Gambo banyak, tapi gambo saya yang tak banyaknya. Ni cara pi bekempen kengkunun kempen Era Covid-19. Gitu...
Yang dok brangan kunun kut la Bapak dak Intan nak bawak dak Intan, tu hampehhh je. Kita dok gebang-gebang le dengan orang-orang intelek ni, deme x moh bebudak macam dak Intan tu ropenya. Hapa tah kata kata dia sikit lebih kurang bahasa achik masa skola dulu "budak sosial" hah gitu-gitula---Nasib baik derang nak terima Dak Dira, kan?
Dok macam berdebat jugaklah dengan Dr Ismail yang hat baju putih tu pasal imej ni. Hah Dak Ju sepupu BossKu le yang memula dok kondem-kondem imej wanita UMNO yang bla bla bla---yang menakutkan golongan muda. Scary tengok Achik-achik pakai baju putih kain merah,kan. Ada gak yang nak kena sondol dek lombu ni karang. Marahle Dr Ismail. Abeh takkan nak pemimpin macam Syed Sadiq, Nurul Izzah? Sukalah tu kalau bebudak UMNO serupa hat dua tu? eh sapa tak suka, comel-comel, hensem-hensem, pandai main tik-tok bagai, follower berjurit mengekooorrr, kan? Saya kalau ada anak pempuan dan ada orang nak datang minang pun saya dah tak tanya berapa gaji ekau, koje apa? Sebaliknya saya tanya follower tik tok berapa, insta brapa, twitter brapa, youtube brapa---kita idakle nak menantu hantu macam dak Sadiq, tu. Tapi kalau dapat macam Adam Syamil, kan bagus, tu?
pung-pung-pung-pang gitu, Dr ni percaya those yang kuasa media (Sadiq dan Izzah) akan menang gitulah. Tapi tu penghabisannya orang Melaka buktikan yang tak kuasa media, yang debab-debab, gomok-gomok, tak cantik, tak hensem, dah tua pun menang juga. Hah Dak Jelani tu, dah la debab, tak hensem, kataklah pulak, boleh dia menang. Kita achik-achik ni memang dah geleng kepala bila dah nak petang, yang ramai keluar bangsa Cina dan India. Hat Melayu, "eh Senah, napa anak kau tak keluau ngundi." Senah pun dengan bangganya menjawab, "anak aku kena kije, tak dapat balik kampung, spital dia minggu ni ramai orang kena cobid (anak dak senah kije Misi)--- Lawan borak Dak Senah pun cakap "eh bukan anak kau yang Misi tu, anak ko, Dak Tom, tu--- Senah jawab dalam hati, "manale aku tau, dia duduk dengan laki dia, bukan dengan aku!!!"
Apa sebab menang? ntah. Lagi tokujut MCA dengan MIC pun boleh menang. Itu menandakan orang kita ni sebenarnya masih waras. Bangsa Cina dan India di Melaka tak gila kuasa, tak rasis, dan tak taksub pada parti. Yang tak waras dan percaya ada babi terbang magis, kencing merata-rata orang dok tadah mulut minum kencing babi tu tak taula sapa ek. Kengkawan Dr Ismail yang fanatik percayakan bahawa rahsuah, salah guna-kuasa boleh senang-senang dibenteras dengan menukar kerajaan agaknya kut? Tak salah tukar kerajaan. Tapi kalau yang ditukar tu macam yang kita dapat dulu, lebih baik le bertabah dengan yang lembab ni, dulukan?
No comments:
Post a Comment