Friday, October 28, 2022

Dealing With Other Minion

Personally saya tak ada masalah dealing dengan bos cetakan Elon Musk/Mother Theresa, ni. Bos memang suka orang yang punya bakat akademik yang tinggi. Masalah saya di tempat kerja ialah other Minion yang you know what I mean. Ok kalau tak faham saya cerita sikit. Saya percaya pada normality. Semuanya berbentuk loceng. Normaliti bakat akedemik, IQ jua begitu. Kau bayang loceng yang telangkup, tetengah tinggi, kiri-kanan menurun tingginya. Orang IQ lemah tak banyak, let say ikut band PBD TP1-TP6. TP1-TP2 tak banyak, TP3-TP4 paling ramai, membentuk menara loceng, dan pengakhirannya TP5-TP6 sedikit balik, itu yang bentuk dia mula bawah, lepas tu menaik, lepas tu turun balik.

Cuba kau bayangkan, kau berada di TP5-TP6, selebihnya yang suam-suam kuku.Silap hari bulan kau cakap lain, dia interprate lain. Dalam kalangan calon cetak Elon Musk pun sama---bergasaklah mereka sesama mereka juga tu. Itu baru cerita IQ, tak semstinya orang di TP5-T6 akan berjaya, sebab si TP3-T4 ni kadang yang lebih menyerlah.

Nak tackle mereka nak buat baik dengan mereka memang jenuhlah. Jenuh sebab mereka ni jenis pada akulah, sangat membosankan. Aku ignore je derang ni, so aku kat opis jadi orang pelik. Bila dah pelik tu, itu yang masuk dalam drama bodoh dia tu kut. Memang aku marah, tapi aku diam aje, malas nak layan. Fokus dengan diri je. Selalunya bila kita tak layan dia, dia marah dan tersinggung, dan mula buat mulut pelik-pelik tentang kita. Tapi dulu masa tahun pertama-ke dua kat tempat kije baru ni, aku kisah jugak. tapi lepas tu aku buat bodo je.

Know yourself, serve the loard cetak Mother Theresa ni lagi penting. Kadang tu si Mother-mother Theresa benci kau pun sebab mulut-mulut puaka TP3-TP5 yang aku tak layan ni jugak. Bukan aku tak layan je, aku pi kritik pulak deme. Deme dah rasa deme on top of the world teteba aku kata mereka suam-suam kuku je, haish mana tak marah,kan. Itu masa tahun pertama-kedua aku kije kat Putrajaya ni, la ni dah masuk tahun ke 7, aku dah pandai. TP3-TP4 ni kalau kau rasa apa yang deme bikin, apa yang mereka cakap tu sangat membosankan pun, kau layan kan aje. 

Ada masa memang kau kena minggle dengan mereka. No matter boring pun mereka, layankan juga. Cakap benda positif je,, jangan komen yang negetif. Nanti sampai kat mereka, mereka jaja, mereka qoute nama kau---ouish masak. Satu aku perasan mereka suka qoute kak Mar kata. Padahal mereka yang tokok tambah. Maknanya apa? Memang kalau dari mulut aku, benda tu memang betul. Kalau tak betul pun, mereka masih nak cakap aku yang cakap. So, kalau ada bebenda panas baik aku diam saja. Atau kau iyakan aje apa mereka cakap.

Lepas tu bos mula syak engkau lalang, kau iyakan aje jugak. Kalau kau nak sarkastik kau cakap je begini, "baru tau ka saya ni talam 2 muka. Let me tell you something itu tak betul, sebab saya bukan talam 2 muka, tapi talam bermuka-muka" nahhhhh ambik kau! Real bos kalau dia tu memang bagus, memang TP5-TP6 yang hati perasaan, minda emosinya masih sihat, akan "see the real you"

Kalau dah mereng, memang boleh jadi buta. TP5-TP6 boleh jadi mereng jugak, infact rasanya deranglah yang paling senang nak mereng he he. Dia kalau dia dah mereng tahap tak boleh terima kau, dia hantar je kau ke tempat lain. Tapi kalau mereng dia tak menjangkit ke engkau, engkau akan ok-ok je. Yang penting, kat mana pun orang nak campak kau, berkerjalah dengan jujur, ikhlas, dan jangan menyimpan perasaan benci. Iya macam aku ni memang  kadang lemas dengan TP3,4, yang jenis "trying tooo hard" ni. Kalau aku malas sangat aku MC je. Sesikit nak begambo-nak beselpie, nak up konten kat media-sosial, kunun fofularla tu,kan?

Thursday, October 27, 2022

HOW TO SERVE THE LOARD part 2

Kat gomen ni sapa kau nak serve kau tak boleh pilih-pilih. Tapi kalau kau nak memilih boleh jugak. Nak senang kau main borong aje. Sapa dapat kau hadap. Begitu juga dengan dia. Dia pun tak boleh pilih-pilih. Kiranya nasib baik kau suka dia, dia suka kau. Nasib tak baik macam akule dia tak suka aku. iuits tu memang sengsara. Tapi itu mula-mula aje, mana boleh dia lama-lama tak suka aku. Aku ni gitulah buat kata bos kat tempat lama aku, orang pandai macam aku ni semua orang suka. Campak ke mana pun aku ok je.

Kisah aku dengan audit negara ni memanglah masa mula-mula tu tak de orang suka aku atas faktor umur dan rupa. Dahlah tua bangka, gemuk, hodoh pulak. Tak de orang mau. Tapi tu lelama team aku semua suka kat aku, sebab aku ni jenis tak banyak songeh. Lagi satu aku ni jenis sedo diri, kalau orang tak suka buat hal kita sudah.

Satu benda yang aku belajar dalam dunia pekerjaan, ilmu itu penting. Seluas mana ilmu yang kita ada, pun, kita tetap kekurangan. Masuk tempat baru kena belajar lagi. Tanya ramai orang, walah kadang tu benda yang kita tanya tu kita dah tahu, tapi tanya saja, sebab kadang tu orang melihat sesuatu itu dari pelbagai sudut pandang. So, lagi ramai orang kau minta rujukan, lagi banyak benda kau belajar. Lagi pun kije mengaudit ni ada berkait rapat dengan menulis. Nak bagus dalam penulisan, kena ada input. Lagi banyak kau bertanya, lagi banyak kau berbincang, lagi banyaklah rencah-ratus yang boleh kau goreng.'

So, berbalik pada bos aku yang dah angkat bendera nak bersara pilihan tu, dia dah kijeeee banyak lama. Tentulah dia ada banyak ilmu, cuma aku pun tak tahu kat sini mana silap dia, dia pun give-up. Itu dia punya pasallah,kan. Pasal aku, sebelum dia belah ni, aku nak korek apa ilmu yang dia ada, agar berpindah kepada aku. Eh kau kata dia tak suka kau. Memanglah tak suka, tapi dia tu jenis yang show-off,kan? Orang show-off ni dia suka tunjuk dia pandai, kalau kita pergi kat dia sebab nak tanya pandai dia memang dia mengelinjang keseronokan.


itu cerita aku, ni aku nak cerita pasal ada sorang staff tu yang ntah apa ke gilanya, dia gila sangat nak dipandang tinggi/mulia. Dia memang dah mulia dah, tapi tu ntahlah dah kenapa tah, dia tersilap langkah kut, terjebak bertembung dengan orang yang tak berhati perut. Itu menurut dialah. Aku iayakan aje cerita dia. So, la ni dia cuba nak melepaskan dirinya dari orang tersebut. Dia nak masuk unit jiran akule---punyalah dia terdesak, sampai satu tahap dah heboh cerita kununnya dia berbuat mulia/menyelamatkan aku dalam satu insiden. pergh!!!

He he macam mana aku boleh masuk dalam drama dia ni? Cerita tu cerita hebat, kunun dia "payung" aku. Heboh satu ofis kata gitu. Ntah macam mana cerita tu sampai ke aku, terburailah cerita sebenar yang tak ada pun isu payung-memayung ni. hah kau! kalau aku cerita, cerita belah aku, jadi cerita lain pulak. so, aku pun tutup mulut. Kalau orang nak tanya banyak-banyak, aku apa susah, aku tunjuk ajelah online transfer yang aku dah bikin, sebagai bukti cerita payung memayung itu tidak wujud.

Kesian. Dari kau berusaha keras nak tunjuk kau mulia, sekarang ni dah jadi apa? Hadoooiii---- tu lah hidup ni kena banyak berhati-hati dalam memilih fokus hidup. Fokus pada perjuangan diri, betulkan diri, sibukkan diri dengan aktiviti yang membina jati diri. Pergilah melancong, mengembara, bersukan, beriadah. Rasai makanan-makan sihat, berkhasiat, beroganik, pergi spa, ke, saloon ka, happykan diri.

Jangan peduli sangat hal orang, nanti silap peduli, memakan diri lagi tak dihargai. 



Wednesday, October 26, 2022

How To Serve The Lord

Siapa Musuh kau? Kau berperang dengan siapa sekarang ni? UMNO lembu ejen Yahudi, ejen Mossad? Atau geng dek-dek Pelangi? Kalau aku bukak FB, bukak itulah sebahagian dari kawan aku share. Masuk group watsap geng minat politik (hat ni pro-UMNO) gitu jugakle lagu dia. Kalau geng PAS dengan Mason/Mossad Yahudi, geng MENO plak dengan takutkan dek-dek Pelangi.

Tula kalau masuk media sosial, tujuannya nak berperang/berjihad, hah dia jadi macam gitulah---sentiasa dalam mode siap-siaga bercerita pasal musuh. Apa pelan statergik kau nak lawan musuh ke hapa ke mana boleh tulis. Barailah kalau musuh tahu. Atau aku dok fikir, deme ni ada pelan ka? Bila masuk FB, watsap memng tak de plan dah melainkan menyemaikan rasa takut, rasa benci. Aku rasa itu sangat tidak baguslah, kan untuk anak-anak muda nanti. Aku pun tak suka bebenca menghasut-hasut benci ni.

Musuh yang korang momok selama ni aku pun tak pernah jumpa. So kalau kau kata gomen ni gomen Mossad, aku sebagai kakitangan gomen iya,kan aje lah,kan. Dan kat sini aku nak kbabo ke kau, tugas aku bukan nak menghancurkan orang, tapi nak pastikan oraganisasi tak bermasalah. Kerja siap tu sahaja. Tapi tu bukan bererti kerja ni senang. Tak senang. Macam aku cereta semalam, tak senang kerja dengan Mason bercetakkan Elon Musk.

Elon Musk tu kau rasa jauh, tapi bos aku memanglah macam itu peelnya. Elon Musk tu---jauh sikit ek, aku bagi Mother Theresalah hah, senang sikit ko nak membayangkannya. Depan orang pijak semut pun tak mati, depan pekerja hah siap kau! gitu.

Punyalah eksen dia. Hah la bos yang aku cerita dulu tu le yang suka ASAP-ASAP orang sampai aku dapat anxiety masa PKP hari tu, kan? Kau dapat bos macam tu, macam puaka tu, musuh utama kau bukanlah bos kau, tapi diri kau sendirilah. Macam mana nak pujuk diri kau agar boleh tahan dengan bos lagu ni. Ada orang tak tahan, solusi dia mintak tukar bos. Aku pun pernah satu tahap minta tukau jugak. Tapi tu tak dapat. Hurmmm dapat dia jugak. So, bertabah ajelah.

Dapat bos macam gaban lagu tu, macam manalah kau nak kije lagi lebih 10 tahun, nak mencapai umur bersara wajih. Uoit pening tu. Tapi gagahkan jugalah. Tahun pertama-kedua, memang macam neraka, tahun kedua, nak masuk ke tiga, ok dah. bolehlah. Dia pun dah tak kacau aku dah. Dia kacau SV akule. Dulu SV dulu tu tak function, itu yang dia turun padang, kacau direct kat kuli macam aku ni. Dulu yang kita meluat sesanggat tu, dengan SV yang tak function tu kemain ciumolot lagi dia. Kunun SV tu je yang faham dia, kita ni semua tak guna.

Lepas nak masuk tahun ke-2, aku pun tak taulah apa jadi, ntah macam mana politaik pejabat ni, ada rombakan, aku dapat tugas berbeza, SV berbeza, tapi bos dia jugak, tup-tup-tup semalam aku dengar dia Bos Puaka tu dah nak pencen. Uitss terkejut jugalah aku. Punyalah kerek masa baru jadi bos dulu, feeling-feeling kunun dialah game changer, tup-tup, tak de angin tak apa bagai, dia pulak nak bersara awal. Memang aku super terkejutlah,kan? Aku terus talipon mak aku, sebab aku rasa ni doa mak aku ni kut he he he----bukanlah mak aku doa dia berenti kerja, tapi doalah aku kat tempat kije sihat-sihat aje.

Iya kita nak kije lama lagi. Kenalah sihat-sihat, tak boleh stress-stress,kan? Orang kat pejabat ni ada dua jenis, satu jenis macam SV aku yang tak function tulah, functionnya tak ada, tapi dia punya kipas punyalah laju, bos sayaaaaannnnngggg---Kita pun bos sayang jugak. Tapi kita tak show-off je. Kalau si Puaka Niang rapik tu benci, bos atas lagi dari si Puaka ni pulak ada untuk back-up kita he he---gitulah.

Owh btw, bos yang sayang kita dah nak pencen tahun depan. Kau risau tak kalau kau jadi aku? Heyyy risau beb, tapi tapi kan aku dah cereta aku dah berdezup atur pelan mitigasi. Dia nak kije dengan Puaka ni senang aje, kalau kau rasa Puaka tu tak suka kau, kau kena ada satu lagi yang lebih Puaka untuk back-up kau. Memula tu aku taklah plan benda ni tau, tapi it happen Puaka yang lagi beso ni suka kat aku, so sebab tu aku selamat kut.

Jadi dari situ aku dah belajar dah satu benda. Puaka yang back-up aku dah nak pencen, ko rasa? Ko nak pencen juga ka? Eh jangan....aku baru 49 tahun. ada 11 tahun lagi to go. Kalau kau apa kau buat? Cari puaka lagi besar, lah--- he he, kan? Masa tu memang aku tak expect pun Puaka ni nak pencen, tu yang dah siap-siap dah cari sapa aku boleh jadikan back-up aku. he he he, tapi tu tak tau macam mana tah si Puaka ni akan pencen 2 bulan lebih awal dari Puaka-yang back-up aku tu. Tapi aku teruskan aje enggage dengan Puaka baru ni. Sebab dah connect line,kan takkan putus di tengah jalan,kan.

So gitulah cerita aku. How to Serve the PUAKA, you must have another PUAKA yang lagi senior, yang lagi besar untuk dijadikan MENTOR hah! gitu. Jangan salah pilih MENTOR, sudahlah ya. Nak pilih MENTOR kena sangat selective. Nanti aku senaraikan apa ciri-ciri yang perlu kau lihat sebelum kau nak jadikan orang itu MENTOR kau. Since aku dah ada Ijazah Sarjana, minimum requirement aku, MENTOR aku tu kenalah ada doctorate,kan he he. Tak semistinya, tak de paper pun ok. Tapi kena ada pengalamanlah. Requirement no2, dia pun kenalah jenis PUAKA jugak cetak-cetak ELON MUSK, Maya MUSK, Mother Theresa. Kalau setakat PUAKA cikai tak function, mengipas je kijenya, tak payah kau jadikan MENTOR, besok dia pencen tinggalkan engkau, kau memang terkontang-kanting jadinya. Dulu orang dah benci dia, bila dia pencen, satu ofis akan cari bahan nak kena-kan engkau.

Tapi kalau kau amik PUAKA yang betul, sekurang-kurangnya transfer of knowledge sudah berlaku antara kau dan dia, so, knowledge tu dah ada. Dia tak ada, pun kau masih boleh function seperti biasa. Tinggal macam aku, aku sahaja gatal, nak cari PUAKA baru. Inititally bukan nak cari, pun tapi aku rasa ilmu aku ni kurang, aku nak tambah ilmu. PUAKA back-up aku dia tak de formal pendidikan dalam bab analisa data secara berstruktur, nak sepadukan ilmu statistic dengan data-data yang telah kita orang kutip melalui, soal-selidik dan sebagainya, tu memang dia tak de, lah. Itu yang aku decide berguru pada yang pakar, kan? Itulah permulaaan ceritanya.

Lenlain tips, nanti aku cerita kemudian.

 

Tuesday, October 25, 2022

The Minion

Stop la sembang pasal orang, kita sembang mengumpat pasal diri sendiri dulu ek. Ok semalam kata nak begambo dengan Freemason ketua jaga Perbendaharaan Negara, apa jadi? Tak jadi Ketua ketaq lutut kut he he--- lawak. Katanya ketua ada tugas lain. So, wakillah naib ketua. Naib ketua ni pempuan. Betul ka tu Freemason. Kira aku pukul semua Freemason ajelah, ikut otak gila zaman sekolah. Masa sekolah dulu, kalau bukan PAS kira Freemason, kalau tak Mason kuncu-kuncu Masonlah. 

Orang keje gomen macam aku, ni idaklah Masonnya, tapi agaknya Minion. Kuli Mason. he he---oiut semalam ramai Minion aih, ada dekat 300. Tula hang nak dok terasa sangat, muka hang rupa Cina, nak beli makan orang herdik "ini makanan utk orang puasa, hang Cina x pose tak ble beli, tu" aku pun heran, kita ni sesedara kita main politik UMNO, lama dah orang dok kata Mason Minion lagi, tak sentap pun kita ni. PM kita PM wakil Mason, kita ok je. ko lak nak sentap-sentap, heran aku.

So, cerita Minion and her master semalam, kita pegi berhimpunlah kat satu dewan tu, besar gedabak. Iyalah besaunya nak nempatkan 300 orang tu, kenalah besau. So, nak begambo semua kena masuk satu gambo---ko rasa? boleh muatka? tak taulah gambo tak siap lagi, tunggu siap. Kawan aku betenjit-tenjit nak begambo, dia cakap macam gini, "akk pendek, mesti tak nampak muka" aku jawab balik, "akk pendek ka camereman tu bodoh? Kalau pandai mesti masuk, punya"--- so pandai ke tak pandai cameraman tu, kita tunggu je lah bila gambonya jadi. Ko rasa? Aku rasa tak pandai, sebab Minion yang ini pandainya jaga duit.

Hah macam tulah Minion, kita buat kije ikut kemahiran kita, kalau pandai jaga duit, jaga duit je, Idak kemaruk kita nak jadi itu, nak jadi ini. Tapi tu kalau kau dah mimpi macam-macam, jumpa nabi bagai, itulah agaknya, kau tak reti pasal luar bidang kau pun, tapi ko nak sibuk gak jadi ahli bidang tersebut. Tak payah nak cerita pasal orang, kita cerita apa amanat Assistant tu semalam---

Amanat dia mudah je, tapi susah nak buat tu susah, nak senang, pencen/bersara pilihan ajelah, buat semak fikiran je,kan? Dia orang lagi beberapa bulan nak masuk 5 series ni, eksen dia memang ada lebih sikit, tak ble fikir banyak-banyak, stress banyak-banyak, nanti dia nak pencen aje. 

Ok apa pesan yang sampai stress sesangat tu-- pesan dia gini, "ko nak kekal releven kau kena kerja keras"--- Keras tu memang keras sungguh. Iya keras. Aku cakap keras, kawan-kawan aku, ada 2 orang aje kawannya, dah nangis-nagis dah cerita pasal kije. Nape gitu. Ni kawan super Minion, yang dapat melangut dekat Minion, lainle---Minion Audit Luar. Aku ni Audit Dalam je. Lapor kat Bos kecik sikit, bos peringkat Ministry. Hat kawan aku lapor kat Bos lagi besar, lapor kat Parlimen. Bos dia lagi besau, Menteri-Menteri, level Nasional. Up sikit. 

Itule tu, nak kije dengan level Nasional, ketua dia lagi besau le setan dia. Setan ala-ala Elon Musk/Steve Job in the making. Itulah tu cetak kita orang ni. Besok bebudak Muda ni, nak jadi Elon Musk le deme ni. Ate, kata Freemason. Cetak kena Mason le. Tu le berebut-rebut bebudak muda ni nak ngikut cetak dia, sampai kengkawan aku hat minion macam aku ni menangis-nangislah kena tengking, kena maki, kena marah. hah gitu kau!!!

Dia nak jadi Minion, ni sebeno ea idaklah susah mana pun, telinga kau tu kena tahan pekak le. Itu senjata paling utama. Telinga kena jadi pekak. Ceh tetiba---hah aku ada idea. Dari aku nak mengumpat Orang PAS, kan baik aku bagi tips macam mana nak tahan dengan bos-bos Elon Musk wanna be ni.

Nak kije dengan orang yang macam gitu kena ada pelan mitigasi. Aku memang dah berdezup, berbaris susun pelan. he he--- kita nak kije sampai umur 60, kenalah usaha lebih, sikit, kan? hah gitu. Besok ajelah kita sambung ek.

Monday, October 24, 2022

Ini Kalilah

Biasala memusim nak mengundi ni, dalam FB acik-acik, atuk-atuk sana dah mula perang dah. Acik dengna atuk ni kita guna FB bukan nak reti pun nak buat konten, kita masuk FB sebab nak berperang---he he he. Berperang nak naikkan bos yang kita suka.

Acik Mar kamu ni memerhati je. La ni memang acik tak followlah benda politik ni, sebab busy kije. Tapi nampak macam dah PAS dengan UMNO tak join venture. Acik ni macam biasalah suka bebeno, mengumpat parti PAS ni. eh bukan mengumpat PAS, tapi kengkawan sekolah yang pro-PAS_Islam. Perati dan mengumpat. Tapi biasanya budak sekolah acik deme pun hantam sama PAS, apa baik amik, apa buruk kritik. Hat acik kata dema tu hat sorang tu ajelah yang rajin layan acik sembang. Dulula la masa memula FB dulu. La ni idak le kami sembang aihhh. Laki orang tu, ko sibuk nak sembang dengan laki orang dah kenapa, kan? Ada yang jadi bini No 2 karang, padan muka.

Ni nak cerita budak yang bukan sesekolah dengan aciklah, hah, biasa PAS dari dulu lagi deme hidangkan Negara Islam. Dah dah mula dah kuar cereta Presiden dema wakil Nabi, dah kuar jugalah video-video jihad ni. Ada satu tu dishare oleh kawan sekolah. Apalah lagi video perang freemasonlah. Derang ni memang dari dulu lagi kalau tak pro-deme, pro-freemasonlah. Hat kita tak pro-deme sebab nampak mereka ni eh semacam je, kalau bab berpolitik tu. Nanti ajelah kita sambung ek, nak pegi kije. Hari ni ada nak begambo dengan wakil freemason besor yang jaga perbendaharaan Negara. he he he, eh mudah beno kau kata dia freemason, bukan nama dia nama cucu-cicit-kengkawan nabi jugak ka, apa nama eh bos bosa Perbendaharaan Negara tu. Alah tak masuk booklah nama dia. Apa pun tunggu begambo dulu ek baru cereta ek. he he----tunggu begambo dulu ek.

Apa cerita Ini kalilah tu? Orang PAS ni deme gitulah setiap kali nak PRU setiap kalilah Ini Kalilah, Negara Islam.----dah bejuret orang PAS jadi menteri pun, Malaysia ni macam tu jugak. Ini Kalilah kena bagi Presiden jadi PM, barulah Islam. hah gitu. Kau nak bagika? nanti kite cite ek.

Saturday, October 22, 2022

Banyak Gila Perkara Gila Part 2

Saya ni nak kata emo tidakla juga, memang tak emo pun, tapi akan bebunyila kalu saya rasa macam ada cubaan nak momok-momokkan/laga-laga kan orang dengan team Pelangi kaum Luth tu. Bukanlah saya simpati ke hapa ka, tapi saya rasa kaum Luth zaman Nabi Mohammad ni ntahlah---

Gini ceritanya, saya masuk sekolah sambung sekolah peringkat teriteri dah berumur. Masuk sekolah dengan geng-geng yang boleh dipanggil anak. Budak-budak muda ni manale mau kawan dengan saya. Derang nak geng yang sebayalah. So, bila buat group tu saya tekonteng-kontengla dengan yang sama baya juga dan nak cukupkan korem, masuklah yang Pelangi lembut ni. Ada satu masa tu plak, kawan saya tinggalkan saya, saya memang terkontang-kanting sorang-sorang, untuk that particular tugasan, ntah macam mana tak termasuk pulak saya dalam satu group bebudak lelaki Pelangi Petah yang bukan sama kursus dengan saya. Owh btw, untuk subjek tu, kami lenlain kursus pun combine. Subjek Islamic Study,kan, semua boleh cantum-cantum gitu.

Itu le tu kije dengan bebudak gini senang hati, mak boleh di arah-arah je apa kau suka. he he he. Rajin budaknya. Yang kursus combine-combine tu, derang memang form solid membership, pergh aku tell korang, derang cakap omputeh ni berabuk geytuhhh. Derang ada 4 orang, sorang tu dapatlah kije kat Jabatan Gomen kat Putrajaya ni. Koooo dahsat budak tu, pemenang pingat emas ACCA kau.

Itu le aku bukan nak ngejek abang-abang, pakcik-pakcik, atuk-atuk sado yang macam perlekeh budak Pelangi ni, Sebelum ko pelekeh orang semak balik CGPA kau, kan? Pastu ko nak momok-momok orang macam ni gitu-gini, sedangkan masa sekolah dulu kau si Sado-sado ni, bila tiba jam periksa, markah kau cukup-cukup makan saja. 

Bila aku bebel pasal markah rendah, kau bagi alasan kau tak perform sebab awek asyik kacau kau study. Nak Depavali ni mak nak mencarut begini. Pundek korang lah,kan. Dah tertinggal corot masa study, dah lepas study, nak tuduh-tuduh orang geng nak hancurkan itu ini plak. Sebelum tuduh orang periksa diri sendiri dulu, kan? 

Malas nak layan geng-geng suka momok-momok, ni, kita kat opis kije bertambun, kalau dapat satu team dengan geng adik-dek-dek tak Sado, kita onzzz aje, janji kije siap. Malas nak pilih-pilih bulu, gomen pun la ni tak boleh nak memilih sangat dah, kalau asyik-asyik yang pemenang pingat akademiknya yang tak Sado, yang menang piala debat, sukan, lakonan dan nyanyian pun dia jugak. Dah markah dia paling tinggi dalam sistem Cari Kerja GOMEN, kenalah pilih dia jadi Bos. Dah tu emak ni kuli, mana orang bagi bos, tu, itulah bos emak, sado ke DEK-DEK ke, layanzkan, ajelah----

Sunday, October 16, 2022

BANYAK GILA PERKARA GILA

Ungkapan yang paling bikin ai sentap "orang gila takkan ngaku dia gila" itu dululah. Dulu, lama dulu. Lama dulu pun saya dah cakap balik begini bila ada rasa-rasa nak sentap "eh kenapa aku nak sentap sebab aku memang mengaku aku mental apa?"

La ni lagi la tak sentap, sebab dah ada Janna Nick yang dapat menggunakan masalah mental dia untuk naikkan rating dia lagi. Dan saya tak pernah pun question "why me why me" sebab memang tahu pun sebab jatuh sakit sebab tak dengar cakap mak. Bab mana yang tak dengar tu, hah apa lagi bab disiplin dirilah. Saya ni according to my mom "anak dara pemalas". Ya memang malas nak berdandan. Penyudahnya jadi mental, barai bila kena ganyang dengan ada satu minah lawa, kes berebut boifren masa kat kolej. 

Dia bukan cerita pasal berebut sangat, pun--- bukan pasal mamat tu pun, cuma perasaan saya sangat keciwa dan remuk-redam bila saya dapat tahu kawan yang selama ini saya percaya rupanya menyimpan kesumat yang amat dalam terhadap saya. Iyalah dia jugak yang bagi ayat pengasih bagai nak ngorat mamat tu, bila saya cakap yang ayat dia menjadi, mamat tu ajak lepak-lepak pasar malam, minah tu naik anginlah pulak, kata saya perasan. Mustahil ayat tu menjadi sebab saya ni buruk rupa. Terkedu saya, sungguh.

Saya kecewa, saya depress, saya murung, sampai saya tak tahu saya di mana. Saya rasa saya keluar masuk hutan, masuk bandar, sampai Last Vegas sana aku pergi, sesat nak balik Melaka, tak sampai sampai. Rupanya memang saya tak ke mana pun ada je kat Melaka tu. ha ha ha---Mak kata seminggu saya tak waras. 

Bila dah waras, memandangkan saya ni JPA scholar yang perlu ada medical report, saya follow-up ajelah berubat hospital. From there I learned alot. I know ada banyak benda yang I kena improve. Tapi tulah disiplin diri memang zero, kut. Begitulalah saya. Lama-lama bila dah berumur ni sikit-sikitla improve, tak boleh buat perangai masa muda yang asyik nak tidur je. Kenalah bersenam, rajin-rajin sikit, takut besok nak masuk liang-lahad siksa orang nak usung masuk dalam sana. Let alone, susah payah orang nak sediakan kau kain-besar-besar, untuk kafankan dikau.

Itu cerita saya---

Cerita orang lain saya tak tahu. Tapi ada juga orang yang bila ditimpa musibah dia cakap dia the chosen one. As for me, memang saya tak berani nak adopt idea ni. Buatnya asyik berzikir I am the chosen one, teteba---setan hasut, "Yup you are the chosen one, the chosen one to be pengebom berani mati" lepas tu aku pun pasang bom keliling pinggang pergi Zouk, ke Hard rock-cafe ke kan, pigi bom diri sendiri, Nazubillah. Kau ingat Tuhan yang bercakap dengan kau, tapi bukan Tuhan.

Kenapa aku cakap bukan Tuhan? Sebab lepas aku mati katak, semua dunia kecam Islam sebagai agama keganasan. Agama apa yang menaja keganasan? Itu agama aku, telah aku palitkan dengan satu agama yang mengajar penganutnya bertindak tidak rasional. How about family aku? hurmm tak boleh angkat muka, tak boleh keluar rumah sebab malu dengan perbuatan aku. Kenapa malu, sebab aku bomb Hard Rock Penang yang aman tu. Kalau aku pegi Pelastine sana, bomb kereta kebal zionis, mau jugalah orang kampung buat kenduri syahid untuk aku.

Ko nampak tak kat sini idea the chosen one sangat bahaya untuk aku.

Sekian.

 

Tuesday, October 11, 2022

PAKU DULANG PAKU SERPIH

Kita ni hidup memang suka ngata orang, walau ustaz/ustazah dan pesan jangan mengata, jangan mengata, besok kat akhirat jadi orang yang muflis, masuk neraka. Tapi degil nak ngata gak. Hari ni nak ngata pasal hari mengundi yang bakal menjelang tak lama lagi.

Sapa yang ko nak pilih? Mantan Menteri Pendidikan sudah suruh pilihlah team aku, Menteri sekarang, tak ada bebunyi melainkan, la ni sibuk suruh KSU siasat UKK. UKK ni unit komunikasi korporat. Apa UKK ni buat belanja juta-juta untuk media. Dah kuar duit banyak ni, tapi bayang Menteri Kanan nak menang macam sipi-sipi je. Gosip kata YBMK nak betanding kat Putrajaya. Sapa lawan kita kita tak tahu. Abeh bila dah UKK kena serang saya berspekulasi begini "hey UKK, gomen baya juta-juta untuk glemerkan aku, tapi ku rasa macam aku tak glemer jak. Dak MK K-Clique yang tak de UKK tu plak yang lagi glemer dari aku.

Saya sebona ea idak le mau cereta pasal YBMK saya tapi nak cereta pasal team yang lagi satu tu. Team PH. Deme dah kuar barisan pertiwi-wira-wirawati deme. Aik memang kita tak maulah nama-nama macam Hannah Yeoh, Yeo Bi Yin Anthony Loke tu jadi menteri. Sebab kita dah serik itu hari masa deme ni naik kejap kat Putrajaya ni, habis aset TH deme kitai-kirai, sampaikan tahun tu, Hibbah kita dapat ciput bebona.

Cina-cina ni meniaga pandai le, bila pegang gomen, tak pandai deme. Itu Mantan Menteri yang orang kata dok bagus sangat, kunun pasal dialah penyangak/penyamun besar Negara merengkok dalam penjara, tu. Idakla dia bagus mana, pun. Internet skola macam gitu jugak. Sekolah kat Sarawak sana masih gak pakai genset yang semput-semput. Najib dah berbulan masuk jel pun, internet derang macam itu jugak. hah hari tu pegi Polumpong kampung Melangkap kalau duduk dalam bilik tak dapat internet, keluar bilik baru dapat.

Pegi Kundasang pulak lagi haru-biru. Letrek pulak terputus. Ada yang dah terasa diri itu tidak suci dan merasakan "saya ka yang bawak siyal ni" mana dia tak rasa dia bawak siyal, udahlah malamnya tak letrik, esoknya tekanan air rendah---hadoiii. Kita-kita yang dah biasa dengan air dan api Sabah gelak-gelak saja. Tak siyalnya awak, yang siyal ialah gomen ni yang korup sana-sini. 

Bila pegi pulak kat Bawang, Beluran sana, kasi bebudak skola jawab soal-selidik, semua cakap api letrik tak cukup. Itu budak kecik tak reti main internet lagi. Kalau dia tau main internet mesti dia komplen pasal internet pulak. Dah la api air tak cukup, kelas pun tak cukup sampai belajar dalam tandas yang diubah suai. Tule aku cakap Najib dah masuk jel pun, bebudak tu masih belajar dalam tandas. Fuhhhh!!! Sungguh memalukan.

So apalah nak jadi ni? ntah. Bagi peluang pada yang kata dia pandai sangat tu, tak sampai setahun tumbang gomennya sebab salah sendirilah. Cuba dapat-dapat gomen je, terus itu yang mana letrek, air semput-semput tu terus bersinar gilang gemilang macam putrajaya ni. Yang mana belajar dalam tandas tu, dpat belajar dalam bilik kuliah gaya kolej internasional, idaklah kena gulingkan.

Melampau kau punya ekspetasi tu, eieh dia gak dok kata dia pandai, dia pandai, orang bodoh, bila orang pandai menang mestilah kita harap yang muluk-muluk, kan? So lagi sekali saya tanya, apa nak jadi ini, bagi le gomen kat orang bodoh-bodoh je, kalau kena letak dalam tandas pun, idakle kita sakit hati sangat, kan?

Ni saja nak baqo darah belanja free gamba Putrajaya yang bermandikan Cahaya.