Wednesday, December 30, 2020

Gossip lagi---

 Mok cik x ble move dengan si Loopa ni, lah.

Mana nak move on nya, bos kat opis pun membawang sama. Gitulah dia hebatnya Loopa. Bos kata ada orang tuleh kat internet yang Loopa narsistik-mental. Saya bukan pro-Loopa, tapi ntah ngapa tah mulut ni boleh bacul sungguh dok back-up-Loopa. Boleh saya cakap yang secara ringkasnya Loopa tu dulu kat MRSM Imam pempuan tau! Kau Hadooooo? MRSM Loopa tu plak MRSM Super bukan MRSM. Terendak tu!---

Idakle saya tembak direct macam tu, tapi ringkasnya gitu-gitulah.

Kalau nak kata si Loopa ni narsistik, Mak Cik saya kat rumah tu dah lama perasan yang Neloopa ni tak selesa share pentas MELETOPS dengan retis pempuan baru yang up lebih sikit dari dia, kalau retis lelaki kemain mengedik lagi dia. Pendek-cite, tak payah hurai, orang boleh perasanlah, ko tu jenis kalau boleh, attention tu bagi kat kau sorang aje--- tapi kita apprieciatela---dalam orang takut nak berniqab, Loopa berani pilih jalan yang begitu. Kita dah memang muak le tengok selebriti asyik-asyik keluar internet gaya Kardashian Family- bosan sudah tu. 

Kita nak tengok something yang fresh---- Comel jugak kalu Loopa dengan PU Riz tu. Sajak je derang dua tu. Tapi pakar analisa psiko internet yang mengaku dia sndri kena skodeng dan tulis pasal Loopa kalau tak bule dia bule mereng, kata Loopa mengidam Al-Sultan Kelantan. Dengan bersemayam di atas takhta je boleh puaskan Narsistik dia---- walluaalam. Kita tunggu Mac nanti.

Honestly saya memang tak de masalah bekerja dengan Narsistik ni----

Derang ni senang ko cakap ajelah "you are the best"---kita kuli kalau kita tak angkat bos sendiri, sapa lagi nak ngankat bos kita, kan? Andainya kita jadi makanan ego si Narsistik? Buat bodo dah fokus pada benda which we good at. Macam saya, saya masak. Anda pula bagai mana? Tok sah sakit-sakit kepala, sakit hati dengan manusia-manusia mental ni, tulis itu tulis ini, analisa itu, analisa ini pasal mereka. Kasihani mereka. Mereka terpaksa bergelut melawan sakit sendiri sampai terpaksa makan orang lain yang level noob lagi naif itu.

Monday, December 28, 2020

Gossip-Gossip, Dulu, naaa

Hari ini break dululah cerita pasal Diet ya, kita membawang sikit pasal retis-retis negara. Oh btw, diet telur tu memang berkesan walau takle macam diiklankan, buleh turun 10kg dalam masa 2 minggu. Saya dapat turun 4.1kg je. Kira okla, jika diambil faktor umur dan juga dengan ujian makan-makan yang terpaksa dilalui. 

Ok berbalik pasal cerita retis ni--- retis manele lagi kalau tak retis popular Neloopa dan tunang dia si PU RIZZ tu. Tak payah citer panjang, surele korang dah tau punya cerita dia. Cuma la ni memasing berdebo jadi ka idak retis dua tu kawen bulan Mac ni. Cincin kat jari dah tanggal katanya--- 

Wallah hu. Kalau tak jadi memang as expected, akan ada dua puak, puak 1 penyokong PU akan kan kata Neloopa berkira, puak-puak dak Loopa kata PU Rizz ustaz gold digger. Ini akan jadi makin hangat. PU Rizz tak de masalah nak cari anak dara cun-melecun, lepas tu akan tayang GF/Bini baru yang lagi cun dari Loopa. Loopa hurmmmmm---susahlah Loopa nak cari lelaki sama-kaya-sama padan dengan dia. 

Kalau jadi kawen, dua retis ini berjaya jual produk memasing. Dan paling utama deme berjaya jual produk yang abstrak sifatnya, bukan tudung, bukan kuliah agama, tapi sesuatu yang memang tak nampak yang bolehlah saya tuliskan sebagai "ikatan kekeluargaan-cinta-ukhuwah-semangat-tolak-ansur". Inilah satu produk yang akan buat deme dua ni bertambah-kaya-lagi-kaya-hingga anak cucu. Kira Keluarga-Loopa-PU Rizz akan jadi macam keluarga "Kardashian" versi Islamik. Macam-macam fesyen line boleh mereka cipta nanti- dari niqab, baju-baby-baju-budak kecik-permainan budak kecik, waima senduk-kuali kalau ada tulis nama Rizz-loopa, berebut orang nak beli nanti. 

As a fan I memang dah muak cerita retis gaduh-gaduh ni dan memang hope for the second out-come, tapi tak taulah, kalau tengok perangai akak-adik tiri Loopa ni, macam deme plak lebih kuah dari sudu, kalau otak decision making dalam family tu aras-aras otak si Nabila dan si Ameera jer memang alamat punah kesudahannya. 

 Tak kisahlah apa kesudahan ceritanya nanti, sama-sama kita tunggu bulan Mac nanti.

Tuesday, December 22, 2020

Ujian part 3

 Sambung lagi cerita semalam---

Hari ini timbang---yeay berjaya turun 0.8kg. Wah ini sudah melepasi target saya. Penurunan berat badan sebelum dan selepas ujian makan-makan ialah 0.5kg setelah 2 hari mengamalkan diet telur dan Salad Garden. Besok cheat day? Nope I still took it as ujian. Kali ini lagi mencabar. Menu dia apa? 

Sarapan           :  Meehon goreng, Roti Puri Sardin, Keropok Ikan

Lunch              : Nasi Tomato, koktail

Minum Petang : Cake Red Velvet (ye guys cake guys), Chicken Floss popia, Cream Horn, Rojak Buah

tooo dia, kan.

Gambar ops tak dek gambo---

kita tunjuk gambo lunch. Breakfast tadi dah makan, terlupa pulak nak snap gambornya. Hari ini telur dah habis, lupa nak beli, saya ganti ayam rempah air-fried je.

tuudia, penuh ayam je, salad dok bawah dah x nampak

Resepi ayam rempah ni mudah je, jintan manis, jintan putih, black pepper tumbuk kasar. Bawang putih cincang halus, halia mayang halus, garam sikit, madu sikit, lumur kat ayam tu--- perap lepas tu masukkan aje dalam air-fryer, suhu 190 darjah, selama 25 minit. Separuh jalan, balikkan ayam.

Salad tu macam semalam, sama je, lettuce, lada bangala, timun dan tomato. Dressing dia macam semalam juga, (separuh biji jus lemon+sesudu teh madu+ sesudu teh minyak) tapi saya bubuh secubit cube tomyam, untuk bagi kelainan rasa pada dressing tersebut.

Senang je nak sedia salad garden ni.

Monday, December 21, 2020

UJIAN (part 2)

Hah kali ini saya nak sambung ujian makan-makan yang saya cerita minggu lepas. Apalah kesudahannya? Adakah saya berjaya? Sudah tentulah berjaya. Berjaya menokok 0.7 kg. Hai hai hai nak sekilo juga tu,kan? Tapi tak mengapalah ia tidak naik berkilo-kilo macam minggu makan-makan yang sudah.

Hari Isnin, saya puasa dan amal diet telur yang lebih sikit. Semalam saya berpuasa sunat Isnin-Khamis. Sahur saya ambil 2 biji telur rebus dan buah oren sebiji. Buka saya makan Garden salad + 2 biji telur rebus dressing yogurt. Malam lepas Isyak buat aerobik low impat sikit dan Alhamdulillah turun 400gram. 

Selasa ni ulang benda sama, yang beza lunch hari ini garden salad saya guna kunun lemon-olive, dah tak de olive oil saya pakai olive bijik jeruk dan blasah jak minyak masak carotina barang sesudu teh.---Harap esok turun sekurang-kurangnya 300 gram, nak set-offkan yang naik 0.7kg tu. Petang kalau tak hujan dan jika kolam dah bukak saya ingat nak berenang. 

Minggu ni memang kena intensif sikit diet ni sebab 24/12 nak makan besar, 30/12 nak makan besar lagi. Lepas tu balik kampung offkosle makan-makan-makan-makan je kerjanya. Hadoiii aaiii memang berat betul ujian hujung tahun ni.

Saya kira ujian final master pun tak seberat ini. 


Thursday, December 17, 2020

UJIAN

 Hari ini, besok dan besok, saya ada ujian. Ya. Ujian apa? Ujian mengekalkan calorie deficit intake dalam environment yang sangat mencabar. Kenapa pula. Hari ini ada jamuan perpisahan kawan-kawan yang bertukar. Besok pula hari jadi uncle saya. Dah nama hari jadi, tentulah ada makan-makan. Besoknya lagi makan lagi sebab family saya sewa homestay sampai Ahad tu. Ko ingat? kalau dah ramai-ramai tu, tak de lain le kijenya melainkan makan-makan. 

Harap saya berjaya menjalani ujian ini-----

Wednesday, December 16, 2020

BUKU BARU 2

 Ok kita sambung cerita semalam---


Saya mula berdiet 7 Oktober yang lepas. Approach saya tak de lain, selain dari calorie deficit intake lah kan. Saya secara umumnya tidakla kira sangat apa yang saya makan, tapi saya guna pukul rata rule suku-suku separuh. Kira akhir bulan tu dapatlah turun balik sikit. Kira oklah boleh lah tu. Ada progress, kan.

Kirannya masa dalam bulan berikutnya tu juga saya dapat buang berat lebih sebanyak 6kg tu. Kita pula masa tu PKPB, kan. Saya duduk rumah, pi ofis patutnya seminggu sekali, tapi kalau ada kije saya datang ajelah. Masuk jam 9 pagi, jam 12.30- 1.00ptg dah balik. Saya memang ada banyak masa nak masaklah. Memang saya tak makan kat kedai sangat pun. Masa akhir PKPB tu, saya turun lagi 4kg. Wah seronok rasanya.

PKPB berakhir 6 Disember hari tu, kita semua pun masuklah opis baliiiikkkk. Sebab teruja,kan jumpa kengkawan, kengakawan pulak tu ada yang sambut hari lahir,lah---dia belanja kita makan. Ada pulak yang bernikah, jemput kita makan, petang sebelum dia nikah, saya dah datang umah dia buat sireh junjung, sambung malamnya tengok dia berinai. Orang seronok berinai, saya seronok makan-makan. Apa lagi, pergh naik balik 2 kg. Haaa Hambik kau!!!

Lepas tu mak saya telefon, minggu pertama dibenarkan rentas Negeri, jangan balik kampung. Kata dia. Hurm pelik juga mak itu, kan. Bukanya apa, dia pulak nak merentas ke negeri lain ropenya. Mak, mak. Lagi pun mak kata "ko balik minggu depan ajelah, Pak Ngah punya birthday, nak buat kat homestay ada swimming pool, nak makan bakar-bakar" Hadooooiiii makanlah lagi.

Saya fikir begini " ini tak boleh jadi ni, kalu bajet seminggu hilang sekilo, naiknya 2 kilo macam mana tu?"

Saya tak fikir banyak, melainkan kena exercise lebih. Itu ajelah fikir saya. Dalam saya browse internet pasal exercise, dia kelua jugalah diet itu, diet ini. Saya memang tertarik dengan satu diet ni. Dia kata diet telur. Idaklah kita jadi biawak makan telur dari pagi sampai malam----hurm menarik tu. So saya pun cuba diet tu mula dari 11 Disember yang lalu. Iklan dia cakap 2 minggu boleh hilang 10kg. Tapi idaklah begitu jadinya pada saya ni. Setakat semalam, hari ke 6, hilang 2kg yang naik sebab melantak sakan pada minggu lepas. Oklakan sebab kalau diet suku-suku separuh tu, paling banyak boleh hilang pun 1kg je. 2kg pun memanglah sangat mengembirakan hati. 


Tuesday, December 15, 2020

Buku Baru---

 Hadooiii aii dah bersarang blog ni tak berupdate---

Nak update, membawang /bergocoh/bergaduh pasal benda yang saya suka dah tak kick lagi la ni. La ni seperti semua saya memang betul dari dulu, lagi. he he so dah macam tak de benda nak cakap/nak tulis dah. Lagi satu ada benda yang saya belajar sepanjang membina rumah online ni, tak guna kita nak betulkan orang sebab orang akan hanya percaya dan mahu dengar benda yang mereka mahu. Buang habis karan je lah ko mereceh,kan.

Baik saya cerita/cari benda lain yang lebih menarik untuk diceritakan. Apalagi makananla. Orang Malaysiakan suka makan. Saya memang suka makan, tapi jenis badan yang metabolisma slow ni tak boleh makan banyak-banyak, cepat naik mendadak. Dah selama ni pun saya gemuk/obes apa? Makan juga. Tapi tu bila umur dah nak senja ni, tenaga kudrat dah ditarik sikit-sikit saya memang tak larat nak bawa berat terlebih-lebih ni.

Mau tak mau saya kena juga jaga makan. Dulu pun bukan tak de ilmu pasal makan memakan ni---teori memang tepu, planning sikit punya cantik, tapi bila bab pelaksanaan, hancuuuusss--- sembang teori jak kencang, practicalnya yilleekkkk---

Tapi tu dah dek kerna terpaksa, saya pratikkan juga.

Apa yang trigger saya berdiet ni? Ceritanya begini. Saya pergi outstation beberapa bulan yang lalu. Kerjanya lepas buat site visit, tak de le kerja lain, melainkan jalan-jalan cari makan. Semua benda haku makan--- dari nasik kerabu, nasi dagang, somptam. kerabu meggi, cendawan/udang/ikan/kerang/sotong celup tepung. chicken chop, lamb chop, mee udang, nasik lemak viral, dim sum, mee kari, omputeh kata you name it, I got it all. semua saya belasah. 

Last saya outstation ke Pangkor Perak. Saya extend stay di sana sehari sebab family saya mau ikut. Offcoursele yang sehari ni, family sayalah bayar. So Jumaat saya kerja, derang explore Pulau, the next day saya off, (weekend) kami Island hopping. Lepas tu memang saya nak ronda shopping coklat, cari ikan bilis, ikan masin, sotong masin. Tapi tu saya rasa macam tak boleh berjalan dah, saya nak naik kerusi roda aje. Saya tinggal seorang diri dalam bilik resort. Terbaring jak. Masa tulah saya tekad, sampai Putrajaya besok aku kena timbang berapa dah berat aku ni.

Balik timbang-timbang, orang Kedah kata bak haaaanggggg----- amboi 6 kilo naiknya, patutlah nak bawa diri sendiri pun rasa tak bermaya. So saya mulalah berdiet.

Tapi tu kau taulah diet-diet ni mana nak jalan. ada je cobaannya.... ok stop dulu ceritanya. Kita sambung besok.