Itu jihad orang Amerika. Sekarang apa pula jihad orang Malaysia. Macam yang saya cakap orang Malaysia sikit 2x5 aje macam orang Amerika. Kalu sayalah heh tentulah berjihad memerangi obesity. Itu hari saya berborak dengan sepupu, dia cerita yang kawan dia dah kurus dan cantik dengan bantuan London Weight Management. Ala orang banyak duit bulehlah pergi London, London.
Bukan cerita kejayaan dia menguruskan badan yang saya nak highlightkan sangat, tapi cerita kenapa, apa yang menyebabkan dia sanggup berhabis duit untuk kurus itu yang sangat-sangat menggusar dan merisaukan saya yang gemuk juga ini. Ceritanya begini, dia pergi interview kerja. Sebenarnya minah ni idaklah gemuk sangat pun. Ala budak habis belajar biasalah bandan memang macam kena pam-pam, gitu. Dia pergi interview, kira Minah ni among the best student yang aktif masa di kolejlah gitu. Dia gagal dapatkan kerja hanya kerna berat badan dia. Dia tak maulah pula cerita panjang lebar, cuma dia cakap,“ aku rasa sangat terhina semasa interview itu, sampai, aku fobia nak pergi interview lagi dengan badan aku yang debab ini” pulok???
Alamak saya pula yang jadi takut ni sebab iyalahkan dah heboh cuti belajar, pastu habis cuti tak naik-naik pangkat, tak ka malu tu, kan. Kalau belajar part-time idakle kita malu sangat. Zaman orang fobia gemuk ni memang macam itu. Mereka takut nak ambil berkerja sebab mereka percaya perempuan gemuk ni malas nak buat kerjalah, garang, baran tak bertempatlah, dan macam-macam lagilah kan.
Yang utama kita nak apa sebenarnya. Sudah tentulah kita nak kerjaya dan gaji yang lebih baik setelah kita melabur sejumlah wang, masa dan tenaga untuk belajar lagi. Jadi adalah amat sia-sia jika kita terlepas peluang itu hanya kerana berat badan kita. Wah saya kena buat jadual ni. Focus. Eish saya tak mampulah nak pergi buat treatment kat London Weight tu. Mahal. Sepupu saya dah pergi, yang kurus macam dia, cuma nak buang lelemak dan selulit pun dah RM8,000 gitu. Wah inikan pula saya. Ala lagi pun saya nak interview lama lagi, sikit lebih lagi setahun lebih…bulelah sikit-sikit swimming dan jaga pemakanan insyallah bulehlah tu kut.
Oklah enuf about obesity, apa lagi agaknya ketakutan orang Malaysia ek? Ada orang kata, orang Melayu di Malaysia ini takutkan Yahudi Freemason. Apa benda alah Yahudi Freemason tu? Ntahlah macam cerita komek Hell boy tu kut….sikit gitulah yang saya dengar-dengar. Dia orang kata Freemason ni macam ahli sihir penyembah, penunggu dajjal, atau orang yang menyumbang dana kepada ahli-ahli sihir inilah.
Jadi orang Melayu kita sangat takut dengan Freemason. Ok kalau kita takut obesity, kita bersenam dan kita jaga pemakanan. Bagi mereka yang takutkan Freemason ni apa tindakan mereka terhadap Freemason ini eh?
No comments:
Post a Comment