Tuesday, February 25, 2020

POST demo siRIMAU

Semalam saya ada cakap kalu nak beli saham belilah sekarang, tak lama lagi market nak pulih---well saya update balik eeehhh---

Market mungkin tak pulih gara-gara hal semalam---Puncanya Atuk suci tula jugak. Haiiii dah baik-baik pakat-pakat nak buat kerajaan gabungan sama pembangkang, tetiba pembangkang kensel sebab asalnya derang kata derang boleh gabung dengan syarat tak de DAP. Tetiba Atuk nak masukkan juga DAP----hah! jadi derang kata dari cium molot dengan DAP baikla derang tak jadi gomen dan kekal pembangkang---

Apsal plak saya kata market takkan pulih sebab pembangkan (BN-PAS) tak nak gabung? Sebab yang berotak tu semua duduk dalam BN-PAS atau nama sekarangnya Muafakat Nasional (MN). Yang dalam PH tu semua bukan tak berotak, tapi derang clueless macam mana nak pulihkan ekonomi negara. Kunun kata nanti Tok Pa Klate boleh pulih, ntahlah---kita tunggu dan lihat ajelah,kan. Mungkin boleh mungkin tidak---

Lagi satu ia bukan pasal orang tu boleh bawa ekonomi, atau tidak, market ini gabungan baaaaanyak faktor. Sorang je hebat tak cukup juga. Kalau dua, ATUK SUCI + Tok Pa Klate, ntahlah. Sebab yang lain semua berpolitik je kerjanya pandai. Maksud saya bukan langsung tak boleh buat kerja, tapi fokus utama mereka nantinya ialah berpolitik. Sebab Kalau gabungan kerajaan jadi mati hidup semula, pergeseran perebutan kuasa antara ATUK dan Abang Non akan berlangsung sampailah ABang Non jadi PM. Dan Atuk pulak seperti yang kita nampak dia takkan mengalah begitu sahaja. Kalu asyik gaduh Bang Non dan ATUK, bila masalah derang nak focus bina Negara. Pelabur pun cuak kalau keadaan terus-terusan begitu.

Apapun kita tunggulah apa keputusan AGONG hari ini. Saya yakin MP-MP ex gomen yang baru telucut jawatannya akan sekali lagi angkat ATUK jadi PM walau dalam pakse-rela. Jadi Atuk terpaksalah rujuk balik dengan dengan MP-MP ni tadi. Tapi kita tak tahu apakah ini akan berlaku di hujung hari ini. Bang Non pun dakwa dia cukup korum nak jadi PM... meh kita buat sikit calculation.

Total seat 222, tolak 60 MN, tinggal 162--- kalu separuh ATUK; separuh Bang Non 81---
Tengok ajelah nanti apa kesudahannya.

latest update----

Tengok gayanya, kalu penuh satu bas, ada harapan Bang Non kalahkan Atuk. hu hu hu

Monday, February 24, 2020

POST DEMO si RIMAU

Hari ni turun Demo--- beberapa hari lepas tu Atuk suci and the gang semua letak jawatan he he---Punyala power si RIMAU and de gang ni, kan he he---well actually rasa kebetulan jak tu. Tak de kene mengena dengan perhimpunan nyamuk tu. Sebelum tu pun dah berkeriuk-keriuk derang ni nak bentuk satu pakatan baharu bagi menggantikan pakatan yang ada pada hari ini.

Satu hal yang saya rasa, saya rasa macam psiko-psikik-perasan-penganalisa-psiko-tersohor dunia ialah, saya rasa, hah, berapa banyak aku nak rasalah, kan--- Saya rasa Atuk suci dan penasehat dia dah putus akal nak memikio macam manala nak pulihkan semula pasaran saham yang dah jatuh teruk ni. Tak de lain caranye melainkan buang si Apek Cina blajar akaun sekerat jalan tuh----

Jadi Atuk pun buat stunt yang mengejutkan pada hari semalam. Atuk letak jawatan, dan Pakatan Atuk pun terkubur sama---Lepas ni bolehlah lantik orang yang betul untuk pulihkan pasaran. Hah hang kalau pandai, pakat-pakatlah pilih mana saham blue chip yang dah murah-murah tu, kompem lepas ni naik balik he he sekian---

hah cer tengok ni,  baru sehari rakan-rakan Atuk suci direhatkan, market pun naik he he

Gambo demo? alah pi carik sendirilah malas nak tepek kat sini.

Thursday, February 20, 2020

RIMAU nak Turun Berdemo---

Rimau seronok sangat sebab nak bersama-sama kengkawan pi turun berdemo kat Dataran Merdeka besok ni. Dengo cite ramai nak pegi sampai bersewa-sewa bas, gitu. Permit berhimpun pun dah dapat. DBKL dah bagi. Maknanya Polis dan Dewan Bandaraya percaya perhimpunan itu nanti akan berlaku tanpa menimbulkan huru-hara dan kekacauan di Ibu Kota.

Dia sebeno ea kami minta nak berarak dari Masjid Jamek ke SOGO, tapi sebab nanti bikin sesak jalan, time orang nak besoping, DBKL cadang kami dilonggokkan di Dataran. Ok la bolehlah kan, janji dapat kumpul ramai-ramai.

Tapi yang tak sioknya dalam semua dah setuju, semua dah happy-happy, ni hada pulak puak yang tak senang hati pasal benda ni. Dia marah, kenapa kami nak bekumpul dapat dia bekumpul tak dapat. Bule baca sini for detail. Hai hai hi---- Lenkali kalu orang rejek tu, bawak-bawak le cermin diri tu kenapa, kan----

Saya tak moh mengata derang tu, lah, tapi tengoklah kami, masuk ni dah 3 kali berdemo, tak de gaduh-gaduh, tak de pecah-pecah, tak de hempas-hempas----aman je. Lagi satu lepas berdemo, pekerja Bandaran tak komplen sampah bersepah, macam orang tak bertamadun---

Sekian---

Wednesday, February 12, 2020

The RIMAU in Me

Masa pi kursus hari tu penceramah suruh rank kan lima jenis haiwan ikut kesukaan kita. Haiwan paling saya suka kucin tak dak dalam list, yang ada Rimau. Tapi saya bubuh kuda sebab Rimau ganeh sangat. No 2 Rimau.

Bila orang baca hal Rimau, rasa Rimau lagi tepatla dengan diri. Nasib baik pilih kuda sebab penceramah yang aku rasa feeling-feeling ahli nujum ni nak menilik si Rimau. Biasala ramai kaunselor perasan ahli makrifat. Honestly saya memang malas nak pegi kursus-kursus yang dikendalikan kaunselor. Tapi dah kawan saya, yang merupakan bos juga kat sini, tapi bukan bos saya dok-ngajak-ngajak, saya layan ajelah. Saya lebih percaya Dr je, sebab nak belajar kaunseling, tak perlu IQ tinggi sangat. Beshe-beshe pun bule. I note (my observation) orang IQ yang tak berapa tinggi ni kadang perasan lebih.

Kadang letih nengok orang yang beshe-beshe tapi berlagak luar beshe ni. Nasib baikla saya ni Rimau. Sensorang pun saya boleh jalan. Mak memang risau dengan keRimauan saya. Pot-pet-pot-pet dia marah. Dia risau saya tak de kawan. Dulu lah sekarang ni dia macam ok jak. Tak de lagi komplen-komplen me being kera sumbang bla bla bla he he----

Saya memang tak amik port kalau mak pot-pet-pot-pet tu. Cuma rasa serba-salahlah kalau kita sorang-sorang, apa-apa berlaku orang attack kita. Paranoid jak tu sebenarnya. Itu cerita dulu jugak. Dulu saya paranoid, kalau ada kecurian ka hapa ka, orang dok tuduh kita, sebab kita sensorang, kita tak de alabi, gitu he he---

La ni ok je. Sebab saya dah ada satu prinsip, ada aku kesah. The Rimau in Me makin membesar, I guess. Lagi pun lagi lama kita kije kewangan/auditan ni, dah macam ada satu kepercayaan yang kita boleh buat. Kerjaya itu sendiri memberi satu perlindungan yang kita ini orang yang boleh dipercayai dan kepakaran, kebolehan kita diperlukan. Alah, biasalah kalau sebut duit, ni semua orang percaya.

Dari dulu lagi orang dah percaya, saya je yang kurang percaya pada diri sendiri. Iyalah saya ni Rimau, saya bukan peduli apa orang fikir pasal saya, pun. Yang penting saya fikir apa. Ada satu ketika, kawan-kawan kata saya boleh menulis. Berbakat dalam bidang penulisan leerrr---Tapi saya percaya bakat penulisan tak akan bawa saya ke mana-mana pun, walau nanti dok menang hadiah sastera.

Tengok aje kengkawan yang pernah menang hadiah sastera, terpaksa juga dia kerja engineer, mengajar sebab gelaran sasterawan tu tak boleh sustain keperluan ekonomi mereka. Itu pasal saya terus pilih bidang kewangan ini, walau kuli-kuli aje. Kuli pun gaji kuli aku ni aku rasa lagi besar dari menulis. Lain la kalau kau tulis novel cintan-cintun, antum, antuma enti. Saya mana le reti tulis cintan-cintun tu.

Ok berbalik pasal Rimau, ni, si Rimau pun teruslah belajar akaun, sampai dapat master. Lepas ni Rimau nak buat PhD kalau dia dapat jadi pegawai. Tapi dia tak kisah pun dia dapat kerja pegawai tu. Sebab hari ini Rimau rasa ok jak kalau Rimau jadi kuli-kuli je. Dia kije Audit, kije menyiasat ni, kan kuli-kuli yang turun padang menyiasat? Pegawai duduk opis mengarah dari jauh---he he---

Rimau ada la nampak lubang mana Rimau nak siasat ni. Kalau Rimau jadi pegawai, nanti Rimau kena pegi opis lain, tak dapatlah Rimau nak nyisat benda yang Rimau dah nampak ni. Tak bestla, kan. he he----

.

Tuesday, February 11, 2020

BOS KITE

Sebelum membawang pasal BOS KITE, aku nak sambung sikit bawang pasal Undi Percaya Atuk. Memang le haku harap Atuk kalah, tapi rasa besar kemungkinan speaker tak benarkan sebab Abang Non pun tak yakin Atuk kalah dan gossip kata Speaker tu ohghang Abang Non. Sebab apa? Kita ni kalau dah nama Islam tu, busuk-busuk jahat-jahat, seahli-ahli maksiat kita pun kalau ada orang bawa usul "ni kita kena angkat tangan ni, sebab demi Islam" idak beranila kita tak nak angkat tangan.

Lagi satu, aku rasa yang rajin memonteng dewan tu geng-geng karas Abang Non-DAP. Buatnya semua pakat tak masuk dewan dan yang tecongok geng-geng pak Lebai PAS, haruslah yang ada dalam dewan semua akan pakat angkat tangan-angkat tangan. Maka musnahlah impian Abang nak jadi PM dalam tahun ni jugaaaakkkkk.

***
Moh kita sambung cerita bos kite. Mula 3 hari bulan hari tu kami dapat bos baghu---semalam dia nak kami kuli-kuli ni ngadap dia. Hallamark, aku memang tak bekenan sangatlah bos ni, sebab cakap-cakap oghang. Oghang kata masa dia jadi Penolong Bos Besar, dia pernah buat surat layang bos dia sendiri sebab tak pueh hati dengan bos tu.

Puas jugalah haku ni nak pujuk hati, yang lepas tu lepas lah, tapi aisshhh, susahlah, bila kena kat batang idung sndri. Susah juga kita nak suka, respek kat oghang macam ni. Itu satu ceghite, lagi satu ceghite, yang dia ni sekarang dok sakit, kimo betepek-betepek. Memang tak sihat dia. Kalu akulah, Aku amik jak amik cuti kenser tunggu pencen je. Aku pencen pun tahun depan. Buat apalah nak gi kije, lepas tu nyusahkan oghang bawah. Tapi dia nak kije jugok, kita nak wat cam nerrr....

Pastu, ini part yang paling aku tak ble blah, bila dia hadap kami kuli-kuli ni, benda pertama dia cakap ialah suruh kita baca quran, kenal Tuhan. Hey kau dah nak mati, ko pegi mati sorang-soranglah, tak payah nak dakwah kat oghang laeennn, leeerrr. Dah tau sakit, gatal ngela nak jaga kementerian besar, lepas tu nak tunjuk power dok mereceh kunun ilmu agama dia mantap bebeno. Bule dia cakap gini "saya kalau ustaz-ustaz ni saya tengok juga ustaz macam mana. Ustaz saya cucu-cicit Nabi, bukan macam ustaz glemer yang suka buat orang gelak-gelak tu". Sikit lebih kurang-tokok tambah apa yang saya ingat dan faham. Kau dah sakit, jangan nak mereceh banyak. Jangan nak buat persepsi macam kau ada kuasa sakti bagai, kan sebab cikgu kau anak-keturunan Nabi? Malas aku nak layan orang macam ni. Tapi nak buat macam mana kita ni kuli-kuli aje. Hadaplah dengan hati terbuka. Lagi pun dia tu sakit, besok lusa mana tau kita pulak sakit, so layan ajelah orang sakit, semacam kita nak orang layan kita kalau kita sakit.

Bos Paling besar aku ni pooonnnn satu, dah tau oghang tu sakit, letaklah dia kat Kementerian yang hat kekecik, ni pi bubuh kat Kementerian supper gempak macam KPM, ni.Aishhhh!!! buat malu AG je. Kau ingat segala tok nenek Dr, Professor, PM, Datuk, Dato kat KPM ni tak ada mulut ka. Hurmmm derang sukalah dapat Auditor sakit. Kalau aku Dato' KSU, Ketua Akauntan pun aku suka auditor aku sakit, idaklah dia kuat sangat nak myiasat haku. Bule lek-lek sikit sebab ala auditor tak sihat.

Tapi tulah sikit dalam hati aku mestila girang tak terkata---"apalah AG ni orang sakit dihantar kat Kementerian Super Duper, ni" Hadoooiii rosak. Dah lah tak de menteri, menteri dok pangku-pangku, Auditor sakit, KSU nak pencen. Masaaaakkk KPM.

Personally rasa nak tukar Kementerian lain, tapi dalam zaman PH ni, rasa Kementerian lain lagi teghuk kut. Kau kata Atuk teghuk, tapi rasanya Atuk sorang ajelah dalam PH tu yang terbaik. Kau kata bos kau sakit, ntah-ntah kat luar sana ada yang lebih sakit dari yang ini. Sekurang-kurangnya yang ini memang sah sakit. Buatnya dapat bos yang sebenar sakit tapi tak nampak sakit, lagi haru jadinya, kan. So baik aje bertabah dengan yang ada ini. I still think, my Minister, my Bos is stilll the best in Malaysia. hah gitu---- Sapa the best, Kak Mar punya, mestilah the best.

Sunday, February 9, 2020

BOS-BOS KITE

Minggu lepas memang saya penat betul dok layan bos kat opis tu buat kije luar pejabat. Ceritere bermula ada dua ekoq bos begaduh, habis terpalit kami semua. Saya ada citer dulu rasanya tapi malas nak cari link-lah---

Pendek cerita big bos rasa patut buat program geder-geder untuk merapatkan ukhuwah sesama mereka. 

Tapi bos kata nak buat lagi program yang gaytu gaytu---

Aku rasa bos siok sendiri sebab dapat update insta bagai geder-geder dengan anak buah sebab, dua ekoq yang begaduh tu, sorang tak mai langsung, sorang mai sekerat jalan jak. Pada akulah kalau bos nak siok sendiri, tetiap bulan pun dia boleh buat sebab kami tinggal pun sini-sini aje. Maksud aku kami-kami yang rajin ni. Kami bukanya ramai pun, tak sampai 30 orang pun. Masak nasik lemak, beli kueh sikit, panggil kami baca yasiin, solat zohor berjemaah kat opis. Kalu nak panggil family, solat maghrib, buat je kat umah dia. Jimat-pun-jimat.

Tak kisahlah big bos nak apa pun sebab sebagai kuli, aku kena layaaannn je lah. Bos dah percaya kita, kita bagi habis terbaik untuk bos. Yang penting program berjalan lancar, bos pun happy. Kepercayaan yang orang beri, jangan kita persia,kan.

Aku faham susah jadi bos ni. Nak satukan anak buah, walau tak le ramai mana pun anak buahnya, bukannya kerja mudah. Kita jadi kuli bolehle sedap mulut nak mengata, kan? Cubalah jadi bos. Dapat anak buah yang ntah-apa-apa tah, tukan, boleh sewel kepala memikiokannya.


On saperate note---

Ini cerita pasal komuniti maya pulak, pergh riuh bercerita pasal Atuk dan Muafakat nak cium-molot dan tukar nama dari Muafakat Nasional, jadi Pakatan Muafakat. Lepas tu Atuk selambe je kata, dia tak hingin pun, Muafakat yang terhegeh-hegeh cari dia.

Lepas tu salah satu geng Muafakat nak buat undi percaya pada Atuk. Atuk pun apa lagi,  "Rasa nak melayang" kata Atuk. Tak tahulah nak melayang ke Laut ka ke Bintang. Dalam politik tak boleh percaya sangat pun sebab undi percaya boleh bertukar jadi undi tidak percaya.---- gitulah ceriteranya---

Yang aku tak boleh belah langsung, atuk boleh cakap Muafakat terhegehkan dia sebab Muafakat tahu, Muafakat lemah--- tengkorak hatuklah, kan.

Aku rasa dalam dua tiga minggu ni, atuk mungkin steady jak sebab dia dah delusi tahap dewa, tak mungkin dia sedar---aku rasa kalau tak Atuk, pemerhati Atuk, mesti geleng-geleng kepala kata Atuk dah gila sebab, dah ada bunga-bunga laskar Abang Non akan buat rally tak percayakan atuk.

Aku dengan kawan-kawan aku plak tak fasal-fasal boleh semacam senada dengan laskar Bang Non, bila kami juga nak buat perhimpunan Kuasa Rakyat pada 22.02.2020 nih. Hadoooiii. Ini kalilah kalau Atuk nak kata Muafakat tak kuat, itu dia orang politik punya pasallah. Tapi kalau dia nak kata rakyat mau kan dia, Atuk memang gila bayang.

Masalahnya maukah rakyat pada Abang Non? Kalau kau tanya aku, aku kata tak kisahlah. Aku dengan Atuk ni dah  sampai tahap ABUK dah "asal bukan Atuk"---hantu pun yang nak ganti Atuk tu, aku terima je he he he---Kalau akulah, kalau Rakyat? nanti aku risik-risik kengkawan masa perhimpunan tu nanti ya.

Monday, February 3, 2020

1MDB 2

Kami kenal dah lama dah, dari zaman sekolah dulu. Pernah juga bergaduh dan dia marah-marah sama saya. Dia kata saya twisted her word. Tapi tu tak tahulah gaduhnya tak lama, sebab orang pandai-pandai level genius macam kami ni kat kolej tu bukannya ramai pun. Pendek cerita dia terpaksa gak "stuck" dengan saya untuk sikit lebih kurang 4 semester, atau 18 bulan tempoh pengajian.

Jodoh persahabatan kami tak panjang sebab saya cuti sakit, selama setahun, tapi lepas tu saya langsung berhenti terus. Saya pun tak berapa ralat sangat pun tentang hal ini. Dia budak paling rajin di kolej, sedangkan saya budak paling malas he he--- Letih kalau nak ikut study method dia. Dan saya memang tak ikut pun. Dia ada study buddy dia. Saya pula jenis langsung tak study. Ikut-ikut dia time makan-makan, membawang, dan sopping jer.

Tapi itulah teknologi menemukan kami semula di FB. Boleh jadi geng-karas lah pula. Time orang dok kutuk-kutuk 1MDB, boleh kami sekepala. Masa tu orang dok pung-pang-pung-pang pasal utang 1MDB. Kunun 1MDB nak lingkup pasal utang tu,lah, itulah, inilah. Tak tahu sapa yang mulakan cerita itu----bodoh ka hapa, dah baca ka belum Financial Statement (FS) 1MDB, atau kalau baca, pun langsung tak faham. Kami rasa yang banyak memekak tu memang tak reti akaun langsung. Atau dia tahu, tapi saja buat onar. Sebabnya? Sebabnya dia memang nak 1MDB lingkup, lepas tu dia boleh take-over.

Tak kisahlah apa motif pun dia buat cerita begitu. Yang bikin kami rapat gile babi, ada satu mamat tu yang belajar satu tempat gak. Kami kenal dia, kemungkinan dia kenal kami tu mungkin tak adalah. Kami kenal mamat ni sebab dia dok bercouple dengan kawan serumah kami. Kami ni jeneh budak pempuan baik, tak mainla couple-couple masa study. Jadi couple dua urang memang kami tak amik port sangat. Lagi pun dengar citer derang bercouple pun masa budak pempuan tu dah kuar dari kolej kediaman kami. Tak betah dia duduk dengan makcik-makcik Marhaban macam kami ni. Kami budak baik, dia pulak jenis tetiap minggu kuar dengan ntah macam-macam jantan kat kolej tu. Semua jantan ajak dia keluar dia keluar. Tapi dia cakap yang betul dia berkenan ialah budak yang bakal saya bawang dalam paragraph seterusnya ini,lah.

Ok budak tu masa dalam internet ni, kenalkan dirinya sebagai Sat Dee di FB dan Pure Shittee di Blogland. Kerja dia menghentam Najib dan 1MDB. Dah kami ni support 1MDB, memang apa si Pure Shit (PS) ni tulis memang betul-betul menyakitkan hati,lah kan. Kau bayangkan dia tu dulu ngaji Sains Aktuari, kemain lagi dia nuleh, pasal 1MDB. Apa dia tau pasal akaun dan Kriminologi Penyata Kewangan? Walau saya belum buat master pun saya dah tau this mamat is fulll of shit. Dia tulis nama dia Pure Shit, pun peminat-peminat dia telah bulat-bulat shit yang dia hidangkan. Pernah juga terlintas di hati saya PS ni jadi macam orang gila sebab tak dapat kawen dengan kawan serumah yang saya ceritakan tadi. Kau nak tau, kawan serumah tu tadi dah puas semua jantan dia pi dating, akhirnya dia pilih Tuan Syed. Kalau ada Syed, buat kawen dengan PS,kan? Tak kisahlah ko nak bawak carta family tree, ka, kau PS jak, depan nama kau tak Syed, pooonnnnn. Kalau ko ble tulis money trail yang tak pernah dibicarakan dalam mahkamah, family tree tu small matter jak. Mana ada badan bertauliah kijenya memverified family tree ohghang,kan?

Kira dia herolah masa tu. Masa tu. Bila dia dah menang, dia pun tau, benda-benda taik yang dia tulis tu tak boleh masuk court pun. Dia senyaplah. Tak de update pun baik di FB atau di Blogland. Dia dah jadi orang besar di SC dan Petronas. Kira sibuklah tu. Memang patut sibuk pun sebab hari-hari Bursa makin jatuh-jatuh dan terus jatuh. Hurm peninglah kepala dia tu. Itu pasal dia tak de masa nak merapik di internet agaknya. Atau dia tau apa dia tulis semua bull shit. dan sekarang ni dia tengah ketawakan kita ramai-ramai sebab termakan dengan tulisan dia, dan dia tengah kenduri di Bursa yang merudum jatuh tu. Masa jatuhlah aku beli. Dia tahu, gomen Madey, gomen sepenggal. Besok habis penggal Madey, orang lain amik alih, pulihlah balik Bursa dan masa low ini dia dah beli banyak besok lusa naik balik la semua saham-saham tu. Orang cerdik memang begitu. Takkanlah dia bodoh tak tahu kebenaran. Mungkin hidup dia sangat sunyi jadi dia buat benda-benda macam ini for his own amusement. Orang pintar ni memang pelik.

Itulah antara intipati pembawangan saya dan kawan saya. 1MDB, penulis, yang saya panggil pure shit, instead of Pure Shittee, tapi sebenarnya Pure Genius tu merapatkan saya dan kawan saya itu. Sapa bodoh, sapa pandai. ntahlah. Yang penting si PS tu, makin kaya-raya. Kawan saya memang sedia kayalah sebab laki dia kaya, saya jugalah yang jadi kuli-kuli aje.

Tapi tak kisahlah, yang pentingnya kita ada kawan untuk berbual-bual dan membawang. Nanti Raya tahun ni saya nak bagi kad hari raya nak minta maaf kawan Ketua SC kita sebab membawang-bawangkan dia. Saya dah minta maaf, dia kena maafkan---tak gitu. Kalau tak habislah semua pahala saya yang ciput-ciput tu dapat kat dia. Tak sanggup rasanya nak jadi muflis kat akhirat nanti. Dah lah kat dunia ni, cukup-cukup makan aje saya ni. What if si PS tu memang betul-betul Pure, mampus koooo, Nabi marah, usahkan nak masuk sorga, nak cium bau sorga pun tak dapat he he he----

Sunday, February 2, 2020

1MDB

Sapalah yang lebih layak ulas pasal 1MDB kalau tak pelajar Forensik sendiri, kan? Tapi sapalah saya ni dalam bidang penulisan. Dah dapat gelaran Psiko Kuat Berangan dan saya memang masih tak boleh move-on, walau benda ini telah lama berlaku.

Tapi tidaklah ejekan, kejian dan kata-kata busuk, tersebut membuatkan saya koyak. Sebab saya tahu dalam bab-bab kewangan ini kalau saya silap pun, saya tak akan silap banyak. Lagi pun dalam kes 1MDB ni saya ada kawan yang sekepala dengan saya right from the begining. Kawan saya tu kau nak tahu, kalau matematik tambahan ni dia memang tak pernah tak dapat 100%, walau dia kerja surirumah je dan kau tu ada Phd. Dia jadi surirumah pun sebab laki dia duit banyak. Kalau dia kerja dah jadi tak Ketua Audit Negara, bawah sikit, Akauntan Negara agaknya dia tu. Bukan macam kau namanya ada PhD, tapi besok kalau kawen, dapat anak, harus, bini kau terpaksa tong-tong duit susu anak, lampin, upah jaga anak kau.

Tapi tulah sebab kita tak ada PhD, kan. Suka-suka hati dia nak neraka-nerakakan kita. Tapi ada saya kisah? Apakah PhD itu lesen untuk menerakakan orang yang tak sependapat? Dah dia kata kami ahli neraka, kami tunggu juga kununlah jejak-wang-audit yang mereka dok pung-pang-pung, kunun sampai ke Cayman Island sana dibicarakan di Mahkamah. Sampai hari ni nama Pulau tu tak pun disebut. Yang ada hanyalah seorang James Bond Perempuan yang dah dapat jadi Datuk.

Mati-matilah aku ingat si James Bond ni ketua pasukan audit yang merantau sampai ke Pulau sana, pi masuk court bawak chart money and audit trail 1MDB. Rupanya dia macam aku jugak, urusetia Mesyuarat je, bawa tape recorder, rekod percakapan ahli Mesyuarat. Lepas tu simpan satu salinan draf Penyata Kewangan 1MDB. Draf je pun nak kecoh. Tak cerita/ulas pun draft tu ada element jenayah, salah-nyata Penyata Kewangan. Jenuh gak kita menunggu penjelasan pakar kriminologi penyata kewangan tentang penyata 1MBD. Tertunggu-tunggu apa cer-apa-cer? Tak de cer, alih-alih dengar cer Perempuan tu dah dapat Datuk je.

Gitulah cerita saya dan 1MDB. Kadang-kadang tu terfikir juga adakah watak Psiko Kuat Berangan tu saja dicipta agar saya tak menulis? Kalau saya tak tulis, pun hari ini ada ramai lagi orang lain yang tulis, ulas 1MDB dengan lebih baik dari saya. Iyalah mereka tu tetiap hari masuk court follow the case dan kita follow dari luar dok tunggu drama Cayman Island, carta jejak wang dan audit. Tu je. Kalau ko dapat tunjuk betul duit dari 1MDB bertukar jadi felem porno anak Bossku, jadi beg tangang, jam, cincin Bini BossKur, then kami oklah. Dulu heboh cincin pink, aleh-aleh rupanya cincin pinjam. Heboh beg tangan mahal, bila hakim minta bawa masuk court tunjuk kat dia, tak mau pula.(ai dulu gagah jer memasing usung tilam masuk court, takkan hari ni jinjing beg tangan pempuan dah tak larat?) Banyak alasan. Macam manalah kau nak menang kes? Kecualilah Atuk tak sedar diri tu suruh menang juga.

Saya nak pergi lawan bawang balik dengan orang yang dah menerakan-kan saya tu? Buek abeh boreh, iyo, ada banyak lagi benda lain nak dibuat. Lagi pun kalau lawan gaduh dengan orang macam ni, tak mustahil di uek-uekkannya saya, dikata-kata saya "sakit"/"berpenyakit" dan sebagainya. Orang macam ni cepat koyak. Emosi mereka bukannya stabil sangat pun. Orang yang stabil tidak meletakkan hukum syurga neraka di hujung lidah.  To me, walau BossKur masuk jel, pun. Show me your audit and money trail first. Show me how, where, when the financial statement has given the wrong impression about 1MDB financial affairs. Kalau 2 benda itu langsung tak dibicarakan di Mahkamah, kau (AG's Chamber) bawak kes apa sebenarnya ini, hah?