Dari dulu sampai sekarang series V, masih berjaya menarik minat saya. V baru ini lebih ganas dan lebih canggih. Cerita-cerita macam V, terminator itu sebagai menefestasi ketakutan Amerika terhadap kepintaran tahap tinggi dan juga bentuk penjajahan yang asing bagi mereka. V tu kira macam UFO lah gitu. Mereka juga takut pengganas. Mereka takut Al-Qaeda dan pasukan pengebom berani mati.
Sebenarnya saya nak cerita pasal ketakut yang ketiga aje iaitu obesity. Nombor 1&2 tu mukadimah saja. Orang Amerika membelanjakan berjuta ringgit untuk memerangi obesity. Itu jihad, mereka. Jihad yang memberikan pulangan jutaan dollar kepada industry pengurusan berat badan ideal. Di sini pun kita sudah memulakan jihad memerangi kegemukan. Kita ada program kecergasan Negara dan bermacam-macam program gaya hidup sihat.
Mungkinkah, tak lama lagi ada orang kita yang akan jadi terkenal dan kaya-raya hanya dengan memberi khidmat nasihat, pemakanan, gaya-hidup sihat, atau menarikan gerak-gerak langkah senaman kecergasan? Ntahlah yang saya nampak hanya Dr Rozmey dan Jusmate 5 dia. Saya sebenarnya kalu bab-bab obesity ini, saya lebih suka beli CD senaman macam Patrick Goudeau. Kita bersenam, sambil kita meremajakan jantung kita. Kalau setakat makan-makan saja, bolehkan jantung kita dirangsang untuk lebih efficient?
Yang sebenarnya kalu makan-makan tu macam formula Dr Rozmey, saya tak percaya diri ini akan stick dengan satu cara diet untuk satu jangka masa tertentu. Maksud saya, belum tentu saya akan setia makan formula itu. Seminggu 2 tu mungkinlah tapi kalu sampai berkotak-kotak tu hmm minta maaflah. Dulu tu adalah sorang kawan jual ntah apatah. Soya kurus badan. Saya rasa soya itu jadi keras macam tu aje dalam botol. Hah macam itu jugalah yang terjadi kepada susu Anlene saya. Quaker oat tu ntahlah so far sepanjang Ramadhan ni ceh macam bagus tiap-tiap hari bersahurkan Queker Oat. Nak jadi macam Amy Masturalah kunun-kunun. Ntah orang sibuk cerita Oat bagus untuk jantung. Itu yang makan oat tu. Tapi bila 2 hari tak puasa, tak bangun sahur taklah pula makan Queker Oat. Setiakah saya dengan Queker?
No comments:
Post a Comment