap, meniru gaya artis. Dahlah bodoh kuat brangan plak tu. Masa tu sapa eh artis glemer??? Ogy Ahmad Daudlah sapa lagi. Eh cop-cop-cop-cop Ziela Jalillah…

Ziela Jalillah selalu kena maki hamun, caci-hina dek bebudak pandai macam saya ini. Amboi lazat dan enak betul kalu dapat berkumpul dan mengumpat si Ziela ni. Lagi satu tu hah, Zarina Zainudin. Dah tua-tua ni pun masih ada gak tabiat mengutuk artis. Ada pulak situa yang menpertahankan kegiatan ini dengan mengatakan mengumpat artis tak pe sebab artist memang dah pilih hidup menjual emapsipasi diri.

Oish macam intelek aje bunyinya dalam berhujah membenarkan diri membuat dosa mengumpat. Al maklum juara debatlah katakan. Jangan terpedaya dengan hujah dia. Mengumpat tetap berdosa. Jadi banyakkanlah beristigfar sebab dalam satu hari itu, rasanya kita tak lepas dari mengumpat atau mendengar umpatan orang. Terapi minda???

Oklah kita tak nak membebel panjang pasal umpat mengumpat ini, tapi kita nak cakap iya..masa kita kecik-kecik kita rasa alangkah bagusnya manusia yang kita umpat-umpat itu pupus, atau kita tetiba berada disatu penempatan yang ada macam-macam kita aje. Hanya ada kawan-kawan yang kita suka. Yang kita tak suka semua tak ada.

Kemudian kita semakin besar, kita jadi makin matang dan kita dapat terima keadaan yang sebenarnya semakin jauh kita “berjalan” semakin ramai yang kita tak sebulu yang kita jumpa dari yang sebulu. Itu pasal mata berbulu-bulu aje rasanya. Dah tu bila berkerja, hallamak, kita kena satu team plak dengan orang macam itu. Kita mula beradaptasi demi kesejahteraan minda kita.

Lama-lama kita rasa seronok,juga mengikut orang yang kita benci ni. Sebenarnya amat menyenangkan minda kita jika kita berada disamping mereka…(shopping, belek alat mekap, tengok baju cantik walau kadang tu tak berciri muslimah, or most of the time tak de saiz sbenonya, tu indeed memang best. Kalu poket kamu penuhlah, sebab poket kita tak penuh, dan tak de orang nak tolong penuhkanlah kita kurangkan rapat2 dengan mereka ini. Kalu ikut nafsu, gunung emas pun buleh punah beb, kalau ikut rentak they alls ni) Tapi hari ini yang tak seronoknya bila kita semacam terasalah pulak, hadalah pulak orang nak kitalah pula pupus hehehehe…mungkin hanya perasaan saya aje kut. Ditambah pula ada puak yang menyampai-nyampai itu dan ini.

Saya idaklah mau menyangsang, menyerang…sebab so far depan saya orang tu ok. Balik blakang dia nak kata hapa, katalah. Apa sebenarnya saya nak menyongeh ni hah?!…

Ceritanya begini:-

Satu hari kawan tanya yang antara gistnya ialah “adakah ko marah kalu orang kata ko gila”
Jawab saya “kenapa harus marah, kerana itu adalah perkara yang benar”

Saya bilang sama dia lagi, setiap penyakit ada ubat, yang penting, sabar, rajin dan istiqamah dalam menjalani sesuatu rawatan itu. Dalam masa yang sama cari kekuatan dan kelemahan diri, dalam pendek kata lakukan SWOT analysis. Saya pun cakap bla..bla..bla..bla…

Iya, kawan saya tanya saya macam itu. Jahatkan kawan saya tuh… brutel tak sayang mulut betulkan dia. Idak ceritanya macam ini, ada orang sampaikan kat dia kunun saya ada nak pukul sorang minah kat opis tulah sebab dia kata saya gila. Dia terkejut dan tidak percaya saya ini dah sakit bebeno, sampai nak pukul orang. Apa barang saya nak debik minah tu. Memang aku memang rasa, kalu anak aku memang aku dah getis @#$%# opsss 18sx. Iyakan nenek-nenek kita, kalu anak dara getek gedik lagu tu memang dah kena cubit tang situ dah. Gatallll!!! Kalu anak saya, tapi dia bukan anak saya. Ya Allah ko jauhkanlah dari dapat baka/zuirat miang kladi macam tu. Harap muka aje lawa, tapi pantang tengok jantan, terhegeh-hegeh, tergedik-gedik, kurang jantan dia lebihnya, nauzubillah…

Penghabisan cerita, kawan cakap, “kalau kita nak ambik port tiap apa orang cakap, orang dilahirkan sihat otaknya pun boleh gila”

Saya cakap lagi “ingat, dadah, arak dan bermacam pil khayal boleh juga merosakkan otak”

Dan penghabisan cerita, orang yang bertindak ganas kerana rosak otak tak semestinya dilahirkan rosak otaknya. Dan sudah tentulah orang yang dilahirkan dengan kelainan pada otak, jika rajin dan sabar akan menjadi seperti manusia normal yang sihat pemikirannya.

Salam Ramadhan. Jaga kesihatan fizikal dan mental.